Friday, November 29, 2013

Trip to Kuala Besut.. Day 4


Hari ni sebenarnya plan nak pi rumah rakan yang dah lama tak berjumpa, nun di Pasir Mas nuh.. tapi itu la hujan dan turun dari malam sampai ke siang tak  mau berhenti-henti atau berhenti sekejap pastu turun balik.. jadi malas lah pulak nak gi jalan-jalan macam ni, bawak budak-budak rasa macam payah je, jadi berlingkar saja lah dalam rumah.. makan kopok leko.. makan nasi ulam bagai.. Tengahari tu gi sembahyang jumaat masjid dalam kampung Raja tu saja lah..

Menjelang petang sikit tu ada juga la masa sikit, sempat pinjam motor dan pergi main pantai, kalau tak si Athirah tu memang takkan puas hati tak leh nak tengok laut dan juga main pantai.. layan juga la walau pun sat.. 





Jadi lah boleh main walaupon sebentar.. oh Athirah pon dah ada geng kat sini, Qistina nama dia.. boleh ajer lah depa main, ada jugak kawan... Main pon tak dan lama, dalam 15 minit macam tu, hujan pon datang balik.. so balik jer lah.. Hujan ni membawa sampai ke malam dan pagi esoknya juga.. Adeh esoknya dah nak balik .. tapi hujan la ...

Thursday, November 28, 2013

Trip to Kuala Besut.. Day 3

Hari ni baru lah pergi makan gulai (makan kenduri la...) di Kampung Cherok Ruku.. ingat kan di manalah tempat ni, atas Google Map terasa macam jauh saja lah, tapi tu lah bila bawak orang kat sini dia kata dekat jer.. Tak sampai pon 20Km. Hmm bangun pagi dah hujan.. lebat pulak tu, tapi tak lama la.. tapi berenti sekejap datang balik.. mau tak mau redah ujan saja lah makan kenuri kali ni..

gambar sejurus sebelum hujan.. 

Sampai kat umah pengantin masih awal lagi, terpaksa patah balik ke homestay tempat pengantin menginap, lepas tu baru gerak sekali lagi ke masjid depan rumah pengantin tu.. Alhamdulillah majlis akad nikah jalan dengan sempurna, lepas saja akad nikah hujan pulak turun .. hmm menjamu selera dalam suasana hujan la..

Balik sampai umah dah kol 3 dah.. dah siap sembahyang bagai bagi Anieff tidur, depa ajak ronda Pekan Jerteh la pulak, hmm layan je la.. bawak Anieq juga dua tiga orang lagi, msepanjang jalan tu redup saja macam nak hujan.. 



Sampai kat Pekan Jerteh Anieq dah pon terlena, dok sorang kat belakang sekali memang dia nak tido la.. biar saja diaorang ronda aku dok layang lagu dalam kereta sementara Anieq nak jaga.. dah jaga baru la kami ikut depa ronda-ronda..

Ronda punya ronda jumpa perpustakaan, harus lah bergambar kan..?

Balik semula ke rumah dah hampir malam, hujan pun turun dengan lebatnya.. 




Wednesday, November 27, 2013

Trip to Kuala Besut .. Day 2

Bangun pagi rasa sejuk je.. badan masih leth tapi nak tidur balik rasa tersangat lah malas nya.. jadi duduk je kat beranda rumah, hmm cuaca tak panas tapi redup saja.. hmm rasa macam nak jalan-jalan gi pantai lak.. dari jauh dok dengar deru ombak menghempas pantai.. Yang lain-lain masih bersantai kat tempat tidur cuma Abg Ngah jer lah yg bangun awal so ajak Abg Ngah jalan gi pantai.. tak jauh dalam 1km je jalan.. 



Tak sempat lah nak berlama-lama, tengok langit tu makin mendung saja, tapi ombak tak de la kuat sangat biasa saja.. jadi rasanya macam musim tengkujuh belum tiba lah kot.. Jadi dengan harapan balik sekejap makan-makan, boleh la bawak Athirah sama juga dengan perkakasan depa yang nak main pasir tuh.. Balik sampai umah, kena sarapan bagai.. baru nak tukar seluar, hujan turun... rosak program.. dah tu hujan seharian pulak tu..

Petangnya dah tak boleh nak pi mana maka depa pon bawak keluaq kopo lekor lagi la dengan cicahnya sekalai juga air teh panas se jag besor tu, sambil sembang-sembang sambil makan.. tiba-tiba ada juga buah Pauh (pelam la.) harumanis.. wah datang dari jauh makan pelam harumanis Kuala BEsut nih.. 



Tuesday, November 26, 2013

Trip to Kuala Besut..

Program yang asalnya tidak dirancang, akhirnya jadi rancangan last minute.. asalnya hanya program sehari di Batu Feringghi Pulau Pinang.. tapi bila di ajak untuk berkonvoi ke Kelantan untuk makan kenuri.. jom aje lah dah nak bercuti kan , tapi kami tak follow konvoi la.. pergi awal sehari dari konvoi.. 


Kami bertolak seawal Jam 9.30pagi dari Rumahh Tok Pah , macam biasa la bawak Tok Pah.. boleh jugak tengok-tengok budak-budak kat belakang tu.. Perjalanan yang agak lancar tanpa hujan maupon kesesakan jalan.. kali ni kami redah saja Jalan Lama selepas keluar plaza tol Gurun - Jerlun-Baling -Pengkalan Hulu-Kg Raja, Kuala Besut, Singgah sebentar untuk makan di Dataran Titiwangsa dalam pukul 2.15 petang untuk makan, macam biasa juga bekalan makan di bawa.. jadi tak bimbang, juga tak payah nak beratur beli makanan.. 

Sampai di Kg Raja Kuala Besut dah pukul 5.30ptg... Cuaca elok jer tak redup tak de mendung apa pon.. malam nya tiada apa rancangan. Makan kopok lekor ngan saja la.. sambil bercerita dan makan lagi.. hmm itu jer la.. 


Monday, November 25, 2013

Sekolah Kita




PENDIDIKAN SATU PERLUMBAAN ZAMAN BATU.

Kami dipanggil untuk memberikan pendapat kami tentang perlaksanaan SPPBS (Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah) oleh admin kumpulan pembantah perlaksanaan SPPBS. Lalu kami membuat sedikit semakan dan kajian mendalam tentang SPPBS dan mengapa sebahagian yang tidak bersetuju dan ada sebahagian pula yang bersetuju. 

Pada mula kami mendengar pengumuman perlaksanaan SPPBS, kami merasa gembira kerana sistem pendidikan kita mula menghampiri sistem Talaqqi yang diamalkan dalam konsep pendidikan Islam zaman nabi dahulu. Sistem itu mampu menghasilkan cendakiawan Islam yang pintar dalam segala bidang. Barangkali, islah kali ini dengan pengenalan SPPBS akan membuka lembaran baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tetapi, ia masih terlalu awal untuk kami nyatakan ia baik ataupun buruk. Kadangkala, satu idea itu baik hanya pada peringkat idea tetapi pada peringkat perlaksanaannya, ia jadi lain pula nanti. 

Apa yang merungsingkan kami ialah, walaupun perlumbaan pelajar di peringkat pusat mula berkurangan tetapi perlumbaan sekolah bagi menjadi sekolah terbaik pula akan menjadi lebih sengit dari biasa. Dengan SPPBS ini, perlumbaan ini mungkin akan mengundang lebih banyak kegilaan lagi antara kakitangan pendidik pula. 


JENAYAH PENDIDIKAN ALAF BARU

Di Rumah pengasih Warga Prihatin kami ajar anak-anak kami agar jangan menipu. Apapun pencapaian mereka dalam peperiksaan biarlah itu pencapaian yang sebenarnya. Kami redha dengan apa saja asalkan ia benar menggambarkan pencapaian dan kemampuan sebenar. Itu memudahkan usaha kami membaiki mana yang kurang. Kami sering tegaskan itu semasa mereka memberitahu kisah rakan-rakan meniru menggunakan talian internet melalui smartfone dalam peperiksaan dan dibiarkan oleh guru. Banyak kes jenayah pendidikan termasuk mengupah guru untuk menyiapkan tugasan murid dan mendapat markah tinggi. Anak sikaya ini juga yang akan menerima habuan hadiah lumayan oleh sekolah dan ibubapa.

Berita soalan bocor di musim peperiksaan seperti yang disiarkan di media semalam sudah menjadi sangat lumrah. Ia berlaku saban tahun di negara ini. Walaupun ia bingar seketika di media dan parlimen, namun akhirnya senyap begitu saja dan itu kekal menjadi paksi penilaian kepada anak-anak kita. Dari sumber yang dipercayai, ada cikgu-cikgu yang terpaksa memberikan markah yang lebih kepada murid yang lemah dalam pelajaran hanya kerana mahu mengekalkan prestasi guru besar sekolah itu.

Kami tidak pelik dengan kes soalan bocor kerana sebelum ini, sering anak-anak kami lapurkan bahawa mereka dipanggil secara tertutup untuk cikgu berikan JAWAPAN BOCOR (bukan lagi soalan bocor) sejurus sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Kami terkejut dengan tindakan sekolah itu. Apabila artikel menyentuh isu pendidikan kami utarakan, ramailah yang komen rupanya ia telahpun menjadi satu perkara biasa. Ramai pelajar dan guru turut mendedahkan aktiviti yang sama di sekolah masing-masing asalkan sekolah mereka mampu mendapat ranking yang baik dan pastinya ada ganjaran besar untuk pendidik-pendidiknya. MasyaAllah… sistem pendidikan jenis apakah ini?

Kekecewaan itu tidak habis di situ. Kami juga mengetahui dari sumber kami dan juga dari apa yang telah dipaparkan di dalam suratkhabar tentang kes murid lemah yang dikurung agar tidak ikut mengambil peperiksaan. Ini semua satu perlumbaan gila yang akhirnya menganiaya generasi kita. Yang jadi kurang prestasi itu pun tidak lain hasil dari perlumbaan gila itu juga. Apa sebenarnya yang kita cari?

Di samping kelemahan kaedah pendidikan oleh para ibubapa dan beberapa faktur lain, anak yang kurang baik pencapaian itu juga datang dari budaya perlumbaan. Anak-anak yang pandai lebih cenderung memajukan diri sendiri dan bukannya membantu yang lain. Untuk apa dibantu jika itu hanya menyebabkan mereka kehilangan masa untuk berusaha dan berkemungkinan pula yang dibantu itu kelak mampu memintas tempat mereka dalam perlumbaan pendidikan itu. 


SISTEM PENDIDIKAN TIDAK KOPERATIF

Nabi SAW bersabda, “Assobiyah itu tidak Islam”. Tapi budaya negetif dalam sistem pendidikan sekarang telah mengamalkan sikap ini, mementingkan kelompok sendiri. Setiap sekolah mempunyai rahsia yang tidak dikongsikan kepada sekolah-sekolah lain. Dikhuatiri sekolah lain akan mengatasi ‘ranking’ mereka pula nanti. Sekalipun ada program post-moterm di semua peringkat dan berlaku perkongsian tetapi ia tidak secara telus. Masih ada rahsia yang BAIK mahupun yang BURUK yang masih disimpan sebagai wacana rahsia sekolah terbabit agar kekal menjadi sekolah terbaik mengatasi yang lain. 

Secara kes, kami memerhatikan bagaimana perlaksanaan sistem pendidikan koperatif berlaku di Finland berbanding Malaysia. Walaupun kami mengesan sistem di Finland masih banyak yang tidak Islamik, namun itu lebih Islamik dari perlaksanaan dalam Negara Islam sendiri buat masa ini. Tidak ada murid yang dibiarkan tercicir dan semua akan dibangunkan bersama-sama. 

Perlumbaan akademik yang kita amalkan ini hanya merugikan semua. Anak didik yang dihasilkan hanyalah menjadi robot yang tiada perasaan. Bagi yang baik pencapaiannya pula, mereka hanya menjadi seperti sebuah robot mesin penghafal dan pemburu pingat sahaja. Ingatlah bahawa kejayaan Sultan Muhamad Al-Fateh itu adalah atas dasar pembangunan koperatif yang berjemaah, bukan kaedah kompetetif yang mementingkan kejayaan individu. Putera raja yang kaya dikeluarkan dari istana untuk membangun bersama yang miskin atas semangat kerjasama bersaudara.


PEMBENTUKAN GENERASI PENGHAFAZ DAN BUKAN PENGAMAL

Maaf jika kami katakan kenyataan pahit ini. Dari kes-kes yang dalam kajian kami di kalangan pelajar Malaysia di dalam dan luar Negara, tidak dinafikan pelajar Malaysia mampu untuk jadi yang terbaik dari segi pencapaian akademik. Malangnya apabila masuk ke lapangan kerja, mereka ini menjadi orang yang tidak mampu berfikir dan bukan menjadi pelaksana yang baik. 

Fenomena ini amat jelas sekali kerana rumah kami tidak putus-putus dihadiri oleh pelajar universiti. Anak kami yang berumur 16 tahun pun pandai menilai lemahnya tahap sahsiah dan akhlak kakak/abang yang hampir menamatkan degree. Pernah pelajar degree dalam program CSR yang ikut kami mengambil sedekah perabut ditegur keras tuan rumah, seorang CEO kerana masalah akhlak. Katanya jika beliau yang interview pengambilan, jangan harap beliau nak ambil dia bekerja. Kami terpaksa katakan itu bukan anak kami, itu adalah pelajar Universiti yang sedang berprogram bersama kami.

Apabila sekolah dan juga anak murid sentiasa berlumba menjadi yang terbaik hanya dalam akademik, adakah lagi masa untuk aktiviti pendidikan yang bersifat holistik?. Rata-rata mereka akan menjadikan penghafalan sebagai satu jalan singkat untuk berjaya. Tak mampu menghafal mereka akan meniru. Mereka yang banyak bilangan A akan dipuja. Tempat ke 3-5 teratas akan mendapat hadiah dari sekolah. Kononnya sebagai satu galakan tetapi sebenarnya itu hanya merosakkan semangat koperatif anak-anak. 

Ini hanya mendidik anak-anak kita menjadi orang yang menghafal tanpa berfikiran kritis untuk apakah pelajaran yang mereka hafal itu. Ukhwah sesama rakan sebaya juga tidak mungkin menjadi akrab atas dasar bantu membantu dalam pelajaran. Kami tidak menolak terus tentang keakraban itu, tetapi sistem yang kami lakukan tanpa peperiksaan kepada anak-anak kami menunjukkan mereka mampu menjadi lebih hormat menghormati. 

Ada perkara yang Si A tidak faham dan akan dibantu oleh Si B atau C dan lain-lain. Begitu juga sebaliknya bila Si B tidak faham pelajaran juga akan dibantu oleh yang lain kerana setiap anak ada kelebihan dan kekurangan. Hasilnya, keakraban yang terjalin menjadikan mereka sebaik saudara sedarah sedaging. Jalinan kehidupan dengan sifat berkasih sayang, saling bantu menbantu ini yang ingin kami pupuk sebagai wadah kehidupan yang sejahtera dan amat membahagiakan mereka. Inilah jaminan keselamatan buat mereka khasnya apabila kami semua sudah tiada kelak.

PERIHAL ‘SPPBS’

Berbalik kepada Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah ini pada pandangan kami akan memberikan lebih kerja kepada warga pendidik. Pastinya kita lihat corak bantahan yang timbul dari pemerhatian kami datangnya dari kalangan warga pendidik itu sendiri. 

Kami tidak kisah nama apakah program itu, tetapi kami hanya mampu menunjukkan beza antara sistem pendidikan yang holistik dengan penekanan melebihi akademik semata-mata kepada satu sistem pendidikan yang seimbang. SPPBS ini kami lihat ada sedikit anjakan ke arah mewujudkan pelajar yang bukan menghafal dan baik dalam peperiksaan tetapi gagal dalam kehidupan. 

Penekanan yang terlampau ke arah peperiksaan membuatkan anak-anak kita menjadi seperti seorang gladiator yang terpaksa membunuh lawan yang lain bagi menempah gelaran gladiator yang satu. Sedangkan kita mahu mereka ini bersatu dan bekerjasama lalu mencipta gemilang secara kolektif dan bukan individual. 

Paling merungsingkan, itulah punca mengapa masyarakat kita hari ini lebih bersifat KEAKUAN (ananiah) dan sudah hancur KESATUAN (nahniah)NYA. Tidak lagi seperti zaman nenek moyang kita dahulu yang mengenali jiran-jiran seperti adik beradik sendiri. Buat rumah, pindah rumah, gali perigi, kenduri kendara bahkan kacau dodol menjelang raya juga dilakukan bersama-sama. 

Hari ini, kita terpaksa hidup sendiri-sendiri tanpa nikmat eratnya kemasyarakatan itu lagi. Jiran kelaparan, makan nasi lauk garam pun kita di rumah banglo sekitarnya tidak peduli, jiran sakit, bahkan dirompak dibunuh juga kita buat tak tahu. Sesama adik beradik, saudara sepupu juga kita bertanding, bukan berganding. Kita sanggup membiarkan anak saudara kita terus rosak akhlak asalkan nampak anak kita lebih baik dari anak-anak saudara kita. Ironinya jika kita mahu menegur pun akan lain jadinya. Kita sanggup berhutang menanggung dosa riba, makan rasuah dan pecah amanah demi memenangi pertandingan itu dan anak-anak kita yang memerhati akan meneruskannya juga.

Itulah salah satu natijah besar sistem pendidikan yang bersifat satu perlumbaan yang memberikan inspirasi megahnya kemenangan itu dengan hadiah-hadiah yang lumayan sedangkan mereka kehilangan “kemanusiaan” dalam diri mereka dalam perlumbaan yang mereka menangi itu. 


SOLUSI & JALAN KELUAR KEMELUT PENDIDIKAN

Kami melihat dari satu pandangan positif mengatakan bahawa apa yang ada dalam sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini sudah baik tetapi kurang menyeluruh. Dengan itu, dalam rangka Projek Sekolah Wakaf Prihatin yang bakal kami usahakan tidak lama lagi, kami masih mengekalkan pendekatan akademik seperti sekolah-sekolah lain tetapi dalam masa yang sama memberikan tambahan ruang pembangunan yang seimbang untuk pembangunan akhlak. 

Akhlak itu sendiri satu skop yang besar. Dalam akhlak itu ada disiplin, kemahuan, dayajuang, jatidiri, kreativiti dan banyak lagi daya yang sukar diukur menggunakan peperiksaan yang berpaksikan hafalan teks. Penilaian mereka kami ukur melalui konteks, penilaian gerakkerja dan tindakan harian di lapangan. 

Pedagogi pengajaran tidak terhad kepada dalam kelas sahaja. Ia lebih bersifat koperatif. Abang dan kakak akan mengajar adik-adiknya sambil dipantau oleh guru-guru berkelayakan tinggi (sehingga tahap Doktor Falsafah dari Universiti Terbaik Dunia). Pendedahan akademik akan dilipatgandakan melalui perlaksanaan projek inisiatif yang mampu membuatkan anak-anak mudah faham (bukan menghafal) dan mampu dipraktis bila keadaan bersesuaian. Anak-anak akan didedahkan dengan pelbagai ujikaji dan penyelidikan yang mereka jalankan sendiri. 

Itu semua mampu memberikan anak-anak keseimbangan pemikiran apabila otak kiri dan otak kanan kedua-duanya digunakan dengan baik. Ilmu yang ada akan terus digunakan dan diingati sampai bila-bila. Peperiksaan bukan satu isu besar kerana anak-anak tidak belajar untuk peperiksaan. 

Pendidikan adalah bidang yang besar dan unik dalam kehidupan manusia. Apa yang telah kami laksanakan selama ini hanya pendidikan tidak rasmi yang bersulam dengan sistem persekolahan arus perdana. Walaupun ada kesan baik yang nyata namun ia belum boleh dikatakan sempurna kerana ada dua sistem berlaku dalam satu masa.

Seperti biasa, sukar untuk kami mengulas sesuatu yang belum pernah kami laksanakan hasil kajiannya secara eksklusif dan komprehensif. Izinkan kami lakukan R&D melalui projek sekolah ini dengan anak-anak kami sendiri. Insyaallah apa saja hasil baik dari projek sekolah yang bakal kami laksanakan nanti mampu kami kongsikan modulnya kepada kementerian jika diminta. 

Jika kita masih juga keliru, ingatlah apa tujuan kita belajar. Jika hanya untuk mendapatkan sebanyak A yang boleh, ia sangat mudah untuk berlaku. Yang kita mahukan ialah pendidikan yang mampu memanusiakan manusia. Itulah yang bakal menjamin syurga dunia dan syurga di akhirat sana untuk kita dan anak-anak kita.. INSYAALLAH.


Cetusan minda

Wednesday, November 13, 2013

Jom Baca..

Susah sungguh.. nak ajak Athirah baca buku, kalau kita suruh pon dia pegang buku dalam lima minit lepas tu terbang lah ntah ke mana.. tgk aktun kat tv la, tengok kucing la, main la.. kejap abang ngah kacau, kejap-kejap adik lah curi buku hu hu, susah sungguh...

Dok pikir la jugak macam mana la nak buat.. hmm last last bawak balik lah buku kita baca lak kat rumah... sekalai haa tengok macam mana.. 



Haaa tengok... depa pon kalut nak membaca juga.. adeh la macam ni kena selalu buat lah.. moga moga berterusan la.. kita pon kena bagi semangat juga la dengan membaca bersama depa... owh owh.. apa yang pak depa baca sampai anak-anak pon teringin nak baca sama...

V
V
V
V
V


ha ha boleh lah gitu kan..?


Tuesday, November 12, 2013

Tahniah Ayong!

Dah dua tiga hari dia dok peringat, cikgu suruh pi sekolah pada hari kecemerlangan nanti, lepas tu juga dia dok bagitau yang cikgu dok suruh masuk latihan terima hadiah, macam tak percaya pon ada.. dengan akai dia yang jenuh kadang-kadang jenuh juga nak tapis mana yang betul mana yang tidak samapi kan boleh letak chop dari 10 kenyataan dia hanya 3 yang boleh di pakai, yang samada dari khayalan atau tokok tambah dia sesedap rasa saja.. 

Payah juga nak percaya, bila tanya dia anugerah apa dia dapat, dia kata anugerah murid paling ceria dan banyak bercakap.. ha ha x heran la pasal tak kira sapa dia boleh sembang, baik cikgu-cikgu, gurubesar pon dia layan, malahan Tauke kantin pon dia boleh buat geng.. ramah sungguh la anak ku sorang nih.. Tapi untuk tidak menghampakan kami pergi jugak la, layan saja lah karenahnya.. 

Sampai di sekolah baru lah tau, rupanya dia dapat juga anugerah kecermerlangan, result dia ok juga lah, dia dapat 10 terbaik dla kelas dia dan no 13 dari keseluruhan dari darjah 1.. ok lah tu, bagi tahap pertama ni tak la nak mengharap sesuatu yang exellence, biar lah ...

Tahniah yer Ayong!

..hmm kan dah jadi anak manja mama..

Sunday, November 10, 2013

Melawat tok ayah

Hmmm lama juga x Blk kg Melawat tok ayah, jd ari ni lepas mama Blk kelas Jom la Blk sg padang.... Tengok2 depa gi sawah menyulam padi, hmm Jom she gi bendang, nama saja Dok bendang to tak penah main bendang, Hari ni terlepas, maka berlarian la depa pi Kat tok ayah