Wednesday, March 30, 2011

Banjir Luar Musim...

Wah, tiada sapa yang sangka banjir terjadi di luar musim, sungguh tak di sangka, dari cuaca panas, bendang-bendang yang sedang kering kontang, tanpa sebarang amaran dan warning, tanpa terfikir dan di sangka, hujan yang di sangka sekadar penamat musim kemarau sebenarnya sedang membawa hujan di skala tinggi yang membawa kepada banjir. Di ketika aku sedang menaip entry nih, hujan turun lagi rintik-rintik, walau tadi antara pukul 3.00ptg hingga 6.30ptg boleh dikatakan langit cerah, itu pon selepas hujan turun ddengan lebatnya pagi tadi, bah kan sudah masuk hari ke 3, sejak dari Isnin lagi.. 

Tadika Athirah dah naik air se awal 8.00pg

Kesan dari hujan begini, pagi tadi aku dah kena kejutan, mau hantar Athirah pergi Tadika sekali tengok air dah penuh di kawasan sekeliling tadika. Nampak je cikgu dia, terus suruh balik, mungkin air akan jadi makin dalam lagi nanti, pon memang paras air sedang naik perlahan-lahan, sedar tak sedar dah melimpah memenuhi jalan di depan perpustakaan, dan menjelang pukul 12.00 tgh dah memenuhi simpang ke Jabatan Pendidikan dan Sekolah Derma.. Dah tu aku balik lah, tak tunggu dah pasal kat library pon dah Blackout.. 
Pintu Depan perpustakaan sekitar jam 9.30pg


Masa nih dah jam 11.30 pagi dah...

Tuesday, March 29, 2011

Titisan Hujan...

 
Titisan Hujan


Titisan hujan di malam yang hening itu
Menyentuh hatiku yang sepi
Bisikan bayu seakan terdengar suara
Laluku terlena di lamunan

Basah pipimu dengan linang airmata
Bilaku nyatakan padamu
Aku kan pergi membawa hati yang luka
Lalu kau merayuku kembali

Kiniku jauh darimu
Mencari sinaran bahagia
Dirimu turut menjauh
Tinggalkan aku dalam derita

Hujan yang turun seakan tiada hentinya
Membawa mimpiku yang duka
Berlalu kini kenangan cinta yang hampa
Dalam desiran hujan semalam

Sunday, March 27, 2011

Mewarna lagi..

Isk.. tiba-tiba saja Athirah dapat masuk pertandingan mewarna, tanpa di sangka-sangka mungkin juga rejeki dia. Hmm macam biasa lah kalau lepas sebulan dua kereta tu maemmang lah kena servis kan, ikut lah berapa jauh jarak perjalanan dalam dua tiga bulan tuh, agak-agak 5000km atau 3 bulan memang kena servis lah kan. Asal cerita tuh aku dah berjanji dengan mama nak pegi sekalai, tapi last2 minit kena lak bertugas di satu majlis..alah bukan lah aku ni MC ka apa, cuma kena buat pameran jabatan je la... jadi tak dapat lah pi sama..

Kiranya apa yang aku ceta nih berdasar pada yang mama dia ceta lah, smp saja kat tempat servis keta tuh memmang macam biasa penuh sesak dengan kereta yang berduyun tunggu untuk masuk servis la, hmmm dalam ramai-ramai tu juga pusat servis tuh buat pertandingan mewarna, jadi daripada dok tunggu saja keta siap, sempat lah register masuk pertandingan mewarna. He he tau saja lah Athirah mesti suka, akau ngan mama pon suka juga la, memang lah tak lawa mana pon dia mewarna, tapi bagus juga  sebagai pendedahan kan? 

Diakhir pertandingan memang lah Athirah tak dapat apa-apa hadiah, aku tak pasati pasai apa, hadiah sepatutnya untuk tempat 1 hingga 20 dari setiap kategori, tapi Athirah tak dapat, mungkin yang lain dah daftar awal, atau pasal lain tak dapat lah di pastikan, cuma yang dia dapat ialah pensil warna, pensil, eraser, sharpener.. dan satu pack makan.. hmm jadi lah.. at least Athirah dah beranai mewarna di luar kelompok kawan2 dia.. he he  Gambar-gambar nih ehsan dari handphone mama.. 

Sunday, March 20, 2011

Swimming Yuk!!

Tak dapat di nafikan lagi.. anak-anakku ini memang suka sungguh nak berenang, di mana-mana tak kesah asalkan boleh berenang, mari kita flash back balik tengok aksi-aksi depa dengan air..



Tengokkan tu, sebahagian dari tempat yang sempat di lawati ada ja kolam renang memang depa tak lepaskan peluang la.. kalau tak dapat mandi kolam memang meraung la depa, tak kalau selalu nak pi melawat hotel-hotel ka, kolam renang ka, atau sungai maupun pantai memang tak sempat lah, selepas mama abis mengaji nih jadual dia ketat sangat, bayak betul program yang dia kena cover balik.

Jadi nak melayan karenah depat nih yang tak abis-abis nak swimming nih solution dia ialah apa kata kita swimming pool mini yang murah-murah ( he he murah tuh kena ada la.. ) macam nih, dengan harga RM19.90 dapat kat Tesco Aloq Setaq mungkin dapat selesaikan masalah nih.. ha ha.. TQ tuh Tuk Dah yang suka buat bilik air besaq-besaq maka dapat lah cucu2 dia main swimming pool dalam umah.. check this..!!




**so kalau korang nmpk apa2 yang tak berkenan di belakang tuh, abaikan saja lah ye..**

Saturday, March 19, 2011

Belasungkawa.. Abidin Shariff


En Abidin Shariff.. Meninggal dunia pada jam 9.30 pagi tadi, semoga rohnya di cucuri rahmat, Aminn... semoga ahli keluarganya tabah menerima ketentuan ini.

Tuesday, March 15, 2011

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT


a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Saturday, March 12, 2011

Annivesary ke 6..

Wah sedar tak sedar, dah menjelang 6 tahun usia rumahtangga kami, terasa macam baru je, terasa macam seminggu lepas aku mengahwini isteri ku, hmm macam mana boleh masa berlalu dalam sekelip mata. Dalam keadaan menilai diri masing-masing, menghubung keserasian juga meladeni rasa suka dan duka, masa dah 6 tahun berlalu.. Alhamdulillah dengan sepasang anak yang di anugerahkan, sepasang anak yang di pertanggungjawabkan, makin bertambah pengalaman dalam hidup aku. 

Aku juga sedar, tak seberapanya seorang aku nih, masih juga seorang insan biasa, mempunyai secebis kelebihan dan serba  kekurangan, namun semuanya menjadi asam garam dalam mengharungi sebuah lautan kehidupan dengan sebuah bahtera rumahtangga. Mungkin berkat keserasian, timbnag rasa dan tolak ansur, menjadikan bahtera dapat dikemudikan mengikut haluannya, sesekali di hempap gelombang adalah lumrah, bertekak bermasam muka adalah perencah dalam kehidupan, jadi biarlah air berkocak di lautan jangan berkocak dalam rumahtangga...

Dalam memperingati majlis, aku terpaksa reda, bahawa mama lebih tajam dalam memperingati tarikhnya, sementara aka sentiasa blur dan keliru, jadi mama juga yang mengingatkan aku, hmm jadi sempat jua keluar bersama anak-anak makan di Pizza Hut, plus mama tambah dengan cake dari Secret Recipe.. Hanya itu menu sempena sambutan Anivesari kali nih, alahai kesiannya...


Ha ha lawak lak tgk gambar ni, athirah macam heran saja tengok mama dan abah buat perangai, adik lak macam tunggu turn nak minta mama @ abah suap.. konfius sungguh dia, hmm kalau ada yang bertanya awatnya beli 1 slice saja, adakah depa ni kedekut, berkirang sangat nak beli satu biji kek, atau pon dah tak mampu, anggap saja lah majlis budget diet.. ha ha.. apa-apa po Selamat Ulang Tahun sayang!! (mau ada juga, kalau tak  hmm...)

Friday, March 11, 2011

Hmetro : Rumah pusaka hilang!

(gambar hiasan)

KANGAR: “Saya tidak tahu siapa yang mencuri rumah pusaka ini kerana sekembali ke Perlis, saya lihat hanya tinggal 24 batang pelapik tiang manakala rumah sudah lesap.”

Begitu kata suri rumah, Zuria Ali, 30, yang terkejut apabila mendapati rumah pusaka peninggalan arwah ibunya di Jalan Raja Syed Alwi, di sini, hilang Jumaat lalu. 
Rumah kayu setingkat berusia lebih 60 tahun itu sebelum ini disewakan dan kali terakhir bayaran sewa dipungut ialah Oktober lalu. 

Zuria yang kini menetap di Taman Cahaya, Kampar, Perak sejak berkahwin dengan seorang anggota polis berkata, kehilangan rumah kayu setingkat itu disedarinya Khamis lalu, sebelum membuat laporan di Balai Polis Kangar keesokan harinya.

“Rumah itu disewa RM100 sebulan kepada seorang penduduk di sini dan kali terakhir penyewa membuat bayaran ialah Oktober lalu kepada rakan di kampung berkenaan, Rasni Putih, sebelum rakan itu memasukkannya ke dalam akaun bank saya.

“Selepas dimaklumkan Rasni Khamis lalu, saya bergegas pulang ke Perlis keesokan harinya (Jumaat) dan terkejut apabila mendapati hanya tinggal pelapik tiang manakala rumah diduduki sejak kecil, hilang. 

“Kecurian ini di luar jangkaan kerana rumah pusaka itu besar manakala struktur kayunya masih teguh yang sudah tentu mengambil masa untuk membukanya. Pencuri dikatakan menggunakan lori untuk mengangkut semua tiang, papan dan bumbung rumah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Zuria berkata, banyak barangan pusaka milik arwah ibunya, Allahyarham Jahara Jasin yang meninggal dunia pada 2004 berada dalam rumah termasuk pinggan mangkuk, dapur dan perabot turut lesap. 

Katanya, beberapa jiran berhampiran menyangka dia menjual rumah itu selepas mendapati sekurang-kurangnya empat orang meroboh rumah dan memasukkan kayu ke dalam lori. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, mengesahkan menerima laporan berhubungan kehilangan rumah dan sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek.

Isk.. isk macam-macam lah yang terjadi.. rumah tua yang di sangka tak berharga pada kita, tiba-tiba menjadi begitu berharga, sampai di mencuri rumah la pulak , isk - isk mungkin juga permintaan rumah pondok dah meningkat? 
(gambar hiasan)

Thursday, March 10, 2011

Tragedi...

Aduhai, sedikit malang lah pulak petang nih, di kala memberi perkhidmatan dengan penuh dedikasi di sebuah taman di satu tempat, pada awalnya semuanya berjalan lancar, dengan pengguna dan pinjaman buku yang agak ramai. Namun di ketika nak balik ke Perpustakaan ada sebuah kereta, kereta tuan rumah tempat kami parking tuh dah parking di belakang bas. Dalam masa dok reverse dan adjust tak mau bagi kena kereta belakang tuh, tiba-tiba prakk dan propp!! Penutup longkang patah dan tayar depan pon sangkut dalam longkang. 

Dipendekkan ceta nasib baik ada yang simpati dan perihatin datang tolong dengan membawa bermacam-macam pertolongan dan peralatan nak keluarkan tayar bas tuh dari longkang, kalau tak bermalam kat situ lah bas tuh, dengan pertolongan depa pon hampir pukul 7.00 malam baru selesai semua dan bertolak balik, Terima Kasih lah  pada semua yang terlibat..

Pendek kata, kalau dah malang tuh, apa nak kata...





Tuesday, March 8, 2011

Kata salah, tak kata tak senang hati...

Pagi tadi masa pegi hantar Athirah, masa aku baru masuk parking je nak hantar ke pintu tadikanya, dengan tiba-tiba datang sebuah kereta Viva color hitam nih, dengan selambernya pi parking kat walkway sdepan tadika tuh, entah la mungkin dia kalut sangat nak punch kad ka apa ka sampaikan parking membab*buta macam nih, ntah lah samada dia pegawai ka atau kerani cab*k ka, agak2 la nak parking depan tadika, dh tau tempat laluan awam, gagah2 la bagi orang lain lrh tumpang lalu, jangan lah dok selfish sangat, tak kamana pon peginya....

tengok tuh tak ke geram macam nih... bod*h la kan..?

Pakaian di tempat keja..

Entry main tempet2 sajo, maleh dah nak ulas benda nih, jadi untuk di jadikan peringatan baik aku tempet saja lah memo untuk semua staf nih...

Monday, March 7, 2011

Adakah aku...

Hmmm kan best kalau boleh letakkan gambar kat dinding tuh, nampak cantik saja kan..? tapi Onkosnya pon cantik.. jadi kena sabar2 lah dulu.. sampai kaya ka... hmmm
Adakah aku akan jadi sorang artis berjiwa seni macam nih, dan menjadikan anak ku sebagai subjek bidang seni..? isk.. hmmm...

Wah..no more FB @ work.. ?


Nampak gayanya macam pengguna WiFi tiadak akan dapat mengguna FB di Perpustakaan, entah untuk berapa lama, atau entah juga mungkin untuk jangka masa lama.

Thursday, March 3, 2011

Congrats


Congrats buat Pn Nor Aziza Abdul Aziz diatas pencapaian yang amat memberangsangkan, juga tahniah diatas segala usaha yang tiada pernah jemu menghadapi sebarang cabaran untuk mencapai kejayaan ini, kami sekeluarga InsyaAllah akan sentiasa berada di belakang memberi sokongan yang tiada berbelah bagi.. sekali lagi ucapan tahniah.. TAHNIAH!!


dari kami..
Mr Mama,
Athirah &
Anieq Nu'man

Wednesday, March 2, 2011

Mr Mama lagi...

Hari ni bermula lagi, episod terbaru dari siri Mr Mama dalam familiku, hmm mama baru saja 'terbang' ke Kuala Lumpur, sebelum terbang semula ke Kuching besok pagi. Kali ni mama pergi bukan kerana menghadiri kursus, tapi sebahagian dari program 'mengrewardkan diri sendiri' kerana secara kasarnya dia telah berjaya menamatkan  pengajiannya. Jadi bersama 2 orang kawannya yang telah memerah otak hingga ke titisan jingga, bertungkus lumus, berssengkang mata dan telinga, akhirnya berjaya ke destinasi pengajiannya, InsyaAllah minggu depan resultnya akan keluar.
mereka yang terbang

Petang tadi tergesa-gesa lah balik dari kerja, singgah pasar malam cari stok makan, pastu mama pulak tergocoh-gocoh bersiap, lepas tu kalut-kalut pulak nak cari umah kawan dia kat Jitra, tapi akhirnya pukul 7 baru sampai umahkawan dia, dah hantar terus saja aku balik semula ke rumah, dalam kol 7.40 ptg sampai umah, orang dah mula sembahyang Maghrib.   
dia ni ok je 

Masuk je dalam rumah, angah dia cite Athirah ada bunyi nak nangis, tapi bila Angah dia ceta tuh dia cover malu lagi, jadi buat tak heran sangatlah, terus masuk bilik nak sembahyang, dalam masa tu dengar lah dia nangis, kuat juga lah dok panggil mama dia, kata rinduk kat mama lah, nak mama lah, tapi adik ok je lah tak nangis apa.. cepat-cepat aku sembahyang lepas tuh barulah psiko ngan Athirah pelan-pelan dia nak apa. 
 banyak akai ooo

Hmmm rupa-rupa dia nak mengisap botol susu... isk dah ketagih sangat lah tu, adeh la.. Athirah sebenarnya dalam proses nak 'lah' (istilah dialek Perlis bermaksud lebih kurang macam nak berhenti dari mengisap susu, tapi biasa diguna pakai untuk hsap susu mak, tapi pakai lak untuk botoi susu, boleh lah kan...?) botoi susu, baru berapa hari nih dia tinggal botol susu, nampak gayanya masih terigta lagi, tak pa nanti kita cuba lagi... hmmm patut lah kemarin cikgu dia bgtau dia senyap je dalam kelas, mungkin teringat botol susu dia lah kot?
huh entry dalam kelam.. 

Tuesday, March 1, 2011

Wah, sudah Mei..? Isk Mac la... nyanyuk dah...

Isk.. cepatnya masa berlalu, pusing sana, pusing sini dah masuk bulan Mac, sedangkan Februari seperti baru saja menjelma, zuppp sekejap berdesup ia datang, dan berdesup juga dia pergi, hmmm sepanjang bulan Februari tak banyak yang berlaku, minggu pertama, yaa genap sudah usia ku menginjak ke angka 40, entah aku tak pasti angka 40 tu membuat aku terasa semakin tua atau masih  terasa macam muda mudia belia rumaja.. ada yang mengatakan usia 40 ini umpama pendakian gunung atau bukit, bila masuk je usia 40 ini bermakna pendakian kita dah sampai ke kemuncak, dan selepas ni dalam pendakian menurun bukit pulak, dalam perjalanan naik tu, bermacam dugaan yang kita tempuhi, bermacam pengalaman yang kita kutip, menjadikan kita lebih dewasa dan matang, ini lah khazanah yang di bawa untuk menuruni bukit.. he he korang paham tak, aku pon... ha ha