Skip to main content

Selamat Tahun Baru 2009!

Sedar tak sedar, dah menjelang tahun baru 2009 Masehi, baru-baru ni juga telah menjelang tahun baru 1430 Hijrah, ahhh bertapa cepatnya masa berlalu, dan macam biasa bila menjelang tahun baru kita akan melengung (termenung) seketika mengenangkan apa yang telah di lalui sepanjang tahun 2008.


Awal tahun baru, kehidupan aku masih lagi seperti biasa, dengan seorang permata hati di samping orang tesayang, menjadi kehidupan yang dilalui penuh dengan warna warni, kehidupan yang cukup memberi wadah bahagia dalam dadaku. Menjelang bulan dua (Februari), perhatian banyak tetumpu pada piliharaya.. walaupun aku tidak terlibat secara langsung dengan kerja-kerja parti.. tapi keterujaan mencari pemimpin melanda dalam diri ini, bahkan bukan aku saja aku rasa, bahkan hampir semua rakyat Malaysia berasa macam ni. Pengalaman menanti keputusan pilihanraya kat tv walaupun tak sama macam zaman bujang di mana aku terus ke tempat pengiraan undi untuk dengar keputusan, tapi debaran mengejar ku sepanjang malam.. disamping tu juga ada juga peristiwa lain yang berlaku seperti tanah jerlus di Tambun Tulang, julung-julung kalinya aku sekeluarga pergi bercuti di Langkawi.. 

Sekitar Pilihanraya 2008
Melancong di Langkawi
Bulan Mac tahun 2008 agak membawak banyak kenangan manis dalam hidup ku, sebagai rakyat Perlis kami mengalu-alu kan perlantikan Mb baru Dato' Dr Mat Isa bin Sabu selepas di perkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuaku Raja Perlis.. dan yang lebih membawa makna dan juga berita yang amat mengembirakan ialah mem aku mengandung lagi, Alhamdulillah aku amat bersyukur atas limpah kurnia Nya.. 

YB Dato' Dr Mat Isa Bin Sabu, MB baru Perlis
bukti terawal mengatakan bahawa mem aku mengandung
Bulan April hingga september tidak banyak peristiwa yang berlaku, hanya tertumpu pada kerja-kerja seharian, di samping berulang alik ke klinik menghantar isteri aku buat check up bulanan dan mingguan, pegi ke klinik pakar juga klinik swasta untuk memastikan yang kandungan isteri aku dalam keadaan baik . 
klinik tempat mem aku selalu pi check
Hujung  September dan oktober Hari Raya di sambut dengan sederhana tapi cukup meriah dengan sanak saudara, dan menjelang hujung oktober dan lebih tepatnya 31.10.2008 jam 7.40 ptg Muhammad Anieq Nu'man di lahirkan bai menambah kemeriahan keluarga aku, satu pengalaman yang amat peibadi bila aku diberi peluang untuk masuk dalam bilik pembedahan menyaksikan bagaimana anieq nu'man di lahirkan. Kerna itu aku amat berterima kasih kepada isteri aku kerana melahirkan zuriat aku.. juga syukur ku panjatkan buat Nya di atas rezeki dan nikmatNya yang tak terhingga... dan sepanjang bulan November dan Disember ku banyak menghabiskan cuti untuk bersama keluarga sementara isteri aku masih lagi berpantang dan cuti nya yang panjang itu... Disember juga Hari Raya Korban di mana salah seorang dari rakan sepermainan aku telah di jemput ke HadratNya pada hari raya akibat terkena stroke... 

Anieq Nu'man di lahirkan
rakan sepermainan yang di serang stroke di pagi Aidil Adha..


..... ini adalah sebahagian suka duka dan peristiwa yang di tempuhi sepanjang tahun ini, sudah menjadi kebiasaaan atas setiap sesuatu yang suka ada dukanya, dan begitu juga setiap kedukaan ada hikmahnya.. semoga tahun yang mendatang ni lebih mmbawa sina dan harapan, agar murahkan rezeki dari NYA.............

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....