Skip to main content

Takziah...



PUTRAJAYA: “Ada eksiden dekat masjid (di Perlis)...hati-hati ketika memandu,” itu antara mesej terakhir mangsa kemalangan, Muhammad Danial Zulkifli, 24, yang dipaparkan dalam akaun Facebook miliknya minggu lalu.

Muhammad Danial yang mengemaskini status akaun facebook miliknya menasihati rakan dalam senarai akaunnya supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan raya memandangkan banyak berlaku kemalangan terutama pada musim perayaan. Pelajar tahun akhir jurusan perubatan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) itu bagaimana pun meninggal dunia kira-kira jam 7.50 malam kelmarin apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer 7.2 Jalan Alor Setar-Kangar. Ibunya, Rosnah Othman, 54, berkata kali terakhir dia berjumpa anak kedua daripada tiga beradik itu adalah ketika mangsa pulang ke rumahnya di Presint 9, Putrajaya kira-kira dua minggu lalu untuk menyambut kedatangan Ramadan. “Pada waktu itu, dia pulang ke rumah dihantar seorang rakannya. Saya juga sempat meminta bantuannya memandu kereta untuk membawa saya menyelesaikan urusan.




“Dia seorang anak yang baik, pendiam dan mendengar kata orang tua. Tidak banyak perubahan dalam diri Allahyarham sepanjang dia pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengiringi jenayah anaknya yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Rosnah berkata, kali terakhir dia menghubungi anaknya dua hari sebelum kejadian kemalangan itu berlaku. “Saya tanya pada dia sudah makan atau tidak. Dia jawab mahu keluar sebentar bersama rakannya membeli makanan. “Saya hubungi dia kira-kira jam 8.30 malam iaitu sebelum keluar ke surau menunaikan solat Tarawih, tetapi pada hari kemalangan berlaku, Muhammad Danial keluar seorang diri tanpa membawa rakannya,” katanya. Katanya, dia sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham dan menganggapnya sebagai suratan takdir. Sementara itu, bapa mangsa yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pendaftaran Negara, Zulkifli Rahmat, 54, berkata beliau mendapat tahu mengenai kematian Muhammad Danial selepas dimaklumkan polis kelmarin.




Zulkifli berkata difahamkan kejadian berlaku ketika Muhammad Danial dalam perjalanan pulang dari Alor Setar menghala ke Kangar, apabiTakziahla kereta Myvi dipandunya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan lain. “Kawan dia beritahu Muhammad Danial nak cari makan buka puasa di Alor Setar dan tak mahu buka puasa di rumah.





“Dalam perjalanan, Allahyarham ubah fikiran dan mahu berpatah balik ke Kangar sebelum dilanggar sebuah kereta lain dari arah belakang ketika mahu membuat pusingan U,” katanya, sambil memaklumkan anaknya itu bakal menamatkan pengajiannya pada akhir tahun ini.


Zulkifli berkata, sebelum meninggalkan pusara Allahyarham, dia sempat berpesan supaya Muhammad Danial tinggal di alam sana dengan tenang dan mereka sekeluarga sentiasa mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.


...Takziah buat keluarga depa.. kejadian yang berlaku nih tak jauh dari rumah aku... temapt ni dah memang selalu terjadi kemalangan yang ngeri, dari zaman aku kecik sampai la.. tiada selekoh disini, tapi suasana agak redup pasal ada pokok-pokok yang agak besar.. 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....