October 2010

Friday, October 29, 2010

Ribut di Perlis...


Semalam, masa on the way nak pi amik angah kat Kangar, kat jalan tuh aku dah nampak awan yang agak berlainan dari biasa, nampak ganjil dan serasa aku macam nak hujan lebat saja, tak juga aku sangka rupanya di sebalik apa yang aku nampak berlainan pula yang terjadi.. sebagai pengajaran mungkin boleh tengok video kat bawah nih, sebenarnya kalau masuk kat FB manyak yang menjadi saksi kejadian nih, tapi kat FB aku hanya leh syer kat FB.. nih aku amik kat Youtube saja lah.. untuk tatatapan dan ingat kita bersama...



..terima kasih pada yang mengirhm video nih

Wednesday, October 27, 2010

Mama @ KMC Alor Setar





mama @ KMC Aloq Setaq, esok Rabu pagi akan di operate, harap semuanya akan berjalan lancar
 dan selamat semuanya.. further story lepas nih lah, lepas apa yang nak aku ceritakan tiba-tiba ilang saja, aduih tension la.. taip panjang-panjang ilang macam tu saja.. ok lah nanti update lain...

Friday, October 22, 2010

Matlamat tak menghalalkan cara...





Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan. 

Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, partipolitik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. 

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. 

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.
Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: "Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya. 

“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," katanya.

................ (artikel ini di petik dari Malaysiakini.com melalui Facebook)
mungkin kita boleh jadikan ikhtibar

Thursday, October 21, 2010

Konon beriadah di Putra Brasmana...


Hari nih kononnya nak beriadah-riadah lah, maklum lah setelah seharian masing bekerja, juga mama yang baru habis exam, jadi nak release tension la, jom berjala-jalan agendanya, kemudian lak mama ajak gi Putra Brasmana, kiranya Hotel terbesar di Kuala Perlis la, alahh yang mengadap ke laut tuh, depannya tu ada satu padang untuk aktiviti, di situ adik dia (err adik ipaq aku la tuh) ada program bersama usahawan  kecil, tujuannya hanya lah nak berbincang tentang satu projek kerjasama depa.. he he aku tak amik port sangat, asal boleh pi tepi pantai terbayang boleh shoot (main2 kamera) pemandangan kat tepi pantai tuh, tapi kan lain pulak lah yang terjadi (..bukan yang buruk la..) nak aku ceta banyak, isk payah beno.. tengok aje lah kat bawah ni, tentu korang pahamm nanti....

Wah apalah aksi si Athirah ni...
Ada gaya model ni Danisha...
Anieq gaya-gaya macam footballer la pula...
Cheese... cake!!!
nak ikut, boleh..?
meyuarat ka apa ni...?
Bebas....!!!



Tuesday, October 19, 2010

mau belajar skill kamera, tapi...


Tadi mama bagi tau ada bebudaka dia yang tengah dok buat satu projek untuk semester akhir depa (..lebih kurang macam tu kot), jadi ada lah student grafik yang terlibat, dia bagitau depa yang aku tengah dok kalut cari cikgu nak belajar fotografi nih, ha ha jadi bebudak tuh setuju la nak bagi sikit2 tips.. jadi semangat lah aku, awal laghi balik keja (biasa tu lepak dulu, 5.30 br balik pasai tunggu amikangah dia), sampai umah depa dah tunggu (athirah, anieq dan mama), jadi terus bergegas ke PTSS nak cari ilmu ha ha .. tapi bila sampai lain lak yang jadi, adeh penin kepala eden nih aah, nasib baik sempat juga dapat bebarapa tips penting.. tengok la pasai apa aku penin pala nih..








... maaf lah di atas gambar yang kurang memuaskan, namanya pon sedang belajar kan? gambar yang di tangkap semasa sedang buat praktikal.. ha ha ha..

Jom main dengan kamera...





Wah, dah lama tak bermain dengan kamera.. hari dapat pelajaran baru, macam mana nak control pencahayaan, bukaan aperture, kelajuan iris... wah manyak nak kena belajar tapi mana nak cari cikgu ye? Makan modal semuanya nih, tapi tak pe kita belajar pelan-pelan.. bukan senang nak cari ilmu dalam bidang fotografi nih...

Em dah belajar sikit-sikit  nih balik praktis di rumah lak, sumer model ku dah tido tinggai tabung bear nih, boleh lah jugak nih, hmm amacam boleh ke tak ni, semua gambar nih tak pakai flash.. amacam boleh ke ni...? 
Posted by Picasa

Sunday, October 3, 2010

Saturday, October 2, 2010

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...