June 2013

Friday, June 28, 2013

Larangan puasa pada hujung Sya'ban




Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,28 Jun 2013

1. Sabda Nabi SAW; "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'ban janganlah kamu berpuasa (hinggalah tiba ramadhan)." (Jami' at-Tirmizi; 738, hasan soheh).

2. Sabda Nabi SAW; "Janganlah sesiapa mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa." (Soheh al-Bukhari; 1914).

3. 'Ammar bin Yasir RA berkata; "Sesiapa berpuasa pada hari syak (30 sya'ban) dia mengingkari Abal Qasim (Nabi Muhammad SAW)." (HR al-Bukhari secara mu'allaq dan at-Tirmizi. Jami' at-Tirmizi; 686, hasan soheh).

Menurut Imam ar-Ruyani; hukum puasa selepas nisfu Sya'ban adalah makruh. Adapun puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan hukumnya haram (Tuhfah al-Ahwazi; 2/275). Namun, menurut ulama dikecuali larangan tersebut daripada tiga orang;

1. Orang yang meneruskan puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya'ban masuk separuh kedua (yakni sebelum 16 Sya'ban), sekurang-kurangnya ia berpuasa dari 15 Sya'ban.

2. Orang yang meneruskan kebiasaan puasanya; seperti ia biasa berpuasa isnin dan khamis atau puasa nabi Daud AS.

3. Puasa qadha, nazar dan kaffarah.

Selamat Tinggal....


Babai, selamat jalan, bon voyage Dan apa sajalah ucapan yg susuai denganya pads kereta yang selama ni banyak berjasa kepada Kami sekeluarga.

Alhamdulillah selama khidmatnya selama hampir Lima tahun ni tidal pernah memberi masalah pads kami sekeluarga, tapi kerana keperluan lain terpaksa lah Di lepaskan .

Thursday, June 27, 2013

Selamat jalan KCK2996


Babai, selamat jalan, bon voyage Dan apa sajalah ucapan yg susuai denganya pads kereta yang selama ni banyak berjasa kepada Kami sekeluarga.

Alhamdulillah selama khidmatnya selama hampir Lima tahun ni tidal pernah memberi masalah pads kami sekeluarga, tapi kerana keperluan lain terpaksa lah Di lepaskan .

Habuk lagi....


Dah lama benar tak ku coret Di Sini, sejak adanya FB terasa kaku pulak idea. Maklum lah na, Nk jadi satu idea pon susah.

Tak pa pelan2 kita akan pujuk balik... Juga mungkin kita buat perubahan besar besaran para blog ni nanti... Pelan-pelan lah....

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...