Skip to main content

Kalau dah malang...

... semalam, dek kerana nak menyenangkan hati Athirah, yang dah beberapa hari dok sebut nak pergi swimming, jadi bawak jugak la dia pi Sg Batu Pahat, Perlis.. memula tu nak bawak pergi kat Bukit Air saja.. tapi bila nak bawak Adik Anieq kena lah consider juga, dah la dia pon belum betul-betul kebah dari demam kang banyak lak kepihalnya.. 

Pada awalnya ketika sampai kat Sg Batu Pahat ni, kat bahagian hujung nya ada satu pool yang agak kecik, tak la terlalu dalam, sedang elok la untuk Athirah main, tapi ada juga kat situ dua gelonsor yang ada air, agak kuat airnya.. maklum lah dua tiga hari ni hujan lebat, tentu air banyak dan kuat.. ada juga satu dua family yang bawak anak-anak bermain kat situ.. dan aku pon tumpang saja lah.. nak bagi Athirah mandi.. main jalan-jalan kat dalam pool tu sambil dia sarungkan pelampong dia tu, kira ok la tak der lak nak takut-takut.. siap nak pergi kat air terjun dari gelonsor tu.. bila dah agak lama main tu, dia dah jemu la.. nak try perkara baru.. haha kononnya nak naik gelongsor air tu la, nak tiru macam bebudak lain yang dah besar tu.. 

Jenuh lah aku aku pujuk, tapi nak naik juga.. so aku dengan gagahnya aku dokong lah Athirah, kononnya nak bagitau yang air tu kuat, nantikang dia lemas pulak, aku ingat nak suakan tangan dia kat air gelongsor tuh, baru dia tau yang air tu kuat, baru saja aku nak hampir dengan gelongsor tu, skreetttt!!!.. bedeboop!! aku jatuh kat situ bersama-sama dengan Athirah.. adeh lah aku jatuh kat sebelah bahu kanan bersama dengan Athirah, nasib baik Athirah pakai pelampong tuh, impak jatuh tu tak kena kat dia, mana kala aku dah rasa semacam kat bahu, berat dan kembang semacam juga, nasib baik juga Athirah tak terkejut, tak menangis dan tak tercedera, sebaliknya aku yang berasa sakit seolah-olah bahu aku nih patah.. 

Dah sakit macam nih, aku ingat nak berenti sajalah tapi Athirah masih lagi nak mandi, jadi aku turunkan balik dia ke kolam, tapi sekejap saja lah basuh badan dia dan aku lepas tu aku ajak balik la, pasal bahu aku smakin sakit, dengan susah payah aku dukun juga Athirah untuk ke tebing, tapi samapi tangga saja lah, dah tak leh nak gerak dah bahu sebelah kanan aku ni, dah sampai kat atas terus saja aku ajak balik tanpa sempat nak salin baju lagi dah, mana kala Athirah sempat pakai baju sahaja.. nak ke kereta aku dah tak leh bawak apa gi dah, tak daya tangan aku ni, dah start berdenyut-denyut semacam jer, sampai tak leh nak gerak2 kan..  terpaksa lah mama depa dukunng Athirah kat belakang manakala depan lak memang Anieq... lepas tu mama juga yang drive balik, aku hanya jadi patung sambil pegang Anieq, takleh nak bergerak-gerak..
gambar-google

Dah sampai umah, terus bergegas2 tukar baju ( mem aku yang tolongkan.. aku dah takleh nak tunduk, nak pakai seluar mahu pon baju), lepas tu terus ke Hospital Tuanku Fauziah, kat bahagian kecemasan, samapi je tengok ramai lah pulak orang kat situ, mungkin juga pasal hari minggu, maka kebanyakkan klinik swasta tutup, maka ramai yang membanjiri hospital, lebih setengah jam aku kat situ, baru la aku di panggil, mungkin kerana ramai orang maka tiada pemeriksaan saringan, selepas di periksa doktor terus aku di suruh ke Bilik X Ray, Alhamdulillah tiada yang patah, tiada yang serius cuma kecederaan pada otot bahu sahaja. Dalam seminggu boleh baik kata dokktor tu (..eh apa nama dia yer..?) tapi tak der MC yang di beri, mau tak mau terpaksa lah juga cari klnik swasta nanti, amik MC.. dua hari mungkin dah ok kot.. pukul 9.30 malam baru la sampai umah.. hu huu 3 jam kat situ..
(gambar-google)

Comments

Neeza Shahril said…
lohhh.. teruk jugak ya zul.. ingatkan jatuh sikit aje. Kalau husband neeza tu, gerenti semua orang dah kena packing balik rumah :D

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....