Saturday, April 26, 2008

Jom Baca









Adeh la.. sebenarnya, banyak aku nak cerita pasal program yang telah di adakan tadi.. semangat saja aku nak bercerita, bila abis jer program tadi, terus aku balik rumah dan uploadkan gambar-gambar yang beratus tu kat dalam pc aku, tapi dek kerana masa yang tak mencukupi, dan kerana ada kerja lain yang aku nak bereskan, maka aku letakkan gambar sekeping sahaja.

Then, bila malam nya, aku dah jadi malas nak update, bukan kerana apa sangat, tapi bila teringatkan peristiwa yang dah terjadi siang tadi, menyebabkan hati ku sedikit tersentap.. sikit sahaja, tapi proses nak merawatnya tu kiran makan masa juga la, hmm aku dok terpikir juga la, macam mana aku boleh tersentapz.. dan terasa hati macam tu?.. padahal sepatutnya aku tak tersa pon, perkara yang kecik sangat.. terlalu kecik untuk di buat modal nak merajuk (.. waa kaa.. kaa) .

Mungkin juga aku ni dah makin tua kot, jadi hati aku makin mudah terasa dan tersentuh, cuma aku perlu berdoa banyak-banyak agar perasaan ni tak dijadikan modal untuk nak merajuk.. hu hu buruk rasanya bila orang tua merajuk kan? SApa lah pulak nak pujuk aku lagi pon? Kalau merajuk ngan bini boleh jugak orang tolong pujuk kan..!

OK.. oleh kerana program ini berkaitan dengan membaca, jadi aku masukkan gambar budak2 dok membaca, bermacam-macam keletahnya... sonok aku tengok.. sambil tu dak bayangkanbila Athirah besar nanti, mungkin macam ni lahyang akan terjadi.. atau akan jadi lebih lagi?.. Entah la.. kita tunggu jer lah masa dia nanti...
Posted by Picasa

Thursday, April 24, 2008

Berkat!

Mungkin juga keluhan aku semalam di penuhi Nya, mungkin juga aku yang tak sabar dengan ketentuan Nya yang dah diatur tanpa aku ketahui dan sedari, maka pagi tadi, cuaca dah berubah, dari panas sebenarnya, menjadi dingin menjelang subuhnya, dan bila pintu rumah ku buka, rupanya dah ada kabus yang dingin.. walaupun tiada salju, tapi kabus yang dingin itu dapat selesakan diri ku ini.. sesungguh nya aku amat bersyukur, sesungguhnya aku amat aku di atas ketentuannya, ampunkan lah hamba mu ini Ya Allah, diatas ketidak sabaran ini, sesungguhnya aku hanya hamba yang lemah.



Pemandangan yang di ambil dekat umah pengasuh Athirah..
bila di 'zoom' kan, masih lagi tidak kelihatan bentu background dia



Pemandangan dalam perjalanan balik dari rumah pengasuh Athirah,
Background dia masih lagi kabur, hanya nampak sedikit bukit di belakang nya!
Posted by Picasa

Wednesday, April 23, 2008

Anganku

Sekarang ni kat umah, panas betul.. mungkin pasal siangnya panas terik, menyebabkan dinding rumah menyerap haba yang banyak, dan menjadikan kat umahaku ni bila dok dalam umah memang berkuap-kuap panasnya.. walaupun kadang-kadang hujan, tapi masih hujan yang tak begitu lebat.. yang mana tak dapat menyejukkan suasana di dalam rumah, menyebabkan masa tidur ku terpaksa menggunakan dua kipas angin, plus satu exhaust fan.. kalau tak mem aku dan juga Athirah akan berpeluh-peluh.. dan aku tidur dengan tak ber****.. hu huu..

Udah nak buat macam mana kan? Nak beli aircon masih belummampu.. kalau pon mampu beli aircon, tapi perbelanjaan elektrik pasti akan meningkat, hu huu dalam keadaan aku sekarang ni.. memang lah tak sesuwaiiii.. jadi kena terima sajalah apa yang ada... sabo lah lagi...

He hee bila lah aku nak leh pi melancong kat tempat bersalju nih.. masih dalam top list angan-angan aku.. :)

Tuesday, April 22, 2008

Isteri kepada suami

A

khlak Isteri terhadap suami ketika hamil

- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami

- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.

- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.

- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.

- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.

- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.

- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.

- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.

- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.

- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.

- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

dipetik dari: norfamily

Suami kepada Isteri

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.

- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.

- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam

- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba

- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.

- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.

- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.

- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.

- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.

- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.

- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.

- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

dipetik dari : noorfamily

Fadhilat Wanita Menurut Islam : Wanita Soleha

Wanita soleha menurut pandangan Islam.


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih saying dan suami yang melihat isterinya dengan kasih saying akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Si suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992.

Hadis Nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".

Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Ibnu - Majah.

Dipetik dari : islamiya

Monday, April 21, 2008

Setelah berhibernasi.

Setelah sekian lama berhibernasi, aku tercari-cari, kena aku jadi sunyi macam ni, kenapa mesti aku berhibernasi, sebenarnya memang aku akui, akukehilangan tujuan aku berblog, apakah semata mata aku nak bercerita, melepaskan geram, menyatakan rasa tak puas hati, melepaskan gelodak amarah, atau beribisik-bisik sekadar bercerita. Entahmungkin semuanya.. mungkin juga rasa terigin nak buat blog sealepas melihat orang lain berblog? Pun mungkin juga..

Jadi kenapa aku membisu? Sebab aku tiada idea, sebab aku selalu mengulang cerita yang sama, sebab tiada apa yang berlaku di sekliling aku... ? Tiada perkara yang menarik yang berlaku pada aku?... Sebenarnya tidak juga, banyak juga idea, banyak yang berlaku di sekeliling aku, ada juga perkara yang menarik berlaku pada aku.. cumanya aku sendiri tak mengerti macam mana boleh jadi begini..

Mungkin juga rasa bosan, cemuih, juga perasaan terkongkong, perasaan seronok, bahagia, suka dan duka serta sedih, dah terlalu bercampul gaul, malah dah menjadi terlalu sebati dalam jiwa aku , malahan sudah tepu dalam sanubari aku, menjadikan perasaan aku kosong, malahan idea aku juga kosong, benak aku kosong... jadi baiklah aku berehat buat sementara waktu. Memberi peluang kepada diri aku untuk berehat.. bahkan untuk bertindak balas semula macam biasa!

Ada beberapa perkara yang berlaku, ada yang sudah lama aku perapkan post ni, ada yang aku simpan dalam batu jemala aku ni, ada juga yang aku publishkan, ada juga yang aku hanya bagi hint-hinta macam tu.. nanti lah bila berkesempatan akan aku titip di sini satu persatu...

Tuesday, April 15, 2008

Hibernasi....

Entah pasai apa, aku kebuntuan kebelakangan ni, tiada ada sesautu yang menarik untuk aku garapkan kat sini, tiada sesuatu yang aku rasa dapat di lakarkan disini.. sesuatu yang aku tengok, sesuatu yang aku nampak dan sesuatu yang aku rasa macam dah jadi satu kerutinan, macam dah pernah aku cerita sebenarnya, perlukah untuk aku terus bercerita benda yang sama yang berlaku pada setiap tahun, setiap bulan, hari dan dan setiap jam, seperti musim bertukar, matahari bergerak, air pasang dan surut?

Jadi sehingga ada sesuatu yang aku dapat cerita kan kat sini aku nak berehat lah sebentar, nak ber 'hibernate'... hu huu... mencari idea ...

sehingga berjumpa lagi...

Friday, April 11, 2008

Musim berganti lagi...




Sekarang ni, musim berubah lagi, kalau sebelum ni, sejuk menyucuk sehingga ke tulang hitam, lepas tu pulak berbahang panas siang dan malam, sekarang ni meh pulak musim hujan, tak kira petang, malam, mau pun pagi ada saja hujan, kalau tak pagi, malam, tak pun petang, kadang2 tu dari pagi sampai lah ke malam. Dah tu pulak, fenomena nak hujan pulak dah berlainan dari dulu, dulu kalau awan kelam berkepul-kepul tuh tau lah hujan nak turun, bersama ribut petir mau pun angin kuat dan ribut. Ni lah tanda-tanda perubahan musim, yang mana kesannya membawa kepada kejadian pokok tumbang, hujan lebat maupun ribut yang menerbangkan bumbung rumah, kejadian ni terjadi hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia!

Dulu, musim-musim macam ni, masa arwah mak aku ada, di mesti risau kalau anak-anak dia tak cukup, mesti dia tanya sana sini, pi mana.. dah tu bukan setakat anak-anak dia, kalau boleh kucing-kucing dia pon nak himpun sama! He hee betapa risaunya dia! Tapi sungguh, kilat dan guruh masa tu kuat sungguh! Siap berdentum dentang tepi rumah lagi! Tapi dua tiga hari lepas, dah ada beberapa kes di panah petir di Kedah, mungkin pasal tu mak aku risau dulu.. jadi kita semua pon kena beringat, kalau musim-musim macam ni, berhati-hati la, nak berlindung dari hujan pon kena tengok2 sama.. sesuai ke tak! Okeh...?
Posted by Picasa

Tuesday, April 8, 2008

Musim rambutan datang lagi...




Entah la.. sebenarnya masih lagi bukan musim buah, cuma aku yang excited sangat, baru bleh dikira sebagai musim berputik kot.. he hee ter over lak aku kan? He hee tapi se boleh mungkin.. aku akan pergi tengok pokok-pokok rambutan ni sekerap mungkin.. bila aku berkelapangan.. nampak macam aku ni dah mengidam sangat nak makan rambutan kan?.. ehh tidak la.. kalau akan nak makan sangat, memang dah boleh beli di pasar malam atau pon kat 'nat', cuma nya aku seronok tengok lebih dari nak makan tu sendiri..

Untuk makluman, ini adalah musim ketiga pokok ni berbuah, memang la tak banyak mana buahnya, tapi kerana aku sendiri yang tanam, aku sendiri yang membesarkannya ( dengan menyiram ila perlu, dengan membaja bila sampai masanya).. jadi pasai tu aku seronok.. kalau nak di kirakan , kawasan tanah kat kampung aku tu tanah hitam yang kurang sesuai untuk tanaman buah-buahan kayu macam ni, yang sesuai adalah mempelam, nangka (cempedak pon tak sesuai) , yang tu banyak di tanam di kawasan kampung kami ni. Tapi kerana kat umah aku tu pakat-pakat tak (kurang) makan nangka, jadi tak best la nak tanam kan?

Kebetulan sebelum aku (kami..) renovate rumah 4 - 5 tahun lepas, aku tambakkan kawasan telaga yang dah tak di gunakan (telaga buruk) jadi kawasan tu menjadi lapang dan aku pon tanam je lah pokok mempelam harumanis dan juga rambutan ni secara suka-suka la... anak pkok tu aku beli kat nat saja.. dalam 3 pokok yang aku tanam, 2 daripadanya dah pon besar, yang satu dah 3 kali berbuah, yang sepokok lagi baru kali ni berbunga, yang sopokok lagi tu macam tak mau nak saja.. kesian kat dia.. mungkin ada sarang semut kat bawah tu.. isk.. he hee semoga makin makmur lah pokok-pokok nih.. selain dari boleh jadi tempat berteduh.. boleh juga dapat hasilnya...
Posted by Picasa

Monday, April 7, 2008

Mentari pagi...

Sekarang, dalam musim-musim sekarang ni, seronok aku bangun pagi, walaupun cuaca dah tak sejuk, tapi pemandangan pagi cukup cantik sekarang ni, kalau dulu bangun 7.30 pagi matahari belum jua timbu-timbul, tapisekarang ni, pukul tujuh pagi dah terang benderang, kalau sebelum nih , bangun pagi langit kosong saja, awan pon tak kelihatan, kalau ada pon setompok dua saja di bawak angin, sekarang ni dah boleh nampak kesan dia bila matahari menyuluh, emm nampak macam bilah-bilah matahi saja.. ni kesannya kalau kat langit tu ada kesan-kesan awan.. he hee kalau rajin juga kita perhatikan, setiap kali musim bertukar, pasti nya kedudukan matahari tak sama, kalau tengok dari gambar diatas dan tiang elektrik tu di jadikan sebagai center, kita boleh nampak bila musim tetentu matahari berada dekat tian.. kadang2 ke kanan dan kadang2 di sebelah kiri.. hu hu perihatin betul kan aku?

Okeh semalam, Ahad, tak de la ke mana-mana, duduk kat umah, semejak - dua menjak ni, mem aku kurang sihat sikit lah... tak lalu nak makan, letih-letih, dan juga terlalu sensitif sekaang ni, bukan sahaja perasaan dia, malahan dengan persekitaran pon dia amat sensitif! Isk... Hmm.. pagi-pagi ni pulak terigin nak makan nasi ganja! Jadi terpaksa la bertolak ke Maket Kangar, di situ lah tempat popular nasi ganja nih.. dulu ada satu kedai kat tengah Kangar (Ban Cheong- sekarang dah jadi Hotel Ban Cheong - dan bawah dia dah ajdi lot2 kedai.. dulu ada restoren kat situ)..

Oh yer nasi ganja ni jangan salah sangka la, tak der ganja dia, cuma kesedapan dia menjadi satu ketagihan, macam ganja... hhmm kalau sedap tak terhingga kira boleh masa tahap ganja la.. he heee , selain kesedapan dan juga suasana tempat ni, harga juga berpatutan.. tak der la mahal sangat, tak macam Kayu Nasi Kandar ka, dah la mahal dah tu juga di curigai kebersihan dia.. jadi tak dan beapa lama tutup kedai la kat Perlis. Okeh meh aku tunjuk suasana dia.. terima kasih untuk gambar ni dari AnakPerlis.com (ap.com).

Posted by Picasa

Sunday, April 6, 2008

AF 6 : Bukan demam! Hanya selsema...

Okeh.. ini sebenarnya.. kenapa dalam dua tiga hari ni, aku beria ia ber'blues', berdendang dan mengimbau kenagan dulu-dulu, sebenarnya hanya kerana AF6 ni, kerana mereka akan menyanyikan lagu zaman-zaman ni.. jadi serba sedikit aku terasa akan nostalgianya. Lebih kurang lagu-lagu yang akan di nyanyikan adalah seperti berikut;

Pelajar Wanita

Saida : Sepi Sekuntum Mawar Merah - Ella
Nadia : Total Eclipse of The Heart - Bonnie Tyler
Stacy : Pelesit Kota - Search
Lufya : Tika Dan Saat Ini - Medicine
Rina : Enter Sandman - Metallica

Pelajar Lelaki

Faisal : Sentuhan Kecundang - Ekamatra
Toi : C.I.N.T.A. - XPDC
Riz : Keunggulan Cinta - BPR
Stanly : Patahnya Sayap Malam - Massa
Naim : Opera Hidup - Wings
Alif : Kamelia - Sweet Charity
Nubhan : Summer of 69 - Bryan Adams

Kiranya aku berasa seronok sangat la.. bukan kerana apa kerana lagu-lagu ni dah menjadi pujaan ramai, lagu yang di memang di kenali.. jadi aku pon berharapan akan di persembahkan dengan sebaiknya oleh budak-budak (dan nenek) akademi nih.. tapi sayangnya harapan aku tetap tinggal harapan, apa yang aku harapkan tak menjadi, jadi lah konsert malam tu macam konsert budak-budak sekolah yang tiada latihan.. kuciwa lah aku malam tu, kuciwa untuk menghayati lagu-lagu zaman rock kapak ni dengan sesedap telinga aku!

dan ini lah yang terkeluar :


Patutlah tahun ni dari awal lagi aku rasa hambar saja, tak teruja nak tengok, bukan sahaja konsert bahkan dairi akademi pon aku tak follow pon, bahkan komen-komen kat astro@15 pun aku tak penah tengok, jadinya tahun ni aku tak demam lah kot, cuma sesekali aku selsema saja la.. aku dok cari juga apa pasal lah aku tak demam tahun ni?
  1. Aznil tak dak?
  2. Kejutan yang tak membangun?
  3. Tiada perubahan?
  4. Aku mudah jemu...
Dan jawapan terdekat yang aku boleh fikirkan; dalah yang no 4.. hu huu dah 6 musim straight you, dalam format yang hampir sama, dengan kejutan yang dah tak terkejut, dengan mood yang sama selama 6 musim.. sapa yang tak jadi no 4 tu..? selepas ni aku hanya akan mejeling saja lah ngan konsert AF ni.. tak dak sapa yang menjadi pujaan hati ku...

Saturday, April 5, 2008

Aku dan blues 4

Oke.. ini ada lagi lagu zaman aku lepas belajar ni, ni lagu ni popular sampaikan di buat filem dan di jadikan tema filem, bukan satu , tapi dua filem.. sungguh sensasi lagu ni, filem yang di maksudkan ialah Isabella dan juga Fenomena. dua-dua aku tengok kat panggung wayang. Dan masa tu masih ada panggung wayang di Perlis ni, sekarang panggung wayang di Perlis dah pupus di telan masa! Dulu ada panggung Kapitol sekarang dah jadi Dewan Kapitol Unimap, Dulu ada Panggung Mahkota sekarang dah jadi Pasaraya.. abis la.. satu lagi Panggung Empire.. panggung zaman mak pak aku pi tengok cerita hindustan.. dah pon runtuh di telan zaman! Oh ya tak lupa da juga Panggung Cathay Kuala Perlis, sekarang dah jadi lot-lot kedai! Hu huu kiranya dah putus benih Panggung Wayan9 di Perlis..




Isabella (Search)

Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...

Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta

Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...

Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....

Aku dan blues 3

Hi hi.. hari ni layang blues lagi.. biarlah, biarlah aku layan blues sesorang aku, bukan ada sapa nak teman kan, dah memang aku dok sorang sekarang ni, he hee abis la aku kalau mem aku baca.. tak der lah macam tu aku maksudkan.. layan blues ni memang kena sorang2 kan.. kalau dah berdua tak layan blues lagi dah.. hmm lagu Ella nih mengingatkan aku pada zaman aku nak amik peksa SPM kali ke 2, yes kali ke dua.. zaman tu dah bebas skit.. kalau ada Ella and The boys buat Konsert kat Fun Fair.. dah boleh pi tengok dah ni.. dan biasanya aku pi sorang dengan abg aku tolong hantarkan.. yes aku tak der pengangkutan lagi masa tu.. dan layan lah aku lagu Ella ni sensorang di tengah kebisingan konsert.



Dua Insan Bercinta (Ella)

Bila cinta berakhir
Musnahlah segalanya
Kalau kau pergi dulu
Tiadalah ertinya

Usahlah pergi dulu
Sebelum hasrat tercapai
Agar kita bersama
Seperti selalu

Terimalah ku kembali
Hanya takdir yang menentukan
Berbanyakkan bersama
Supaya tak di persiakan

Jagalah diri jagalah diri selalu
Jangan dipermainkan janji-janji dahulu
Cubalah usaha agar ketenangan kembali
Semoga kitakan jadi
Seperti dua insan bercinta

Friday, April 4, 2008

Aku dan blues 2

Okeh, hai ni pon macam kemarin juga, takder apa-apa nak di coretkan, masih melayan blues.. kali ni Kita bersama Hattan pulak.. dengan lagu yang tangkap lentok dan leleh, bersama lirik yang syahdu macam ni , buat aku nak balik umah tidor, melayan kenangan masa lalu.. zaman masa dah nak abis sekolah dah ni..




Sekuntum Mawar Merah ( Hattan)

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba

Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba

Thursday, April 3, 2008

Aku dan blues 1

Nampak gayanya, aku masih lagi berdendang.. melayan blues, entah kenapa, entah pasai apa tiada peristiwa yang dapat nak di catatkan disini, tapi perasaan untuk meng update tu masih ada.. jadi biar lah aku terus berdendang.. mendenga lagu-lagu lama, zaman rock kapak!




Tika begini mencari-cari
Sebuah cinta hilang
Saat begini ternanti-nanti
Bayangmu sayang...

Bertanya-tanya pada sang bunga
Mengapa layu jua
Bertanya-tanya dihujung rindu
Kau pun berlalu

Ku ulangi pertemuan
Walau hanya mendakap sisa cinta
Bersama rindu yang terdampar
Saat ini aku sendiri menangisi
Pemergianmu kekasih
Dan cuba memujuk rindu
Yang pedih tercalar
Di sudut ingatanku
Airmataku kau renang bahagia

:-Tika dan saat ini (Medicine)

Wednesday, April 2, 2008

Sendiri.

Hari ni, hari kerja, berjalan macam biasa, tiada apa-apa yang luar biasa yang berlaku. Dan selepas pukul 5 petang tinggal lah aku kesorangan, tiada kawan, tiada rakan, tiada pengguna baik yang kecik2 atau pon yang besar ragam. Dan mengantuk mula bermaharaja lela.. pusing sana , pusing sini jumpa lah lagu ni.. mengungkap balik zaman-zaman remaja masa dulu! He he layan je lah.. jangan tak layan!!!



Sendiri

Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali
Sejarah silam

Setelah engkau pergi
Sepi hatiku
Terpadamalah api cinta
Musnah harapan

Mengapa engkau sanggup
Mengubah fikiran
Hanya kerana
Peristiwa itu

Kau hancurkan kota cinta
Yang kita bina bersama
Di masa Yang lalu

Kini aku terus tersiksa
Oleh kepalsuan cintamu
Tinggallah aku sendiri
Menanggung derita ini

Setelah engkau pergi
Tertutup hatiku
Tak mungkin bercinta lagi
Biarku sendiri

Blogroll