Wah, tiada sapa yang sangka banjir terjadi di luar musim, sungguh tak di sangka, dari cuaca panas, bendang-bendang yang sedang kering kontang, tanpa sebarang amaran dan warning, tanpa terfikir dan di sangka, hujan yang di sangka sekadar penamat musim kemarau sebenarnya sedang membawa hujan di skala tinggi yang membawa kepada banjir. Di ketika aku sedang menaip entry nih, hujan turun lagi rintik-rintik, walau tadi antara pukul 3.00ptg hingga 6.30ptg boleh dikatakan langit cerah, itu pon selepas hujan turun ddengan lebatnya pagi tadi, bah kan sudah masuk hari ke 3, sejak dari Isnin lagi..
Tadika Athirah dah naik air se awal 8.00pg
Kesan dari hujan begini, pagi tadi aku dah kena kejutan, mau hantar Athirah pergi Tadika sekali tengok air dah penuh di kawasan sekeliling tadika. Nampak je cikgu dia, terus suruh balik, mungkin air akan jadi makin dalam lagi nanti, pon memang paras air sedang naik perlahan-lahan, sedar tak sedar dah melimpah memenuhi jalan di depan perpustakaan, dan menjelang pukul 12.00 tgh dah memenuhi simpang ke Jabatan Pendidikan dan Sekolah Derma.. Dah tu aku balik lah, tak tunggu dah pasal kat library pon dah Blackout..
Pintu Depan perpustakaan sekitar jam 9.30pg
Masa nih dah jam 11.30 pagi dah...
Comments