Thursday, December 30, 2010

Saat terindah bila bersama..

Antara aktiviti wajib bila ada masa terluang dan kesempatan yang mendatang ialah, melayan depa nih mandi manda, biar lah sejuk macam mana pon, nak juga depa nih berendam dalam kolam, di setiap kesempatan yang mendatang tetap merengek nak kesana...









Wednesday, December 29, 2010

@ royal Puteri Beach Resort

Sudah dua malam aku kat sini, cuba mencari ilham, cuba mencari ketenangan diri, tapi daku tak kesorangan lah, bersama anak isteri, juga ibu mertuaku, rasanya bilik hotel nih ok lah, cuma prasarana dia agak lama, lebihmacam duduk kat apartmen, di mana ekonsplit unit, tiada sambungan telefon, tapi alhamdulillah ada juga sambungan internet, eh Wifi lah, walaupon dia tak jamin dapat tapi mungkin kerana sedikit nasib dapat lak kat bilik aku nih..

Tapi dua malam kat sini memang lah jenuh melayan perangai anak-anak, yang demam, dah nak kebah ada juga perangai dia, yang tak demam pulak baru nak selsema, tapi semangat nak mandi kolam memanglah tinggi, kena lah layan juga..  secara kasarnya ok leh aku duduk kat hotel nih, dah dapat rate murah memang lah kena promosi kan sikit kan..?





Bola dan perang laser..Stadiu

Pertamanya walaupun dah lewat tapi aku nak ucapkan tahniah pada skuad Malaysia kerana berjaya keperingkat akhir PialA AFF Suzuki bahkan dah berjaya menewaskan Indonesia pada pusingan pertama di bukit Jalail, bermain ditempat sendiri tapi dengan penyokong Indonesia yang beribu riban yang datang hadir memang membanggakan semua rakyat Malaysia, menjadikan sukan boleh lebih hidup dikalangan umat Malaysia terutama pada mereka yang jarang melihat bole di tv.

Dengan berbekalkan 3-0 untuk melangkah ke Stadium Gelora Bung Karno memang agak menggerunkan, dengan di temanai lebih kurang 300 orang penyokong dari Malaysia, dan entah berapa ratus lagi rakyat Malaysia dia sana, cukup menggetir kan, dah tu ditambah dengan perang saraf, latihan di padang tak menjadi, jotel dikepung memang amat menggetirkan. Tambah lagi dengan kontroversi perang laser yang dikatakan di mulakan oleh penyokong Malaysia di Bukit Jalil tapi yang jelas di peringkat kumpulan lagi Malaysia dah kena serang.. moga Malaysia terus tetap tabah dan penuh konsentrate malam nih, moga dapat mengekang badai Indonesia, kalau boleh amuk amuk lah Harimau Malaya..alang dah nak bah biar terus tenggelam..!! Hidup harimau Malaysia..

laser yang dikatakan dari penyokong Malaysia, tapi gambir ni di amik daari web ni
ini yang terjadi di Indonesia pada peringkat kumpulan

namun ini mungkin juga yang di klaim oleh Indonesia terjadi di Bukit Jalil Hari tu
wah bagusnya kalau dapat di bawa ke Indonesia

Wah.. berzaman rupanya

** Aku juga cedok daripada (*) di bawah (Mat Zam)

***Ini Juga bukan tulisan aku, aku juga copy dari blog orang lain, pasai aku rasa ,ungin ada juga pasai dia..



* Ini bukan gua yg tulis...gua cedok dr sokernet.blogspot.com tulisan Lucius Maximus. Semoga dapat belajar sejarah. Dulu masa sekolah malas!!!

“Kalau kita lapar itu biasa. Kalau kita malu itu juga biasa. Tapi kalau kita lapar atau malu, itu karena Malaysia, kurang ajar!” – Bung Karno

Apaan sih yang kurang ajar? Kerana lapar dan malu? Kalau Indonesia lapar atau malu itu masalah Indonesia sendiri. Jangan tunding jari pada negara lain dan jadikannya sebagai kambing hitam.

Cerita bagaimana Indonesia sentiasa menjadikan Malaysia kambing hitam bukan benda baru. Bukan baru berlaku apabila Markus (penjaga gol Indonesia) dilaser para Ultraman Malaysia. Bukan juga berlaku pada tahun 1962 saat Sukarno tidak puas hati dengan pembentukan Malaysia dan terbantutnya cita-cita beliau menakluk Sarawak, Sabah dan Brunei yang digelarnya Kalimantan Utara. Cerita Indonesia tidak puas hati dan berdendam dengan Malaysia jauh lebih lama dari itu.

Kita kembali pada sejarah secara ringkas. Lama sebelum adanya Indonesia dan Malaysia, telah wujud terlebih dulu Empayar Srivijaya. Srivijaya ini letaknya di Palembang, Sumatera. Ia adalah empayar Melayu yang pertama, terbentuk pada kurun ke-7 dan menguasai seluruh Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dari kepulauan Riau, Singapura hingga menganjur ke selatan Siam dan juga bahagian timur Jawa. Dari Srivijaya inilah berkembangnya tamadun Melayu awal dan dari keturunan raja inilah munculnya Parameswara, pengasas Kesultanan Melayu Melaka.

Namun pada kurun ke-13 ada kuasa baru muncul di Jawa, bermula dengan nama awal kerajaan Singhasari yang pastinya dipelopori oleh bangsa Jawa itu sendiri. Mereka bangkit menyaingi Srivijaya dalam siri peperangan yang berlarutan lamanya. Singhasari kemudiannya berubah menjadi kerajaan Majapahit dan persaingan Srivijaya-Majapahit berterusan pula.



Konflik Srivijaya-Majapahit bukan sekadar persaingan Melayu-Jawa. Ia juga persaingan agama. Persaingan antara ajaran Buddha di pihak Srivijaya dan Majapahit yang mahu menegakkan syiar Hindu di Asia Tenggara. Tanggal 1377, Srivijaya akhirnya tunduk pada tampuk kekuasaan Majapahit.


Dari Palembang, takhta Srivijaya atau apa yang tinggal dari sisanya berpindah ke Temasek (kini Singapura). Pemberontakan oleh saki-baki tentera dan wilayah yang setia pada Srivijaya berterusan untuk beberapa tahun lamanya hinggalah pada tahun 1401, bila Majapahit menyerang Temasek untuk menamatkan pemberontakan tersebut. Pewaris takhta Srivijaya di Temasek ketika itu, Parameswara namanya, lari ke Semenanjung Tanah Melayu di tempat yang kemudian dinamakan Melaka.

Dan begitulah seterusnya. Majapahit tumbang, begitu juga Melaka. Penjajah datang dan pergi. Akhirnya Indonesia merdeka dan Malaysia terbentuk. Kemudian Sukarno ‘butthurt’, menjerit Ganyang Malaysia dan tercetus Konfrontasi. Konfrontasi tamat 1966, Sukarno digulingkan dan Malaysia beroleh kemenangan moral. Selebihnya Indonesia sentiasa menyimpan dendam pada Malaysia, kalau mereka lapar, kalau mereka malu, kambing hitamnya ialah Malaysia. Kalau kalah bolasepak, kambing hitamnya Ultraman dari Malaysia yang memancar sinaran laser kepada Markus Si Botak.

Indonesia hari ini adalah jelas reinkarnasi (kelahiran semula) Majapahit. Malah itulah yang sebenarnya menjadi pegangan dan aspirasi Sukarno awal penubuhan Indonesia. Dan itulah yang dilihat oleh pejuang-pejuang kemerdekaan wilayah bergolak Indonesia hari ini, baik Gerakan Aceh Merdeka atau Organisasi Papua Merdeka, bahawa Indonesia hari ini tidak lebih dari sebuah kesinambungan Majapahit atau dalam istilah hari ini, Imperialisme Jawa.

Dan Malaysia, kita selalu melihat diri kita sebagai kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka. Itu silap. Yang sebetulnya kita harus melihat diri kita sebagai pewaris kesinambungan Srivijaya. Jangan setakat berbangga dengan Islamnya Melaka tapi malu dengan Buddha Vajrayana dari Srivijaya dulu.

Dan satu-satunya pemimpin Malaysia yang pernah berani menuntut hak-hak kita sebagai pewaris Srivijaya dulu ialah Tan Sri Ghazali Shafie. Nama glamer beliau, King Ghaz.

King Ghaz lahir di Kuala Lipis, Pahang. Tapi beliau tidak ada kena-mengena dengan Pipiyapong, bau bacang pun jauh sekali. Beliau antara individu yang bertanggungjawab dalam pembentukan Malaysia melalui penglibatannya dalam Suruhanjaya Cobbold. Usai terbentuknya Malaysia, King Ghaz menjadi wakil tetap Malaysia ke PBB. Dan Malaysia pula terpilih sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Lagilah Sukarno dan seluruh Indonesia ‘butthurt’.

Sebagai wakil tetap Malaysia di saat Konfrontasi memuncak, King Ghaz lantang bersuara mengutuk perbuatan terkutuk Indonesia menyerang Malaysia. King Ghaz dan Malaysia mencipta sejarah sebagai negara pertama di dunia yang menyeludup masuk senjata ke dalam Majlis Keselamatan PBB, mengejutkan para pengawal keselamatan. Senjata tersebut milik tentera Indonesia, diseludup masuk dalam usaha Malaysia mendedahkan pembohongan Sukarno kononnya mereka yang menyerang Malaysia ialah gerila dan sukarelawan Indonesia, bukan tentera Indonesia.

Dan seperkara lagi yang mungkin tidak pernah diceritakan dalam buku sejarah sekolah, ialah bagaimana King Ghaz sebagai wakil Malaysia pernah mengusulkan kepada Amerika Syarikat satu rancangan sulit untuk menghancurkan Indonesia. Dalam perbincangan King Ghaz dengan dengan Setiuasaha Politik dari Amerika Syarikat, beliau memaklumkan Malaysia boleh sahaja mempengaruhi pemberontak di Sumatera dan Sulawesi untuk bangun menentang Indonesia. Dengan bantuan Amerika Syarikat, Indonesia akan berpecah kepada wilayah-wilayah kecil di mana Malaysia kemudiannya bersedia untuk mengambil alih wilayah tersebut untuk diserap dalam Persekutuan Malaysia.

Dalam erti kata lain, cadangan King Ghaz ialah memindahkan pusat pemerintahan dari Jakarta ke Kuala Lumpur. Maknanya Indonesia bubar dan Malaysia ambil-alih wilayahnya, atau berakhirnya Majapahit dan kembalinya era Empayar Srivijaya.

Tapi seperti termaktub dalam sejarah, Amerika Syarikat akhirnya menemui sekutu dalaman untuk dijadikan proksi bernama Jeneral Suharto. Sukarno digulingkan dan Suharto menjadi Presiden dan bermulalah Orde Baru. Malaysia pula kekal ke hari ini selepas cita-cita Sukarno untuk Ganyang Malaysia dan menakluki seluruh Borneo gagal.

Namun bayangkan, jika Amerika Syarikat tidak menemui proksi bernama Suharto untuk menggulingkan Sukarno mungkin negara Uncle Sam itu akan menerima cadangan King Ghaz dan Malaysia. Dan itu berlaku maka tidak adalah Indonesia sebaliknya yang ada ialah Malaysia Raya. Dan pada 26 & 29 Disember kita tidak perlu bermain bolasepak melawan skuad Garuda.



Apa kena-mengena cerita ini semua dengan perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini? Tidak ada kena-mengena sangat sebenarnya. Melainkan untuk kita semua memahami kenapa Indonesia sangat dengki dan benci kepada Malaysia dari dulu hingga sekarang. Macam aku katakan tadi, perasaan ini semua muncul dari ribuan tahun dulu, Indonesia lawan Malaysia ialah Majapahit lawan Srivijaya, Jawa lawan Melayu dan pernah pada satu masa, Hindu lawan Buddha.

Dan sebetulnya, atas semangat King Ghaz dan Kuala Lipis Hardcore, kita juga perlu tanam sentimen yang serupa. Tidaklah sampai berperang atau berbunuhan, tapi paling tidak dalam bolasepak kita perlu serapkan semangat patriotisme dan unsur politik.

Macam bila England bertemu Scotland, atau Perancis atau Jerman. Negara Rio Ferdinand ini pernah berperang dan bersaing dalam lipatan sejarah beribu tahun lamanya dengan negara-negara tersebut. Atau bila negara Argentina bertemu Brazil, keduanya kuasa besar Amerika Latin dan sentiasa mahu jadi yang terklasemen di benua masing-masing. Atau bila England menghadap Argentina dan semboyan Perang Falkland didendangkan. Tidak perlu aku sebut tentang Jepun lawan China atau Korea Selatan (dan juga Utara), tentang sentimen disebaliknya. Atau Afrika Selatan lawan Mesir atau Mesir lawan Algeria, apa lagi Iran lawan Iraq atau paling hebat, Amerika Syarikat.

Monday, December 27, 2010

Tour de Cuti-cuti Malaysia

Wah statusnya t our de cuti macam tuh, jadi buat masa nih tuan dia lom ada di pasaran, akan merewang di merata rata, nanti akan update lain nanti, selamat bercuti-cuti semua...

Monday, December 20, 2010

Tuesday, December 14, 2010

Sinografi @ Hotel Brasmana


Hari ini , besok dan lusa.. di sni lah tempat aku bermain, katanya ada kursus di sini.. siang dan malam, hmm tiada kepastian lagi samada akan menetap disini atau pon tidak, sekejap lago pukul 10.00 akan check in kursus.. 

Monday, December 13, 2010

Isk..isk..isk

Nih apa kes lak nih, kepandiran atau melawak/ bergurau.. agak-agak la...
ini adalah peringatannya.. tapi yang jadinya.. 
hu hu macam nih lak jadinya...

Saturday, December 11, 2010

Pesta Muda-Mudi Pak Maun kembali..?

Opss jangan salah maklumat, pesta muda mudi Pak Maun tidak kembali, tapi ini hanya lah Digi Live KPOP Party 2011 yang akan kembali.. untuk maklumat lanjut boleh la di dapat di sini

Larian RM14.50 aje...

Adeh wat penat saje ari nih, kononnya semangat nak berlari, wakili jabatan, juga nak seronok beramai-ramai, beramah mesra bagai, tapi rupanya tak ada seperti yang dirancangkan oleh aku pon. Sampai saja kat Dataran Merdeka tuh, tengok orang dah kalut-kalut dok daftar, aku pon apa lagi, kalut nak daftar sama lah, almaklum lah wakil jabatan kan, mana boleh escape, kang malu nama jabatan, sekali dah sampai meja pendaftaran nama aku tak ada, nama jabatan pon dak ada.. ehh apa kes nih..?

Lepas tu recce2 baru lah tau rupanya larian nih untuk orang yang dah daftar awal-awal, maksudnya yang dah isi borang awal2 lagi, lepas tu pulak ini bukan nya larian mesra alam bersantai-santai dan beramah mesra macam tu, tapi sebenarnya pertandingan lah pulak, aduih patut lah tengok pakat dok warm up gila-gila punya, pertandingan yang terdiri dari 5 katagori kot, wanita veteran, wanita terbuka, lelaki veteran, lelaki terbuka dan lelaki junior, hadiah dia 10 tempat bagi setiap kategori dan hadiah utam ialah Cash RM500.00. Habis nih jabatan-jabatan yang di panggil untuk pulak? 

Jawab yang dok keja kat kaunter tu, penyertaan jabatan hanya untuk meramaikan majlis, abis tu yang yang beria-ia nak nama, ic bagai tu dan fax petang kemarin tu untuk apa? Hu hu.. nampak sangat lah kakitangan kerajaan nih di perguna bagaikan.. isk, isk.. akhirnya aku daftar juga lah , guna duit sendiri, dapat baju t dan nombor tuh, ampesh betui bila di gunakan semata-mata nak bagi ramai majlis pasal MB datang untuk melepaskan peserta, gamaknya lepas tu jenuh MB tunggu nak bagi hadiah, pasal aku balik saja lah tak join lari, nak lari apanya depa lawan, yang lawan2 tu semua mmg dah geng veteran dok lawan dah.. jadinya habis juga Modai aku RM14.50, 10 hinggit untuk daftar dan tshirt tu, 4.50 sen gi tuh beli nasik kat tepi jalan, tak selera dah aku nak makan nasi free kat situ...

lepas warm-up ada taklimat
lepas tu MB pun sampai
MB melepaskan peserta

..ini lah antara staf yang sempat aku jumpa, yg lain ntah la



Semangat nak berlari...


Wah, hari ni ada larian serentak 1Malaysia, semangat sungguh aku nak masuk, walaupun dah lama tak berjogging, tapi aku rasa kalau, setakat 4-5 km boleh la berlari lagi kot.. punya lah semangat nak lari dah siap dapat t.shirt dan juga no, wu haa rasa macam atlit lak kan bila ada no macam nih, tak apa kita pergi tengok dulu macam mana, al maklum lah bila dah wakil jabatan ni memang nak kena bersemangat lah.. mau jaya gitu kan..  

Friday, December 10, 2010

Muharram Bukan Bulan Nabi Berhijrah

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.
2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.
3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah:
Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.
4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).
gua_thur.jpg
Gambar Hiasan - Gua Thur
5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.
6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.
7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.
8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.
9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.
Di petik dari laman DrMaza.com

Monday, December 6, 2010

gambar hiasan-google

Kita sememangnya wajib bersyukur kepada Allah SWT Yang telah memberikan banyak keni'matan kepada kita. Yang seandainya kita diminta menghitungnya, pastinya kita tak akan mampu melakukannya. Dan, keni'matan yang terbesar yang diberikan kepada kita, iaitu Islam. Dan kewujudan kita sebagai orang yang beragama Islam. Sebab, ramai orang yang diberi keni'matan hidup, tetapi tidak semuanya mahu memeluk Islam. Tetapi, keni'matan yang lebih besar lagi, yang diberikan kepada kita ialah wujudnya dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam ini sampai kepada kita. Dua perkara inilah yang tidak semestinya kita lupakan. Iaitu, dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam itu sampai kepada kita.

Oleh itu, sangat munasabah apabila Hijrah baginda Rasulullah SAW diperingati sebagai suatu peristiwa sejarah yang paling penting dalam kehidupan dakwah rasulullah SAW. Yang di sini, kita peringati setiap tahunnya dengan nama "Maal Hijrah". Mengapa peristiwa Hijrah baginda Rasulullah SAW ini merupakan peristiwa yang sangat penting?

Pertama, dakwah Rasulullah SAW apabila masih berada di Makkah, telah melalui masa-masa yang sangat sulit. Terutama setelah RAsulullah SAW diperintahkan Allah untuk menyampaikan Islam secara terbuka kepada masyarakat Makkah, dan menunjukkan bahawa baginda tidak bersendirian, melainkan ada jamaah yang menyertainya, setelah Allah menurunkan surah al-Hijr:94:

"Maka sampaikanlah secara terbuka apa yang diperintahkan kepada kamu, dan tentanglah orang-orang musyrik itu."

Setelah ayat ini turun, tepatnya setelah Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthallib memeluk Islam, maka Rasulullah SAW memulakan dakwah secara terbuka. Baginda, kemudian melakukan tawaf mengelilingi Ka'bah, yang diikuti oleh para sahabat. Sejak itu, para sahabat dan pengikut baginda, termasuklah baginda sendiri, setiap hari menerima penyiksaan daripada penguasa Makkah, dan orang-orang kafir Quraisy.

Pernah baginda sedang shalat berhampiran Ka'bah, leher baginda diikat oleh Uqbah bin Abi Mu'ait, sehingga baginda tidak dapat bernafas, sampai akhirnya baginda ditolong oleh Abu Bakar. Pada masa yang lain, apabila baginda sedang shalat, tengkuk leher baginda dipukul oleh Uqbah bin Mu'ait, sehingga baginda pengsan, dan akhirnya ditolong oleh Fatimah. Puteri baginda itu menangis, sedih, melihat nasib ayahanda tercintanya dianiaya oleh orang-orang kafir. Bukan baginda sahaja yang mengalami nasib buruk seperti itu, malahan keluarga Yasir telah disiksa, sehinggalah Sumayyah meninggal dunia sebagai syahidah pertama.

Setelah penganiayaan secara fizikal tidak mampu menggoyahkan keteguhan para pemikul da'wah ini, maka orang-orang kafir itu telah merancang untuk mengasingkan baginda SAW dan para pengikutnya. Maka, terjadilah rancangan jahat itu selama lebih kurang 3 tahun. Baginda dan para sahabat hidup di sebuah lembah dalam keadaan kekurangan makanan, pakaian, pekerjaan, rumah dan diusir dari Makkah. Dan setelah itulah, baginda meminta para sahabat untuk meninggalkan Makkah menuju ke Habbasyah (Ethiopia-Afrika) untuk mencari perlindungan kepada Raja Najasyi, dengan maksud untuk mempertahankan agama mereka dari serangan secara berterusan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.

Maka, orang-orang kafir juga tidak mahu tinggal diam, sehinggalah mereka menyampaikan maklumat-maklumat yang mengelirukan di luar negeri, untuk mengusir kembali kaum muslimin yang berhijrah ke sana. Orang-orang kafir tersebut berusaha untuk mengadu domba Raja Najasyi dengan kaum muslimin, yang akhirnya tidak berjaya.

Sedangkan baginda Rasulullah SAW dan beberapa sahabat masih duduk di Makkah. Justeru menjadikan tindakan orang-orang kafir semakin biadab kepada baginda SAW. Sehingga baginda berfikir untuk mencari perlindungan, kerana dakwah Islam tidak mungkin lagi disebarkan kepada orang-orang Makkah. baginda pada masa itu cuba berhijrah ke Taif, untuk mencari perlindungan kepada Bani Tsaqif, yang akhirnya malah baginda diusir dengan cara tidak sopan. Baginda dilempari dengan batu dan kotoran, sehingga tubuh baginda berlumuran darah dan kotor. Sehinggakan Zaed bin Haritsah menangis, melihatkan keadaan baginda yang sangat menyedihkan itu.

Baginda, mencuba untuk masuk kembali ke Makkah, meskipun baginda tahu bahawa baginda akan dibunuh, apabila berada disana. Maka, baginda berusaha mencari perlindungan kepada Mut'im bin Adi, salah seorang tokoh pemuda Makkah. Dan beliau sanggup melindungi keselamatan baginda SAW dan dakwah baginda. Sejak itulah, baginda berada dalam perlindungan Mut'im bin Adi.

Sejak itu, baginda selalu mendatangi kabilah-kabilah yang datang ke Makkah untuk menyampaikan dakwah Islam yang baginda bawa. Meskipun risikonya sudah jelas sekali bagi baginda, sebagaimana sumpah baginda: "Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ia dimenangkan Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya."

Maka, baginda SAW, tetap tidak takut, dan terus-menerus berdakwah, meskipun pada masa itu tidak satu kabilah pun yang menerima. Pernah baginda menyampaikan dakwah ini kepada kabilah Amru bin Sa'sa'ah, yang pada awalnya bersedia menerima seruan dakwah Rasulullah SAW, namun dengan syarat bahawa kepemimpinan setelah baginda mestilah diserahkan kepada kabilah Amru bin Sa'sa'ah, namun hal ini dijawab dengan tegas oleh baginda: "Sesungguhnya perkara (kekuasaan kepemimpinan) ini merupakan hak Allah, yang akan Dia serahkan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki."

Setelah jawapan itu disampaikan oleh Rasulullah, baginda langsung diusir dari khemah kabilah Amru bin Sa'sa'ah. Inilah keadaan dakwah dan keteguhan baginda dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah Islam. Setelah semuanya itu, Allah memberikan pertolongan dengan dipertemukannya baginda saw. dengan orang-orang Aus dan Hazraj yang datang untuk berhaji ke Makkah. Maka, apabila mereka mendengarkan seruan Rasul untuk mengimaninya, mereka langsung menerimanya, dan setelah itulah terjadi Bai'at Aqabah I, yang dilakukan di bukit Aqabah. Dan ini merupakan titik awal perkembangan dakwah Rasulullah saw. yang pertama, sehinggalah dakwah Islam ini sampai ke Yasrib,(nama Madinah sebelum dirubah oleh baginda saw).

Setelah rombongan Aus dan Hazraj kembali ke Madinah, mereka meminta Nabi saw. untuk mengirimkan orang agar mengajarkan Islam kepada mereka di sana. Ketika itulah, baginda mengirim Mus'ab bin Umair. Salah seorang sahabat Rasulullah, yang sebelumnya merupakan pemuda yang kaya raya, tetapi lebih memilih hidup sederhana bersama Rasulullah. Mus'ab lah yang menyampaikan pelajaran Al-Qu'an kepada penduduk Madinah, sehingga beliau mendapat gelaran sebagai Muqriul Madinah.

Dan ternyatalah dakwah Islam yang disampaikan oleh Mus'ab dan orang-orang Aus dan Hazraj yang telah memeluk Islam itu berjaya merubah public opinion penduduk Madinah, sehinggalah semua orang memperkatakan tentang Islam. Akhirnya, bilangan orang yang menyertai Islam menjadi semakin ramai, sehingga mereka mula melaksanakan solat Jumaah yang pertama kalinya di sana.

Berita ramainya penduduk Madinah yang menyertai Islam ini telah menyenangkan hati Rasulullah saw. dan para sahabat yang masih menyertai baginda di Makkah. Dan untuk membuktikan kesiapan Madinah sebagai pusat tegaknya dan pengembangan Islam, maka baginda meminta Mus'ab untuk mengirimkan mereka ke Makkah. Maka, berangkatlah pada musim haji berikutnya, seramai 75 orang. 73 orang terdiri daripada lelaki, dan 3 orang lainnya adalah perempuan. Mereka kemudian sampai di Makkah dan bertemu langsung dengan Nabi, menyatakan sumpah setia yang dikenal dengan Bai'at Aqabah II. Bai'at ini juga dikenal sebagai sumpah setia untuk hidup dan mati demi Islam. Yang juga merupakan penyerahan kekuasaan orang-orang Madinah kepada Nabi untuk menjadi Ketua Negara Islam. Dan inilah yang mendorong baginda untuk berhijrah ke Madinah.

Kedua, hijrah Rasulullah saw. ke Madinah bukan untuk melarikan diri, atau menyelamatkan diri dari ancaman orang-orang kafir. Tetapi untuk menegakkan Islam, sehingga Islam ini menjadi agama dan ideologi yang boleh disebarkan ke seluruh dunia, untuk menyelamatkan dunia daripada kehancuran. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT. dalam surat At-Taubah: 33 /Al-Fath: 28 /As-Shaf: 9.

"Dialah Yang mengutus Rasul-Nya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang haq, agar Dia memenangkan agamanya, keatas agama-agama yang lainnya."

Maka, tanpa hijrahnya Rasulullah ke Madinah, Islam tidak akan pernah sampai kepada kita di Malaysia. Sebab, tidak pernah wujud negara Islam yang menyebarkan dakwah ke seluruh dunia. Tetapi dengan hijrahnya baginda saw. ke Madinah, maka sejak masa itulah negara Islam berdiri untuk yang pertama kalinya di Madinah, dan sejak itulah Islam disebarkan dengan dakwah dan jihad ke seluruh dunia. Sehinggalah Islam berkembang dengan cepatnya ke seluruh dunia, yang dimulakan dengan penaklukan wilayah Hejaz (622-632 M.) semasa baginda saw. kemudian secara berterusan, wilayah Syam di taklukkan semasa Umar bin Khattab. Sehinggalah Islam masuk Eropah, setelah beberapa wilayahnya ditaklukkan pada tahun 696-705 M. pada masa Khilafah Ummayah. Pada masa yang sama, Islam juga telah sampai di Russia. Dan pada tahun 712, Islam telah sampai di Asia Tenggara.

Tetapi memandangkan pentingnya peristiwa Hijrah Rasulullah saw. ini, maka sememangnya peristiwa ini bukan sekadar menjadi peringatan, melainkan lebih daripada itu. Peristiwa Hijrah tersebut, justeru wajib dijadikan pelajaran, bahawa Islam menjadi agama kita, dan sampai kepada kita bukan merupakan peristiwa kecil, tetapi merupakan peristiwa besar. Kalau bukan kerana pengorbanan Rasul dan para sahabat yang tidak kecil itu, pastilah Islam ini tidak akan sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang sanggup hidup dan mati demi Islam ini, tentulah Islam ini tidak sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang rela mengorbankan harta, keluarga dan nyawa mereka, pastinya Islam tidak akan wujud hingga ke hari ini.

Dan oleh itu, kita semua berhutang kepada mereka. Dan kita tidak dapat membayarnya, sebab mereka bukan meminta ganjaran daripada kita. Tetapi, mereka menegakkan Islam dengan seluruh pengorbanan mereka, kerana mereka telah menjual diri mereka kepada Allah, yang jiwa, harta dan semua yang mereka korbankan itu telah dibeli oleh Allah dengan syurga-Nya.

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman itu, diri dan harta mereka, bahawa mereka akan diberi (imbalan) syurga." (Q.s. At-Taubah: 111).

Saat ini , ketika ini Islam telah kehilangan generasi terbaiknya yang sanggup menjual diri, harta dan nyawanya kepada Allah untuk mendapatkan syurga-Nya, dengan menegakkan Islam. Dan inilah yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk Islam, setelah runtuhya Khilafah Islamiyah, Turki Othmaniyah, pada 3 Mac 1924. Setelah itu, negeri kaum muslimin berterusan mengalami musibah.

Islam ketika ini memerlukan generasi yang sanggup mengorbankan diri, harta serta nyawa mereka untuk menegakkannya. Kerana sekiranya tanpa itu, Islam mustahil kembali berjaya diperingkat antara bangsa, seperti pada masa baginda dan para sahabat hingga 13 abad kemudian. Maka, semuanya terpulang kepada keimanan dan ketaqwaan kita semua. Tetapi yang wajib diyakini, bahawa syurga dan neraka itu adalah abadi. Syurga merupakan puncak keni'matan yang tidak diberikan secara percuma oleh Allah kepada manusia. Kerana itu, semakin tinggi pengorbanan kita, maka semakin besar keni'matan kita di akhirat kelak. Dan sebaliknya. Akhir kata semoga kita termasuk diantara orang-orang yang sanggup memberikan pengorbanan yang tertinggi demi Islam, semata untuk mencari ridha Allah dan syurga-Nya.

Wallahu a'lam

Friday, December 3, 2010

Rantass...

Alahai apa la malang daku hari ni, dah la hari ni hari Jumaat, hari yang tengaharinya memang kalut alam, dah la macam tu, kenapa lak hati ni suka-suka sangat naik motor hari ni kononnya nak merasa angin timur, angin musim sejuk yang baru mula melanda Perlis bagi tahun ni, iye lah musim timur ni memang lah terjadi pada stiap tahun, dan bagi Kerajaan negeri Perlis mempromosi kannya dengan na Winter Win, wah kelas kou kan..?

Ops.. patah balik ke cerita aku tadi nih, dalam aku kalut-kalut nbak balik tuh, mana dengan cuaca yang macam nak hujan saja nih, aku singgah la kat satu kedai makan nak tapau nasi, kedai ni dekat dengan lampu trafik dekat ngan Petronas Behor Temak ni, hmm masa nak balik lepas tapau nasi, tengok-tengok tayar motor dah kepek, tak do angin, isk dah pancitt la.. alah kan dah buat hal kan. Pastu aku patah balik ke petronas masuk kan angin balik, baru lak aku terperasan duit mana lak cukup, aku tak gi bank lagi hari ni, hah sudah la macam ni , nak buat geno nih...




Aku tengok kiri kanan kalau2 ada kedai motor, hah nasib baik ada satu yang bukak tapi seberang jalan lak, ahh tak pe la pam aje tayar tu dan terus cross jalan. Tanya apek pomen tuh, ada ka tayar yang below RM 8 tapi dia kata tak sama saiz tayar motor aku tuh yang lebih besar hah sudah, kemudian terperasan lak kat Petronas ada ATM machine, legaa.. ok la tauke kasi RM10, isk tapi kena lapik juga dengan tayar lama.. haa la kesian la.. ha ha gaji lom masuk ooo sepuluh ringgit belen pon Rantasss....!!! Nak wat geno dah rejeki apek pomen tuh kan..?

Rahsia sebiji epal -

Crumble Epal

SEBIJI epal sehari menjauhkan anda daripada doktor. Begitulah khasiat buah epal jika anda mengamalkannya dalam diet harian kerana ia kaya dengan sumber antioksida dan vitamin C. Manakala kandungan antioksida seperti flavonoid mampu memerangi penyakit kanser.Kandungan quercitin dalam buah epal mampu mengelakkan kita daripada mendapat penyakit alzheimer.

Begitu banyak khasiat buah epal. Kerana khasiatnya inilah yang membuatkan saya ingin berkongsi satu resipi pencuci mulut yang menggunakan epal iaitu Crumble Epal.Pencuci mulut ini sebenarnya adalah epal yang dibakar bersama adunan crumble. Selalunya epal jenis Granny's Smith adalah paling sesuai.

epal jenis Granny's Smith (google)

Tekstur epal hijau yang sedikit masam dan rangup membuatkan saya menggemari pencuci mulut ini. Namun terpulang kepada anda sekiranya ingin menggunakan epal jenis lain. Tetapi pilihlah buah epal yang segar, keras dan rangup supaya lebih enak dinikmati.

Epal perlu dipotong baji (wedges) atau dadu. Pastikan ia tidak terlalu tebal dan besar supaya mudah masak apabila dibakar.Crumble membawa maksud rangup dan rapuh. Campuran bahan-bahan asas untuk membuat crumble adalah seperti mentega, tepung, gula, kacang walnut dan oat.Campuran ini akan digaul sehingga menjadi seperti serbuk roti yang lembap. Ia akan menjadi rangup, rapuh dan keemasan sesudah dibakar bersama epal yang dicincang.

Gunakan rolled oat iaitu emping oat. Ia berlainan daripada oat yang biasa kerana ia diemping dan memberikan kerangupan pada crumble anda nanti.Rolled oat boleh dibeli di kedai-kedai menjual bahan-bahan pastri. Jika tiada pilihan anda boleh menggunakan oat yang biasa dijual di pasar raya atau menggantikan dengan Nestum. Terdapat teknik yang perlu diketahui apabila anda menggaul bahan-bahan crumble. Anda boleh menggunakan pemperoses makanan, mesin pengadun kek atau menggunakan tangan.

Sekiranya menggunakan tangan bahan-bahannya perlu digaul dengan cepat kerana dikhuatiri suhu tangan yang panas akan menyebabkan mentega cair dan menjadikan tekstur crumble kurang rangup apabila dibakar.Berhenti menggaulnya apabila adunan telah sebati dan membentuk serbuk roti. Suhu mentega yang digunakan juga penting.Mentega perlu didadu kecil supaya ia mudah diadun. Buah epal yang digaul dengan bahan-bahan lain ditabur dahulu dalam bekas pembakar sebelum menabur crumble di atasnya. Pastikan crumble diratakan di atasnya supaya ia masak dengan sekata.

Crumble Epal yang sudah masak boleh dipastikan dengan melihat warnanya bertukar menjadi perang dan rangup di samping buah epal mengeluarkan sedikit jusnya. Sekiranya ingin rasa yang lebih enak makanlah bersama aiskrim vanila.

Sumber : Utusan Malaysia

Thursday, December 2, 2010

Mr mama return lagi....

gambar hiasan - from mr google

Hmmm... ada ceta rupanya yang belum dicatitkan kat sini, hmm cerita yang agaknya sedikit dah lapuk tapi masih berlangsung.. okeh tak paya berselindung lagi, sebenarnya aku sedang kebujangan sekarang nih, kebujangan bersama dua orang anak yang ditinggalkan, anak yang sorang lelaki dan sorang perempuan, berumur anatara 2 dan 5 tahun. Haa sedikit sedih kenyataan nih tapi jangan bimbang, tak kemana mama bebudak nih, hanya membawa budak2 pergi berkursus selama 5 hari 4 malam. Tapikan mama dah skip satu malam, dia lari balik tido kat umah.. pukul 1.00 pagi dia sampai umah , jadi tengahari tadi aku kena hantar kat Arau untuk tumpang balik ke tempat kursus, katanya tadi tak do air, he he yerlah dah kursus tengah2 hutan kan..

Jadi tinggal lah kami 3 beranak bersama angah, rutin seharian bangun pagi, siap pergi hantar ke rumah ngasuh dalam pukul 6.45 pagi, kemudian terus hantar angah ke Kangar, Petangnya pukul 5.30 keluar dari pejabat, ambik angah, lepas tu ambik bebudak ni kat rumah pengasuh dalam kol 6..petang, baru lah balik rumah.. lepas tuh ngasuh anak pasal angah masak.. malam kol 10.00 dah masuk tido.. nampak gaya beginilah rutin aku sampai hari satu nih...

Wednesday, December 1, 2010

Digi Internet Broadband...


Wah hari ni baru aku teringat, rupanya ada satu Broadband Modem kat umah, dan modem itu kepunyaan Digi, hari tu kan ada anak menakan aku sudah kalut-kalut mau balik ke Shah Alam pada hari Raya Korban hari tu, sampai sekerat jalan baru perasan yang Digi Broadband dia tak ada, selepas di cari-cari rupa-rupanya terselit di celah kerusi di rumah...

Jadi dapat lah aku mengada-ngada dengan modem broadband Digi ni, alah lebih kurang macamtest lina la, bawak merata-rata macam tu ke seluruh pelusuk negeri, mencara jika terdapat tanda-tanda adanya signal 3G ka atau lagi baik dapat HSDPA mau lompat aku, tapi masih belum kelihatan, yang ada hanya lah GPRS saja.. isk.. sabo je la, terkemut-kemut internet nih...


Tuesday, November 30, 2010

Bencana umat akhir zaman...

Bencana akan tiba bila kita umat akhir zaman melakukan 15 perkara ini......
by Syargawi Hj Omar on Tuesday, November 30, 2010 at 9:11am via Facebook

Penjelasan Rasulallah SAW mengenai bencana sering dikaitkan dg pra-kondisi sebelum terjadinya bencana tersebut. Hadist riwayat imam Atturmudzi, dan yg menghimpun hadis ini adalah ulama Alwalial annajdwi yang menghimpun 40 hadis yg menerangkan tentang bencana, dan ketika dia metafsirkan hadis ini dia memberi judul 5 kederhakaan / kemaksiatan yang dapat menyebabkan datangnya bencana.

Dari Ibnu Ali bin Abi Thalib berkata, bahwa Rasulallah telah bersabda :Bilamana umatku telah mengerjakan 15 perkara ini, maka bala bencana pasti akan turun menimpa mereka, sahabat bertanya apa 15 perkara itu ya Rasulallah, Rasulallah bersabda Bala akan datang bilamana :

1. Harta Negara hanya beredar (dipegang) dikalangan orang-orang tertentu (fenomena ini sudah mewarnai negeri kita, betapa banyaknya masyarakat kita yang berada dibawah garis kmiskinan dan jumlah mereka semakin bertambah dengan smakin banyaknya bencana yg menimpa negeri ini.
2. Apabila amanah telah dijadikan sumber keuntungan (Bilamana Pemimpin atau pegawai atau pekeja bawahan menjadikan amanah dari rakyat itu sebagai satu sumber keuntungan).
3. Apabila zakat dijadikan hutang. (orang-orang kaya dinegeri ini semakin enggan membayar zakat)
4. Bala akan datang bilamana suami menurut kemahuan isteri.(Queen Control)
5. Anak derhaka terhadap ibunya (fenomena ini terjadi)
6. Sedangkan ia berbuat baik kepada teman sebayanya (pada kehidupan keluarga)
7. Menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara2 ditinggikan di dalam masjid (Masjid dijadikan tempat kempen politik dan perbincangan sia2).
9. Pemimpin suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.(banyaknya pemimpin yg dipilih dari golonganya sendiri dengan dalih kebenaran menurut golongan mereka sendiri).
10. Seseorang dimuliakan karena ditakuti kejahatanya ( Banyak orang yang dihargai kerana usaha kemaksiatanya, kemudaratannya, ketamakanya dll)
.11. Khomer / arak (minuman beralkohol) sudah diminum segala tempat (sudah banyak ditemui di tempat-tempat umum secara terang-terangan).
12. Kain sutra banyak digunakan oleh kaum laki2 (kaum lelaki sudah khilaf dengan kemewahan).
13. Para Biduwan-wati / penyanyi dan artis disanjung2 (fenomena sudah terjadi di Malaysia dg kemunculan pertandingan menjadi penyanyi dan artis pilihan seperti pertandingan pencarian bakat AF, MENTOR,MALAYSIAN IDOL,IDOLA KECIL dan segala bentuk hiburan yang melalaikan.
14. Muzik banyak dimainkan (muzik sudah dijadikan hiburan utama).
15. Generasi akhir umat ini melaknat / menyalahkan generasi pertama yakni para sohabat radiallahu anhum ajmain (generasi umat sekarang bermain dengan berbagai filosofi pemikiranya).

Akhir dari sabda Rasulallah SAW adalah :
Maka hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka dirubah menjadi mahluk yg lain apabila mereka telah melakukan 15 perkara tersebut.
Beginilah seharusnya seorang mukmin memandang bencana. Dalam Al-quran surat Ali imron, ayat 83 “Apakah mereka mencari selain agama Allah, padahal tunduk berserah diri segala yang ada dilangit dan di bumi dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allah SWT kembalinya segala sesuatu”
-------------------------------

Adakah ini yang sedang terjadi, betulkah kita sedang berada di akhir zaman, adakah juga kejadian kejadian sekarang nih, juga malapetakan serta bencana alam yang terjadi sekarang ni merupakan tanda-tanda kita sedang berada di akhir zaman..? 

Sunday, November 28, 2010

Musim kenduri ver11/12 2010 - 2




Posted by Picasa

H50.. kegilaan kembali....

Entah sejak bila, dan ntah semenjak bila, aku tetiba terminat dengan siri Hawai Five  O 'H5O', tapi seminggu dua nih adalah kerap pulak AXN Tv kat Astro dok tayang balik siri-siri lama, isk apake hai pulak kan nak tunjuk siri-siri lama ni kan.. oh rupanya ada musim ter baru  yang akan keluar.. owh jadi layan saja la...


Hmm sebenarnya dah lama oo siri H5O nih, rasa nya sejak tahun 1968 wah aku belum di lahirkan lagi ni, "Hawaii Five-O is an American television series produced by CBS Productions, and set inHawaii. The show originally aired for twelve seasons from 1968 to 1980, and continued in reruns. The show featured a fictional state police unit run by Detective Steve McGarrett, played by actorJack Lord. The theme music composed by Morton Stevens became especially popular. Most episodes would end with McGarrett instructing his subordinate to "Book 'em, Danno" sometimes specifying a charge such as "murder one.".. Quote dari WIkipedia"

Makna nya dah 42 tahun series nih, bermakna berganti-ganti lah pelakon dia.. dahsyat kan boleh bertahan hingga 42 tahun punya siri.. Bila la Malaysia nak nak ada siri yang boleh bertahan sehingga anak cucu macam tu..?

Saturday, November 27, 2010

Batik... batik.. batik...



Posted by Picasa

Musim kenduri ver11/12 2010

Dengan bermulanya musim cuti sekolah hujung tahun ni maka bermula lagi pesta makan, pesta kenuri, pesta orang sibuk nak kawin dan juga pesta bebudak nak berkahatan dan bersunat. Walaupun SPM/STPM masih berjalan, bebudak U masih belum bercuti, majlis yang di rancang perlu di teruskan.

Lembu, kerbau,dan kambing , tidak senang duduk, baru sekejap melepasi tahap kritikal musim raya haji, kini 'berdendang' pulak denganb musim kenduri kali ni, ayam dan itik yang hari tu sedap bergelak ketawa melihat lembu, kerbau dan kambing resah gelisah, kini mula pucat mukanya, seram sejuk badannya.. "alamak turn aku dah sampai daaa..", begitu lah alamat musim kenduri dah sampai.. alkisahnya....

Ini kesah semalam, rumah pak menakan mem aku

 ..err khemah baru sampai kol 8.00 malam
 ..anak dara yang baru lepas di ijabkabul kan di masjid
 isk.. macam mareh je, nak balik ahhh....
 ..sweet smile to..? er..
 aaa.. kang dah posing sorang..
Anieq, mama dan Kak Long, Athirah..? dah ilang la..

okeh, ini berlaku di Felda Mata Ayer Perlis, sampai kat sini dalam jam 8.00 malam, dan kemudian bertolak balik dalam jam 9.45 malam, hari ni baru akan kenduri.. jadinya hari ni ada 3 kenduri aku kena attend, satu di kampung, satu di Kuala Perlis dan satu lagi kat Felda Mata Ayer nih selepas mama balik dari kelas kol 3.00 petang nanti...