Skip to main content

Annivesary ke 6..

Wah sedar tak sedar, dah menjelang 6 tahun usia rumahtangga kami, terasa macam baru je, terasa macam seminggu lepas aku mengahwini isteri ku, hmm macam mana boleh masa berlalu dalam sekelip mata. Dalam keadaan menilai diri masing-masing, menghubung keserasian juga meladeni rasa suka dan duka, masa dah 6 tahun berlalu.. Alhamdulillah dengan sepasang anak yang di anugerahkan, sepasang anak yang di pertanggungjawabkan, makin bertambah pengalaman dalam hidup aku. 

Aku juga sedar, tak seberapanya seorang aku nih, masih juga seorang insan biasa, mempunyai secebis kelebihan dan serba  kekurangan, namun semuanya menjadi asam garam dalam mengharungi sebuah lautan kehidupan dengan sebuah bahtera rumahtangga. Mungkin berkat keserasian, timbnag rasa dan tolak ansur, menjadikan bahtera dapat dikemudikan mengikut haluannya, sesekali di hempap gelombang adalah lumrah, bertekak bermasam muka adalah perencah dalam kehidupan, jadi biarlah air berkocak di lautan jangan berkocak dalam rumahtangga...

Dalam memperingati majlis, aku terpaksa reda, bahawa mama lebih tajam dalam memperingati tarikhnya, sementara aka sentiasa blur dan keliru, jadi mama juga yang mengingatkan aku, hmm jadi sempat jua keluar bersama anak-anak makan di Pizza Hut, plus mama tambah dengan cake dari Secret Recipe.. Hanya itu menu sempena sambutan Anivesari kali nih, alahai kesiannya...


Ha ha lawak lak tgk gambar ni, athirah macam heran saja tengok mama dan abah buat perangai, adik lak macam tunggu turn nak minta mama @ abah suap.. konfius sungguh dia, hmm kalau ada yang bertanya awatnya beli 1 slice saja, adakah depa ni kedekut, berkirang sangat nak beli satu biji kek, atau pon dah tak mampu, anggap saja lah majlis budget diet.. ha ha.. apa-apa po Selamat Ulang Tahun sayang!! (mau ada juga, kalau tak  hmm...)

Comments

Kak Long Comel said…
Selamat menyambut ultah pernikahan Zul dan Aziza, semoga kalian sekeluarga berbahagia selamanya, dipermudah segala urusan, digandakan rezeki, diberi kesihatan berpanjangan, sentiasa dalam rahmat-Nya. Amin ...

Popular posts from this blog

Entri kira muat...

Pagi ni awan berlapis lapis ni hah.. setelah semalam ujan turun.. moga awan yang berlapis ni membawa seribu warna kebaikkan pada semua di pagi jumaat ini...

Vote for me...