Skip to main content

99th Entry : harumanis o harumanis!

Isk.. ni dah 99 entry aku.. dari ntah apa-apa yang aku masukkam dah tu menjadi tempat luahan hati ni dah tempat diari aku seharian campur coretan rasa sama.. waa apa korang rasa dengan tulisan aku..? pasal tu aku perlu create kan satu poll kat sini.. aku nak jugak feed back dari pembaca.. yer la baik ke buruk ke penulisan aku ni.. korang paham ke apa yang aku tulis, atau pon aku paham ke apa yang aku tulis? heh ee..

Sementelah tu dah tak der nak coret kat mana korang tulis la kat tagboard ke, atau pon kat comment ka.. nanti aku baca la.. korang jangan lupa undi no !


Emmm bila tengok gambo sebelah ni teringat lak pokok harumanis kat umah aku ni.. ni gambo ni aku tangkap kat tepi bangunan lebri, sebelah pejabat aku ni.. dia punya buah dah nak tua.. kang jenuh la dengan pelam harumanis ni.. tak le lebat sangat, boleh la sumer orang rasa serba sikit. Yang kat umah aku pon tak lelabt.. tapi setakat nak bagi ilang ngidam mem aku boleh la..

Satu hal pasal mem aku ni. Dia punya ngidam kat mempelam harumanis kat depan umah aku tu, sumer dia nak, macam nak pi tulis nama kat buah tu, dia nak chop dia punya.. nak tergelak aku.. ni kalau dia baca entry ni, teruk la aku nak kena 'kute'.. abis la aku lebam2 karang.. isk macam kes penderaa la pulak..

eh sedor tak sedor dah pukul 6 lebih dah ni.. elok la aku packup lebih kurang.. pasni nak kena check lak sumer pc dah tutup ke tak.. lampu la, aircon pasang ke tak? Esok aku cuti la.. tinggal dua tiga orang yang keja buat OT.. aku maleh dah nak buat.. cuti pon banyak gi nih..biar lah depa yang buat.. cian kat depa tak de cuti, kalau tak mai keja tak de gaji.. yer lah keja sambilan macam tu la.. bila ntah baru nak dapat jawatan tetap.

sekilas pandang..
emm mr parjoe tu dah mula mengorak langkah kembali.. dah sekian lama dia menetap di satu tempat.. akhirnya dia buat keputusan untuk berhijrah kembali.. mungkin dia ada sebab tersendiri maka dia mengambil keputusan untuk berhijrah. harapan aku.. biarlah hijrah dia bertempat.. hijrah dia mencari yang terbaik buat diri dia.. hijrah nya menjadi bekal meneruskan kehidupan dimasa depan.. hijrahnya mencari keredhaan dari PenciptaNya.. menjadi pengembara agung mencari diri di perantauan..

semoga suatu hari nanti, menjadi bangau yang terbang akan pulang ke belakang kerbaunya jua..

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....