August 2011

Wednesday, August 31, 2011

Raya ehhh....


Alhamdulillah... Selamat Berhari Raya pada semuamuslimin dan muslimat sekalian.. syukur juga keatas rahmahNya maka dapat beraya dengan aman dan tenang, walau dua tiga hari ni dikhuatiri akan hujan dan mungkin akan banjir tapi dengan rahmahnya Alhamdulillah tiada hujan sepanjang hari, ini lah kuasanya nak tengok samada ummahnya akan mengeluh atau sekadar relah atas ketentuannya... 

Macam biasa bila raya, tiap kalinya bermula dari rumah, lepas tu ke masjid bagai,dan baru lah balik ke rumah mertua.. isk masih mabuk-mabuk ketupat dan rendang, idea pulak masih diawang-awangan.. jadi layan aje lah gambar dulu...

mengenangi mereka yang dah pergi...

famili ku

buah hati kami..

 keluarga kami...
 sedara-sedara kami
keluarga isteriku... 

Salam Aidil Fitri buat semua pengunjung..
sebarang salah dan silap,
terkasar bahasa, tersalah tingkah,
kami sekeluarga menyusun sepuluh jari,
ampun dan maaf jua di pinta...


Sunday, August 28, 2011

Hujan dan Raya...



Hah, sedar tak sedar hari nih dah masuk 28 hari berpuasa, bermakna lusa atau tulat dah masuk hari raya, yang berperantaun ramai dah pakat balik kampung, pekan-pekan kecil yang dulu sunyi dan aman damai kini dah mula kenal erti kesesakan dan jam, khas sempena nak raya kata depa... begitu juga pasar-pasar, nat=nat pekann sehari juga berduyun-duyun pakat berkunjung , begitu juga pasar ramadhan yang biasanya terkawal dan teratur dah menjadi sesak sejak sehari dua ni, itu lah tandanya Hari Raya dah makin dekat.

Tahun nih gayanya kalau kat sebelah utara, Perlis Khasnya di jangkakan beraya dalam suasana basah dan lembab, semenjak 3 - 4 hari nih asyik ujan je, sekejap lebat, sekejap rintik-rintik, lepas tu gerimis lepas tu lebat balik, dan terus berganti-ganti, tapi nasib baik masih belum ada tanda-tanda akan banjir.. sesekali periksa juga la kalau ada amaran akan banjir, namun masih dalam keadaan normal, walapun begitu pihak-pihak berwajib dah amik langkah berjaga diatas sebarang kemungkinan.. isk kesian juga kat depa kena beraya dalam keadaan bersiap siaga.. apa-apa pun tunggu aje lah perkembangannya nanti...





Posted by Picasa

Tuesday, August 23, 2011

Rambut raya...


Setelah sekian lama Athirah dok simpan rambut dia, ssehingga ke paras bahu dah, tapi akhirnya terpaksa dikorbankan juga, bukan pasal tak sayang, tapi dek dah di cerobohi oleh kutu-kutu yang entah berjangkit dari sapa tah, isk dari kawan-kawan dia lah kot, jadi terpaksa lah di potong pendek balik..

Semalam mama dia tengok dia dok tergaaru-garu kepala, maka mama dia buat operasi la, sekali tengok , tediaaa penuh dengan telur kutu kat kepala, pastu cari punya cari jumpa anak-anak kutu, lepas tu terus buat keputusan nak pendekkan aje lah rambut dia.

Tengahharinya terus pergi kat kedai gunting rambut, tukang gunting rambut nik lak sorang maknya yang dah tua, tapi masih tangkas dan cergas menggunting rambut, ingat kan biasa-biasa saja kedai nih, tapi rupanya ramai juga yang pergi kat dia, khas untuk wanita.. dan upahnya tak mahai la.. Rm 2.00 saja. oke lah kan..?








Posted by Picasa

Monday, August 22, 2011

Rumah Wa Jih dalam renovation


Setelah sekian lama rumah Wa Jih tidak di ganggu gugat, walaupun entah berapa belas mau pun puluh kali di naiki ayer bah, akhirnya berubah jua, dah kena upgrade dah, maklum lah rumah lama... rangcangannya rumah ni akan di buat dari belakang ke depan, bermakna dapur lama akan di roboh, lepas tu buat baru, dah siap baru sambung ke rumah tengah dan depan.. 

Itu pun nanti terpulang pada budget lah kan, tak pe buat pelan-pelan pon ok, nanti senang nak kenduri, dua orang hero tuh dah sama-sama kerja.. nanti leh pakat-pakat bagi sumbangan.. leh cepat siap...






Posted by Picasa

Sunday, August 21, 2011

TRagedi Ramadhan lagi


Malang di bulan Ramadhan, tak pasti macam mana kereta tuh leh jatuh dalam sawah, tapi jalan mmg kurang elok kat situ, kalau sedikit alpa macamnih lah jadinya.. hari-hari lalu jalan nih hantar Anieq dan Athirah ke rumah mak dia,,, nasib baik ramai kawan-kawan yang menolong.. 




Posted by Picasa

Thursday, August 18, 2011

Takziah...




PUTRAJAYA: “Ada eksiden dekat masjid (di Perlis)...hati-hati ketika memandu,” itu antara mesej terakhir mangsa kemalangan, Muhammad Danial Zulkifli, 24, yang dipaparkan dalam akaun Facebook miliknya minggu lalu.

Muhammad Danial yang mengemaskini status akaun facebook miliknya menasihati rakan dalam senarai akaunnya supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan raya memandangkan banyak berlaku kemalangan terutama pada musim perayaan. Pelajar tahun akhir jurusan perubatan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) itu bagaimana pun meninggal dunia kira-kira jam 7.50 malam kelmarin apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer 7.2 Jalan Alor Setar-Kangar. Ibunya, Rosnah Othman, 54, berkata kali terakhir dia berjumpa anak kedua daripada tiga beradik itu adalah ketika mangsa pulang ke rumahnya di Presint 9, Putrajaya kira-kira dua minggu lalu untuk menyambut kedatangan Ramadan. “Pada waktu itu, dia pulang ke rumah dihantar seorang rakannya. Saya juga sempat meminta bantuannya memandu kereta untuk membawa saya menyelesaikan urusan.




“Dia seorang anak yang baik, pendiam dan mendengar kata orang tua. Tidak banyak perubahan dalam diri Allahyarham sepanjang dia pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengiringi jenayah anaknya yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Rosnah berkata, kali terakhir dia menghubungi anaknya dua hari sebelum kejadian kemalangan itu berlaku. “Saya tanya pada dia sudah makan atau tidak. Dia jawab mahu keluar sebentar bersama rakannya membeli makanan. “Saya hubungi dia kira-kira jam 8.30 malam iaitu sebelum keluar ke surau menunaikan solat Tarawih, tetapi pada hari kemalangan berlaku, Muhammad Danial keluar seorang diri tanpa membawa rakannya,” katanya. Katanya, dia sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham dan menganggapnya sebagai suratan takdir. Sementara itu, bapa mangsa yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pendaftaran Negara, Zulkifli Rahmat, 54, berkata beliau mendapat tahu mengenai kematian Muhammad Danial selepas dimaklumkan polis kelmarin.




Zulkifli berkata difahamkan kejadian berlaku ketika Muhammad Danial dalam perjalanan pulang dari Alor Setar menghala ke Kangar, apabiTakziahla kereta Myvi dipandunya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan lain. “Kawan dia beritahu Muhammad Danial nak cari makan buka puasa di Alor Setar dan tak mahu buka puasa di rumah.





“Dalam perjalanan, Allahyarham ubah fikiran dan mahu berpatah balik ke Kangar sebelum dilanggar sebuah kereta lain dari arah belakang ketika mahu membuat pusingan U,” katanya, sambil memaklumkan anaknya itu bakal menamatkan pengajiannya pada akhir tahun ini.


Zulkifli berkata, sebelum meninggalkan pusara Allahyarham, dia sempat berpesan supaya Muhammad Danial tinggal di alam sana dengan tenang dan mereka sekeluarga sentiasa mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.


...Takziah buat keluarga depa.. kejadian yang berlaku nih tak jauh dari rumah aku... temapt ni dah memang selalu terjadi kemalangan yang ngeri, dari zaman aku kecik sampai la.. tiada selekoh disini, tapi suasana agak redup pasal ada pokok-pokok yang agak besar.. 

Wednesday, August 17, 2011

Kali pertama berbuka di luar tahun ni..


Tahun nih, ini lah kali pertama aku berbuka puasa selain dari di rumah dan juga rumah mertua, hmm kat umah ipar duai pon tak dak tahun nih, di rumah aku juga takdak majlis berbuka.. isk pasal aper ye tawun nih..sunyi sopi jer...?

Okeh majlis berbukanih sebenarnya bukan jemputan untuk aku, tapi semata-mata majlis berbuka bersama pelajar mem aku, depa buat satu projek dan mem aku yang jadi pemantau saja.. kiranya projek student la.. bagi memudahkan depa buat saja kat premis makan segera Chicken Burger Behor Temak Perlis..  berbekalkan kurma dan tembikai sumbangan kami, maka berbuka lah pulak dengan Chicken Chop kat sini..  plus nasi goreng yang disponsor student... apa-apan pon sedap juga chicken chop dia, akhirnya kenyang juga kami kat situ..










Posted by Picasa

Sunday, August 14, 2011

klik-klik O' Bulan...


Pagi tadi, selepas bersahur , macam biasa lah sempat juga aku berinternet dan berfb bagai, tiba-tiba teringat nak jenguk luar rumah, wah kagum aku indah jua ciptaan Ilahi, so sempat juga aku keluarkan kamera, dan snap-snap untuk dijadikan kenangan, sesekali mengalami suasana macam nih memang mengingatkan diri bahawa betapa kerdilnya kita... lepas snap-snap azan subuh berkumandang.. lepas sembahyang subuh.. boom sambung tido balik.. he he hari cuti lah katakan.. 








Posted by Picasa

Wednesday, August 10, 2011

Malang di bulan puasa 2



Sorang pelajar Malaysia telah di pukul dan di rompak oleh sekumpulan pelajar yang merusuh di London.. adeh malangnya.. ketika dia keluar nak cari juadah berbuka katanya.. isk

Pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, 20 (gambar atas), patah gigi dan cedera rahang selepas dipukul dan disamun sekumpulan perusuh di London, semalam. Gambar dirakam di Hospital Royal London. Turutan gambar di kanan dipetik dari YouTube menunjukkan: 1.Asyraf terduduk selepas dipukul perusuh. 2. Ketika Asyraf masih dalam keadaan kesakitan selepas diserang, seorang perusuh pura-pura cuba membantu Asyraf, manakala rakanya menyelongkar beg mangsa. 3. Lelaki itu merampas dompet dan telefon bimbit Asyraf yang disimpan dalam begnya.

ini beritanya...

Asyraf Haziq dalam perjalanan berbuka puasa disamun sekumpulan perusuh
 
LONDON: Seorang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli cedera diserang dan disamun sekumpulan belia lelaki yang terbabit dalam rusuhan di sini petang kelmarin.
Ketika kejadian, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan sedang menunggang basikal dengan rakannya untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka. Beliau yang patah gigi dan bengkak pipinya dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah.
 
Kejadian berkenaan dirakam oleh orang awam dan video klip rakaman itu muncul dalam YouTube yang kemudian disiarkan oleh siaran berita Sky TV.
 
Rakaman itu menunjukkan Asyraf terduduk selepas diserang dengan mulutnya berdarah. Tidak lama selepas itu, sekumpulan pemuda datang membantunya sambil beberapa daripada mereka membuka beg yang dibawanya dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya. Seorang pemuda kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian menunggang basikalnya
 
Pengarah Mara di United Kingdom (UK), Dr Noorzaini Mohd Noor, berkata ibu bapa Asyraf sudah dimaklumkan kejadian itu dan pihaknya serta Jabatan Pelajar Malaysia di London sedang berusaha memindahkan pelajar yang tinggal di tempat dikenal pasti sebagai berbahaya diancam perusuh.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Zakaria Sulong, berkata setakat ini tidak ada pelajar atau rakyat Malaysia lain terbabit dalam rusuhan dan sudah menasihatkan mereka menjauhi tempat yang dianggap berbahaya bagi mengelak kejadian tidak diingini.
 
“Disebabkan rusuhan cepat merebak, kita akan mengeluarkan arahan dan nasihat dari semasa ke semasa,” katanya. 
Seorang pegawai perhubungan polis di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Nik Aziz Nik Razak juga sudah meninjau keadaan.
 
Rusuhan bermula di London tiga hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar. Rusuhan turut berlaku di Bayswater yang menempatkan Malaysia Hall, tetapi hanya kejadian kecil berbanding di tempat lain. 
Semalam, rusuhan menyaksikan kumpulan pemuda yang membakar dan mencuri, merebak ke bandar lain termasuk Birmingham, Liverpool. Bristol dan Manchester.

Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian


Malang Ramadhan 10, 1432


Hish ada episod malang di Ramadhan ke 10 nih, tadi masa nak pi beli ikan untuk juadah berbuka nanti, aku di bagitau yang ada satu kebakaran telah berlaku di Kuala Sungai Baru, yang terlibat terdiri dari pelantar mendarat ikan, tempat simpan pukat-pukat laut dan juga kedai menjual ikan dan sayur.. mengikut pendapat yang aku dengar dari mereka yang telah lama berada di situ (er lama dok lihat bekas kebakaran tu la aku assume dia lebih tau pasal dah lama dia dok bagi ulasan kat situ.. he he he) , kemungkinan api datang dari dapur yang di gunakan oleh pekerja laut yang tinggal di situ.. tempat mendarat ikan tu aku rasa di punyai oleh tokey2 cina , tapi yang dok jual ikan dan sayur tu terdiri dari peniaga Melayu la...








10 Hari Ramadhan


Hari ni dah genap 10 hari berpuasa. Apa yang aku sangka kan puasa kali ini akan senang dan kurang dugaan sebenarnya dah jauh meleset. Iya lah pada awal Ramadhan hujan turn mencurah2, bahkan sampai banjir di sesetengah tempat, ini pon dah dugaan pada mereka yang terlibat, lepas tu pula panas terik pulak yang mendatang.. terutamanya tiga empat hari nih, sungguh  terik sampaikan masa berbuka tu lebih banyak minum dari makan .. haus sungguh, tapi itu lah dugaan namanya kan?

Tapi Ramadhan tidak semuanya membawa dugaan tapi juga banyak membawa rejeki, bagi ramai dari pak tani kini mungkin boleh bersenang hati nak sambut raya, mau taknya musim menuai dah tiba, dan kebanyakan sawah dah di tuai, jadi murah rejeki depa.. sonok lah depa beraya... bagi kakitangan kerajaan InsyaAllah akan seronok juga beraya, InsyaAllah nanti bonus lak akan masuk, biarpon setengah bulan gaji, tapi cukup memberi makna buat menangani persiapan keluarga menyambut hari raya...
juadah berbuka nan ringkas.. tiap2 kali

Bagi aku pula, berpuasa kali ni cuku bersederhana saja, apalah sangat dengan keadaan sekarang nih menyebabkan aku kena banyak bersabar dari berbelanja, keadaan mem yang makin sihat, begitu juga dengan anak-anak dan aku sendiri cukup bersyukur atas semuanya.. 


sekitar PaRam Simpang Empat Perlis

Hari hari bagaikan rutin, balik kerja sempat juga singgah kat PaRam (Pasar Ramadhan) membeli kue sejenis dua, balik nya sempat juga membakar ikan Gerut, Jenahak, Siakap ikut selera la... beli ikan segar di Kuala Sungai Baru dan kemudian bakar sendiri , dengan resepi sendir rasanya lebih membuka selera dan juga menjimat kos.. moga 20 hari Ramadhan yang akan mendatang akan lebih membawa makna dan juga keinsafan buat diriku, mem aku, anak-anak dan keluarga kami...

Tuesday, August 9, 2011

Bonus ini tawun...



Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
“Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

azlanKatanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

cuepacs omar osman 181007Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.
“Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.

Saturday, August 6, 2011

Game....


tengah-tengah dok browse FB, tiba-tiba terjumpa game baru ni.. ce pakat cuba tengok apa yang dah jadi... teror lah kan sapa buat nih...


Ada game baru...!!!
1. Go Google Translate
2. Select translate from English to Malay
3. Type this following:
do not snatch philippines money
the people of bangladesh are angry
pakistani people hate national row

jom kita cuba...

pertama buat nih

lepast  klik traslate..
jo kita tengok keputusannya
VVVVVVVVVVVVVVV
VVVVVVVVVVVV
VVVVVVVVV
VVVVVVV
VVVVV
VVV
VV
V
V
V


nampak sangat yang pilihanraya dah makin menghampiti,
entah bila...
mungkin lagi 2 bulan..?
tiga bulan..
setahun...?
entah la tunggu aje la...

Hari-hari mau.....


Semenjak puasa nih, hari-hari nak.. nak makan ikan bakar, nampak gayanya macam ni lah makanan yang dapat di terima oleh mama, dan suda semestinya abah.. okeh ikan nih tak der la besar pun dalam sekitar 400 - 500gram sajo, kalau harga sekilo ikan jenahak , gerut dan sengangkatannya dlm rm22 mcm tuh jadi dapat dalam bawah dari rm10 seekor.. itu la budgetnya.. he he tapi kalau pi tempat ikan bako kokman-koman pon 18rm tuh.. okeh la kan.. bako jer, bako sendiri.. dengan menggunakan dapur magik kat bawah nih.. janji sodap daa,,,,

Posted by Picasa

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...