Hari ni sebenarnya plan nak pi rumah rakan yang dah lama tak berjumpa, nun di Pasir Mas nuh.. tapi itu la hujan dan turun dari malam sampai ke siang tak mau berhenti-henti atau berhenti sekejap pastu turun balik.. jadi malas lah pulak nak gi jalan-jalan macam ni, bawak budak-budak rasa macam payah je, jadi berlingkar saja lah dalam rumah.. makan kopok leko.. makan nasi ulam bagai.. Tengahari tu gi sembahyang jumaat masjid dalam kampung Raja tu saja lah..
Menjelang petang sikit tu ada juga la masa sikit, sempat pinjam motor dan pergi main pantai, kalau tak si Athirah tu memang takkan puas hati tak leh nak tengok laut dan juga main pantai.. layan juga la walau pun sat..
Jadi lah boleh main walaupon sebentar.. oh Athirah pon dah ada geng kat sini, Qistina nama dia.. boleh ajer lah depa main, ada jugak kawan... Main pon tak dan lama, dalam 15 minit macam tu, hujan pon datang balik.. so balik jer lah.. Hujan ni membawa sampai ke malam dan pagi esoknya juga.. Adeh esoknya dah nak balik .. tapi hujan la ...
Comments