Skip to main content

Post : 07/2024 - Segmen pandang belakang

Kayang Di Hati..

Bermula dari 09/02/2024 kesemua mereka di atas merupakan alumni Sekolah Kebangsaan Kayang Perlis. Abahnya dulu dari tahun 1978-1984, kemudian baru Athirah 2017 - 2018, Anieq 2017 - 2021,  Anief  2017-2024. Yeah.. 

Jom kita ceta sejarah sikit : 


Zaman Darjah Dua 

Sekolah Kebangsaan Kayang, Perlis telah didirikan oleh kerajaan negeri Perlis pada tahun 1917. Tapak permulaan sekolah tersebut terletak di Behor Masjid, Kayang, Perlis. Bangunan asas didirikan dengan pertolongan orang – orang kampung. Penghulu Syed Kassim dan Penghulu Tok Wi telah memainkan peranan penting bagi mwujudkan bangunan sekolah ini. Bangunan awal itu diperbuat daripada kayu bulat, beratapkan nipah dan dindingnya diperbuat dengan buluh. Pada peringkat awal, murid – murid terpaksa duduk di atas pasir kerana kemudahan – kemudahan asas seperti kerusi dan meja tidak ada. 

Pada tahun 1920, sekolah ini diubah ke tempat baru iaitu Behor Lateh. Bangunan lama di Behor Masjid diruntuhkan dan pembinaan bangunan sekolah daripada batu didirikan. Pada tahun tersebut sekolah ini dapat menampung kira – kira 180 orang murid. Sekolah tersebut menjadi lebih sempurna dengan terbinanya bangunan konkrit dalam tahun 1968. Segala kemudahan dan kelengkapan telah disediakan oleh pihak kerajaan. 

Pada tahun 1981, satu bangunan baru telah siap dibina di KM 7, Jalan Kuala Perlis, Perlis. Dengan itu murid – murid tahun 4, 5 dan 6 telah berpindah ke bangunan baru. Murid – murid Tahap 1 pula masih kekal di bangunan lama. Pada 10 Februari, 1985, sebuah lagi bangunan didirikan. Dengan demikian, kesemua murid sekolah ini ditempatkan di satu kawasan. 

Zaman Darjah Tiga

Bangunan lama di Behor Lateh diserahkan kepada Sekolah Menengah Syed Alwi. Pada 1 Disember 1992, sebuah bangunan lagi telah didirikan bagi menampung penambahan murid – murid sekolah ini. Pada tahun 2000, sebuah bangunan 4 tingkat telah dibina di hadapan blok bangunan tahun 1 berikutan penambahan murid sepanjang tempoh lapan tahun kebelakangan. Bangunan tersebut telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 7 Nov 2001 dan sedia diduduki bagi sesi persekolahan 2002. 

bangunan ini mempunyai kemudahan 6 kelas dan sebuah Bilik Bimbingan Kaunseling di tingkat 4. Sebuah pusat sumber, bilik tayangan, bilik muzik dan makmal sains di tingkat 3. Bilik Mesyuarat, Bilik Guru, bilik pendidikan seni dan bengkel kemahiran hidup di tingkat 2, manakala di aras bawah ditempatkan bilik peperiksaan, bilik kesihatan, stor pendidikan jasmani, surau dan bilik wudhu.

 Gambar2 : Kutip balik dari Post Lama

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....