Skip to main content

Posts

Showing posts from 2005

Menjelang Tahun Baru 2006 : Rangkupan Satu Perjalanan

Aku tak tahu macam mana leh timbul ide nak buat 'blogathon', emm idea ini terbit bila kau mengenangkan tahun lepas aku cuba jugak nak buat, cuma aku taip directly to blog, ntah macam mana ntah, bila aku update je.. terus ilang, tak de backup apa.. alah tensionnya aku... pastu terus aku tak tulis apa dah.. terus tinggai tajuk je.. (menjelang detik 2005... lebih kurang gitu kot tajuknya..). So tahun ni aku prepare awal-awal la, tak nak jadi macam tahun lepas, dan kalau boleh aku naik taip panjang-panjang... biarlah sempena nak tinggalkan tahun 2005 ni, dapat mengukir peristiwa suka duka yang aku alami sepanjang tahun 2005. Alah lebih kurang imbasan tahun 2005 la yang macam dalam suratkhabar tu... cumanya takder gambo kot.. Aku harap aku tak merapu.. tapi lebih kepada isi cerita la.. kalau termerapu tolong stopkan aku ye.. Tahun 2005 ni aku bermula dengan suasana happy, ialah aku dapat semangat baru, orang dah bertunang kan, jadi mesti la dapat semangat baru.. rasa happy je.. wala...

Sumbangan menggantikan karpet baru

Hari ni aku pegi buat gotong royong di Perpustakaan Cawangan KUala Perlis, kiranya permergian ke sana ni nak buat final touch sebelum perpustakaan di buka pada hari Isnin depan ni. Dan kami pon buat la kerja-ker ja menyusun buku, perabut, check segala kunci, barangan yang ada dan semua kej ayang sempat di lakukan. Rombongan kami ni terdir daripada 9 orang staff termasuk sorang driver, bersama kami jug aada pegawai yang incharge bahagian Perpustakaan Luar Bandar. Kiranya perpustakaan ni dah sedia untuk di buka kepada orang ramai. Buat sementara waktu ni. pengguna hanya boleh mendaftar untuk menjadi ahli, membuat rujukan dengan koleksi buku yang sedia ada. Untuk pinjaman bahan masih belum dapat dibuka kepada orang ramai kerana keadaan sistem perpustakaan yang belum sempurna juga kerana koleksi bahan yang masih sedikit. jadi sabo je lah! Kami disana sampai kol 12, baru balik. Sampai kat kangar, masih ada masa lagi nak memblog, so aku siapkan la sikit sikt mana yang sempat sebelum pergi se...

Kelu..

Hari ni angin kurang baik sikit, tiba-tiba je aku moody, dan mem aku pon sama, jadi masing-masing cari pasal, on the way pi hantar dia ke tempat keja kami mengelu, sepanjang perjalan kami mengelu, masing-masing buat hal memasing. em sampai petang aku pegi amik dia, pastu dia nak pegi umah kak dia kat Beseri aku ikut je, malas nak bercakap banyak, sampai sana kami jadi macam biasa je, emm memasing belakon je, tak nak owang tau, tak nak owang suspect something... dah masuk Maghrib baru kami balik, on the way kami singgah kat masjid Putera, Kangar.. mungkin berkat sembahyang kat masjid ari ni, kami dah cool dah sikit malam nyer.. dah leh di bawak berbincang.. Puncanya sikit jer : dia kata aku dah tak sanggup nak hantar dia pegi keja, alahai.. mana lak tak sudi, cuma aku tanya dia boleh ke drive sendiri pegi keja, senang sikit aku tak yah dok berulang-ulang, dengan dok mengejar masa nak pegi amik dia.. em kalau dah tak leh nak bawak nak buat macam mana kan, kena la aku berulang alik Kuala ...

sangkelu days off

Hari nih aku sambung cuti lagi la, malas nak gi keja, dah dua ari sambung cuti kena buat keja macam-macam dan berjalan sana sini bersama mem dan merttua aku, dah buat keja mengemas dan mencuci kat umah, aku nak cuti untuk diri aku jugak, satu hari aku duduk di rumah kadang - kadang tak de buat apa, cuma tidor dan tengok tv jer, kadang-kadang masa aku rajin aku akan berkebu, adalah sikit-sikit setakat tanam sayur-sayur dan juga jagung, bukan la besor pon tanah kat belakang umah tu. Sedikit mengimbas masa lalu, masa ku bujang, aku suka sangat kalau leh cuti nak bermalas di umah, biar lah tinggal aku dengan emak saja, mak buat kej adia aku dok sowang tengok tv ke, tido ker.. tapi kini gamaknya kalau aku cuti macam ni memang nya aku tinggal sowang ler, dah tak de sapa gi dah kat umah... Berbalik pada cite aku sowang ni, aku ingat nak cuci keta lah, dah seminggu tak bercuci, yer lah ari tu dah banjir, pastu sibuk dok cuci umah pastu terus gi berjalan, ni dah cuti aku basuh lah, bukan satu t...

Senandung syahdu : Tsunami

27 December 2005Semalam.. genap lah setahun berlakunya peristiwa tsunami, seluruh dunia masih terasa akan kesannya, tapi ada bebarapa negara yang menerima kesan langsung dari kejadian ombak besar Tsunami ni... Terutamanya dari daerah Acheh di Indonesia , India, Sri Langka, Thailand dan beberapa negera lagi yang menerima kesan terus dari ombak tsunami ni. Di Malaysia lebih kurang 66 orang terbunuh akibat tsunami nihkawasan yang paling teruk di timpa ombak tsunami ialah di Kota Kuala Muda Kedah, Batu feringghi, Di Langkawi dan beberapa tempat lagi. Di Perlis kawasan yang terlibat adalah di Kula Sungai Baru dan Kuala Sanglang, tiada kematian yang di laporkan, yang ada hanya kehilangan nelayan ke laut yang kemudian pulang semula. Emm.. aku masih ingat lagi masa ni, aku, emak dan kak pergi makan kenduri kat Behor Mali dan di sana orang sedang heboh memperkatakan pasal tadi berasa pening kepala, katil bergegar, tiang elektrik yang bergoyang, emm aku sendiri pon tak sedar sebenarnya, pasal ak...

Beras Secupak Jadi segantang..

Hari Isnin ni, aku masih tak keja lagi la.. yer la masih ada keja lagi nak kena buat, umah pon belum habis di kemas lagi. lepas bangun tido aku dah tak bermalas-malas dah ari ni, mana boleh di ajar selalu bermalas-malas macam ni nanti di badan ni jadi 'mua'. nak bermalas selalu. Pastu kena hanto mem aku pegi keja, dalam pukul 9.30 pagi aku balik, em tengok kakak aku dah hampar tikar getah dah, tanggal nak masukkan yang hujung-hujung tu kat bawah almari je, jadi dah tak banyak keja dah la, aku biarlah dulu aku keluar pegi pasar Kuala Perlis dulu , isk tengok takde ikan yang beselera pon, ikan temenung pon yang import punya, tak best la, so aku amik moto pegi ke Kuala Sungai Baru pulak, tak le jauh dalam 7Km je, tengok ada jugak ikan yang fresh-fresh, ye lah tempat pendaratan ikan nelayan pesisir pantai, mesti la ikan baru-baru lagi yang belum di ais kan, emm menjelang kol 11am aku dah balik umah dah.. sampai kat umah kakak aku habiskan la masukkan hujung tikar getah tu ke bawah ...

Temaktub sudah aku ni mangsa banjir

Pagi Ahad ni macam biasa lepas sembahyang Subuh sempat lagi aku bermalas-malasan.. kiranya dalam pukul 9.00 baru la aku bangun.. emm tengok kiri kanan banyak jugak perkara yang nak di buat, ye lah mangsa banjir.. air pon dah surut.. kat dalam umah aku masih lagi lintang pukang dengan selutnya, denagan kertas mertas nya, barang-barang dalam dapur lagi... anak ular dan cacing pon ada dalam umah.. jadi banyak la jugak keja... lepas angkat dua tiga barang, clearkan pengaliran keluar air... aku rest kejap.. sempat pegi nat lagi... beli ikan, sayur, buah-buahan sikit, beli makanan untuk sarapan dan paper aku pon balik la. Apa yang menariknya isu hangat yang banyak di bualkan di nat ni hanya lah " ghumah hang naik ayaq dak? ", " Ayaq dalam dak naik umah" , "Takat mana ayaq naik, ghumah aku sampai takat pinggang" , dan macam macam soalan yang di bincang, yang pastinya hanya bersekitar satu perkara, air naik, bah , dan banjir... huh isu hangat tu.. dan aku dapati r...

Termenung aku di kala kesorangan...

Hari ni aku keja sebenarnya.. tapi ntah macam tak keja pun, yelah pepagi aku mai pejabat nak punch kad.. tapi punch kad off, tak leh la nak punch kad.. so aku masuk keja macam biasa la ari sabtu jam 9.00 (untuk rekod) dan aku datang keja macam biasa lepas antar mem aku pegi keja. SO sepanjang pagi aku tunggu kat kauter .. takde sowang manusia pon yang masuk.. nak kata tak tau perkhidmatan di buka.. bulan-bulan sebelum tu ada juga manusia yang masuk.. jadi tercongok lah aku kat kaunter tu.. sampai lah tengah hari.. dek sebab aku keja sowang takde partne nak ganti.. terpaksa la aku tutup kejap dalam kol 1.00 tgh sampai la kol 2 petang .. ye la.. aku nak makan.. nak hanto makanan kat mem aku lagi.. nak semayang Zuhor lagi... hah terpaksa la aku tutup.. Petangnya benda serupa jugak berulang.. takde sesapa pon yang datang.. alahai punya la boring aku.. punya la membazir masa.. dan betapa pula membazir kos letrik .. yer la dalam dok berjimat aku hanya bukak satu lampu.. satu aircon dan satu ...

Hari Jumaat, tapi masjid tak de orang..?

Ari ni aku malas nak balik umah, kalau balik umahpon bukan ada sesapa, kak aku keja, mem aku pon keja, jadi aku lepak kat pejabat la.. leh juga layan blog.. leh aku buat update dan boleh jugak aku berkunjung ke blog sesapa.. lepas aku updatekan blog, masukkan gambo sekeping dua, pastu updatekan photo blog dengan gambo2 masa banjir, sempat juga merayau satu dua tempat.. pastu mem aku tepon nak makan.. aku pegi la hantar.. lebih kurang kol 12.40 balik ke pajabat balik.. pinjam moto kat kak Ngah nak pi sembahyang kat masjid Alwi Kangar, sekali aku tengok kosong jer kawasan masjid.. aih check jam aku.. dah pukul 1.10 dah takkan aku silap ari kot, kalau silap ari pon takkan tak dak owang langsung.. check jam aku sekali lagi... la betul la ari jumaat, takkan minggu ni cuti sembahyang jumaat, laa rupa-rupanya masjid ditutup la, baru lepas kena banjir, tak sempat di cuci lagi... aku terus amik moto pegi semayang kat masjid Putra, punya la ramai orang, ye lah dah di gabungkan dua masjid menjadi...

Wet Territory

Hari ni.. dah masuk hari ke 6 rumah ku dimasuki air.. dah enam hari juga tido ku tak menentu, memang inilah banjir bterbesar yang penah aku hadapi kat umah ku, seumur hidup aku ini lah pertma kali dan yang terbesar banjir melanda kat sini.. kalau dulu aku mengatakan kiranya banjir sampai ke umah aku, memang besarlah banjir yang melanda kat perlis.. dan memang itu lah yang berlalu.. banjir ini mencatat sejarah sebagai banjir yang tak diduga yang terbesar penah berlaku di Perlis. Keadaan hujan yang luarbiasa yakni hujan di luar musim yang berlarutan selama empat hari dan empat malam telah melimpah air yang luar biasa banyak nya dan mencatat bacaan melebihi paras waspada 29.40 meter di Empangan Timah Tasoh, di mana kemucaknya membawa kepada bacaan setinggi 30.00 meter menyebabkan ianya perlu di lepaskan secara berperingkat untuk menurunkan isipadu air di empangan. Kesannya limpahan ini menyebabkan banjir ke seluruh negeri Perlis.. lebih 40 pusat pemindahan banjir telah di buka bagi menamp...

Racangan Tergendala Sebentar.. Harap Maaf

Hi sumer.. tak dapat nak updatekan blog aku lagi ni.. sumer nye kelam kabut kat umah aku.. bersimponggang barang2 kat umah aku.. banjir la.. banjirrr.. isk tak penah seumur hidup aku duduk kat umah ni air bah naik .. tak penah bah pon.. ni lah kali pertama.. ntah la .. aku nak panjang kan entry ni.. tak pi tak leh lagi.. nanti2 la.. nih yang akan menjadikan blogathon aku makin panjang ni.. hehhh hheee.. kena la sabo lagi ni.. sabo lah lagiii... Hah ni bilik aku ni pon dah di masuki air.. macam mana aku nak update... ni dah update dah ni.. gambo betul nyer aaa.. bukan tipu2.

Aku dan aku.. sampai bila...

Semalam kau merayap kat dalam blog joe gi, walaupun aku tak khatam Joe punya blog lagi, tapi aku teringat nak merayau kat dalam guestbook.. pastu aku gatal-gatal lak pi sign guestbook dia, ntah la dia baca ke tak? Aku pon tak tahu... Bila aku baca lain guestbook dia, dan aku tijau kata-kata ku sendiri, aku tertangkap dengan satu phrase ni, "Semenjak orang menceritakan perihal kau, aku selalu terpikir, orang yang macam mana lah kou ni, aper lah yang menyebabkan kou jadi macam ni dan bila membaca blog kou ni menyebabkan kekadang akuk menyelam diri aku sendiri, sedikit sebanyak aku terpikir juga.. kou lah orang yang aku idamkan untuk jadi selama ni.. kou stranded di US sana, tapi aku stranded di sini, mana tak leh nak pegi... " Mungkin phrase aku boleh jadikan sebagai pedoman kepada 'blogthon' aku nanti, walaupun banyak nak aku kisahkan..tapi aku masih lagi memilih, menapis, dan menambah suai sesedap hatiku, supaya lebih sedap bak tomyam di Restoran Kandis tak pun sekura...

Telefon Maintenar!

Hmmm.. aku letih laa ari ni... ntah la pasai apa... tapi tadi adala aku dok naik turun tangga, buat extension telefon yang leh sambung kat bilik aku dengan kaunter.. kang tak lah teruk aku berkejar sana kejar sini semata-mata nak jawab tepon, alhamdulillah tak sangka aku ni terer gak.. dah siap keja aku tu, dah leh pakai pon..pasai tu la kot aku letih sangat. Semalam aku kata macam nak demam, tapi tak demam pon, mungkin jugak aku demam tapi aku rasa tak demam, isk yang mana satu ni... emm sebenarnya aku boring la malam ni, nak tido awal sangat, kang sebelum subuh dah jaga.. nak tengok tv dah ada owang tempah, tengok E Pring kat Channel 8 la.. tengok gambar Cina la.. akhirnya aku boring sendiri. Dalam kepala aku ni penuh dengan idea.. aku ada plan nak buat satu blog marathon dimana aku nak conclude keseluruhan kejadian kesah dan apa-apa yang terjadi pada diri aku sepanjang tahun 2005 ni.. aku masih mencari ayat2 yang sesuai, phrase2 yang sedap, dan apa2 jua yang berkaitan untuk di masuk...

Khusyuknya dia..

Emmm dah lama aku tak update... entah la apa pasal.. aku sendiri tak tahu... nak kata aku malas tak juga... hari aku mengembara dalam blog joe.. blog lain.. chat kat shoutbox.. kat tagboard... entah la.. nanti la aku update lain... dalam aku dok tunggu kaunter tu ada gak satu scenario ni.. khusyuk je dia baca buku, dengan mulut becok nya bertanya sana sini kat mak dia.. ..... aku rasa macam nak demam je la.. nanti la aku sambung

Aku Seorang Pencacai

Baby Twins Kakak Aku Sabtu-3/12 : Hujung minggu ni aku sibuk, walau pun aku tak kerja, tapi sibuk dengan kenduri kat kampung. Beginilah rutin hidup aku sekarang, kalau dulu kenduri kendara kat kampung jarang sangat aku nak join, cuma kalau ada tak pon aku cuma pegi makan, singgah sembang sekejap dah balik. Heh kini mungkin juga kerana aku dah makin tua ( ikut kata joe la) maka fikiran pon dah makin terbukak lah gamaknya.. kenduri kendara pon dah jadi sebahagian daripada kehidupan, pagi sabtu ada satu kenduri dekat umah aku yang akan diadakan pada hari ahad, jadi awal pagi sabtu lagi aku dah mula terlibat, buatt khemah lebih kurang, siapkan lah perkara perkara yang patut sampai lah kol 10 lebih aku pon blah la tgk dah tak der ape sangat nak buat, ye lah kita buat keja yang besar besar lah, yang kecik kecik tu tinggal adik beradik diaorang lah buat, pastu terus aku ke market cari ikan sikit, then balik umah lepak jap.. petang pas gi amik kakak aku kuar lagi pi makan kenduri kat umah sed...

Baby Story

emmm.. dah seminggu aku tak update kan blogni kan.. sebenarnya tak banyak perkara yang berlaku dalam hidup ku dalam minggu ni.. sumernya perkara biasa yang terjadi.. ada pun yang terjadi cuma aku terserempak dengan Baizatul Shima.. ( aku pon heran..macam mana aku leh teringatkan nama dia ..penuh dengan nama ayah dia...) Bila dah terjumpa, memori lama masa sekolah dulu pon menjengok semula.. dia adalah antara gadis yang berjaya menarik minat aku dulu.. zaman cinta monyet.. heh tapi kau tetap aku, insan yang bersembunyi disebalik pintu untuk melihat orang yang aku minat... haaa haa lawaknya.. dan bila sesekali terjumpa terserempak di library, mulut ku kelu nak berbicara ,.. hanya senyuman bermain di bibir... hah kenangan dulu..kenangan masa zaman awal remaja..manakan leh lupa.. biarlah.. yang berlalu tetapkan berlalu manakan leh patah balik.. dia pon dah ber anak dua... aku..? Dalam minggu ni ujan jer tak berenti.. kalau tak siang malam.. kalau tak malam siang.. kalau tak pagi petang.. ...

Makan kenduri..

Ahad - 27/11 ... Takde aper sangat yang aku buat ari ni.. cuma pergi makan kenduri di Sg Padang... pastu on the way balik tgk ramai owang kat Sg Berembang.. baru aku ingat ada program Astro, berhari raya bersama artis akademi fantasia dengan peminat... ramai gak owang pegi, walau pun ada ujan renyai2... maleh aku nak singgah... ujan la... ramai owang la.. keta kena parking kat luar.. isk nak jalan tengah ujan tu satu keja la... so aku pegi makan laksa aje la kat tepi pantai..pastu balik.. abis..

Kisah bangla merantau

Aduh... seharian hari ni keja aku hanya lah dok baca blog joe.. ape dah jadi la dengan aku ni... tak abis-abis dok baca blog joe... mungkin menarik sangat.. dengan ada rentetan peristiwa yang lucu, tegang, romantik, sedih, errr yang 18sx pon ada.. ape tak menariknya... aku harap seminggu gi dapat la aku habiskan... Tapi sebenarnya mmg sonok baca blog dia... banyak yang aku leh belajar... banyak impian (angan2?) aku yang telah joe lalui... walaupon tak sepenuh nya tapi sedikit tu ada juga sebahagian dari angan2 aku.. isk macam mana aku nak definasikan nih..? -- ahh cukup lah dulu pasal joe--- Semalam Ujan turun lebat.. rasanya dari aku mula tido (12.40tgh malam) sampai aku jaga untuk subuh (6.20pg).. kalau ikut kebesaan dulu kalau macam tu punya ujan mesti dah jadi banjir dah... tapi mungkin air laut tak besar maka tak le jadi banjir... emm kalau tak leh main air lak.. opsss... lupa lak..malam kemarin aku buang lagi kucing kat umah aku... aku angkat ngan anak menakan aku bawak gi pasar ...

Baby Story

Hehh dah lama aku tak memblog kat sini.. bukan apa tapi aku demam.. bukan demam apa demam dok baca blog ni.. entah mengapa sonok lak aku baca.. aku baca dari pejabat sampai la ke umah.. isk demam betul aku ni.. heh heh dah tu aku tak de cite sangat... emm aku pon baru jer baru balik dari KL .. amik peksa PTK.. pastu bali sampai pagi naik train dalam kol 9.00 pagi.. pastu balik terus ke Sg Padang kampung mem aku.. ada kenduri sunat lak.. anak buah mem aku gak.. aku stay jer kat situ.. smp kol 2.30 ptg mata aku dah layu abis.. so aku balik tido la..malam baru aku pegi balik... so yg tu jer citer aku sepanjang minggu ni... sori joe.. aku pinjam skit web kou buat promosi... http://joeperantau.blogspot.com Week Nine Baby has begun movement - While still too small for you to feel, your little one is wriggling, shifting, and dancing already! Makes you almost wish for a window to peek in whenever you want! Most joints are formed now - and trust that your little one is practicing bending and f...

Baby Story

emm dah lama tak memblog.. aku sibuk le kejap... pas bercuti panjang berhari raya banyak lak aktiviti... emm sedikit yang aku nak citer.. masa cuti tu.. aku pegi terengganu... pegi makan kenduri kat umah saudara tok wife aku.. dulu masa kami kenduri depa dok seminggu tolong keja kenduri.. so takkan kami tak pi lak kan.. kami be tolak kol 3.45pg.. dan sampai kat Baling kol 6.00pg [as semayang kol 7.30 pg betolak ke Terengganu pastu kol 1.00 tgh baru sampai.. uhh letih ooo..

Baby Story

Week Nine Baby has begun movement - While still too small for you to feel, your little one is wriggling, shifting, and dancing already! Makes you almost wish for a window to peek in whenever you want! Most joints are formed now - and trust that your little one is practicing bending and flexing. Fetus will curve its fingers around an object placed in the palm of its hand - This is amazing to see! At only nine weeks, if you happen to have an ultrasound, you may observe your infant fascinated by everything he or she can lay their fingers on (mainly other fingers, toes, ears and nose! Fingerprints are already evident in the skin Average size this week -- length 0.9 inch (2.3cm), weight 0.07 ounce (2gm)

Aku nak jadi abah...

akum.. hehh aku ada berita.. berita yang amat gumbira.. mesti korang ingat ada satu berita yang aku nak kasi tahu.. tapi tak kasi tahu lagi kan.. sampai sekarang teka teki tu masih lum terjawab.. tapi ari ni aku nak jawab.. tapi kalau korang tgk gambo ni mesti korang dah tahu kan.. hehh sangkelu akan dapat baby... alhamdulillah.. alhamdulillah itu yang mampu sangkelu katakan.. semalam baru pegi confirm kat spital.. ye.. dah 8 minggu .. emm dah tak sabar nak tunggu sangkecil.. ok kang sambung lagi yer..

Mood Raya lagi..

Hi... ermm.. ari aku lum keja gi... masih dalam mood raya.. bangun tido jer dok cr tmpt nak pi beraya,.. emm jln sungguh la tahun ni.. bnagun je tido tak tahun apa nak buat.. ronda2 belakang umah dah abis idea apa nak buat .. so aku ngadap komputer aaa... baca blog sera honey... ok aa aku nak gi mandi aaa.. nak gi pasar cari ikan.. hehh heeee

Gambar Kawin Lagi..

Hi.. masih lagi aku cuti raya.. rasanya panjang cuti raya aku kali ni.. maklum la.. orang amik dari sebelum raya.. tapi aku amik pas raya so aku amik kesempatan la.. sambung cuti sampai abis minggu depan.. hah baru puas ati aku... so semenjak semalam aku manyak berjalan gi umah adik beradik, saudara dan kekawan.. emm sambung ari ni dah dua ari aku melilau.. apa2 pon masih ada lagi yg aku tak sempat piu.. isk kekawan, adik beradik dari belah aku dan juga wife aku... dari belah wife aku lagi la ramai.. rasa macam tak termampu nak kejar sumer.. walaubagaimana pon terpaksa la aku mencuba gak.. aper nak buat kan..? Harap ada le kekawan aku yang lum aku sampai umah dia tak marah.. sori bebanyak ler weh.. aku manyak agenda la tahun ni.. bukan aku tak ingat kekawan.. sementelah wife aku kurang sihat.. tu yang perjalan jadi semakin slowww..Ok le yang tu jer aku nak kabokan dulu.. kang karang aku sambung balik la.. Weh ada lagi pic masa aku kawin ni.. ni masa aku akad nikah.. Ya Allah masa ni h...

Gambar Kawin..

Askum... hi.. emm ni kali pertama aku dapat memblog dari umah.. akhirnya dapat juga aku access internet di umah, setelah ku korbankan sebahagian daripada gaji ku untuk pebaik komputer kat umah... dapat juga aku pebaik.. yang aku best ni dapat juga aku selamat kan beberapa gambor kawin ku haa bestnyer.. emm sekarang rasanye macam no limit aku nak akses ke sini bila bila jer.. ok la aku nak tido dulu.. dah letih gi beraya la.. seharian ni aku pegi raya..pastu balik kol 10.00 malam dah.. dah letih terus tido.. ni aku terjaga so aku guna la kejap.. heh hee..

Puasa : Hari ke 29

Hi... Hari adalah hari ke 29 Ramadhan.. Hari ni jugak orang pi tengok anak bulan Syawal... Yeah.. terlihatnya anak bulan Syawal maka akan berakhirnya Bulan Ramadhan Almubarak.. di mana bulan yang penuh dengan keberkatan.. penuh dengan pengampunan dan penuh dengan pengajaran.. kau juga pernah terdengar dalam suatu majlis agama.. ramadhan Al Mubarak ini juga merupakan sebuah sekolah yang mana sekolah ini adalah untuk mendidik diri kita sendiri.. mendidik tentang erti sebuah kehidupan.. emncari kinsafan bagi mereka yang kurang sempurna.. mendidik diri kita agar lebih banyak bersabar.. lebih mendidik kita agar dapat menjadi seorang akauntan yang berkaliber.(akauntan untuk buat check and balance ttg sorang hamba terhadap Penciptanya.. ). dan macam2 lagi.. apa2 pun Ramadhan ini amat meninggalkan kesan padaku.. semuanya menjadi suatu permulaan dalam kehidupan aku.. Di Ramadhan ini lah kali pertama kali aku sambut sebagai suami, dan pertama kali juga Ramadhan ini aku sambut tanpa kehadiran ibu...

Puasa : Hari ke 27

Emm hari ni dah hari yang ke 27 Ramadhan, dan dah 27 hari kita berpose.. dan tinggal tak lebih dari 3 hari lagi nak beraya.. emm sungguh cepat masa berlalu.. berdesup ia bergerak sepantas bullet train di Jepun.. hah! maaf, tak banyak yang dapat aku coretkan minggu lepas.... entahlah.. aku dah menjadi kelu agaknya.. Emm kat umah aku dah meriah kembali.. kakak ku dari Shah Alam dah balik nak beraya kat kampung, dengan 4 orang anak nya cuku untuk meriuhkan kat rumah aku.. tapi aku masih terasa sunyi.. entah mengapa aku pon tak tahu... em tak pe lah . esok aku cuti Deepavali... Rabu kang aku keja balik mungkin aku akan sambung lagi.. ok .. chiowsss dulu...

Puasa : Hari ke 21

hi.. ari ni dah 21 ari kita beposa.... lagi seminggu lebih kita dah nak sambut Hari Raya... dentuman meriam bulu, mercun dah kedengaran di sana sini... lagu raya dah makin acap kali kedengaran di radio.. ada pelbagai rasa yang sedang aku rasai... ada sedih, sayu.. ada gembira.. berdebar-debar pon ada.. yang aku sedih sangat ialah inilah pertama kali aku beraya tanpa emak disisi.. setelah pemergian emak, apa yang ku rasa sayu benar nak menyambut raya tahun ni.. sepanjang ingatan aku, ini lah kali pertama aku beraya tanpa emak dan bukan jua sekali tapi akan selamanya lepas ni aku akan beraya tanpa emak... dalam aku bersedih.. tahun ini lah juga buat pertama kali aku beraya sebagai seorang suami.. kalau korang bertanya apa aku rasa... entah aku tak tahu.. pasal tahun ni adalah tahun yang penuh suka duka.. bercampur baur ... emm entah la tak tahu aku nak kata.. dan satu perasaan lagi aku tak tahu nak tafsirkan.. satu perasaan yang sumer orang inginkan.. isk aku tak tahu nak cakap lagi....

Puasa : Hari ke 18

Hi... emm hari ni dah 18 hari kita berpuasa.. emm dah makin berlalu bulan posa.. yang makin menghampir ialah hari raya.. err. aku masih lagi blurr hari raya tahun ni macam mana.. setelah pemergian emak.. ni kali pertama aku beraya tanpanya.. isk mana ketupatnya.. mana rendangnya.. entah lah aku tak tahu.. macam tu juga dengan orang yang nak datang ke rumah ku nanti.. entah la.. tapi di sebalik kesediahan dan kepiluan ni.. ada juga rahmatnya.. ada yang bakal berlaku lagi dalam keluarga kecil ku ini.. aku masih menanti hari.. masih menyabarkan diri.. nanti la aku bagi tau.. bila masa nya sampai dan ku kira bersedia nak di hebohkan.. aku ku hebohkan la... Sehubungan dengan pemergian dati seri Endon ke Rahmatullah aku sekeluarga juga mengucapkan takziah kepada Pak Lah Sekeluarga.. semoga rohnya di cucuri rahmat.. kami juga turut bersedih.. ok lah aku ber'alah' dulu kang nanti aku sambung lagi.. ok sumer .. nice weekend.. and selamat berposa...

Hilangnya Sebutir Bintang!

Selepas lebih tiga tahun bertarung dengan kanser payu dara, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pagi semalam. Endon, 64, menghembus nafas terakhir di depan keluarga � Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dua anaknya, Kamaluddin dan Nori, menantu Azrene Abdullah dan Khairy Jamaluddin, empat cucunya serta ibu Allahyarham, Datin Mariam Abdullah � pada jam 7.50 pagi. Berita kematiannya mula diketahui seawal jam 8 pagi apabila disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) Bernama sebelum ia meluas ke seluruh pelosok negara. Allahyarham meninggal dunia kira-kira 18 hari selepas pulang daripada menjalani rawatan di Los Angeles, Amerika Syarikat. Beliau diletakkan di bawah jagaan rapi di Hospital Putrajaya pada 2 Oktober lalu, sebelum dibenarkan pulang ke Seri Perdana, malam Isnin lalu. Cuaca di Lembah Klang, termasuk di Putrajaya yang mendung dengan hujan sekali-sekala semalam seolah-olah turut merasai pemergian Allahyarham, tetapi ia tidak menghalang ribuan rak...

Hujan lagi..

Erghhh.. ari ni ujan lagi.. tapi manusia kat dalam perpustakaan masih juga ramai... aku tak tau nak buat apa ari ni.. just check around internet dan emails.. aper tak nya aku dok sowang hari ni.. ina cuti... tak dak owang nak ngasuh anak... isk kalau aku gamaknya .. sapa la nak ngasuh anak aku....? haa haa ntah la aku tak tau nak jawab... Kemain aku ada kata aku ada berita.. aku nak bagi tau.. tapi nampaknya aku tak leh bagi tau lagi... jangan marahkan aku.. kalau leh nak sangat aku bagitau.. tapi lum boleh.. sabo jer lah dulu ye.. aper yang aku leh kata .. apa yang akan aku kabo kan ni berito yang amat baik.. tak de yang tak baik .. sumernya baik.. so sabo gi lah ye... Ni gambo depan opis aku.. basah... basah.. basahh ujan dah datang..

Hujan Monsoon

Wah ari ni dah 8 Ramadhan.. emm aku rasa dah makin ok la.. tak macam baru2 posa.. macam macm rasa ada.. sakit perut la.. pening kepala la.. macam2.. dan sekarang ni ponkena musim ujan.. hampir hari2 ujan.. sekarang ni pon tengah ujan.. tak per la nak buat macam mana kan..? dah musim dia.. so aku pon dah nak balik ni.. nak pi pasar ramadhan..nak beli apa, emm tah la.. tgk la dulu macam mana..

Puasa : Hari ke 7

Hi.. isk dah lama gak aku tak nulis kan.. semenjak ari jumaat ari.. emm sebenarnya tak de aper sangat yang berlaku.. cuma biasa2 je.. emmm puasa pon masih sepeti biasa... hai dah masuk ari yang ke tujuh.. uuhh cepat juga masa belalu kan... Emmmm emm tak de aper lak nak citer kan.. dah abis idea.. tak per la mana tahu kedepan ni ade citer best ka.. mesti aku bg tau punya... okekkk aku balik dulu .... selamat bebuka pose sume...

Sekitar Masjid Tuanku Syed Putra

Hari ini merupakan hari ke 3 Ramadhan 1426 Hijrah., aku baru je balik dari sembahyang Jumaat kat Masjid Putra, Kangar. Masjid ini adalah sumbangan dari Yayasan Tuanku Syed Syed Putra. Sebenarnya aku tak tahu apa nama sebenarnya masjid ni, tak tahu juga bila ianya dirasmikan, apa yang aku tahu masjid ini mula digunakan dalam lingkungan sebulan ni la.. emm tercapai juga hasrat aku nak melawat ke sini.. Awal aku menulis ari ni.. aku tau ari ni agak sibuk, biasa la ari Jumaat bebudak ramai kat lebri ni.. so baik aku tulis awal kang tak sempat lak.. Ari ni dengan ape la aku nak berbuka yekk... mungkin ada masakan istemewa kot? haaa haa angan2 la , sapa nak masak? sumer owang keja, balik dah kol 6.. jadi mana nak dan masak.. kena la beli aje.. isk sabo aje la..

Menjelang puasa...

Hi.. emm ari ni aku sambung balik lah ye.. dah lama kau sibuk.. ada di Perpustakaan Cawangan , ari ni baru ada masa nak sambung chat.. ntah la.. Em ari ni juga dah dua ari kita berposa.. Alhamdulillah sumernye ok aje.. tapi masa sahur malam kemarin aku bersahur ngan kakak aku je.. isk ni yg buat aku betul2 teringat kat mak... kalau dia masih ada tentu masih ngan nasi lauk ikan dan kopi nya .. mana leh dia miss yang tu.. agh.. kenangan tetap kenangan walaupun emak dah pergi hidup kena teruskan jugakan.. Hari ni satu weblog aku dah kena tutup.. bukan kerana tak bayo .. tapi kerana permintaan dari tuan dia.. heh aper lah nak jadi.. ntah ler.. aku dah nak balik.. kang aku sambung... Ni gambar masa ari tgk anak bulan tu.. sempat jugak aku kuar gi tgk sama..

Yang Terindah Hanyalah Sementara

Setinggi seluas gunung dan lautan Sejuta harapan dipertaruhkan Beronak berliku jalan ku lalui Selagi berupaya kuteruskan Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam Di dalam keberanian terusik jua perasaan Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa Tak rela kuturutkan hati Menyesali apa yang terjadi Andainya begitu suratan yang tertulis diazali Biarlah walaupun kusepi Sedih pedih dikhianati Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan ini Ahhh macam mana harus ku singkirkan kenangan ini.. sesungguh apa yan9 terjadi bukan salah dia.. malahan bukan kehendak aku jua.. entah macam mana aku nak bagi tahu owang.. tapi sesungguhnya aku memang salah langkah pada nya.. aku buat apa yang aku tak nak buat..

YM..

Hi.. ari ni tak de foto la.. tapi aku nak menulis gak.... ntah kenapa ari ramai kenalan aku singgah kat ym.. ada ma, ada ppah , ada adik ila dan dua tiga org lagi.. sonok la aku.. menge'chat ajelah" aku... Kemarin cuti.. aku ada kat umah mertua aje.. depa nak buat kenduri arwah dan doa selamat.. seharian juga lah aku dok kat situ.. tak der menda nak buat gi... kenduri je, tolong-tolong mana yang patut .. heh buat la apa yg patut .. ok la tu..

Kabus nak timur

Emm .. ari ni aku keja la.. tak der amenda nak buat .. aku pebaik la pc lama ni.. emm nampaknya secara fizikal dia dah elok.. laju pon ok gak.. jadi x banyak keja aku.. aku reformat lain je.. esok cuti.. ader kenduri kat kg wife aku.. jadi malam ni kena singgah la kejap.. pastu malam aku balik pulak.. esok pi pulak.. ni gambo aku tangkap 2 3 ari lepas.. emm berkabus betu la.. mgkn dah ilang musim panas.. ujan pon dah mula turun.. mgkn musim timur dah nak mula.. kang aku ceta lagi yek...

Air besar...

Weh.. sori lama tak update.. aku cuti sakan la.. dari jumaat sampai ari ni selasa baru masuk keja balik.. tak der aper sangat nak buat kat umah.. ujan je manjang.. tapi ari sabtu tu aku sempat jalan2 kat tepi laut.. air pasang.. dah tu berangin lak.. tu yang beralun tu.. hmm ikan kat Sg Baru tak de.. isk patah balik kat Kuala Perlis.. emm mahal ler.. i kilo ikan temenung rm5.00 perghhh tapi dah tak dak ikan kena beli jugak la... ari ni aku takder kat pejabat .. aku gi Kuala Perlis.. barang2 dan perabot nak sampai kot .. pasal tu aku kena dok kat sana ari ni..

Gempa bumi 3.7 skala Richter gegar Makkah

MAKKAH: Gempa bumi menggegarkan kawasan Utaybah, kira-kira 25 kilometer dari Masjidil Haram pada jam 2 pagi waktu tempatan Selasa lalu, mengejutkan penduduk kota suci Islam itu. Tiada kematian atau kerosakan bangunan akibat kejadian itu walaupun penduduk melaporkan anjing menyalak sejurus sebelum gegaran dan bunyi bising atau apa yang didengari seperti bunyi letupan.Gegaran susulan yang dilaporkan berlaku dalam tempoh enam jam selepas gempa bumi awal mencetuskan ketegangan di kota suci ini. Anggapan mengenai gegaran disebabkan kerja pembinaan yang berterusan di bandar raya itu, jelas tidak berasas.Seorang penduduk Utaybah, Siraj Muhammad Omar, 23, berkata beliau berasa empat gegaran dengan yang pertama dan keempat paling kuat. Beliau bersama tujuh anggota keluarganya yang ketakutan selepas gegaran pertama bergegas naik ke atas bumbung bangunan.Muhammad Baid, 22, yang berketurunan Maghribi, berkata dia meninggalkan rumah sebaik berasa gegaran pertama dan kembali semula selepas keadaan k...

Couple in red

Couple in Red.. Emm semalam berjalan2 lagi.. pusing Pekan Kangar.. tak de menda nak wat so round2 je lah.. sempat lak tangkap gambo sambil bawak moto.. nasib baik takdo polis & jpj.. kang kena saman jer.. heh perasan tak kat belakang tu.. tu la Highway Changloon ke Kuala Perlis.. kitorang kat exit to Seriab..

Surprise! Mawi dah sampai kat Kangar....

Emm ahad, dah tak de keja.. kami gi makan kenduri.. sampai 2 tempat. Di Sg Padang , kenduri yg sempoi.. leh makan sup g... pastu kat Utan Aji.. makan lauk ayam je.. kurma, gulai.. dah tu tawar je.. tanya diorang naper tawar... tu hah perasa disediakan.. ler.. ada gak kenduri mcm tu .. masak tawar pastu bg perasa kemedian.. isk.. balik tu singgah kat kedai hakim kat PTK.. wahh manyak kain kena lelong... tapi yg best tu aku terpandang satu jenis kain tu.. huh.. kain mawi pon ada kat perlis... waaaa hebat tu... WORRLDDDD!!!!!

Romantika

past makan kitaorang gi lepak kat benteng... tgk matahari jatu.. perghhh syahdu abis...

Jalan jalan kat Kuala Perlis

Sabtu.. masih sempat lagi aku gi meronda.. hmm tak der tempat lain nak pergi.. kami singgah kat Kuala Perlis... pegi makan makan.. pastu merayau ler .. singgah kat jeti jap.. tgk wooo ramai gak yang baru balik / nak pergi ke langkawi.. heh manyak jugak duit diaorang kan... ?

Anak Menakan Aku

Ini la anak menakan aku, twin.. wah dah makin ensem la... dah besar nanti tentu lagi ensem.. kalah pak njang dia ni.. hehh hehh dah lama tak balik.. mesti makin agresif ni.. heh dah dengar ura2 ada orang dah nak tempah dah... isk kecik kecik pon kena tempah.. macam mesekut panas la...

Sepetang di Kuala Perlis

Semalam, sempat jugak aku berkunjung ke Kuala Perlis... berlepak disana sambil melihat matahari terbenam.. sempat jugak 'keperihalan' kesibukan Jeti Kuala Perlis bila feri dari Langkawi mendarat.. melihat orang ramai beristirehat bersama keluarga masing-masing.. emm dah lama aku tak melihat begini.. dulu, seakan menjadi rutin kepada ku.. kini masa ku tak semewah dulu.. heh itukan hidup namanya...

Sawah

Isk.. semalam sempat aku merayau kat kampung belakang umah aku... dah lama aku tak meronda... al maklumlah.. dah berbini ni.. jarang2 lah dapat meronda.. tapi sesekali tu nak juga lepas geram kan.. jadi aku kuar lah.. rupa-rupa nya tengah meriah kat kampung sekarang ni.. pak tani dan mak tani tengah sibuk.. sibuk la.. hasil padi dah nak dituai.. hah tgk gambau ni.. padi tengah menguning dah reaady nak di tuai.. masih aku ingat kalau zaman aku kanak-kanak lagi la meriah.. aper tak kalau nak tuai padi kena 'berderau', bila dah berderau.. kena ada makan2 utk di jamu pada orang2 yg tolong 'mengerat'.. hah kan ke meriah tu.. bila laki2 dan pompuan turun ke bendang.. tinggal la anak2 dara menyediakan hidangan.. pagi tengahari dan petang.. woo best oo.. yang anak2 kecil bermain2 je.. tu la part paling best.. tak der masalah...

Sekitar sungai Perlis dan Muzium Kota Kayang

Sekitar pemandangan Sungai Perlis berhampiran dengan Muzium Kota Kayang yang penuh bersejarah. Sungai ini merupakan pengangkutan utama masa dulu untuk menghubungi Alor Setar dan Istana Almarhum Kayang. Di jangkakan satu pengkalan di raja akan di bina semula di kawasan ini.

Muzium Kota Kayang

Sekitar lawatan ke Muzium Kota Kayang, Kampung Tok Kuning berhampiran Kuala Perlis Perlis. Berita Selanjutnya akan di hantar kemudian.

Sejarah Jalur Gemilang

Jalur Gemilang Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir. Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat tentang ketiga-tiga rekaan tersebut. Undian pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir telah disiarkan pada 29 Nov 1949. Rekaan yang terpilih menggambarkan sebelas jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri. Rekaan ini adalah ciptaan seorang arkitek kerajaan dari Johor iaitu En Mohamad bin Hamzah. Beberapa pindaan telah dibuat kepada rekaan tersebut dan rekaan akhir telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan tela...

Kuala Perlis : Sekarang

Kuala Perlis yng sedang rancak membangun Ini Kuala Perlis baru.. Kuala Perlis yang telah berubah.. berubah mengikut zaman.. terbinanya satu Persiaran baru dan juga sebuah hotel baru iaitu Hotel Brasmana Putera.. ia akan tetap akan terus berubah..

Kuala Perlis : Dulu

Kuala Perlis.. sekitar 70an - awal 90an Kuala Perlis.. pasca pembangunan. Ini lah Kuala Perlis.. kalau zaman awal merdeka dan zaman awal pembangunan di sini lah Pekan Kuala Perlis.. pekan yang terkenal dengan hasil ikan dan pengkalan feri ke Pulau Langkawi.. ini lah pengkalan asalnya..inilah sisa yang masih tinggal.. untuk dikenang sepanjang zaman.

Aduhai pak tani.. musim menuai dah tiba lagi..

Musim menuai dah tiba,.... heboh lah seantero negeri.. musim maenuai dah tiba.. menderu deramlah mesin menuai padai.. berkejaran lori mengangkut padi.. akan beratur panjang lah lori-lori di kilang.. dan tersenyum riang lah pak tani.. setelah 4 bulan menjaga dan membaja padi.. kini hasil dah mula menjadi.. hasil akan di tuai.. dan hidup terus berbunga kembali... aduhai pakk tani...

Perpustakaan Kuala Perlis

Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis...

Anak menakan kembar aku lagi..

wait..ada lagi.. nih ada gambo anak buah aku.. yang terbaru.. alah yang twins ari tu...

Inilah kami...

Emm aku dah tak nak sembunyi lagi dah ni la wife aku.. cantik kan...

Laut itu...

pemandangan pagi dari kuala perlis.. menghadap ke langkawi