Bersambung lagi kisah hari ni, Bang Ngah, ada lawatan sekolah, jauh betul lawatan sekolahnya.. membawa sampai ke Perlis, alah macam balik kampung juga rasanya. Depa punya Itinari perjalanan cukup mudah. Pagi selepas masuk waktu sekolah mereka bertolak dari Sungai petani dan sampai di Muzium Kota Kayang dalam pukul 9.15pg, ok smooth ja perjalanannya. Sampai ja, katering makan dah siap makan tengahari (bungkus) yang sediakan oleh Kedai Makan Mee Zdin , memang favorite la.. Sebelumnya kita tolong lah kawtim bagi dapat harga Rahmah Budak Sekolah, Alhamdulillah, di permudahkan segala urusan. Nanti boleh aja makan kat mana2. Selepas dari Muzium Kota Kayang mereka akan ke Taman Eksotik Buahan dan Kebun Anggur, Gua Kelam dan lepas tu, sempat la Shopping di Padang Besar.. Sedikit Brief tentang Muzium Kota Kayang, Muzium Kota Kayang, ia terletak di Perlis, Malaysia dan merupakan satu kompleks sejarah yang popular di Perlis. Muzium Kota Kayang menawarkan pelbagai maklumat mengenai sejarah Perl