Skip to main content

Happy New Year....

Hi, Assalamualaikum.. Selamat tahun Baru.. dah hampir setahun bersawang.. last repot sini September 2023, now dah pertengahan Januari 2024.. sudah lama, lama benar tinggalkan medan ini.. mencari sisa-sisa fragment yang berterabur. Okeh melankolik sangat.. sudah lah..

Ayong : Usia 12 Tahun , dah 6 tahun dulu

Jadi, apa berlaku pada tahun ini, kita mulakan dengan kisah anak-anak, Tahun ni Ayong berperang dengan SPM, mama dan abah pulak berperang dengan Ayong, itu kisah panas. Tapi jangan lah salah faham, perangnya Ayong dengan SPM ialah bagai perangnya antara ego, antara resam seorang remaja di zaman teknologi kini dan juga perangnya mama dan abah dan Ayong bagai perangnya sang raja dan ratu nak urus kan kerajaan (keluarga baru - dimasa depan) yang bakal di bentuk. Ingin menerapkan segala bentuk masa depan baru yang kita cuba perseambahkan dengan dunia angan2 yang mudah dibentuk dialam maya, menjadikan ianya peperangan yang epik. Apa pun pertembungan itu, masih lagi dalam batas-batas keluarga, cuma kadang-kadang hangat, dingin itu tidak sedikit pon melunturkan ikatan keluarga, hanya episod-episod drama minggu ini yang berbagai-bagai olah dan ragam, cukup menjadikan keluarga ini terus hidup, bergerak cargas dan bertambah mutu. Bagitu lah dalam menempuh SPM itu, dan semua ini akan berlalu usai pertengah Mac 2024.

Angah : Usia 12 Tahun , dah 4 tahun dulu

Kita terjah pulak kisah anak teruna ni, semenjak pertengahan 2020, cerita tentang Angah ni makin kurang, ialah dah masuk asrama ni kurang lah perkembangan nya. Sekarang ni dah makin tinggi (tinggi lagi dari abah dia), makin aktif bersukan (maklumlah duduk dok kat asrama serba serbi kena aktif) dan dengan automatik badan dia dah tak gempal macam dulu. Size kasut pon dah jadi isu, dengan tapak kaki yang agak lebar, menjadikan kasut (mahal, murah ka, bundle ka) menjadi cepat haus dan mudah pecah.. jenuh la, setahun sekali kena tukar, kadang dua kali setahun, lasak sungguh. Apa-apa pon dia mudah juga dibentuk buat masa sekarang ni, jadi biar lah dulu... ada 2 tahun lagi sebelum SPM

Acik : Usia 12 Tahun ,baru je ni..

Acik, masih lagi mencari identiti, kalau bermain games itu identiti dia jenuh lah, tapi yang pasti, banyak perubahan mula terjadi pada dia, mungkin selaras dengan umur yang meningkat. Makin mudah untuk bergaul dan berkawan dengan kawan-kawan samada disekolah, dituition dan sebarang program bersama agensi lain. Namun tetap seorang yang low profile dan suka ada dibelakang, lebih baik jadi helper, supporter dari pencetus.. mungkin masih tidak keluar dari bubble dia.. tak pa kita sentiasa support aja. Tahun depan akan masuk sekolah menengah, akan lebih lasak kehidupannya, moga bertabah dan tegar.

Ok dulu cerita pasal anak-anak, bagi cerita mama dan abah kita slow2 update lah nanti. Rencah dan rencamnya dunia ni makin bertambah... 





Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..