WASHINGTON 2 Mei – Pemimpin rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden maut dalam satu operasi ketenteraan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Pakistan, sekali gus menamatkan pemburuan selama 10 tahun yang dilancarkan AS terhadap perancang serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001.
Presiden AS, Barack Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut berkata, Osama terbunuh dalam satu serangan tentera AS di bandar Abbottabat, kira-kira 100 kilometer di utara Islamabad.
Beliau berkata, turut maut dalam operasi selama 40 minit diketuai Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu ialah tiga lelaki termasuk seorang anak lelakinya dan seorang wanita.“Keadilan telah ditegakkan,” kata Obama lewat malam tadi di White House, sambil menambah kata, jenazah ketua al-Qaeda itu kini berada dalam simpanan AS dan akan disemadikan mengikut hukum Islam.
Kematian pemimpin al-Qaeda itu turut disahkan Pengarah Risikan Antara Perkhidmatan Pakistan (ISI), Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha.Seorang anggota al-Qaeda di Yemen yang dihubungi menerusi telefon turut mengesahkan ketua rangkaian militan itu terbunuh dan menyifatkannya sebagai ‘malapetaka’.Beberapa jam selepas pengumuman mengenai kematian Osama dibuat, AS segera mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyatnya di seluruh dunia dengan menyatakan satu keganasan anti-AS mungkin tercetus.
“Jabatan Negara AS memberi amaran kepada rakyat negara ini yang berada di luar negara supaya berjaga-jaga terhadap sebarang keganasan yang mungkin berlaku,” kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan.Rangkaian televisyen terbesar Pakistan, Geo turut menyiarkan satu rakaman imej muka Osama yang berlumuran darah, tetapi ia masih belum disahkan. – AFP/AP/Reuters (--Utusan Malaysia 3/5/2011)
Huh gempar kan semalam ceta pasal Osama Bin Laden, satu ikon yang amat teroris yang terkenal dan juga menjadi bayang2 hitam bagi negara barat terutamanya Amerika Syarikat, ketakutan yang menjadikannya satu lesen untuk mejarah, menyelongkar sesebuah negara tanpa perlu meminta kebenaran dan menjaga kedaulatan sesebuah negara.. Osama yang konon telah terbunuh di Pakistan hasil satu operasi serangan itu juga katanya membunuh salah seorang anak Osama, jenzah Alahyarham juga enggan di tuntut oleh mana-mana negara dan dia di semadikan di laut mengikut upacara pengkebumian Islam... hmm cepat pulak di semadikan ya..? Macam tak sempat2 pulak para pakar nak tengok, macam nak ilangkan bukti je..
Tapi nih kan masuk jer FB,.. tetiba muncul ajer gambar nih, memberikan tanda tanya yang besar, betulkah Osama dah terbunuh, betulkah Osama dah di semadikan di laut, betulkah Amerika sudah berjaya membuang si pengkhianat dunia itu, ulasan PM, "...berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu. - UMalaysia"... entah lah tapi ianya masih memberi tandatanya yang bukan kecil tapi BESAR!!
Comments