Skip to main content

Pindah lagi..

Hari, sampai saja di pejabat sesudah beberapa hari bercuti, aku di bagitau ada surat menanti ku di pejabat, huh awalnya, baru pukul 8.00pagi dah dah ada surat? Apahal suratnya tu yer, dan surat tu pulak dari Ketua Bahagian Perkhidmatan Luar Bandar kata 'pegawai' kerani tu.. isk pasal apa lak kan.. ? Tak penah-penah dapat surat dari Ketua Bahagian ni... hmm tiada satu fikiran dan idea kenapa ada surat untuk aku, nak kata pertukaran.. baru dua bulan saja kau di tukarkan bahagian..


Tanpa berfikiran panjang, terus saja aku ekori kerani tu ke tempat dia nak amik surat, dah dapat surat terus aku bukak, hmm dari Pengarah rupanya.. isk betula la.. aku di tukarkan bahagian lagi.. bertukar ke bahagian Perpustakan Bergerak, lebih tepatnya E-Pustaka.. di mana tugas dia memberi perkhidmatan Internet, Latihan penggunaan IT dan sebagai nya ke serata pelusuk negeri mengikut jadual yang telah di tetapkan.. haduih la.. bertukar lagi lah aku...


Jadi dah aku tengah dok berjalan macam tu terus aku mengadap ketua bahagain, nak tanya apa tugas-tugas aku.. sekali yang keluar kenapa ya say di tukarkan bahagian, dan dengan selambanya dia jawab.. hang kena pikir la sendiri, pasai apa hang selalu di tukarkan bahagian... hah bengong aku diakata macam tu, terus aku mintak diri dan keluar dari pejabat dia.. bengang gak aku dapat persoalan macam tuh.. januh aku pikir...

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....