April 2015

Wednesday, April 29, 2015

Alhamdulillah.. Harumanis...!!




Alhamdulillah.. Musim Harumanis datang lagi.. merata-rata  heboh di perkatakan tentang Harumanis ni.. Tahun ni gayanya macam buat dia agak menjadi.. dapat juga lah pakat merasakan sorang sikit.. buat yang teringin nak mmerasa.. cepat-cepat lah sikit.. awal-awal musim ni sebelum cuti sekolah bermula.. buahnya masih sekitar RM25 - RM28 sekilo dengan jaminan kualiti dari Jabatan Pertanian Negeri .. kalau cari kat kampung-kampung mungkin mungkin tiada jaminan kualiti kerana tak ramai yang mampu nak tanggung kos maintenance dia...

Bagi aku dan famili tahun ni buahnya agak menjadi tapi serangan dari musuh buah pon dah bermula.. harapnya sempat lah aku tuai sebelum kehabisan.. buah diatas adalah buah sulong tahun ni.. and more to come soon, harapnya buahnya secantik dan sesedap buah ni.. Amin.. 

Jemput la kalian datang ke Perlis menikmati sendiri kelazatan buah Mempelam Harumanis ni.. tapi harap faham dengan sebahagian peniaga yang tak sabar mencari keuntungan.. menuai buah yang kurang matang menyebabkan rasanya tidak seperti di war-warkan. Jadi AWAS lah.. kalau nak betul-betul cari lah Jabatn Pertanian Bukit Bintang Batu Pahat Perlis (6.535700,100.193001)..

Tuesday, April 28, 2015

Ground Beams




Hari ni sambung lagi buat framework ground beam, sesetengah bahagian dah pon di masukkan besi ground beams.. kerja memasukan besi ni membawa sampai ke petang dalam cuaca yang sungguh terik.





Menjelang petang awan mula berarak.. makin lama makin gelap.. entahkan nak hujan .. harap-harp tu dak la.. kalau tak tertangguh lagi kerja mereka.




Monday, April 27, 2015

Ground Beams


Selepas tiga hari mengikuti program pejabat ke Kuala Lumpur dan Shah Alam tengok kerja-kerja footing dah siap. Tanah dah di timbus balik, yang nampak hanyalah besi tiang sahaja.. jadinya kerja-kerja untuk framework ground beam akan bermula..





Tengah2 depat dok buat framework ground beam tu, tiba tiba masuk satu lori penuh dengan muatan bata.. isk awalnya bata sampai.. sekali bata tu sebenarnya untuk projek lain tapi tak boleh masuk lori 18tan ni.. jadi terpaksa lah park dusini juga.. isk jad crowded la pulak..





Wednesday, April 22, 2015

Monday, April 20, 2015

Saturday, April 18, 2015

Thursday, April 16, 2015

Hujan..


Setelah sekian lama tak hujan.. hari ni hujan turun dengan agak lebat, jadi kerja-kerja terpaksa di tangguhkan sebentar kerana tanah menjadi becak dan lembut.. Kesan daripada hujan yang lebat juga menyebabkan rumah lama di genangi air.. nasib baik tidak masuk ke dalam rumah..



tersepit antara dua tambak... nasib baik tak masuk rumah




lubang footing di genangi air



Tuesday, April 14, 2015

Projek bermula


Projek pembinaan pondok impian kami akhirnya bermula.. Selepas semua baranagn asas untuk binaan sampai, maka bermula dengan menanda kawasan projek serta tapak untuk buat footing. setelah siap di tanda maka kerje-kerja mengorek pad footing serta menanam cerucuk. Bagi projek kami ni kayu bakau digunakan sebagai cerucuk.





Sunday, April 12, 2015

Hantar Barang




Selepas selesai kerja menambak tanah.. maka secara rasminya tapak pembinaan di serahkan kepada kontraktor. Maka sesi penghantaran barang mentah pon bermula.. Hari ni pasir dan batu untuk kerja-kerja konkrik, kemudiannya kayu-kayu pon sampai..







Thursday, April 9, 2015

Plan Inapan




Sebenarnya.. sebelum dari benar-benar jadinya nak buat rumah ni.. dah banyak cari pelan-pelan rumah yang terdapat dalam internet.. tak sama macam masa buat rumah lama dulu.. tak banyak plan dalam internet.. sekarang dah banyak sungguh.. senang kerja.








 Inilah plan yang aku ambil dari carian google internet.. Pada dasarnya memang sudah cukup cantik pada mata ku.. tetapi sudah pasti kosnya akan lebih dari budget kami.. jadi terpaksa lah aku kurang kan satu bilik.. dan juga abaikan dulu porch kereta.. nanti ada duit lebih kita akan redesign balik untuk porch kereta..



Pusing sana, pusing sini buat masa ni, ini sajalah yang kami mampu.. jadi aku submit aje lah draft yang ni untuk rujukan kotraktor..


Ini ialah draft awal kontraktor sebelum drawing plan..


akhirnya.. begini lah yang terjadi.. namun terdapat juga beberapa pindaan tapi pada dasarnya memang macam ni.. masih tak nampak macam mana yang akan terjadi.. kita tunggu lah tengok nanti.


Tuesday, April 7, 2015

070415 - Tambak Tanah




070415 - Tambak Tanah

Selepas seminggu kerja-pembersihan kawasan, maka bermula pula kerja penambakan tanah bagi meninggikan tapak rumah. Dengan dua kali pengalaman banjir (2005 dan 2010) adalah penting untuk meninggikan tapak tanah ini. Dalam rancangan nya tanah akan di tinggikan 1 kaki ke atas bagi keluasan 40'lebar X 60'panjang. Sukat sana, sukat sini boleh la ngam-ngam dapat saiz ni. Namun begitu terpaksa let go juga sebatang pokok rambutan, sayangnya..








Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...