May 2015

Friday, May 29, 2015

Thursday, May 28, 2015

Wednesday, May 27, 2015

Cuti lagi..


Hari ni depa pakat Cuti lagi... Mungkin depa kena angkut pergi ke projek lain... Ini salah satu kelemahannya bila tangkap kontraktor  yang ada dua tiga job.. Kejap ke sana kejap ke sini...

Walapun begitu progress kerja kemarin laju juga 4 orang buat bata Dan 2 orang bust kerangka besi untuk upper beam.. Bila Dah siap upper beam maka kerangka bumbung akan bermula..

Sementara hari ni depa Cuti.. Belanja gambar kerja kemarin..

image

image

image

Monday, May 25, 2015

Saturday, May 23, 2015

Friday, May 22, 2015

Thursday, May 21, 2015

Wednesday, May 20, 2015

Tuesday, May 19, 2015

Selamat Hari Guru..








Selamat Hari Guru.. Buat semua guru seantero Malaya... Buat guru-guru yang pernah mengajar Ku dulu, buat guru-guru yang sedang mendidik Dan mengajar anak-anak Ku kini, jugs buat kawan-kawanku yang menjadikan guru sebagai profession mereka... Especially to my wife yang mendidik kanak-kanak remaja.

#betterlatethannever
#myblog
#perlis
#sangkelu

0304-Pondok Idaman :Bismillah bermulanya ...



Bismillah... Bermulanya cerita, cerita yang bermula sejak malam pertama menjadi suami isteri.. memasang angan-angan, cita-cita dan sebagainya untuk membina Istana Idaman.. Istana bagi sebuah keluarga yang selayaknya seperti keluarga-keluarga lain yang mengimpikan untuk hidup sendiri. Namun atas segala kekangan, sebab dan musabab.. maka ianya terus menjad Impian dan idaman.

Namun bermulanya tahun 2015.. selepas perbincangan yang panjang, makan bertahun-tahun (10 tahun lebih dah..) maka kata putus diambik juga.. selepas perbincangan bersama saudara-saudara terdekat.. yang paling dekat sebenar dua orang kakak dan seorang abang.. mendapat pandangan serta keizinan serta restu mereka. Lain dari itu aku beserah lah seadanya.

Bermula dari 030415 ini bermula lah cerita pembinaan pondok idaman kami sekeluarga.. Namun setiap post pondok idaman ini aku simpan dalam draft sebagai menghormati permintaan isteriku agar projek pembinaan pondok idaman ini tidak di published kan dimana-mana laman sosial. Baik lah aku terima.. jadi buat sementara aku kekalkan disini dulu.





0304: Projek membuang pokok-pokok besar.. khasnya pokok kelapa.. berjalan dengan jayanya tanpa melibat dan memusnahkan pokok-pokok tanaman seperti rambutan dan juga mempelam harumanis.

Monday, May 18, 2015

0428-Pondok Idaman : ground beam II


Hari ni sambung lagi buat framework ground beam, sesetengah bahagian dah pon di masukkan besi ground beams.. kerja memasukan besi ni membawa sampai ke petang dalam cuaca yang sungguh terik.



Menjelang petang awan mula berarak.. makin lama makin gelap.. entahkan nak hujan .. harap-harp tu dak la.. kalau tak tertangguh lagi kerja mereka.


0427-Pondok Idaman : Ground Beam


Selepas tiga hari mengikuti program pejabat ke Kuala Lumpur dan Shah Alam tengok kerja-kerja footing dah siap. Tanah dah di timbus balik, yang nampak hanyalah besi tiang sahaja.. jadinya kerja-kerja untuk framework ground beam akan bermula..





Tengah2 depat dok buat framework ground beam tu, tiba tiba masuk satu lori penuh dengan muatan bata.. isk awalnya bata sampai.. sekali bata tu sebenarnya untuk projek lain tapi tak boleh masuk lori 18tan ni.. jadi terpaksa lah park dusini juga.. isk jad crowded la pulak.. 






Sunday, May 17, 2015

0414-Pondok Idaman : projek bermula.


Projek pembinaan pondok impian kami akhirnya bermula.. Selepas semua baranagn asas untuk binaan sampai, maka bermula dengan menanda kawasan projek serta tapak untuk buat footing. setelah siap di tanda maka kerje-kerja mengorek pad footing serta menanam cerucuk. Bagi projek kami ni kayu bakau digunakan sebagai cerucuk.





Tiang lagi..


Hari ni masih lagi proses membuat tiang.. dengan acuan tiang hanya ada 5 sahaja.. jadi perjalanan menjadi sedikit perlahan. Bagamana pon progres tetap berjalan lancar. Oleh kerana  kami tidak menetap kan dateline maka mereka bebas untuk membuat jadual sendiri.
IMG_20150517_191124 IMG_20150517_191045 IMG_20150517_191124 IMG_20150517_191315 
IMG_20150517_191436

IMG_20150517_191504

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...