September 2011

Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 27, 2011

Sunday, September 25, 2011

Monday, September 19, 2011

Matangkah kita...?


Matangkah kita..? mungkin sesekali kita boleh renungi bersama... 

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

sekadar hiasan
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

- Artikel iluvislam.com

Saturday, September 17, 2011

Lawatan ke Tanjung....


Kemarin, sempat juga buat lawatan singkat ke Pulau Mutiara Pulau Pinang,ada dua destinasi yang telah  dijadualkan iaitu Perpustakaan Desa Bandar Baru Teluk Kumbar dan juga Kapal Logos Hope.

Tujuan lawatan pertama ialah bagi menjalin silaturrahim sesama kakitangan perpustakaan, juga bagi bertukar pendapat dan idea. 



Lawatan kedua ialah ke Kapal Logos Hope, kapal yang belayar ke suluruh dunia dengan mambawa buku-buku dan juga membuat kegiatan amal di setiap persinggahan mereka, namun begitu disebalik semua itu, mereka sebenarnya lebih kepada mengeratkan kegiatan bersama komuniti Kristian dan kegiatan-kegiatan yang bersangkutan dengannya...

adeh.. gambar ku terpaksa memberi laluan kepada kapal Logos Hope.. 





Posted by Picasa

Friday, September 16, 2011

Monday, September 12, 2011

Perlis Banjir Lagi...


Nampak gaya banjir menjengah lagi ke bumi perlis, bermula dengan hujan lebat kemudian dilimpahi pula dengan air empangan dar Empangan Timah Tasoh dan kemudian air akan bertebaran mencari kawasan lembah dan rendah.. dengan sungai-sungai yang kecil tidak dapat menampung kapasaiti air maka jadi lah banjir, tak kirah lah banjir besar maupun banjir kilat, puncanya sudah menjadi satu trend...

banjir sekitar Bandar Kangar..

Sungai Perlis



Sekitar Tebing Tinggi
Posted by Picasa

Sunday, September 11, 2011

Hujan Lebat...


Adeh.. semalam ujan lebat betul.. bukatsetakat semalam tapi dari pagi kemarin lagi dah hujan, lebat lak tu.. dan semalam kemuncaknya kot, siap dengan ribut kuat lagi.. tapi kan entah macam mana aku boleh tak sedar pasal ribut nih, mungkin letih sangat + syok tidoq pasal hari ujan..
Bangun pagi je tengok, nah terbonkang dah macam nih.. isk haru betui lah, jadi mau tak mau terpaksa la aku bersihkan semua tu.. dah la ujan masih lagi renyai-renyai.. 





akhirnya tak sempat jua nak habiskan pasla ujan makin lebat.. err mcm ni aje la yang sempat aku bersihkan dulu.....
Posted by Picasa

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...