Skip to main content

Puasa : Hari ke 21

hi.. ari ni dah 21 ari kita beposa.... lagi seminggu lebih kita dah nak sambut Hari Raya... dentuman meriam bulu, mercun dah kedengaran di sana sini... lagu raya dah makin acap kali kedengaran di radio.. ada pelbagai rasa yang sedang aku rasai... ada sedih, sayu.. ada gembira.. berdebar-debar pon ada..

yang aku sedih sangat ialah inilah pertama kali aku beraya tanpa emak disisi.. setelah pemergian emak, apa yang ku rasa sayu benar nak menyambut raya tahun ni.. sepanjang ingatan aku, ini lah kali pertama aku beraya tanpa emak dan bukan jua sekali tapi akan selamanya lepas ni aku akan beraya tanpa emak...

dalam aku bersedih.. tahun ini lah juga buat pertama kali aku beraya sebagai seorang suami.. kalau korang bertanya apa aku rasa... entah aku tak tahu.. pasal tahun ni adalah tahun yang penuh suka duka.. bercampur baur ... emm entah la tak tahu aku nak kata..

dan satu perasaan lagi aku tak tahu nak tafsirkan.. satu perasaan yang sumer orang inginkan.. isk aku tak tahu nak cakap lagi.. nanti nanti lah aku bagi tahu yer.. ok le.. nanti kau sambung

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..