Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

Ikut Hadith atau Ikut Mazhab?

Ikut Hadith atau Ikut Mazhab?  1. Ini antara polemik yang sering ditimbulkan secara tahunan dan bermusim. Polemik isu antara orang yang bertamazhub (bermazhab) dan La Mazhabiyah (tidak bermazhab) ini kuat berlaku di Pakistan antara golongan ahlul hadith dan deobandi. Kali ini isu ini dibangkitkan mungkin kerana ingin pertahankan perkataan Muhaizad berkaitan Nabi ikut kanan, tok guru ikut kiri. Di Malaysia ini golongan menolak mazhab hampir kita katakan sangat sedikit. Yang ada di Malaysia adalah: - Mempelajari method bermazhab iaitu khususnya mazhab syafie seperti di Pondok dan pasentran. Dalam beberapa isu tertentu boleh mengambil pandangan yang memudahkan (selagi tidak syaz) jika menghadapi kesukaran untuk dijadikan amalan dengan dhawabit kriteria tertentu dan tidak tatabu rukhs.  - Golongan kedua mempelajari fiqh sunnah ataupun mengambil hukum daripada ahadith al-Ahkam berdasarkan syarahan para ulamak. Mereka tidak ambil literal nas.  Saya kan bicarakan berkaitan kedua-dua method in
via Instagram