PANTUN SELOKA MINYAK NAIK 20 SEN SAJA
Minyak naik 20 sen saja,
Tapi rakyat hidup menderita,
Nak jimatkan duit di mana,
Kalau barang semuanya naik belaka.
Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kerajaan jangan lupa,
Elaun menteri kena potong juga,
Barulah adil sama-sama.
Minyak naik 20 sen saja,
Tetap kena bayar juga,
Walaupun belanjawan belum tiba,
Tak semena-mena naik tak diduga.
Minyak naik 20 sen saja,
Kata menteri tahun ini tak naik la..
Ini dikira tipu rakyat jelata,
Rakyat didahulukan kena slogannya.
Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kehidupan kena terus juga,
Takkan nak makan batu pula,
Segala belanja kena jimat sentiasa.
Minyak naik 20 sen saja,
Rakyat kenalah perlu biasa,
Jika nak membantah siapalah kita,
Tetap mencari rezeki untuk keluarga.
Minyak naik 20 sen saja,
Tapi banyak juga jika dikira,
Itu dihitung 1 liter cuma,
Jika 10 liter berapa jadinya.
Minyak naik 20 sen saja,
Makan dan minum kena jaga,
Jangan mewah dengan harta,
Lama-lama boleh kurang juga.
Minyak naik 20 sen saja,
Berdoa pada Yang Maha Berkuasa,
Semoga dimurahkan rezeki sentiasa,
Agar diberkati dan dirahmati hendakNya.
🔺Kita bising minyak naik RM 0.20 bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun, jauh di pelusuk sana, ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk
terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahu pun KWSP. Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerjalah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekelua HBrga.
Ya.. Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari
kalian. Kerana aku tak nak hilang perikemanusiaan.
Comments