October 2005

Monday, October 31, 2005

Puasa : Hari ke 27


Emm hari ni dah hari yang ke 27 Ramadhan, dan dah 27 hari kita berpose.. dan tinggal tak lebih dari 3 hari lagi nak beraya.. emm sungguh cepat masa berlalu.. berdesup ia bergerak sepantas bullet train di Jepun.. hah! maaf, tak banyak yang dapat aku coretkan minggu lepas.... entahlah.. aku dah menjadi kelu agaknya..

Emm kat umah aku dah meriah kembali.. kakak ku dari Shah Alam dah balik nak beraya kat kampung, dengan 4 orang anak nya cuku untuk meriuhkan kat rumah aku.. tapi aku masih terasa sunyi.. entah mengapa aku pon tak tahu... em tak pe lah . esok aku cuti Deepavali... Rabu kang aku keja balik mungkin aku akan sambung lagi.. ok .. chiowsss dulu...

Tuesday, October 25, 2005

Puasa : Hari ke 21


hi.. ari ni dah 21 ari kita beposa.... lagi seminggu lebih kita dah nak sambut Hari Raya... dentuman meriam bulu, mercun dah kedengaran di sana sini... lagu raya dah makin acap kali kedengaran di radio.. ada pelbagai rasa yang sedang aku rasai... ada sedih, sayu.. ada gembira.. berdebar-debar pon ada..

yang aku sedih sangat ialah inilah pertama kali aku beraya tanpa emak disisi.. setelah pemergian emak, apa yang ku rasa sayu benar nak menyambut raya tahun ni.. sepanjang ingatan aku, ini lah kali pertama aku beraya tanpa emak dan bukan jua sekali tapi akan selamanya lepas ni aku akan beraya tanpa emak...

dalam aku bersedih.. tahun ini lah juga buat pertama kali aku beraya sebagai seorang suami.. kalau korang bertanya apa aku rasa... entah aku tak tahu.. pasal tahun ni adalah tahun yang penuh suka duka.. bercampur baur ... emm entah la tak tahu aku nak kata..

dan satu perasaan lagi aku tak tahu nak tafsirkan.. satu perasaan yang sumer orang inginkan.. isk aku tak tahu nak cakap lagi.. nanti nanti lah aku bagi tahu yer.. ok le.. nanti kau sambung

Saturday, October 22, 2005

Puasa : Hari ke 18


Hi... emm hari ni dah 18 hari kita berpuasa.. emm dah makin berlalu bulan posa.. yang makin menghampir ialah hari raya.. err. aku masih lagi blurr hari raya tahun ni macam mana.. setelah pemergian emak.. ni kali pertama aku beraya tanpanya.. isk mana ketupatnya.. mana rendangnya.. entah lah aku tak tahu.. macam tu juga dengan orang yang nak datang ke rumah ku nanti.. entah la..

tapi di sebalik kesediahan dan kepiluan ni.. ada juga rahmatnya.. ada yang bakal berlaku lagi dalam keluarga kecil ku ini.. aku masih menanti hari.. masih menyabarkan diri.. nanti la aku bagi tau.. bila masa nya sampai dan ku kira bersedia nak di hebohkan.. aku ku hebohkan la...

Sehubungan dengan pemergian dati seri Endon ke Rahmatullah aku sekeluarga juga mengucapkan takziah kepada Pak Lah Sekeluarga.. semoga rohnya di cucuri rahmat.. kami juga turut bersedih..

ok lah aku ber'alah' dulu kang nanti aku sambung lagi.. ok sumer .. nice weekend.. and selamat berposa...

Hilangnya Sebutir Bintang!



Selepas lebih tiga tahun bertarung dengan kanser payu dara, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pagi semalam.

Endon, 64, menghembus nafas terakhir di depan keluarga � Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dua anaknya, Kamaluddin dan Nori, menantu Azrene Abdullah dan Khairy Jamaluddin, empat cucunya serta ibu Allahyarham, Datin Mariam Abdullah � pada jam 7.50 pagi.

Berita kematiannya mula diketahui seawal jam 8 pagi apabila disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) Bernama sebelum ia meluas ke seluruh pelosok negara.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira 18 hari selepas pulang daripada menjalani rawatan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Beliau diletakkan di bawah jagaan rapi di Hospital Putrajaya pada 2 Oktober lalu, sebelum dibenarkan pulang ke Seri Perdana, malam Isnin lalu.

Cuaca di Lembah Klang, termasuk di Putrajaya yang mendung dengan hujan sekali-sekala semalam seolah-olah turut merasai pemergian Allahyarham, tetapi ia tidak menghalang ribuan rakyat mengunjungi Seri Perdana untuk memberi penghormatan terakhir.

Antara yang terawal menziarahi jenazah Allahyarham ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu kira-kira jam 8.30 pagi.

Kamaluddin ketika ditemui berkata, semua ahli keluarga terdekat berada di sisi ibunya ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

�Kami tanya sama ada beliau mempunyai pesanan terakhir untuk kami semua.... namun beliau ketika itu sudah separuh sedar,� katanya yang sebak menahan air mata.

Khairy pula berkata, ibu mentuanya pergi dengan penuh ketenangan.

Seorang pembantu Perdana Menteri berkata, Abdullah tenang ketika menghadapi saat itu. �Pak Lah kelihatan tenang. Bila saya menangis, beliau pula kata, tak mengapa,� katanya.

Sebelum jenazah dibawa keluar dari Kompleks Seri Perdana, Abdullah, ahli keluarga dan saudara mara terdekat menunaikan solat jenazah yang diketuai bekas Imam Besar Masjid Negara, Wan Halim Wan Harun.

Perdana Menteri dan anak-anaknya kemudian mencium dahi Endon untuk kali terakhir.

Selepas jenazah dibawa keluar dari Dewan Besar dan dihentikan seketika di tangga, Abdullah memberi ucapan ringkas dengan merakamkan terima kasih kepada orang ramai yang menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada isterinya.

Beliau juga berterima kasih kepada mereka yang mendoakan, membacakan Yassin dan melakukan amalan lain untuk disedekahkan kepada isterinya.

"Mudah-mudahan beliau ditempatkan di kalangan orang yang solehah. Jika ada hutang atau apa-apa barang yang dipinjam isteri saya, hendaklah jumpa saya dan ahli keluarga kami supaya ia dapat diselesaikan," katanya.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Putra untuk disembahyangkan pada waktu Asar dengan diimamkan Pemangku Imam Besar masjid itu, Abdul Manaf Mat, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Presint 20.

Allahyarham Endon adalah orang kenamaan kedua dikebumikan di tanah perkuburan baru di situ selepas bekas Pengerusi Petronas, Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datuk Seri Rosmah Mansor, mengetuai barisan menteri Kabinet untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Turut berangkat menziarahi jenazah Endon ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid pada jam 2.40 petang.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah adalah kalangan Raja Melayu yang turut berangkat menziarahi Endon, pada jam 2.15 petang.

Turut menziarah, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Nur Zahirah; Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri serta kerabat diraja Pahang selain Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abas.

Menjelang tengah hari, laluan ke Seri Perdana sesak teruk dengan ribuan orang berpusu-pusu untuk memberi penghormatan terakhir. Mereka termasuk ketua jabatan, tokoh korporat, ahli politik, pemimpin masyarakat dan diplomat asing.

Pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga hadir memberi penghormatan terakhir.

Pemimpin asing juga tidak ketinggalan termasuk Presiden Singapura, SR Nathan; Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong; Menteri Kanan, Goh Chok Tong; Timbalan Perdana Menteri, S Jayakumar dan Menteri Luar, George Yeo.

Wakil Sultan Brunei, Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah dan isteri Dayangku Sarah Pengiran Salleh Ab Rahaman serta Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Endon di tanah perkuburan, petang semalam.

Turut berada di tanah perkuburan ialah wakil kerajaan Indonesia, Alwi Shihab yang juga Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat negara itu.

Arroyo kemudian kelihatan berbual dengan Abdullah selama kira-kira 10 minit di bawah khemah khas di situ. Selepas mengiringi Arroyo ke kereta, Abdullah kembali ke khemah dan berbual dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Surakiart Sathirathai dan Menteri Luarnya, Dr Kantathi Suphamongkhon.

Beberapa acara rasmi dibatalkan termasuk lawatan Abdullah ke Pulau Pinang petang semalam. Pelancaran Jersi Kebangsaan untuk Sukan SEA di Manila pada akhir tahun ini yang sepatutnya dilancarkan oleh Najib di pejabatnya di sini tengah hari semalam, turut dibatalkan.

Sidang Dewan Rakyat semalam turut ditangguh hingga Isnin ini. Stesen radio dan televisyen memberi penghormatan dengan menukar program rutin kepada irama syahdu dan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
sumber berita : bharian.com.my gambar : bharian , email

Sidang redaksi sangkelu.blogspot.com mengucap takziah kepada Pak lah Sekeluarga di diatas pulangnya Datin Seri Endon Mahmood ke Rahmatullah.. sesungguhnya kami rakyat Malaysia turut berdukacita.. semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Tuesday, October 18, 2005

Hujan lagi..



Erghhh.. ari ni ujan lagi.. tapi manusia kat dalam perpustakaan masih juga ramai... aku tak tau nak buat apa ari ni.. just check around internet dan emails.. aper tak nya aku dok sowang hari ni.. ina cuti... tak dak owang nak ngasuh anak... isk kalau aku gamaknya .. sapa la nak ngasuh anak aku....? haa haa ntah la aku tak tau nak jawab...

Kemain aku ada kata aku ada berita.. aku nak bagi tau.. tapi nampaknya aku tak leh bagi tau lagi... jangan marahkan aku.. kalau leh nak sangat aku bagitau.. tapi lum boleh.. sabo jer lah dulu ye.. aper yang aku leh kata .. apa yang akan aku kabo kan ni berito yang amat baik.. tak de yang tak baik .. sumernya baik.. so sabo gi lah ye...

Ni gambo depan opis aku.. basah... basah.. basahh ujan dah datang..

Monday, October 17, 2005

Wednesday, October 12, 2005

Hujan Monsoon



Wah ari ni dah 8 Ramadhan.. emm aku rasa dah makin ok la.. tak macam baru2 posa.. macam macm rasa ada.. sakit perut la.. pening kepala la.. macam2.. dan sekarang ni ponkena musim ujan.. hampir hari2 ujan.. sekarang ni pon tengah ujan.. tak per la nak buat macam mana kan..? dah musim dia.. so aku pon dah nak balik ni.. nak pi pasar ramadhan..nak beli apa, emm tah la.. tgk la dulu macam mana..

Tuesday, October 11, 2005

Puasa : Hari ke 7


Hi.. isk dah lama gak aku tak nulis kan.. semenjak ari jumaat ari.. emm sebenarnya tak de aper sangat yang berlaku.. cuma biasa2 je..

emmm puasa pon masih sepeti biasa... hai dah masuk ari yang ke tujuh.. uuhh cepat juga masa belalu kan...

Emmmm emm tak de aper lak nak citer kan.. dah abis idea.. tak per la mana tahu kedepan ni ade citer best ka.. mesti aku bg tau punya... okekkk aku balik dulu .... selamat bebuka pose sume...

Friday, October 7, 2005

Sekitar Masjid Tuanku Syed Putra



Hari ini merupakan hari ke 3 Ramadhan 1426 Hijrah., aku baru je balik dari sembahyang Jumaat kat Masjid Putra, Kangar. Masjid ini adalah sumbangan dari Yayasan Tuanku Syed Syed Putra. Sebenarnya aku tak tahu apa nama sebenarnya masjid ni, tak tahu juga bila ianya dirasmikan, apa yang aku tahu masjid ini mula digunakan dalam lingkungan sebulan ni la.. emm tercapai juga hasrat aku nak melawat ke sini..

Awal aku menulis ari ni.. aku tau ari ni agak sibuk, biasa la ari Jumaat bebudak ramai kat lebri ni.. so baik aku tulis awal kang tak sempat lak..

Ari ni dengan ape la aku nak berbuka yekk... mungkin ada masakan istemewa kot? haaa haa angan2 la , sapa nak masak? sumer owang keja, balik dah kol 6.. jadi mana nak dan masak.. kena la beli aje.. isk sabo aje la..

Thursday, October 6, 2005

Menjelang puasa...



Hi.. emm ari ni aku sambung balik lah ye.. dah lama kau sibuk.. ada di Perpustakaan Cawangan , ari ni baru ada masa nak sambung chat.. ntah la..

Em ari ni juga dah dua ari kita berposa.. Alhamdulillah sumernye ok aje.. tapi masa sahur malam kemarin aku bersahur ngan kakak aku je.. isk ni yg buat aku betul2 teringat kat mak... kalau dia masih ada tentu masih ngan nasi lauk ikan dan kopi nya .. mana leh dia miss yang tu.. agh.. kenangan tetap kenangan walaupun emak dah pergi hidup kena teruskan jugakan..

Hari ni satu weblog aku dah kena tutup.. bukan kerana tak bayo .. tapi kerana permintaan dari tuan dia.. heh aper lah nak jadi.. ntah ler.. aku dah nak balik.. kang aku sambung...

Ni gambar masa ari tgk anak bulan tu.. sempat jugak aku kuar gi tgk sama..

Yang Terindah Hanyalah Sementara


Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan ku lalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah
Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali
Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan ini


Ahhh macam mana harus ku singkirkan kenangan ini.. sesungguh apa yan9 terjadi bukan salah dia.. malahan bukan kehendak aku jua.. entah macam mana aku nak bagi tahu owang.. tapi sesungguhnya aku memang salah langkah pada nya.. aku buat apa yang aku tak nak buat..

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...