August 2006

Tuesday, August 29, 2006

Awas!!


Dah lama aku tak update! Kerana agak bz dengan bazar merdeka.. sibuk dengan berkawad.. nampak gaya tahun ni berkawad dan bermacam aktiviti lagi... nanti la kalau aku sempat aku update lagi yer..

oo ni ada pesanan dari sowang kawan aku.. soo take care yer!


Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati..... ...be careful of Kurma Yahudi ... Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan l uas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil
penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi

Saturday, August 19, 2006

Mengenang sebuah kisah yang Agung!!


PERISTIWA Israk dan Mikraj mengandungi banyak pengajaran yang perlu dijadikan umat Islam teladan bagi menimbulkan keinsafan dalam diri untuk ke arah kebaikan.
Di antara pengajaran itu ialah:

l Kuasa Allah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya seperti membawa Rasulullah dari kota Makkah ke Baitulmaqdis dan dibawa menghadap ke hadrat-Nya di Sidratul Muntaha dalam tempoh singkat iaitu satu malam.Ini kerana apabila Rasulullah menceritakan peristiwa ini kepada masyarakat umum di Makkah, mereka mentertawakan Baginda. Hanya Saidina Abu Bakar mempercayai kata-kata Rasulullah dan beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang benar.l

Sebelum Rasulullah diIsrakkan, baginda menjalani suatu ‘pembedahan’ untuk membersihkan hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu membersihkan diri dan jiwa daripada pelbagai sifat buruk dan menanamkan sifat baik dan ihsan dalam diri. Dengan jiwa tenang, penuh keimanan dan ketakwaan, kita akan beroleh kemudahan untuk bertemu dan menghadap Allah.

l Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami Rasulullah ketika Israk bersama malaikat Jibril memberikan gambaran menyeluruh perihal manusia di bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan manakala yang lain kekal dalam kemaksiatan. Manusia akan diadili berdasarkan amalan mereka dan menerima balasan yang setimpal daripada Allah berpandukan kepada apa dikerjakan.l Allah juga menunjukkan kepada Rasulullah serta umatnya iman dan akidah teguh adalah asas kepada sifat keIslaman sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya. Ini berlaku kepada tukang sikat Firaun, Mashitah sekeluarga.

Rasulullah memilih susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibril. Ini jelas menunjukkan bahawa susu adalah minuman berkhasiat. Arak pula tidak disukai Baginda dan Allah kerana memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada mengingati Allah.l Beberapa tempat yang disinggahi Rasulullah untuk mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia. Oleh itu, jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di tempat itu.

Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula daripada perintah umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah sebagai kekasih-Nya berulang kali (sebanyak sembilan kali), Allah mengurangkannya kepada lima kali saja sehari semalam seperti yang kita kerjakan hari ini.l Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi adalah ayat suci al-Quran banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah kepada Rasulullah ketika mengdadap-Nya.Kejadian yang berlaku perlu diperhalusi oleh umat Islam bagi memantapkan akidah dan keimanan mereka di samping melakukan muhasabah diri untuk mengubah akhlak ke arah kebaikan dengan mengambil pengajaran daripada kebesaran dan keajaiban yang berlaku ketika peristiwa itu.

Friday, August 18, 2006

.. dan mimpi pun menjadi...


Isk.. awal aku masukkan entry hari ni, tu pun pun pasal bukan pasal apa, aku takut jadi macam semalam, semalam masa tengah bagus punya idea datang, tengah sedap tangan menaip... tiba-tiba blackout lak... 1 1/2 jam tanpa karan menyebabkan otak ku terus jadi blurr, kelam sekelam bangunan lebri ni...

Nampak gayanya topik hari ni masih berbalik pada kesah sensasi tahun ni la.. aku dah cuba untuk tak mahu memperkatakannya, kerana pada pendapat aku, she' got every right to do what the best .. tapi aku tak memasukkan apa pandangan orang ramai, atau pandangan sekumpulan orang yang merasakan kawan kita ni sebahagian dari kehidupan mereka. Dan pandangan ini adalah pandangan dangkal dari pewaris dan penyambung warisan kita. Mereka pun ada hak untuk memperkatakan juga kerana kawan kita ni juga adalah menjadi warisan negara, dan bakal menjadi sejarah negara..

Pagi nih, semasa aku balik dari menhantar kakak aku pegi keja, dan macam biasa Sinar.Fm menjadi radio pilihan, topik pun hanya sekadar melepas perasaan terhadap apa yang dirasakan di sepanjang minggu untukmenjadi kan hujung minggu tiada perasaan yang tertekan. Dalam aku dok layan lagu dia, ada sorang caller tu menceritakan tentang perasaan tertekan beliau, beliau merupakan seorang guru yang mengajar sejarah, dalam perjalan ke sekolah dan dalam keadaan tertekan.

Punca perasaan tertekan beliau ini tak lain tak bukan juga kerana kawan kita nih. Kesahnya anak murid belia sering tertanya pada beliau kenapa kawan kita ni mimilih pasangannya yang itu, kenapa tidak yang ini dan yang itu juga yang menjadi pilihannya.. beliau susah nak menjawab selain dari mengatakan kerana jodoh dan mungkin yang itu adalah yang terbaik baginya.. hmmmmm....

Persoalannya bagi aku, mengapa sebagai murid, persoalan yang sensasi seperti ini sampai di bawak masuk ke dalam kelas... dan kenapa sampai begitu tertekan sekali perasaan anak2 murid cikgu ni dengan kisah kawan kita ini... dan sampai begitu kechiwa sekali kah perasaan anak2 murid ini kepada kawan kita ni hinggakan mengganggu emosi mereka..?
Bagi aku, sudah tentu ini yang akan terjadi, bagi mereka kawan kita ni adalah idola mereka, dengan membawa watak yang sederhana, dengan latar belakang keluarga yang juga sederhana menjadikan kawan kita ni mendapat simpat dan mendapat tempat yang istemewa dalam pelbagai lapisan masyarakat. Dan kerana itu kawan kita ini akan melakukan apa saja untuk mempertahankan pandangan orang ramai terhadap beliau dengan sebaik yang mungkin.. menjaga tata susila dan kesopanan mau pun kesantunan agar menjadi apa yang masyarakat hendak.. dan kerana itu ibubapa juga secara tak langsung menjadikan kawan kita ni sebagai satu role model.. dan setiap sesuatu yang di lakukan akan di tunjukkan kawan kita ni sebagai satu contoh..

Emm seperti entry lepas tentang kawan kita ni.. dia mempunyai hak untuk buat apa saja tentang kehidupan peribadainya.. dan kerana itu juga kehidupan peribadinya kadangkala mempengaruhi kehidupannya sebagai seorang artis yang mana melibatkan perasaan masyarakat terhadapnya... jadi semuanya sering bersangkutan dan dari masa ke semasa akan sentiasa terjadi yang mana ada perasaan akan menjadi suka, dan ada perasaan menjadi duka dan ada perasaan akan terluka...

... dan kehidupan pun akan terus berjalan, detik akan bergerak, masa akan berlalu, yang kini akan menjadi memori, dan yang meadmin secretmori akan menjadi sejarah...

Thursday, August 17, 2006

....dan... *plop*.. alahhhh..!!!!


Sesekali dalam kehidupan kita,
Dalam suatu ketika,..
Mungkin kita perlukan sedikit perhatian,
Bukan kerana kita nak dikenali,
Bukan juga nak mencari glamour...
Tapi mungkin cuma mengharapkan,
Satu pengiktirafan di atas kehadiran kita,
Dan lagi.....

..............*plop!*..

Alamak... dah blackout pulak... aduii,.. ilang abis apa yang aku taip tadi.. dan ilang abis idea aku nak curahkan... di mana la pulak aku nak cari kata2 ku tadi.. tadi bukan main berkembang idea penulisan aku ni... dek kerana blackout ini dengan idea2 aku turut musnah.Ler ape ye yang aku nak tulis tadi..?

Tuesday, August 15, 2006

Wednesday, August 9, 2006

Biarlah Rahsia


Pernahkah kau bermimpi seketika

berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tiada siapa yang tahu

mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan tugumu kebal
tiada pertimbangan

**
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi

***
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta

**
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi

***
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

oooooo

***
dan kisah ku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia

pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...

*****

Tajuk: Biarlah rahsia
Album: Transkripsi
Komposer: Melly Goeslow
Lirik: Siti Nurhaliza
Di petik dari blog

# Sesekali nak berdendang tak salahkan... tambah pulak berdendang pada yang merajuk? hehh entah la.. ada tak orang yang merajuk.. ada ka orang yang masih marah.. atau ada ka orang yang masih berdendam.. aku pon tak tahu... cuma, buat apa lah nak merajuk, buat apa la nak marah, buat apa lah nak berdendam.. umat manusia makin goyah, perang makin menjadi-jadi, takkan nak tambah peperangan lagi kot?

Ho.. ho .. ho.. sedap nya orang nak mengatakan? Tak sesedap orang yang nak menerima.. yer la.. aku pon maklum sumer tu.. tapi apa yang boleh aku kata.. macam ni jer la...

So, kesimpulannya.. smile always.. :)

Tuesday, August 8, 2006

Biru Lagi...


Hah kan aku dah kata.. aku nak update design blog ni... tapi ntah pasai apa .. tak tau nak boh color apa.. balik-balik yang aku nampak ni.. biru jer.. isk sabo jer lah.. biru mata hitam korang yer.. sementara nak ada color lain korang layan je la...

Semalam lepas amik athirah kat rumah pengasuh... balik umah dia ok jer.. dengan mama dia ok je.. tapi bila malam dia dah jaga dari tido .. dia merajuk lak.. isk pandai nyer dia merajuk.. sampai tak nak tengok muka abah dia .. puas aku pujuk sampai bawak tido lak.. isk kuat tol dia merajuk.. emm harap2 ari ni dah ok la... kalau tak jenuh la aku nakmemujuk lagi malam ni...

Monday, August 7, 2006

Hi anak dara ku ni... !


Nih Athirah dalam buaian baru dia kat umah pengasuh.. nyenyak lak dia tido.. kalau tak meragam dia... tapi kan ada muka macam merajuk jer... merajuk pasal aper ye..? merajuk kena tinggal kot.. yer la dah mama dia mula keja ari ni..

Emm dah lama rasanya aku tak update blog aku ni.. dah bersepah-sepah.. emm dah usang rasanya.. patutnya dah kena cat lain dah ni... tak per la lain kali la aku cat lain.. cari kaler kaler yang best sikit..

Hari ni hari pertama Athirah pegi kat umah pengasuh dia.. bagus la anak dara aku ni.. hari pertama dah membuli pengasuh dia, aper taknya nya salam perkenalan kot..? haa haa... emm masa nak bawak pi kat umah pengasuh tu.. bagus jer tido dia ( emm dia bangun awal hari ni.. macam tau2 jer nak kena tinggal.. )..

Lepas tinggal jer.. mak dia tepon la nak tanya apa khabar? Hehh dah dua kali dia melepas... adus .. pastu tak mo tido lak... meragam je.. hahh jenuh la abahnya kena pi beli buaian baru la jawab dia.. emm kempis lagi la poket abah dia bulan ni... adus... anak.. anak..

Thursday, August 3, 2006

She's Back!


Emm hari ni dah masuk 56th day Athirah, dan dah tiga hari dua malam Athirah balik ke rumah... lega rasanya.. bukan apa lepas ni dia akan selalu berada bersama aku.. selalu boleh bermain dan selalu leh memerhati perkembangan tumbesaran dia.. aku rasa setiap detik tu amat berharga..kalau leh sumernya aku nak masukkan kat sini.. InsyaAllah...

Dah lama aku tak memblog rasanya.. entah sibuk juga la.. nih dah athirah pon dah balik, pasni dia kena tinggai dengan orang ngasuh emm makin terisi lak kehidupan aku.. yer la.. keja nu nak kena buat buat, yang ni pon kena jugak... pendek kata keja, keja.. keja! Posted by Picasa

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...