Friday, October 31, 2014

Suasana skema...




 


Suasana Perpustakaan Di Malaysia Perlukan Perubahan


Bosan, tidak menarik dan hanya akan pergi sekiranya terpaksa sahaja. Itu adalah jawapan 'jujur' yang diberikan tatkala ditanya akan pandangan orang ramai berkaitan dengan perpustakaan negara. Tidak sekadar itu, mereka juga menganggap gedung ilmu itu hanya sesuai bagi golongan kanak-kanak dan penuntut institusi pengajian tinggi serta tidak bagi mereka yang sudah melepasi dunia itu.


Bagi komuniti ini, perpustakan hanyalah sebuah institusi pencarian atau rujukan terbaik dalam proses melengkapkan kajian atau bidang penyelidikan. Walhal, objektif perpustakaan adalah luas peranannya termasuk dalam meningkatkan budaya membaca masyarakat.


Namun begitu, untuk melabelkan golongan ini tidak membaca mungkin bukan satu pencaturan yang tepat. Ini kerana, kewujudan pelbagai aplikasi teknologi hebat seperti iPhone, iPad, Blackberry membolehkan pembacaan berlaku di mana sahaja tanpa memerlukan mereka ke perpustakaan.



OH KEDAI BUKU!


Akan begitu, senario sebaliknya pula meruangi kedai-kedai buku ternama seperti MPH, Kinokuniya, Borders dan pesta buku seperti jualan berkonsepkan gudang, 'pay less books'.


Jumlah pengunjung lebih ramai daripada perpustakaan, itu yang dapat diperkatakan. Ini sekali gus, menafikan spelukasi bahawa kewujudan teknologi mematikan minat mereka terhadap ilmu berbentuk konvesional, buku.


Namun, apa yang menghairankan ialah mereka lebih sanggup 'membeli' buku di kedai-kedai buku berkenaan berbanding pembacaan secara 'percuma' yang ditawarkan oleh perpustakaan negara ini. Mengapa?


HAMBAR DAN TIDAK MENARIK


Bukan satu malah sudah terdapat pelbagai kajian dilakukan berkaitan dengan kepentingan kemudahan, persekitaran yang menarik dalam meningkatkan atau mewujudkan minat seseorang itu terhadap sesuatu perkara, hobi dan seumpamanya.


Malah, dari sudut motivasi itu juga menekankan kepentingan 'persekitaran' dalam kehidupan seharian manusia. Selain dapat meningkatkan semangat bekerja, ia juga dapat menarik minat serta membentuk diri seseorang untuk menjadi pencinta perpustakaan.


"Maaf cakaplah, perpustakaan kita saiz sahaja besar tetapi hambar, malap, langsung tidak ceria dan terlalu skema. Kempen pelbagai pun tetapi kalau fizikal bangunan tidak menarik akan membuatkan orang tidak minat ke perpustakaan. Sebab itulah, saya rasa sudah tiba masanya perpustakaan berubah sekiranya mahu menarik lebih ramai yang datang," kata Mohd Yunus Ismail.


Beliau yang juga pensyarah Fakulti Tari di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) turut berpandangan pengurusan perpustakaan yang agak 'tidak mesra pengguna' seperti perlu mematuhi pelbagai peraturan menyebabkan orang ramai lebih cenderung ke kedai buku.


Bukan sahaja suasananya yang lebih santai, malah susunan buku, perabot, penataan cahaya lampu secukupnya, seni bina yang lebih moden, kontemporari, pemilihan warna, sekali gus menarik minat orang ramai untuk memilih kedai buku berbanding perpustakaan.


Apatah lagi, pengurusan kedai buku yang membenarkan pengunjung membaca tanpa adanya paksaan membeli, menjadi faktor penting mengapa kedai buku ternama seperti MPH, Kinokuniya sentiasa dibanjiri orang ramai.


KETINGGALAN


Faktor 'suasana' bukanlah satu-satunya perkara yang menyebabkan seseorang itu lebih cenderung ke kedai buku berbanding perpustakaan. Harus diingat, koleksi genre yang ada di sesuatu perpustakaan itu juga memainkan peranan penting, yakni sebagai faktor tarikan ke gedung ilmu itu.


Dalam satu laporan artikel oleh 'Library Journal', Profesor yang juga merangkap Pustakawan Rujukan di Brooklyn College, Renee Feinberg menyedari bahawa kebanyakan pelajar kolej lebih gemar menggunakan kedai buku 'Barnes & Noble" sebagai 'perpustakaan' mereka.


Ini berdasarkan hasil temuramah dengan 20 pelajar kolej. Dalam temuramah itu, mereka ditanya mengapa menggunakan kedai buku seolah-olah seperti perpustakaan dan respon yang diberikan ialah buku lebih up-to-date, buku lebih khusus, dan koleksi banyak dan mencukupi.


Selain itu, kedai buku yang beroperasi sehingga malam berbanding perpustakaan menyebabkan mereka selesa menjadikannya sebagai perpustakaan untuk proses pembelajaran dan kajian. Pandangan ini turut diakui oleh koreografer dan penari terkenal, Dr Joseph Gonzales dalam satu tembual bersama Bernama.


"Buku yang saya suka mungkin tidak dapat dicari di perpustakaan. Ini kerana, buku dalam bidang yang saya minat ini (seni) tidak banyak dan susah hendak cari. Disebabkan itulah, saya lebih suka pergi MPH, Borders ataupun beli melalui online di amazon.com," katanya.


RELEVANKAH KAFE?


Mungkin tidak salah sekiranya menyatakan bahawa perpustakaan negara kita agak ketinggalan dalam faktor ini, penyediaan ruang kafe di gedung ilmu itu.


Tidak bermaksud membuat spekulasi bahawa perpustakaan negara ini tidak dilengkapi dengan kemudahan kafe, namun selalunya ia berada di lokasi tidak bersesuaian, iaitu pemisahan antaran himpunan buku dan tempat menjamu selera.


Untuk ke kafe, ada sesetengahnya memerlukan seseorang itu keluar dari satu bangunan ke bangunan lain, dan ini adalah sangat tidak mesra pengguna.


Berbanding dengan kedai buku, kafenya berada berdekatan dengan rak-rak buku sekali gus memudahkan pengunjung untuk menjamu selera. Selain itu, pengunjung juga dibenarkan untuk membawa buku ke kafe sekali gus adalah alasan terbaik mengapa mereka memilih kedai buku!


Kalau dilihat di negara barat, kebanyakan kafe berada dalam perpustakaan itu sendiri seperti The Farminton Library (Connecticut), The Hartford Public Library (Connecticut), Brooklyn Main Library (New York) dan Burlington County (New Jersey).


Bukan sahaja kafe, malah keterbukaan pengurusan perpustakaan di sana yang membenarkan mereka membawa kopi, muffin ke ruang pembacaan, sememangnya memberi keselesaan kepada pengunjung.


Keterbukaan ini sekali gus meningkatkan jumlah pengunjung ke perpustakaan dan ini berdasarkan rekod yang dicatatkan oleh Multnomah County Library di Portland Oregon.


Bukan sahaja mempunyai kafe dalam perpustakaan malah strategi mereka meletakkan Starbucks telah berjaya meningkatkan jumlah pinjaman sebanyak lapan juta buku setahun!


"Saya pernah pergi perpustakaan di Esplanade, Singapura. Di sana, saya boleh bawa kopi ke meja pembacaan dan ia sangat mesra pengguna asalkan jaga tatasusila. Suasananya pun lebih tenang," kata Mohd Yunus.


Bagaimanapun, ujar Mohd Yunus suasana sedemikian tidak berlaku di perpustakaan negara ini. Mengulas lanjut: "Mungkin disebabkan faktor takut air minuman tumpah sekali gus merosakkan buku menyebabkan perpustakaan kita tidak membenarkan wujudnya senario sedemikian".


TIDAK ADA MASALAH


Sememangnya, ini bukanlah satu perkara (idea membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakaan) baru kerana ianya sudah lama diperbincangkan di kalangan pustakawan dunia.


Bagi mereka, isu ini tidak menjadi masalah bagi pengurusan kedai buku kerana buku-buku yang rosak boleh dikembalikan kepada penerbit, tetapi bukan kepada perpustakaan.


Mereka risau akan kehadiran pepijat, tikus dan kerosakan pada buku sekiranya wujud senario sedemikian. Namun, respon daripada perpustakaan yang telah memulakan operasi sedemikan menyatakan kerosakan pada buku hanyalah pada jumlah kecil sahaja!


BUDAYA MEMBACA


Senario ini, jelas menunjukkan bahawa sudah tiba masanya perpustakaan negara ini diberi suntikan 'nafas baru' sekali gus menyediakan perisai terbaik untuk mengharungi dunia persaingan antara kedai buku serta aplikasi teknologi.


Untuk ini, pujian seharusnya diberikan kepada Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Berkeluasan 203,600 kaki persegi, bangunan enam tingkat itu adalah satu contoh terbaik bagi perpustakaan negara menarik minat orang ramai mencintai perpustakaan.


Bukan sahaja ilmu, malah ia juga dilengkapi dengan hiburan seperti tayangan filem 3 dimensi (3D) dan pelbagai lagi.


Sememangnya, peranan hiburan yang bersesuaian dalam menanam minat membaca serta faktor tarikan ke perpustakaan tidak dapat dinafikan lagi akan kepentingannya. Menerusi semua ini, tidak salah sekiranya mengandaikan suatu hari nanti kesuraman yang menyurami perpustakaan ketika ini akan berubah wajah!


Oleh Sakini Mohd Said 

Sumber: BERNAMA (29/2/2012)


Apa pendapat semua..? Artikel ni di petik dari sini yang sumber asal nya dari Bernama. Apa pandangan anda bila masuk library..? Adakah suram..? Stereotype..? Mungkin pandangan semua boleh memberi idea baru pada pihak berwajib... 

Happy birthday Abg Ngah

Sedar tak sedar sudah 6 tahun umur Anieq, sudah makin besar dia, makan bertambah, muka pon Dah makin chubby. Kalau tahun lepas dia pergi sekolah semata-mata nak berkawan. Malahan abjad pon hanya 3-4 character saja yang kenal, tapi Alhamdulillah doa-doa pendek, hadis- hadis mudah dapat juga dia hafal. Tapi bakat dalam mengenal number memang menggalakan.

Di awal 6 tahun ni dia Dah mula kenal sambungan huruf. Number2 pon Dah cekap, menjelang akhir tahun ni dia Dah mula membaca (takpa la merangkak-rangkak pon), malahan Dah rajin juga sekatang ni. Bab matematik dia Dah boleh buat pengiraan juga, campur Dan tolak. 

Semoga dia akan terus berjaya bila naik darjah 1 nanti. Juga dapat bangun awal until I ring I Ayong ke sekolah

Budak demam

Alahai kesiannya, Dah masuk dua hari budak ni demam. Median tengok Dari dok seronok brrlari sana sink, tuba2 terus brrkubang ditempat tidur tidal bermaya. Tapi petang ni tengik Dah mula may senyum legs rasanya. Menjelang malam ni dia Dah mula aktif sana sink Dah.. Legal rasanya

Thursday, October 30, 2014

Al Kisah lewat petang tadi..

Kisah terjadi pada waktu petang tadi.. di kala nak pergi cari barang bersama anak-anak. Ketika kami lalu dah nampak Backhoe ni dah senget ke dalam parit.. traktor tu masih sedang tolak tanah.. balik dari beli barang tengok memang dah senget benar dah ni, jadi singgah tangkap gambar kejap.



Bila dah malam sikit, datang pulak mesin padi ni untuk tolong tarik..

selebihnya tengok lah macamana Backhoe ni naik..

Wednesday, October 29, 2014

Day 6 of six - Sarapan owh....

Hari ni, hari yang simple.. Athirah dan Anieq ada peperiksaan hujung tahun. Jadi pakat bangun awal.. lega tak payah berulang- dan berangkut. Sarapan juga cukup simple hari, nasi goreng dan juga goreng pisang manis. Bila makan goreng pisang manis ni memang teringat arwah mak.. semamangnya tiada sapa dapat memasak sesedap masakan mak. Namun yang pergi tetap dah pergi, apa yang ada di depan aku bedal sajalah.. daripa tak ada kan?


Monday, October 27, 2014

Day 5 of six - api oh api

Hari ni, di adakan program kesedaran tentang bahaya nya api, baik di rumah mau pun di pejabat. Untuk menjayakan program ni, anggota Bomba dipanggil untuk membantu menjayakan program ni. Program pertama yang dijalankan ialah pengungsian banguna. Latihan ini dijalankan bagi meningkat kecekapan dan kesiagaan menghadapi suasana kebakaran.

Pengawal yang bertugas melaporkankan jumlah staff dan juga pengguna yang ada pada pagi tu sepatutnya semuanya ok .. cuma masa untuk kosongkan bangunan tu sepatutnya dalam 3 minit, tapi mengambil masa 4.08 minit. Juga seorang staf hilang itu pon staf praktikal yang memang disembunyikan oleh pihak bomba.

Habis semua baru lah diadakan latihan kebakaran seterusnya taklimat kebakaran..



Sunday, October 26, 2014

Day 4 of six - Nat

Hari ni tak de planning nak kemana-mana sangat, macam biasa rutin tiap-tiap minggu kalau tak kemana, Nat aka Pasar Sehari Behor lateh menjadi satu kebiasaan. Selain dari mencari barang-barang basah untuk di buat stok untuk dua tiga hari akan datang, sempat juga menjamu mata melihat pelbagai jenis barangan yang di jual, dapat juga melihat telatah penjual dan juga pembeli dengan telatah bertawar mereka, juga dengan peniaga yang dengan aksi menarik perhatian pembeli.

Ada bebarapa gerai yang menjadi kebiasaanku singgah untuk membeli barang basah dan juga makanan. Sesekali tengok orang berniaga macam teringin juga nak berniaga bersama mereka. Kadang-kadang tengok barangan yang dijual macam tidak ada orang yang nak membeli, tapi hakikatnya kalau ada penjual, akan ada saja yang akan membeli.. Itu rezeki namanya.. 

Oh aku juga ada barang yang nak di jual.. Anak Pokok  Kemboja yang bunga nya bewarna merah dan pink aku nak let go.. pasal ada banyak juga lagi yang sedang membesar.. ada yang berminat boleh masuk fesbook dan PM saja for best price.. 

Saturday, October 25, 2014

Day 3 of Six - Pre Birthday

Ini Ceritanya sambutan hari Anieq yang tidak di rancang, asala nya dia lapar kek, jadi terpaksa lah keluar cari kek.. namun timbul pulak idea nak buat surprise.. so beli kek yang dah siap design dan surprise kan dia.. jadilah pre birthday parti.. Seminggu lagi sebenarnya birthday.. jadi kalau tak celebrate nanti harap dia tak marah lah pasal dah celebrate siap-siap. Lebihnya layan sajalah gambar-gambar ni.. soo unedited.. cantik ke tak semua pakai main tepet saja lah..













sebenornya dah karang panjang-panjang.. tapi tiba-tiba ilang.. so nak cari idea pulak payah dah la.. 
jadinya ini sajalah day 3 of six.. 

Thursday, October 23, 2014

Day 2 of six ... Jurassic World

Day 2 of Six :

Hari kedua, tak banyak yang dapat di lakukan.. setelah semalaman makan banyak.. jadi pagi ni kena keluarkan peluh sikit.. kalau tak banyak pon. Hmm pagi ni kita mulakan dengan membaja pokok-pokok buah yang ada. Stelah hampir du bulan di tanam.. tanah tanah nya di gembur-gemburkan untuk menhidupkan kembali tanahnya.. kalau tak keras macam tu saja kan.. dah siap bagai.. bagi dulu tanah bukit yang bercampur dengan najis kelawar.. buat baja katanya.. siap sebahagian boleh mandi selepas kering peluh..


Dah siap semua, bawak pulak nih pi tebas rambut.. maklum lah dah dekat 2 bulan tak tebas panjang benar lah rambut nya.. bilah dah tebas baru lah nampak kembali empat pusaran di kepala.. entah lah ada orang koata ka;au satu pusaran kawin satu, kaalau dua kawin dua begitu lah seterusnya.. Isk budak ni ada empat.. 

Dah siap semua abag ni pon kata encem.. hah nak kata apa kernyeh sampai ke telinga la dia. Alang dah menebas si anak, abahnya tunggu lagi tak tumpang sekaki.. takut kalah dari anak abah dia pon kena ensem juga la.. tapi tak la sehensem macam si amak tu.. 


Dah hensem-hensem, come-come  belako jom kita pi jalan-jalan kat Alor Setar.. Kat Balai Seni Negeri tu, dekat dengan Balai Mengadap lama, Depan Masjid Zahir Alor Setar tu ada Pameran Dinosour ( Jurassic World).. bermacam-macam juga ada kat situ.. Dinosour2 situ pon macam hidup jer.. sungguh ohsem robot Dinosour depa.. macam real juga.. Anief cukup tak berani.. Anieq pulak mula saja takut lepas tu ok jer.. Athirah ok jer..





Enjoy aje lah the gambar.. tak larats nak cerita banyak2..
Sekian aje untuk hari ni..

Wednesday, October 22, 2014

Day 1 of six

Day 1 of six... 

Isk ape kebenda day1 of six? Secara ringkasnya day 1 of six merupakan se rentetan cereta di sebalik percutian yang tidak dirancangkan.. sementelah percutian ni selepas rentetan hari kerja yang bersambung-sambung kemudian dapat break dan terus melampau-lampau breaknya.. Apa ke tujuannya  rentetan cerita ni.. Hmm tiada tujuan khusus melainkan nak bagi up post yang semakin hari semakin *serot nih... apa punya segan dah (maleh tu)

Hari pertama.. Jatuh pada hari Deepavali.. wah orang kampung kata raya Hndu.. tiada yang raya se rayanya melainkan raya Hindu.. tiada sikap prejudis dan perkauman disini.. cuma bahasa kampung ni bila seseorang beraya sakan depa kata hari raya hindu lah.. Contoh ayat.. " Budak-budak nih dah abis UPSR raya hindu lah depa .. boleh lompat kelangit" ( Toturial Bahasa Perlis) 

Berbalik pada suasana pagi ni.. pagi nih agak berkabus.. bukan setakat agak nih, memang berkabus sungguh agak tebal.. bila lalu melalui nya boleh terasa titis air melekat kat badan dan pakaian. Entah betul atau tidak, samada pandangan orang tua-tua atau orang yang separuh tua nih, mungkin ada air bah.. entah lah betui atau dak pandangan ni, Hanya Kuasa Allah semua tu dia yang lebih mengetahui.

Yang pastinya dengan datangnya kabus nih biasanya akan membawa bersama musim timur.. Musim Timur Laut yang membawa angin sejuk dari daratan bagi kawasan Utara tanahair.. dan Membawa Hujan yang lebat bagi Pantai Timur Semenanjung. Tahun lepas datngnya musim timur ni membawa cuaca yang sejuk ( sesejuk bagai Cuaca kawasa Tundra.. boleh cecah bawah dari 16C) pada awal musim dan kemudian membawa musim kering yang membawa ke suhu 30 - 39C.. Tahun ni entah lah.. yang nampak banyak hujan juga tahun ni.. 


Aktiviti pagi ni.. bawah budak Athirah pi kelas TaeKwanDo dia.. Mengikut gaya nya ada Grading pada minggu hadapan.. namun nampaknya Athirah tak dapat masuk grading tu.. jadi kena postpone pi tahun hadapan untuk bertukar warna talipinggang nya.. Iya lah turut sajalah.. 


Untuk menu petang buat pula Mee Rebus gayanya.. menghabiskan tulang-tulang lembu yang di berikan masa korban hari tu.. boleh lah buat jamu sekeluarga.. sampai lah ke malam..


Belumpon sampai malam hujan dang angin kuat datang.. bila abis je ujan dan angin tu tengok kat pokok mempelam tu ada belon.. belon hidroge gayanya.. isk angin bawak dari program mana lah sampai sangkut kat situ...

Selesai sudah hari pertama.. 

Blogroll