2014

Sunday, December 28, 2014

Thursday, December 25, 2014

Saturday, December 20, 2014

Friday, December 19, 2014

Thursday, December 18, 2014

Tuesday, December 16, 2014

Cendol bang..?



Hari ni bercuti.. ialah ada lah sikit-sikit lagi baki cuti.. dah hujung tahun ni.. boleh la kasi clear sikit.. Inmgat boleh la duduk di rumah, pergi tengok pokok-pokok kat belakang rumah tu.. tapi dah hujan la pulak.. jadi mem ajak lah gi cari barang-barang sikit..

sampai kat kedai maleh nak masuk pulak hujan masih turun, jadi mem aje lah keluar beli barang.. kita tunggu dalam keta pon tak pa la.. tak de nak beli apa sangat pon.. dalam dok seronok layan lagu dalam keta, tiba-tiba (aceicei macam saspen ja.. ) cermin sisi kereta di ketuk. Tengok 

Saturday, December 13, 2014

Kenduri Kesyukuran 2014


Alhamdulillah..

Dengan izin Nya dapat juga kami sekeluarga melaksana kan kenduri kesyukuran sempena berkhatan nya anak-anak saudara ku, anak kembar kakak ku sebenarnya. Majlis yang dirancang secara sederhana untuk kira-kira 200 orang telah selamat di jalankan..

Lain lain laporan tengok je lah yer gambarnya..



antara tetamu yang datang .. 

orang-orang lama

menu..
+ Rendang Kambing
+ Gulai Ikan Seludu
+Ayam Masak Merah

Ulaman

 Juga sedikit pencuci mulut




Wednesday, December 10, 2014

Selamat Hari Ulang Tahun


Selamat Hari Ulang Tahun untuk Putera Bongsu Muhammad Anief Najwan.. Sudah 3 tahun berlalu.. masa bagai cepat benar berlari.. semoga anak ini jadi orang yang beriman, jadi manusia berguna dalam kehidupan.. juga sentiasa ingati kedua orang tua dan adik beradiknya juga...

Majlis ringkas yang sempat dijalankan di Restoran Makanan segera tempatan yang berhadapan dengan satu-satunya Pasaraya yang agak dikenali buat masa ini.














Wednesday, December 3, 2014

Program Library Zoomers


Program Library Zoomers ini merupakan salah satu program yang dijalankan bagi menarik kanak-kanak untuk datang ke perpustakaan, secara tak langsung memupuk minat untuk datang ke perpustakaan juga mengenali aktiviti-aktivit yang dijalankan bagi memupuk minat ke perpustakaan dan bajai minat suka membaca.

Program ini dijayakankan oleh 4 orang staf praktikal, pelajar Fakulti Sains Maklumat, UiTM cawangan Merbok Kedah. Tahniah kepada mereka kerana sanggup menjayakan program ni, tentunya pengalaman yang diraih dapat memberi pengajaran untuk masa depan. Tahniah juga untuk otai-otai perpustakaan turut membantu menjayakan program ni, dengan kerjasama semua memantapkan lagi program ini.

Bagi menyemarakkan lagi program ni.. aku heret juga Athirah dan Anieq menyertai, bukan setakat itu mama dan Anief juga menambah kekecohan program ini (rasa aku la..) bagi aku bukan hadiah jadi pertaruhan tapi pengalaman bergaul ini anugerah yang sangat hebat... aku hanya melihat dari belakang.. maklum lah kerja..






Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...