Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Cuti Tahun BAru Cina itu...

Hmm.. dah lama rupanya aku menghilang kan.. selepas dari entry Arwah Syawal  tu terus saja aku diam, tak terkutik-kutik kata orang, entah la orang mana yang kata macam tu.. lepas saja  laporan tu aku jadi sibuk la pulak.. entah macam mana boleh jadi banyak keja.. fotostat saja tak berhenti-henti... tak menyempat nak nak guna pc.. balik rumah lak dahjadi maleh nak ngadap pc.. jadi nya sepi gitu la blog ni kan..? Abis bab tu, masuk lak bab raya cina nih, aku sebenarnya tak ada la perancangan apa sangat.. cuma nak dok kat umah saja... boleh layan Anieq yang dak makinkurang tido, tapi nak duduk atas lantai saja keja dia, tapi aku letak la 'toto' kecik tu, jadi dia pon dok tergedang kat situ, dah tu dok cari apa tah kat siling.. dok bilang cicak kot.. he hee jangan ngap ta*k cicak dah la... sekali baru lah perasan yang Adieq Anieq ni dah nak meniarap rupanya, baru dok latih skil nak pusing badan... bila dah tak boleh pusing tu, dia mula naik angin nangis nak tido...    adik anieq d

Mengadap Ilahi

Arwah Sayal Yassin Jurukamera RTM Perlis meninggal dunia KANGAR 21-01-09 – Jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perlis, Sayal Yasin, 53, meninggal dunia di sini malam kelmarin selepas mengadu sesak nafas. Sayal yang pernah berlakon drama televisyen selain berkebolehan menyanyi, menghembuskan nafas terakhir ketika mengunjungi rumah seorang penduduk di Utan Aji pada 9 malam. Isterinya, Siti Hawa Ahmad, 44, berkata, Sayal pergi ke rumah itu untuk mendapatkan penawar kerana tidak sihat sejak beberapa hari lalu. Allahyarham yang berasal dari Labu, Negeri Sembilan dan menetap di Kampung Pak Lengah dekat sini, mengadu tidak sihat sejak seminggu lalu dan telah memohon cuti sakit kerana badannya semakin lemah. Sayal mempunyai dua orang anak, Mohd. Sahir Fazli, 26, dan Norshahida, 24. Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, Anggota Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad dan beberap

Gambar Kenangan.....

Sudah lama rasanya aku tak kerosek mailbox aku... aku biar saja samapi ada beratusan email dalam tu.. aku cuma buang yang junkmail yeng terlepas sahaja... entah angin timur apa tah hari ni maka aku godek-godek tengok email.. tiba-tiba aku terperasan ada satu email aku kepada kakak aku kat shah alam tuh.. yang tak sampai-sampai.. bila aku bukak tengok.. o oada gambar masa majlis pertunangan... he hee layan je lah ye...  Ini adalah antara ahli-ahli rombang wakil sebelah keluarga aku(sebelah kiri), disebelah kanan ialah dari wakil keluarga mem aku.. tengok depa jaga pintu rumah tak bagi keluar... he hee Ini adalah hnataran pengikat kasih dari sebelah keluarga aku.. ada buah-buahan, ada kek, ada gula asli pelbagai warna, yang lain aku tak ingat 10 atau sebelah semuanya.. hu hhhu lain di rancang lain yang jadi.. murah rezeki tandanya tu... Nih kali pertama mem aku jumpa mak, dan mak pon nampak gumbira sangat, maklum la orang nak dapat menantu, dan rupa-rupanya dia dapat pengganti orang yang

Sudah seperti biasa..

Alhamdulillah, kesihatan aku dah pulih, dah hampir seperti biasa, hari ni dah datang bekerja macam biasa, semangat pun beransur-ansur pulih ( waaa.. smp macam tu?) .. dan sesungguhnya dua hari cuti hujung minggu memang cukup untuk merawat demam ini.... Dua hari cuti hujung minggu  pon sebenarnya , tak banyak yang dapat di lakukan, banyak dengan kerja-kerja mengepong Athirah... macam-macam la dia buat perangai masa cuti, berapa botol kecik lactogen yang di habiskan sehari, air kotak, air milo, susu dan entah bermacam-macam makanan yang di mintak, jenuh la kami berdua dengan angah dia nak mengawal Athirah ni, kejap terantuk, tengadah, jatuh basikal, tengok katun.. entah berbagai-bagai lah.. adeh letih eden..  Petang lepas asar baru lah jalan-jalan naik keta, sekarangan susah lah sikit nak jalan naik moto, ada dua org lagi yang nak ikut.. so macam mana nak muat kan..?...........................  adeh ntah lah.. apa dah aku merapu taip kat sini, ngantuk lah pulak....

Tak berubah....

Tahap demam aku masih lagi ada sikit-sikit saja lagi, tapi aku di serang kemalsan yang amat sangat, plus tekak aku masih sakit, tak boleh nak makan makanan yang agak pejal, hmm makan moi ( bubur nasi) atau pun nasi sesenduk, kuah semangkuk... itu saja yang dapat aku telan buat masa nih, lebihnya air suam... mulut pon masih lagi pahit-pahit terutamanya waktu bangun tido... tekak pon amat perit masa nih.. he hee.. walaupun begitu aku gagahi juga diri ku ke pejabat.. kalau tidak.. tido pon sodapp nih.. 

Dah kerja.. tapi masih ting tong...

Pada dasarnya demam ku dah makin ok, tapi tu la.. tak stabil.. kejap ok kejap tak, mungkin pasal kena aircon.. dah tu pulak angin kat luar pon kuat dah tu sejuk jugak.. maklum lah 'winter wind' dah kembali.. dan tahun ni aku rasa agak sejuk dari tahun lepas la.. kalau dalam pukul 12 tengah malam ke atas tu memang sejuk sangat, tepaksa tarik selimut juga la.. mungkin juga demam ini berkaitan dengan musim yang bertukar.. okeh lah nanti dah ok aku sambung balik la... kepala dah ting tong nak cari bantal.. tapi di mana boleh ku dapat bantal kat opis nih.. adeh tahan je la sementara nak sampai umah... 

Demam.. jadi daku tidak bekerja hari ni

Entah pasai apa badan aku ni yang jarang demam (selesema tu slalu arr), hari ni di landa demam.. sejak dari malam lagi badan ku dah rasa bisa-bisa, lepas tu sakit sendi lagi, lepas berat kepala lagi, ingatkan lepas mandi sebelum subuh tadi aku lega la.. tapi rupanya sakit ku menjadi-jadi adanya, rasa malas, nak tidur saja, jadi kat pejabat tadi terus aku amik borang cuti dan isi serah kat pegawai aku.. malas dah aku nak naik gi admin, aku juga malas nak gi klinik untuk amik MC pasal dah gerenti kena tunggu lama nanti... baik lahaku tido.. kang sekerat hari dok tunggu nak jumpa doktor..  Moga-moga menjelang esok aku akan sembuh seperti sediakala... ok lah ciowwww 

Berita Ketinggalan!!... kelapa kembar

KANGAR 17 Nov. - Seorang peniaga gerai di Jalan Penjara di sini menjumpai sebiji kelapa 'kembar' yang mempunyai dua tempurung di dalamnya.Aziz Osman, 42, berkata, kelapa muda yang kelihatan pelik itu ditemui ketika dia sedang membelah kelapa berkenaan hari ini untuk dijual kepada orang ramai. Katanya, penemuan kelapa muda pelik itu merupakan kejadian pertama dalam hidupnya sejak berniaga air kelapa lebih 10 tahun lalu. ''Saya menemui kelapa itu ketika membelah 15 biji buah kelapa dalam satu mayang untuk berniaga, tetapi apabila membelah buah kelapa yang terakhir, saya agak terkejut apabila melihat di dalamnya ada dua tempurung seakan-akan kembar.''Saya yang kehairanan terus menunjukkan kepada isteri saya dan dia pun berasa hairan dengan penemuan kelapa kembar ini," katanya di sini hari ini. Aziz berkata, disebabkan sukar menemui kelapa yang mempunyai tempurung kembar seperti itu, dia berhasrat ingin menyimpan buah kelapa muda yang telah dikopek itu sebag

KEMPEN BOIKOT YAHUDI / US

Ada ura-ura nak boikot barangan US/Yahudi. Jom kita tengok list dia.. AOL Time Warner Time Life magazine CNN ICQ Apax Partners Jonny Rockets Sunglass Hut Arsenal Football Club Coca-Cola Fruitopia Fanta Kia Orange Lilt Sprite Sunkist Caterpillar Danone HP foods Evian Volvic Jacob Delta Galil Hema Barbie Carrefour Auchan Tchibo Victoria's Secret GAP Banana Republic Structure J-Crew JC Penny Pryca Lindex DIM DKNY Ralph Lauren Playtex cK Hugo Boss M&S Disney Emblaze Estée Lauder Aramis Clinique Prescriptives Origins MAC La Mer Bobbi Brown Tommy Hilfiger Jane Donna Karan Aveda Stila Jo Malone Bumble & Bumble Kate Spade Home Depot Villager's Hardware Georgia Lighting Apex Supply EXPO Design Centres IBM Intel Johnson & Johnson Kimberly-Clark Kleenex Kotex Huggies AndrexLewis Trust Group River Island Isrotel hotels Britannia Pacific The Limited Inc Express stores Lerner New York Structure Ne

Takziah...

Takziah buat rakan sekerja aku, Fitri diatas kembalinya ke Rahmatullah ibunya pada pukul 3.45 petang kelmarin, dijangkakan akan disempurnakan pengembumianya pada pukul 11.0 pagi ini, semoga beliau tabah menghadapi saat2 getir dan pilu ini. Rumah Fitri ni berhampiran dengan rumah mertua aku, jadi kebetulan aku balik rumah mertua aku petang kemarin jadi sempat lah aku menziarah keluaga beliau semalam walaupun beliau tiada ada mungkin menguruskan perkara-perkara lain.. apa-apa pun semoga roh ibu beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin.. Al fatihah... Fitri dan puterinya. Update..!! Tengah hari ni juga aku mendapat satu lagi perkabaran sedih, ayah pada sorang lagi kawan aku, Basariah Bakar yang kini bertugas di UiTM Arau Perlis telah kembali ke Rahmatullah, kerana penyakit penat (athma) semoga beliau tabah dengan peristiwa sedih ni, juga semoga roh ayah  beliau juga di tempatkan bersama-sama orang yang beriman, takziah untuk beliau sekeluarga.. gambar lama Gambar sem

Comot & Comel...

Kesah si Athirah yang comot dan juga yang comel nya.. jom.. .!!

Pelangi pagi...

pelangi di sebalik awan... Sebenarnya bukan sesuatu yang ganjil sangat pon, kejadian pelangi antara awan ke awan adalah perkara biasa sahaja, tapi telah lama aku tak kelihatan, kebetulan masa aku nak kuar pergi kerja tadi masa tengah drive aku ternampak, jadi aku berhenti kan keta kat tepi, just snap dua keping gambar nih dan terus pergi kerja, dalam pemikiran aku, boleh juga buat modal entry aku hari ni.. okeh.. boleh..?

Notis..

Uhh, ada juga terasa sentapz di hati ku membaca notis ini, mungkin juga aku  ada menggunakan ruang kerja untuk menjalankan kerja-kerja personal, tapi bukannya selalu, cuma kekadang sahaja, aku rasa bukan aku sorang sahaja yang terasa tapi ramai lagi kakitangan yang terasa, tapi apa nak buat kan? kaki dan tangan dah terikat... mau tak mau kena ikut saja laa.. 

Selamat Tahun Baru 2009!

Sedar tak sedar, dah menjelang tahun baru 2009 Masehi, baru-baru ni juga telah menjelang tahun baru 1430 Hijrah, ahhh bertapa cepatnya masa berlalu, dan macam biasa bila menjelang tahun baru kita akan melengung (termenung) seketika mengenangkan apa yang telah di lalui sepanjang tahun 2008. Awal tahun baru, kehidupan aku masih lagi seperti biasa, dengan seorang permata hati di samping orang tesayang, menjadi kehidupan yang dilalui penuh dengan warna warni, kehidupan yang cukup memberi wadah bahagia dalam dadaku. Menjelang bulan dua (Februari), perhatian banyak tetumpu pada piliharaya.. walaupun aku tidak terlibat secara langsung dengan kerja-kerja parti.. tapi keterujaan mencari pemimpin melanda dalam diri ini, bahkan bukan aku saja aku rasa, bahkan hampir semua rakyat Malaysia berasa macam ni. Pengalaman menanti keputusan pilihanraya kat tv walaupun tak sama macam zaman bujang di mana aku terus ke tempat pengiraan undi untuk dengar keputusan, tapi debaran mengejar ku sepanjang malam..