May 2012

Monday, May 28, 2012

Hujan dan ribut


KUALA LUMPUR: Hujan serta ribut petir diramalkan berlaku malam ini di satu dua tempat di Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.  
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, hujan turut diramalkan pagi esok di beberapa tempat sekitar pantai Kedah dan Perlis.
Pada petang dan malam esok pula hujan berserta ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.-Bernama





Dah dua tiga hari ni ujan saja, dua hari nih hujan di sebalah petang dengan angin kencang juga.. wahh dah abih rasanya musim-musim kepanasan nih..


Saturday, May 26, 2012

Dairi hari ni...


Dairi hari ni.. isk pulak dah , berdiari-diari pulak heh he apa kes kan, okeh macam biasa, macam juga minggu lepas, pagi Sabtu bawak Athirah bwerlatih berenang, nampak gaya macam aberani dah sikittt.. he he








Balik dari berenang, layan aje lah budak nih, dia dah ada kawan baru nih, sampai geram-geram, siap di gigit-gigit, bahkan hisap-hisap mainan tu, punya lah dia geram....





Dan macam biasa lah, bilah dah mula cuti sekolah nih, banyak lah pulak panggilan makan kenuri, hari nih saja aku ada 3 panggilan, namun sempat pergi hanya 2 buah saja lah, yang ketiga iaitu kenuri kawan satu opis nih memang tak dapat nak pergi lah.. soo sori yerrr Arni...


esok...? hmm tak der lah pulak panggilan makan kenuri.. tapi aku dah ada projek lain.. he he 



Thursday, May 24, 2012

Hujan Pagi..


Setelah sekian lama , hujan tidak turun.. err ada dalam dalam seminggu nih, kalau hujan pon sikit-sikit sja, tapi semalam atau awai pagi ni hujan turun sampai pagi, biar pon tak berapa lebat, tapi cukup nak dinginkan suasana.. 
pandangan awal pagi.. selepas antaq Anieq dan Anief

Monday, May 21, 2012

Semangat makan....




Tetiba semangat pulak Athirah nak makan, mula-mula dia makan kuetiaw kerang kat The KerangBerrys... tiba-tiba teringin pulak nak makan sate pulak. Hmmm terpaksa la juga mama dan abahnya cari, nasib baik juga ada jual sate ekonomi nih, satu cucuk baru 20sen.. beli ajer 20 cucuk, he he mama ngan abah makan 5 cucuk , Anieq makan 3 cucuk, 12 lagi dia habiskan... huh hu .. semangat la pulak lepas baik demam nih... 

sate ekonomi....


Saturday, May 19, 2012

Ayong goes swimming


Setelah berbulan juga menanti, dua kali daftar, dan sekali mesyuarat akhirnya jadi juga Athirah dapat juga masuk kelas berenang di bawah kelolaan sekolah dengan kerjasama MSSmPerlis. Kiranya bawah projek perintis renang Perlis la. Tapi tak boleh nak berharap sangat la, asalkan dapat masuk dan Ayong ada ketahanan dan semangat untuk maju boleh la, kalau tak h,mmm asalkan boleh berenang tu dah cun dah...

Err sila tengok dari bawah ke atas ye gambar2 tu... maleh dah nak edit..











Friday, May 18, 2012

Pasar Borang Kangar.. Terbakar!


Semalam entah pukul berapa, aku terja dari tidor.. terdengar siren bomba, pasal apa aku kata bomba pasal bunyi nya yang agak ganjil.. mungkin Bomba Sukarela Kuala Perlis kot,  dalam masa tu aku terpikir juga dimana lah gamaknya kebakaran tuh, mesti besar kalau sampai Bomba Sukerela dari Kuala Perlis pon bergegas sama... dalam masa dok pikir tu juga aku terlena balik.. he he 

Bangun pagi selepas ke Pejabat, sempat juga layan Facebook jenguk sana sini baru jumpa, rupa pasar borong Kangar Terbakar.. nih sumer aku amik kat blog WanCikguMuzik jadi kalau nak cerita lanjut masuk je kat situ...





Thursday, May 17, 2012

Happy b'day Athirah.... errrrr...!!



Wah, sudah menyambut happy b'day yer Athirah, kali ke berapa? Kali ke 6? Wah sudah besar ye anak abah, sudah menyambut birthday yang ke enam. Hmmm tapi rasa macam awal je.. isk bukan bulan Jun ke..? Lah tu la dah tak nyempat-nyempat nih.. hai anak dara ku sorang nih, tergedik-gedik pulak nak sambut b'day kan? Anyway birthday dia pon tak sampai sebulan lagi nih.. kira aci lah ye..?







Tuesday, May 15, 2012


Sekarang sedang berada di Heritage Hotel Ipoh, mama sedang bermesyuarat atau apa tah mengenai kurikulum jabatan dia .. jadi sekarang terpaksa jadi mr mama juga la walaupon di hotel tapi tetap kena mengasuh juga la.. hmm macam biasa kalau dulu berdua dah haru biru, kini bertiga lagi lah kan... tapi nanti2 la aku ceta kalau rajin.. nih hanya lah gambar2 dari malam dan juga pagi ni...





 semalam nih







Monday, May 14, 2012

Anief Najwan.. akhirnya


Akhirnya, Anief Najwan dapat juga meniarap dengan cekapnya.. ini dah di kira entry yang serba salah, dah lama tak update perkembangan dia, tau-tau dah boleh meniarap pon kan. Betul la, awal bulan ke lima lagi dah dia mula meniarap nih..mula2 tu saspen je.. tangan tik mau lepas, tapi akhirnya berjaya juga....




Owh pasaipa muka dia putih macam tepung gomak, ha ha ni rawatan gatal-gatal secara tradisional oleh angah dia, ramuan dia hanya la bedak sejuk dan juga daun melor.. tapi last2 kena pakai cream juga...

Sunday, May 13, 2012


Susulan dari demam ketiga-tiga anak nih, akhirnya Anieq terpaksa juga ambik neb, apa taknya batuk yang berpanjangan, lepas tu ada lak macam nak penat (lelah) maka terpaksa juga di buat neb pagi dan petang selama tiga hari... he he aduyai...


sekitar hari pertama...



Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...