Sunday, September 26, 2010

Selamat Tinggal Kota Bahru...


Wah sekejap saja masa berlalu, walaupun kami tak dapat banyak berjalan-jalan, tak banyak nak bershopping-shopping, tak dapat nak pergi ke pantai dan segala tempat bersejarah dan tempat-tempat menarik lain tapi sepanjang berada di Kota Bahru ni banyak juga memberi pengalaman pada kami sekeluarga. Memang agak masa yang terhad, bila datang dalam kerja, dah tu aku dan anak-anak terperap saja dalam bilik hotel, tapi masa yang ada tu aku rasa masa yang amat berkualiti bersama anak-anak.

Terima Kasih untuk semua, memberi pengalaman yang ketika berada disini, maaf juga di atas gelagat anak-anak yang sedang membesar ni, tentu banyak keletah depa yang menyusahkan, maafkan kami sekeluarga, ketika entry ini masuk tentunya kami dalam perjalan balik.. yes thanks to autupublish by blogspot.
 ha ha , pakat banyak makan di hotel, sampai bawak balik ke bilik lagi, nasib baik depa sporting juga...
entah la berapa kali panggil houssekeeping,, jap room service, kejap tirai jatuh, kejap lampu pecah.. aduhai.. 

Senja dari tingkap Gran River View Kota Bahru




Posted by Picasa

Saturday, September 25, 2010

Mengunjungi Pasar Siti Khadijah...

Tadi sempat juga berkunjung Pasar Siti Khadijah, dah lama tak berkunjung ke sini, ye lah rasanya 5 tahun lepas rasa nya, masa datang bersama kawan-kawan, hmmm masa tuh masih bujang lagi daaa... penah juga datang KB masa dah kawin tapi datang dengan keluarga mertua, dah malam lak tu mana Pasar Siti Khadijah ni nak bukak kan?

Masa masuk PSK ni, dah pukul 5 dah, peniaga kat sini pon dok kira nak tutup kedai dah, tapi masih sempat bershopping2 lagi, aku x beli apa sangat, beli kain sampin songket murah2 tu satu, dah lama sangat yang dok ada tu,  selain tu beli juga kain batik , baju budak2 tu.. yang tu saja yang sempat. Pastu beli makan la pulak.. pasai malam pula mama ada dinner kat UMK.. hu hu itu saja yang sempat berjalan.. 


nak jadi model ka..?
mama beraksi memborong...
..err sekali nampak macam mama lak yang berjual nih...

dah puas berbeli belah.. makan minum lah pulak...
Posted by Picasa

Friday, September 24, 2010

Hari Pertama di Kota Bahru...

Isk, rasa macam malas lak nak taip cite, semalam dah taip bagus-bagus punya tapi due to cennection yang terputus-putus maka ilang habis, dah kena buat lain.. memang internet problem sungguh la. Okeh aku review balik lah sikit kan...

Perjalanan ke KB nih bermula dari 9.00 pagi on the dot macam tuh.. tapi dah kena singgah PTSS untuk dapat kan segala dokumen untuk seminar dan perjalanan. Dalam pukul 10.00 juga baru bertolak disini, hmmm perjalanan agak lancar dengan suasana perjalanan yang agak mendung macam nak hujan atau dah pon hujan..  singgah sebentar kat Hentian Gurun , yang nak kenci*g b*rak sume ada, almaklum lah bawak bebudak macam macam karenahnya, banyak tempat jugak berhenti smpai SPetani pon kena berhenti.. adeh la layan bebudak nih.. stat masuk Jalan Pantai Timur Barat tu dalam kol 12.00 macam tu.

Masukk je Pengkalan Hulu depa dah mula tidur jadi, senang cerita terus saja memandu sepanjang jalan tampa berhenti, Qadho balik jalan henti-henti layan bebudak tuh tadi.. waaa nasib baik tak hujan jadi jalan agak lancar, dengan bebudakk dok lena jadi tak banyak gangguan.. sampai kat Jeli dah pukul dekat 4.00 ptg, jadi sampai KB dalam kol 4.30....

Sampai je, program utama dia nih ialah nak mandi... jadi layan2 aje la...
eh.. Anieq pon tumpang juga...
Ha, dah puas mandi baru cari makan, wah kena kejutan budaya juga nakcari kedai makan,, kan hari Jumaat banyak kedai tutup, jadi akhirnya makan KFC sajala... Tengok habis katil kami buang tinggai tilam saja la.. demi keselamatan anak-anak ..
Posted by Picasa

Kota Bahru... tunggu kami....!!!

Yaaa Kota Bahru tunggu kami, aduhai berjalan lagi, hari raya hari tuh baru saja pergi Jertih yang tak sampai 100km dari dari Kota Bahru, harini aku datang lagi, cerita dia macam nih, Rabu lalu tiba-tiba saja mama telefon, " Abg Jom Pi KB", aik hari tuh kata nakpi bulan Oktober nih dah tak sempat2pulak, " Ada apaa ?" " Ada Seminar kat sana, anjuran UMK".. jadi aku pon petang tu juga terus apply cuti, al maklum lah sekarang ni kena aplly cuti awai kalau tak tak lulus, jadi dah settle semua, aku pon bertolak lah nai pada jam 10.00pagi hari Jumaat, ha ha Jumaat bermusafirlah aku..

Lepas singgah kat Politeknik Perlis (PTSS) pasal dia nak report kat Ketua Jabatan dia (yang cuti sebelum nih) untuk sahih kan pemergian dengan kereta sendiri, jadi bila selesai semua jadi lah aku driver dia sepanjang seminar di Kota Bahru Nih... Alhamdulillah perjalanan yang agak lancar, walaupun ada tanda-tanda nak hujan tapi hanya gerimis saja di sesetangah bahagian.. menjadikan perjalanan agak lancar, dek kerana perjalanan yang lancar macam tu sejak naik Laluan Pantai Barat - Timur tuh kami takberehenti pun pasal budak2 tu pakat tidor kalau tidak setiap 30km athirah nak berenti buang air.. mejadikan perjalanan agak lamba, bila ada peluang debusyyhh terus la.. sampai kat KB dalam kol 4.30 petang.. ok lah tu kan dalam 4 jam lebih je dari SP...


..dalam perjalanan depa pakat nak dok berdua saja... sampaikan tido malam pon nak berdua juga
Awan meliputi Gunung Jerai, pandangan dari hentian Gurun, macam tu jua di sepanjang laluan ke Jeli Awan Kelabu je dengan hujan gerimis atau huja baru lepas turun di sanan sini...
Posted by Picasa

Tuesday, September 21, 2010

Aduhai depa ni...

Isk apa kes la depa nih, buah limau pon jadi mainan, ha ha kesah ni terjadi di rumah Tok Pah, punya lah semangat nak mencicah garam belacan sampai kulit di jadikan topi kaledar.. jenuh la budak-budak nih... macam-macam pulak perangai depa nih, si Anieq pulak belum baik betul dari demam tuh, tapi aktif nya boleh tahan la...

Posted by Picasa

Sunday, September 19, 2010

Anieq Demam Pulak...


Adik Anieq demam, berkahaq banyak,semalam susah nak tdoq, mcm nak penat la pulak, mau tak mau ari ni kena ambik nebulizer, moga pas ni dia akan cepat sembuh. Tapi Adik Anieq tetap macam Adieq Anieq, walaupun hidung tersumbat, nafas tersekat-sekat tapi tetap Aktif macam tu jugak, abis tu macam mana..?





Posted by Picasa

Saturday, September 18, 2010

Berakhirnya cuti raya...

Berakhir sudah musim cuti raya, yang mana balik kampung dah kembali ke tempat masing-masing, yang tinggal hanyalah kesepian bagi yang di tinggalkan, kenangan bercuti bersama tetap di kenangan sepanjang zaman, datuk nenek kembali kepada rutin seharian, anak menantu kembali untuk bekerja seperti biasa, cucu cicit pulak kembali ke sekolah, pusat pengajian masing-masing, maka kembali dunia berputar seperti biasa..

tinggalan kenangan...
Posted by Picasa

Belasungkawa... M Rajoli meninggal




KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam. Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.


Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor. “Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.

“Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.


 -Gambar dan Berita dari UTUSAN

Friday, September 17, 2010

Beraya ke Jerteh... Pt 3



Posted by Picasa

Aksi Athirah dengan sepupu...

Wah, tak tahan tengok depa ni, menjadi duta Elmo kah depa nih, masing-masing dapat baju yang seropa pattern dia, entah lah aku tak tahu, dan juga tak di beritahu, aleh-aleh tengok depa dah pakai. Lagi tak tahan tengok athirah berposing maut, adeh la... ha ha ha




Posted by Picasa