January 2011

Tuesday, January 18, 2011

Monday, January 17, 2011

Kuala Perlis terbakar lagi...


Kuala Perlis terbakar lagi, tapi kali nih tidaklah seteruk dulu, tidak juga membakar rumah-rumah, dan juga tidak melibatkan penduduk tapi hanya sebuah stor/kedai simpanan barang-barang terpakai yang di punyai oleh seorang India. Yang terbakar ialah satu longgok sampah yang terdiri dari plastik juga kerata lama, awan yang berkepul-kepul yang boleh dilihat dari rumah aku cukup untuk menggamit aku bergegas kesana, sememangnya ramai warga Kuala Perlis yang datng melihat, mungkin fobia dengan kebakaran yang lepas meningkat perihatin depa, masing-masing nak tau apa yang terjadi sampai penuh jalan pakat dok kerumun.

Dari kejauhan, asap berkepul-kepul
..tempat kejadian
 Bomba dan pekerja tempat ni sama-sama dok giat memadam kebakaran
 ..penduduku kampung pon menolong jugak..
Tong sampah yang terbakar...
seriau lah dengan bebudak nih..
wah kamera man pun ada... 

Tapi aku terpaksa tabik dengan bomba sukarela nih, depan punya jaringan cukup hebat, sejauh Kuala Sanglang depa boleh sampai, dan depa nih tak kira sapa, tak kira kaum dan kasta.. 
 bomba sukarela dari kuala Sanglang..


Sunday, January 16, 2011

Athirah demam dan penat..


Semalam,Athirah kurang aktif sikit, dia bagitau nak demam, rasa badan dia macam tak la panas sangat, boleh bawakpi makan kenuri kat kg belakang, emm balik tuh baru bagi makan ubat demam, pastu mama dia balik bagi pulak ubat batuk,pasal dia dokngadu kata batuk.. ingatkan dah ok lah kan dah makan ubat semua, tapi badan dia memang tak panas sangat pon, menjelang malam, tengok dia tido macam bernafas sangkut2 macam tuh, isk nak penat la pulak, ah tak pe la tuh kejap gi ok lah kan, mungkin hidung dia tak selesa kot? Tapi makin lama makin teruk alk, so terus aje pi klinik, kalau kat spital sure lambatkan..? 

Sampai klinik terus saja masuk tergopoh gapah macam orang tak besalah, walaupun pendaftaran dah di tutup tapi buat muka welfare lah, oleh kerana klinik ni dah regular jadi dapat jugak ehsan.. terus masuk ke bahgian rawatan, doktor datang terus Athirah dapat hadiah Neb... bukan satu tapi dua, balik umah dah dekat kol 11 malam, tak dan tunggu setengah jam dah tertido Athirah.. uhh pagi ni bangun dah aktif macam biasa.. 




Thursday, January 13, 2011

Wednesday, January 12, 2011

Kasut Ais...



Tadi, on the way nak hantar Athirah pi Tadika Baru dia tuh, sambil dok nyonyot botol dia (ha ha masih..) dia cakap,, abah nanti beli kasut ais ye, ayung teringin nak melucur kat ais, err macam mana nak meluncur tak de salji takde lah ais kan, lah abah kan dah mendung je tu, nanti salji turn lah.. la ye ke? Hmmm isk apa di pikir salji nak turun ka, oh anak..!!!

Tuesday, January 11, 2011

Bakar Novel Tidak Bertamadun : Minda Tajdid


BAKAR NOVEL INTERLOK PERBUATAN TIDAK BERTAMADUN
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Saya amat berdukacita atas perbuatan sekumpulan masyarakat India di Klang yang membakar novel sasterawan negara ‘Interlok’. Ini adalah perbuatan tidak bertamadun dan perlambangan kepada sikap yang liar. Saya ingin menyebutkan beberapa perkara berikut;

1. Walaupun saya sendiri belum membaca novel itu, tetapi saya yakin sebagai novel yang terpilih dan ditulis pula oleh sasterawan negara, tentu ada nilaian akademik yang patut dihormati. Kita mungkin boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pemilihannya sebagai sukatan sastera untuk sekolah, tetapi membakar buku ilmiah atau sastera adalah kerja manusia yang tidak bertamadun sahaja.

2.Sesebuah buku atau akhbar atau majalah hanya boleh di’nyah’kan atau dibakar atau dihapuskan jika ia sarat dengan kepalsuan, pembohongan dan fitnah. Ketika itu bahan tersebut sudah tidak bernilai untuk kehidupan manusia dan jika dibuang atau dibakar pun tidak mengapa. Bahkan membakar bahan-bahan karut dan dusta adalah lambang penolakan kepalsuan dan pembohongan. Saya yakin novel Interlok tidak ke peringkat itu.

3. Mungkin ada perkara tertentu dalam buku tersebut yang tidak dapat diterima oleh masyarakat India. Ianya mungkin benar, atau sesuatu yang subjektif. Perkara yang seperti itu memerlukan dialog, kritikan, tulisan dan cabaran di pentas akademik atau diskusi ilmu dan sasterawan. Bukan dengan cara membakar.

4.Saya agak mengejutkan majlis dihadiri oleh tokoh politik tertentu. Saya rasa tokoh berkenaan sudah tersilap. Walaupun beliau pulang awal, tetapi kehadiran itu tidak tepat. Politik baru yang matang dan bijak tidak dapat bersetuju dengan kehadiran wakil rakyat atau ahli politik ke pentas yang seperti itu.

5. Sekali lagi, saya bukan menyatakan persetujuan dengan novel tersebut atau tidak, namun membakar karya ilmu tanpa asas yang diterima adalah sikap yang dangkal dan menakut untuk negara seperti Malaysia.


Pun bagi aku secara personal, sebagai sebahagian kakitangan yang hari-hari bergelumang dengan buku, juga tidak bersetuju dengan tindakan ini, walaupun buku ini ada perkara-perkara yang tidak digemari, tidak makna ianya perlu dibakar sebegitu rupa, kerana sebuah buku itu tentu sedikit sebanyak ada juga ilmunya. Dik kerana bahasanya begitu tapi keseluruhannya aku rasa tidak berpendapat begitu. Lagi pun aku rasa buku nih dah lama, cuma di keluarkan semula untuk KBSM dan di cetak semula, dan kerana suasana politik sekarang nih, menyebabkan di manipulasikan.. isk isk isk...

Monday, January 10, 2011

Facebook akan di tutup..


Wah hari ni ada dapat pertanyaan yang agak panik dari seorang sahabat, bertanyakan betulkah samada Facebook akan di tutup? Hmm.. jadi aku tercari-cari juga di mana adanya berita itu, kemudian terjumpa lah keratan akhbar kosmo nih, bertarikh 10 Jan 2011, hmm tak lah lama, tapi aku rasa kabar-kabar macam ni memang dah lama lah, kalau ada sesuatu website ka, program apa2 ka, yang glamour tuh mesti ada-ada saja macam2 berita, better kena tapis sendiri la.. tapi kan takkan nak tutup kalau dah ada entahkan lebih dari 600Juta pengguna, dah tu ada 300 orang pemegang saham syarikat dia tuh... hu hu kemain ka nak tutup saja2 macam tuh.. 

 Mark Zuckerberg.. Pengasas
keratan akhbar kosmo

Tolong Ingatkan Aku...


Aku ingat semalam memang ada AJL15, tapi baru tengok dua lagu dah sangap, Athirah lak terlena depan depan tv, malahan adik dok melilau tak ketahuan juz.. adeh macam mana nih, nak sambung tengok ke tak nih, akhirnya buat keputusan bagi depa lena dulu lah pastu angkat Athirah masuk, lepas tu kepong Anieq bagi tidoq, tapi akhirnya aku sama yang terlena, AJL ke mana, apa kemana.. pagi ni aku baru aku tau result dia... 


Tahniah aje la buat yang menang.. 

Saturday, January 8, 2011

Toyota servis...


okeh gambar kurang elok, aku amik dari jauh, malas nak bangun ...

Sekarang sedang berada di toyota servis Aloq Setaq, adeh ini lah yang berlaku bila keta kena servis, dulu boleh juga buat minor servis kat Kangaq, tapi sejak awal tahun lepas pusat servis tu dah di tutup, mungkin pasal kemudahan yang kurang, imej yang tak menggambarkan kecanggihan sebuah syarikat besar dan berprestij maka dia ditutup.

Sekarang pusat servis baru sedang dibina tapi masih lom siap2 lagi, maka terpaksa juga buat servis kat Aloq Setaq, maklum lah keta tu baaru balik dari jalan-jalan tentu kena tengok balik dia punya part ke, timing ke, dang macam-macam lagi la, mau nak guna lama kena servis baik maaa...

Friday, January 7, 2011

Thursday, January 6, 2011

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah .. besara!


Engku Ibrahim bersara esok

KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Aidilfitri dan Aidiladha, akan bersara esok.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara esok, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lalu. Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut. Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada April 1987. - BERNAMA

Dah lama dia jadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tiap kalai nak puasa dan raya makan pasti kita akan menatap wajah dia, setiap kali menatap wajahnya pasti akan meneka akan puasa kah atau akan raya esok hari, ada juga kalau ada sedikit senyuman di hujung bibirnya, mungkin esok akan raya, tapi kalau kering saja muka dia maka akan sambung berpuasa esoknya, ntah la... mungkinn dah sampai masa dia untuk berundur diri, selamat bersara pada Tuk Wan Ibrahim.. oh kalau sapa-sapa nak tau tentang pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sila klik saja di sini.

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama di Sekolah baru..


Tahun nih, athirah berpindah lagi, pergi ke Tadika baru, Tadika An Nur Jabatan Agama Islam Perlis.. hmm nampak gayanya akan ada teman baru dalam pergaulan Athirah, kalau hari tuh, dia bermula di pertengahan tahun, kali nih awal-awal tahun dah bermula.. jom kita jengok tengo sekolah baru Athirah.. 



Ini, gambar masa pendaftaran hari tu, wah bergaya Tadika Athirah kali nih, siap ada aircon lak.. dan pagi tadi, mama dia pi hantar kat Tadika di hari pertama, abah dia rugi lah tak dapat pi tengok, jadi untuk tidak mau rasa rugi, dalam kol 8.45pagi macam tu, pegi jugak jengok-jengok, syukurlah okeh saja nampaknya, mungkin pasal dah ada pengalaman tahun lepas menyebabkan dia dah boleh berdikari tuh.. ok lah kan..? pandai anak abah.. he he



Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung. Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul. Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu. Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya. Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.
Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu. Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.


Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...