Saturday, May 28, 2016

Throwback bujang2 dulu...


Di kala cuaca sat mendung sat panas..
gaya mcm nak hujan ni layan sajala...

#megikarisolo

via Instagram http://ift.tt/1UbpK58

Friday, May 27, 2016

Happy Bday!


As you look back on yesterday, may your memories be warm ones.
As you celebrate today, may your heart be filled with happiness and joy!
As you look ahead to tomorrow, may your deepest hopes and dreams come true for you!

Happy Birthday Ayg!

Thursday, May 26, 2016

Istilah Dalam Hadis


Istilah-Istilah Asas Ilmu Hadis
Terdapat banyak istilah-istilah yang lazim digunakan apabila berbicara tentang ilmu hadis. Penuntut ilmu perlu memahami maksud istilah-istilah ini agar apa yang dibincangkan dapat difahami sebaik-baiknya. Disenaraikan di sini beberapa istilah yang lazim digunakan:
1- Al-Hadis (الحديث): Ia bermaksud apa-apa sahaja yang disandarkan kepada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berupa perbuatannya, perkataannya, persetujuan/taqrirnya, sifat bentuk tubuhnya, akhlaknya, sama ada sebelum dilantik menjadi rasul atau selepas dilantik.
2- Al-Sunnah (السنة): Di sisi ulama hadis, ia mempunyai maksud yang sama dengan al-Hadis. Akan tetapi pada disiplin ilmu yang lain, ia membawa maksud yang berbeza:
Ulama Usul al-Feqh: As-Sunnah ialah apa yang disandarkan kepada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sama ada perkataan, perbuatan, atau persetujuan baginda yang berkaitan dengan salah satu satu hukum taklifi; wajib, haram, sunat, makruh, harus.
Ulama feqh/Fuqaha’: As-Sunnah ialah lawan kepada wajib, iaitu sunat/mandub. Ia bermaksud pelakunya akan mendapat pahala, akan tetapi meninggalkannya tidaklah berdosa.
Ulama Aqidah: As-Sunnah ialah perkataan lawan kepada bid’ah. Oleh sebab itu terdapat banyak kitab-kitab aqidah menggunakan perkataan as-Sunnah.
3- Khabar (الخبر):
a- Ia juga perkataan lain yang merujuk kepada al-Hadis/as-Sunnah.
b- Adakalanya ia digunakan untuk riwayat yang datang selain daripada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
c- Kadangkala ia digunakan secara umum untuk semua riwayat, tidak kira ia datang daripada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam atau selain nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
4- Al-Athar (الأثر):
a- Membawa maksud yang sama dengan al-Hadis/as-Sunnah. Oleh sebab itu Imam at-Tahawi menamakan kitabnya Syarah Ma’ani al-Athar (شرح معاني الأثر)
b- Ia merupakan riwayat yang datang selain daripada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
c- Ia merupakan riwayat yang datang daripada sahabat/hadis mauquf (موقوف)
d- Ia umum merangkumi riwayat daripada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan selain daripada nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
5- Al-Matan (المتن): Teks hadis yang datang selepas sanad.
6- Al-Sanad (السند): Jalan periwayatan sesuatu riwayat.
7- Al-Sanad Al-‘Aliy (السند العلي): Sanad yang mempunyai perawi yang sedikit berbanding sanad yang lain.
8- Al-Sanad Al-Nazil (السند النازل): Sanad yang mempunyai lebih ramai perawi berbanding sanad yang lain.
9- Al-Thoriq (الطريق): Bermaksud sanad
10- Al-Mutabi’ (المتابع): Satu riwayat yang datang daripada sahabat nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang sama, akan tetapi pada perawi-perawi selepasnya terdapat beberapa orang yang meriwayatkan daripada shaikh yang sama.
11- Al-Syahid (الشهيد): Satu hadis yang diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat.
12- Al-Musnad (المسند): Ia mempunyai beberapa maksud antaranya:
a- Kitab hadis yang disusun mengikut nama sahabat seperti Musnad Imam Ahmad.
b- Hadis yang bersambung sanad hingga kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
c- Bermaksud sanad
13- Al-Muhaddis (المحدث): Ilmuan yang menyibukkan dirinya dalam disiplin ilmu hadis.
14- Al-Sahabi (الصحابي): Sesiapa yang berjumpa nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan beriman, dan mati dalam keadaan Islam.
15- At-Tabiiy (التابعي): Sesiapa yang berjumpa sekurang-kurangnya seorang sahabat ketika dia dalam keadaan Islam dan mati dalam keadaan Islam.
16- Tabi’ at-Tabiiy (تابع التابعي): Sesiapa yang berjumpa dengan sekurang-kurangnya seorang tabiin dalam keadaan Islam dan mati dalam keadaan Islam.
*Ini merupakan petikan daripada kertas kerja pembentangan Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith dalam seminar hadis anjuran Al-Kahfi.
*Istilah-istilah di atas hanya diterangkan secara ringkas sahaja.

DiPetik Dari Facebook Dr Rozaimi

Monday, May 23, 2016

Masa demi masa...

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.


Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.
Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.

sumber:facebook

Saturday, May 21, 2016

Tuesday, May 17, 2016

The kiddos days off


Yes.. kiddos go out again... kali ni jom layan Angry Birds pulak.. haa alang-alang terlajak berjanji kan.. kena lah tunaikan.. so bulan depan tak ada lagi aktivit keluar meluar ini.. kita berpuasa pulak lah kan. 

Daulat Tuanku


Daulat Tuanku
Sempena Hari Keputeraan yang ke-73
DYMM TUANKU RAJA PERLIS
"Raja Berdaulat Rakyat Berilmu Negeri Sejahtera Perlis Maju"

Blogroll