May 2011

Monday, May 30, 2011

Mr Mama lagi... dan lagi


Lagi nampaknya menjadi MM, semenjak hari Isnin hari tu lagi depa dah kena tinggai, kalai nih program kat Port Dickson pulak, macam biasa pergi senin dan balik pada hari Jumaat nanti, jenuh lah aku jadi MM. Tapi kali nih suasana makin berbeza, kalau dulu Athirah pergi Tadika Islam tengahari balik akan terus kerumah mak pengasuh dia, tapi kali nih lepas Tadika balik umah, makan mandi bagai lepas tuh siap-siap pegi ngaji Al Quran kat Taman Sena la pulak. Adeh letih juga tuh pimai- pi mai.

Kali ni juga mama pergi dengan keadaan yang kurang sihat, kesian juga, tapi apa nak buat kan? Kerana itu juga kami berdoa semoga semuanya baik baik saja.

Wednesday, May 25, 2011

Sabar la mama...



Sabar lah mama, kami (abah, athirah & anieq) tau mama tak selesa, tak sedap badan, dan segala-galanya, kami hanya dapat berdoa mama dapat bersabar dan tabah dengan dugaan ini, kami semua akan sentiasa berada di belakang mama menyokong mama sepenuhnya. Setiap kesusahan itu pasti ada hikmah dan ganjarannya!

Sunday, May 22, 2011

Sepetang bersama keluarga di taman Tok Pah


suasana panas, tak berangin tapi berawan tebal, menjadikan aku tak tega berada dalam rumah...

lepas tu pakat-pakat keluaq juga cari angin

suasana di kolam ikan tok pah...

malam pon menjelma...

Baguihnya tajuk, macam iye2 aje kan, sebenar taman tu tak der la tapi lebih kepada perusahaan ikan puyu tok pah, dulu depa bela ikan dalam kolah simen, tapi jenuh lak nak bagi makan, pasal makanan ikan tuh mahal jugak la, sekarang dah ada modal sikit , parit kat belakang rumah tu di dalamkan, kemudian akan di pasang pagar, kalau tak bahaya lak untuk cucu cicit yang beratandang nanti.

Sekarang ni kalau tokpah gi mancing ikan puyu, yang anak-anak tu akan di bawak balik dan di masukkan je kedalam kolam tuh sampai masa sesuai nanti baru lah akan dapat di jual nanti. 

Saturday, May 21, 2011

Monday, May 16, 2011

Alkisahnya








Alkisahnya, berlaku di sabuah pekan kecil bergelar Pekan Simpang Empat yang biasanya pada waaktu malam kedai-kedai jualan sunyi dan terkawal, tapi tiba-tiba semalam diserbu oleh ibubapa dan anak-anak, rupanya esoknya hari sambutan, mengenag jasa, memperingati pengorbanan guru-guru sekalian mendidik anak bangsa. Mungkin nilai hadiahnya tidak seberapa, tapi nilain tanda ingatan membawa hingga ke hujung nyawa.

Selamat Hari Guru!
Posted by Picasa

Sunday, May 15, 2011

Tuesday, May 3, 2011

Osama Laden terbunuh...?


 
WASHINGTON 2 Mei – Pemimpin rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden maut dalam satu operasi ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Pakistan, sekali gus menamatkan pemburuan selama 10 tahun yang dilancarkan AS terhadap perancang serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001.
Presiden AS, Barack Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut berkata, Osama terbunuh dalam satu serangan tentera AS di bandar Abbottabat, kira-kira 100 kilometer di utara Islamabad.
Beliau berkata, turut maut dalam operasi selama 40 minit diketuai Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu ialah tiga lelaki termasuk seorang anak lelakinya dan seorang wanita.
“Keadilan telah ditegakkan,” kata Obama lewat malam tadi di White House, sambil menambah kata, jenazah ketua al-Qaeda itu kini berada dalam simpanan AS dan akan disemadikan mengikut hukum Islam.
Kematian pemimpin al-Qaeda itu turut disahkan Pengarah Risikan Antara Perkhidmatan Pakistan (ISI), Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha.Seorang anggota al-Qaeda di Yemen yang dihubungi menerusi telefon turut mengesahkan ketua rangkaian militan itu terbunuh dan menyifatkannya sebagai ‘malapetaka’.Beberapa jam selepas pengumuman mengenai kematian Osama dibuat, AS segera mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyatnya di seluruh dunia dengan menyatakan satu keganasan anti-AS mungkin tercetus.
“Jabatan Negara AS memberi amaran kepada rakyat negara ini yang berada di luar negara supaya berjaga-jaga terhadap sebarang keganasan yang mungkin berlaku,” kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan.Rangkaian televisyen terbesar Pakistan, Geo turut menyiarkan satu rakaman imej muka Osama yang berlumuran darah, tetapi ia masih belum disahkan. – AFP/AP/Reuters (--Utusan Malaysia 3/5/2011)

Huh gempar kan semalam ceta pasal Osama Bin Laden, satu ikon yang amat teroris yang terkenal dan juga menjadi bayang2 hitam bagi negara barat terutamanya Amerika Syarikat, ketakutan yang menjadikannya satu lesen untuk mejarah, menyelongkar sesebuah negara tanpa perlu meminta kebenaran dan menjaga kedaulatan sesebuah negara.. Osama yang konon telah terbunuh di Pakistan hasil satu operasi serangan itu juga katanya membunuh salah seorang anak Osama, jenzah Alahyarham juga enggan di tuntut oleh mana-mana negara dan dia di semadikan di laut mengikut upacara pengkebumian Islam... hmm cepat pulak di semadikan ya..? Macam tak sempat2 pulak para pakar nak tengok, macam nak ilangkan bukti je.. 


Tapi nih kan masuk jer FB,.. tetiba muncul ajer gambar nih, memberikan tanda tanya yang besar, betulkah Osama dah terbunuh, betulkah Osama dah di semadikan di laut, betulkah Amerika sudah berjaya membuang si pengkhianat dunia itu, ulasan PM, "...berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu. - UMalaysia"... entah lah tapi ianya masih memberi tandatanya yang bukan kecil tapi BESAR!!

Monday, May 2, 2011

Santai @ Hotel...


Wah udah lama bener tidak ada entry, bayangkan sebulan lepas hnya 2 entry saja.. ahh teruk lah macam , tak terkejor nak boleh dapat manyak entry macam tahun lepas.. apa-apa pon kita mula balik lah setakat yang termampu ye...

Okey la, kalau perasan ada dua tiga entry lepas ada aku bercerita pasal Mr Mama, nampak gayanya akan kerap lah aku jadi Mr Mama ni, mem aku nih terlibat dengan ajk penggubal kurikulum untuk satu course baru kat Politeknik, terpaksa lah depa membuat dasar tentang course tuh, jadi akan ada banyak pertemuan macam nih, merata rata tempat lah depa buat perjumpaan. satu sesi ada 4-5 hari, kalau tak salah aku ada lagi 6 sesi , masak lah aku jadi Mr Mama kali ni..


Kali ini giliran Perlis jadi tuan rumah bertempat di Hotel Putra Palace Kangar, jadi malam nih terpaksa aku teman mem bersama anak-anak lah pasal ada peserta yang belum sampai, esok baru penuh rasanya.. Boleh la jugak rasa dok Hotel dngan anak-anak katanya...

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...