Skip to main content

.. dan mimpi pun menjadi...

Isk.. awal aku masukkan entry hari ni, tu pun pun pasal bukan pasal apa, aku takut jadi macam semalam, semalam masa tengah bagus punya idea datang, tengah sedap tangan menaip... tiba-tiba blackout lak... 1 1/2 jam tanpa karan menyebabkan otak ku terus jadi blurr, kelam sekelam bangunan lebri ni...

Nampak gayanya topik hari ni masih berbalik pada kesah sensasi tahun ni la.. aku dah cuba untuk tak mahu memperkatakannya, kerana pada pendapat aku, she' got every right to do what the best .. tapi aku tak memasukkan apa pandangan orang ramai, atau pandangan sekumpulan orang yang merasakan kawan kita ni sebahagian dari kehidupan mereka. Dan pandangan ini adalah pandangan dangkal dari pewaris dan penyambung warisan kita. Mereka pun ada hak untuk memperkatakan juga kerana kawan kita ni juga adalah menjadi warisan negara, dan bakal menjadi sejarah negara..

Pagi nih, semasa aku balik dari menhantar kakak aku pegi keja, dan macam biasa Sinar.Fm menjadi radio pilihan, topik pun hanya sekadar melepas perasaan terhadap apa yang dirasakan di sepanjang minggu untukmenjadi kan hujung minggu tiada perasaan yang tertekan. Dalam aku dok layan lagu dia, ada sorang caller tu menceritakan tentang perasaan tertekan beliau, beliau merupakan seorang guru yang mengajar sejarah, dalam perjalan ke sekolah dan dalam keadaan tertekan.

Punca perasaan tertekan beliau ini tak lain tak bukan juga kerana kawan kita nih. Kesahnya anak murid belia sering tertanya pada beliau kenapa kawan kita ni mimilih pasangannya yang itu, kenapa tidak yang ini dan yang itu juga yang menjadi pilihannya.. beliau susah nak menjawab selain dari mengatakan kerana jodoh dan mungkin yang itu adalah yang terbaik baginya.. hmmmmm....

Persoalannya bagi aku, mengapa sebagai murid, persoalan yang sensasi seperti ini sampai di bawak masuk ke dalam kelas... dan kenapa sampai begitu tertekan sekali perasaan anak2 murid cikgu ni dengan kisah kawan kita ini... dan sampai begitu kechiwa sekali kah perasaan anak2 murid ini kepada kawan kita ni hinggakan mengganggu emosi mereka..?
Bagi aku, sudah tentu ini yang akan terjadi, bagi mereka kawan kita ni adalah idola mereka, dengan membawa watak yang sederhana, dengan latar belakang keluarga yang juga sederhana menjadikan kawan kita ni mendapat simpat dan mendapat tempat yang istemewa dalam pelbagai lapisan masyarakat. Dan kerana itu kawan kita ini akan melakukan apa saja untuk mempertahankan pandangan orang ramai terhadap beliau dengan sebaik yang mungkin.. menjaga tata susila dan kesopanan mau pun kesantunan agar menjadi apa yang masyarakat hendak.. dan kerana itu ibubapa juga secara tak langsung menjadikan kawan kita ni sebagai satu role model.. dan setiap sesuatu yang di lakukan akan di tunjukkan kawan kita ni sebagai satu contoh..

Emm seperti entry lepas tentang kawan kita ni.. dia mempunyai hak untuk buat apa saja tentang kehidupan peribadainya.. dan kerana itu juga kehidupan peribadinya kadangkala mempengaruhi kehidupannya sebagai seorang artis yang mana melibatkan perasaan masyarakat terhadapnya... jadi semuanya sering bersangkutan dan dari masa ke semasa akan sentiasa terjadi yang mana ada perasaan akan menjadi suka, dan ada perasaan menjadi duka dan ada perasaan akan terluka...

... dan kehidupan pun akan terus berjalan, detik akan bergerak, masa akan berlalu, yang kini akan menjadi memori, dan yang meadmin secretmori akan menjadi sejarah...

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....