Skip to main content

Bakar Novel Tidak Bertamadun : Minda Tajdid

BAKAR NOVEL INTERLOK PERBUATAN TIDAK BERTAMADUN
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Saya amat berdukacita atas perbuatan sekumpulan masyarakat India di Klang yang membakar novel sasterawan negara ‘Interlok’. Ini adalah perbuatan tidak bertamadun dan perlambangan kepada sikap yang liar. Saya ingin menyebutkan beberapa perkara berikut;

1. Walaupun saya sendiri belum membaca novel itu, tetapi saya yakin sebagai novel yang terpilih dan ditulis pula oleh sasterawan negara, tentu ada nilaian akademik yang patut dihormati. Kita mungkin boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pemilihannya sebagai sukatan sastera untuk sekolah, tetapi membakar buku ilmiah atau sastera adalah kerja manusia yang tidak bertamadun sahaja.

2.Sesebuah buku atau akhbar atau majalah hanya boleh di’nyah’kan atau dibakar atau dihapuskan jika ia sarat dengan kepalsuan, pembohongan dan fitnah. Ketika itu bahan tersebut sudah tidak bernilai untuk kehidupan manusia dan jika dibuang atau dibakar pun tidak mengapa. Bahkan membakar bahan-bahan karut dan dusta adalah lambang penolakan kepalsuan dan pembohongan. Saya yakin novel Interlok tidak ke peringkat itu.

3. Mungkin ada perkara tertentu dalam buku tersebut yang tidak dapat diterima oleh masyarakat India. Ianya mungkin benar, atau sesuatu yang subjektif. Perkara yang seperti itu memerlukan dialog, kritikan, tulisan dan cabaran di pentas akademik atau diskusi ilmu dan sasterawan. Bukan dengan cara membakar.

4.Saya agak mengejutkan majlis dihadiri oleh tokoh politik tertentu. Saya rasa tokoh berkenaan sudah tersilap. Walaupun beliau pulang awal, tetapi kehadiran itu tidak tepat. Politik baru yang matang dan bijak tidak dapat bersetuju dengan kehadiran wakil rakyat atau ahli politik ke pentas yang seperti itu.

5. Sekali lagi, saya bukan menyatakan persetujuan dengan novel tersebut atau tidak, namun membakar karya ilmu tanpa asas yang diterima adalah sikap yang dangkal dan menakut untuk negara seperti Malaysia.


Pun bagi aku secara personal, sebagai sebahagian kakitangan yang hari-hari bergelumang dengan buku, juga tidak bersetuju dengan tindakan ini, walaupun buku ini ada perkara-perkara yang tidak digemari, tidak makna ianya perlu dibakar sebegitu rupa, kerana sebuah buku itu tentu sedikit sebanyak ada juga ilmunya. Dik kerana bahasanya begitu tapi keseluruhannya aku rasa tidak berpendapat begitu. Lagi pun aku rasa buku nih dah lama, cuma di keluarkan semula untuk KBSM dan di cetak semula, dan kerana suasana politik sekarang nih, menyebabkan di manipulasikan.. isk isk isk...

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....