November 2010

Tuesday, November 30, 2010

Bencana umat akhir zaman...


Bencana akan tiba bila kita umat akhir zaman melakukan 15 perkara ini......
by Syargawi Hj Omar on Tuesday, November 30, 2010 at 9:11am via Facebook

Penjelasan Rasulallah SAW mengenai bencana sering dikaitkan dg pra-kondisi sebelum terjadinya bencana tersebut. Hadist riwayat imam Atturmudzi, dan yg menghimpun hadis ini adalah ulama Alwalial annajdwi yang menghimpun 40 hadis yg menerangkan tentang bencana, dan ketika dia metafsirkan hadis ini dia memberi judul 5 kederhakaan / kemaksiatan yang dapat menyebabkan datangnya bencana.

Dari Ibnu Ali bin Abi Thalib berkata, bahwa Rasulallah telah bersabda :Bilamana umatku telah mengerjakan 15 perkara ini, maka bala bencana pasti akan turun menimpa mereka, sahabat bertanya apa 15 perkara itu ya Rasulallah, Rasulallah bersabda Bala akan datang bilamana :

1. Harta Negara hanya beredar (dipegang) dikalangan orang-orang tertentu (fenomena ini sudah mewarnai negeri kita, betapa banyaknya masyarakat kita yang berada dibawah garis kmiskinan dan jumlah mereka semakin bertambah dengan smakin banyaknya bencana yg menimpa negeri ini.
2. Apabila amanah telah dijadikan sumber keuntungan (Bilamana Pemimpin atau pegawai atau pekeja bawahan menjadikan amanah dari rakyat itu sebagai satu sumber keuntungan).
3. Apabila zakat dijadikan hutang. (orang-orang kaya dinegeri ini semakin enggan membayar zakat)
4. Bala akan datang bilamana suami menurut kemahuan isteri.(Queen Control)
5. Anak derhaka terhadap ibunya (fenomena ini terjadi)
6. Sedangkan ia berbuat baik kepada teman sebayanya (pada kehidupan keluarga)
7. Menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara2 ditinggikan di dalam masjid (Masjid dijadikan tempat kempen politik dan perbincangan sia2).
9. Pemimpin suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.(banyaknya pemimpin yg dipilih dari golonganya sendiri dengan dalih kebenaran menurut golongan mereka sendiri).
10. Seseorang dimuliakan karena ditakuti kejahatanya ( Banyak orang yang dihargai kerana usaha kemaksiatanya, kemudaratannya, ketamakanya dll)
.11. Khomer / arak (minuman beralkohol) sudah diminum segala tempat (sudah banyak ditemui di tempat-tempat umum secara terang-terangan).
12. Kain sutra banyak digunakan oleh kaum laki2 (kaum lelaki sudah khilaf dengan kemewahan).
13. Para Biduwan-wati / penyanyi dan artis disanjung2 (fenomena sudah terjadi di Malaysia dg kemunculan pertandingan menjadi penyanyi dan artis pilihan seperti pertandingan pencarian bakat AF, MENTOR,MALAYSIAN IDOL,IDOLA KECIL dan segala bentuk hiburan yang melalaikan.
14. Muzik banyak dimainkan (muzik sudah dijadikan hiburan utama).
15. Generasi akhir umat ini melaknat / menyalahkan generasi pertama yakni para sohabat radiallahu anhum ajmain (generasi umat sekarang bermain dengan berbagai filosofi pemikiranya).

Akhir dari sabda Rasulallah SAW adalah :
Maka hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka dirubah menjadi mahluk yg lain apabila mereka telah melakukan 15 perkara tersebut.
Beginilah seharusnya seorang mukmin memandang bencana. Dalam Al-quran surat Ali imron, ayat 83 “Apakah mereka mencari selain agama Allah, padahal tunduk berserah diri segala yang ada dilangit dan di bumi dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allah SWT kembalinya segala sesuatu”
-------------------------------

Adakah ini yang sedang terjadi, betulkah kita sedang berada di akhir zaman, adakah juga kejadian kejadian sekarang nih, juga malapetakan serta bencana alam yang terjadi sekarang ni merupakan tanda-tanda kita sedang berada di akhir zaman..? 

Sunday, November 28, 2010

H50.. kegilaan kembali....


Entah sejak bila, dan ntah semenjak bila, aku tetiba terminat dengan siri Hawai Five  O 'H5O', tapi seminggu dua nih adalah kerap pulak AXN Tv kat Astro dok tayang balik siri-siri lama, isk apake hai pulak kan nak tunjuk siri-siri lama ni kan.. oh rupanya ada musim ter baru  yang akan keluar.. owh jadi layan saja la...


Hmm sebenarnya dah lama oo siri H5O nih, rasa nya sejak tahun 1968 wah aku belum di lahirkan lagi ni, "Hawaii Five-O is an American television series produced by CBS Productions, and set inHawaii. The show originally aired for twelve seasons from 1968 to 1980, and continued in reruns. The show featured a fictional state police unit run by Detective Steve McGarrett, played by actorJack Lord. The theme music composed by Morton Stevens became especially popular. Most episodes would end with McGarrett instructing his subordinate to "Book 'em, Danno" sometimes specifying a charge such as "murder one.".. Quote dari WIkipedia"

Makna nya dah 42 tahun series nih, bermakna berganti-ganti lah pelakon dia.. dahsyat kan boleh bertahan hingga 42 tahun punya siri.. Bila la Malaysia nak nak ada siri yang boleh bertahan sehingga anak cucu macam tu..?

Saturday, November 27, 2010

Musim kenduri ver11/12 2010


Dengan bermulanya musim cuti sekolah hujung tahun ni maka bermula lagi pesta makan, pesta kenuri, pesta orang sibuk nak kawin dan juga pesta bebudak nak berkahatan dan bersunat. Walaupun SPM/STPM masih berjalan, bebudak U masih belum bercuti, majlis yang di rancang perlu di teruskan.

Lembu, kerbau,dan kambing , tidak senang duduk, baru sekejap melepasi tahap kritikal musim raya haji, kini 'berdendang' pulak denganb musim kenduri kali ni, ayam dan itik yang hari tu sedap bergelak ketawa melihat lembu, kerbau dan kambing resah gelisah, kini mula pucat mukanya, seram sejuk badannya.. "alamak turn aku dah sampai daaa..", begitu lah alamat musim kenduri dah sampai.. alkisahnya....

Ini kesah semalam, rumah pak menakan mem aku

 ..err khemah baru sampai kol 8.00 malam
 ..anak dara yang baru lepas di ijabkabul kan di masjid
 isk.. macam mareh je, nak balik ahhh....
 ..sweet smile to..? er..
 aaa.. kang dah posing sorang..
Anieq, mama dan Kak Long, Athirah..? dah ilang la..

okeh, ini berlaku di Felda Mata Ayer Perlis, sampai kat sini dalam jam 8.00 malam, dan kemudian bertolak balik dalam jam 9.45 malam, hari ni baru akan kenduri.. jadinya hari ni ada 3 kenduri aku kena attend, satu di kampung, satu di Kuala Perlis dan satu lagi kat Felda Mata Ayer nih selepas mama balik dari kelas kol 3.00 petang nanti...

Friday, November 26, 2010

Kalau Berpacaran...





Video dan jeritan Batin di bawah ni aku tujuka khas buat adik-adik yang akan menamatkan SPM/STPM maupun yang sedang berada di puncak gading , semoga dapat di jadikan pengajaran.. errr apa motifnya entry copy/paste nih... just untuk berhibur dan mencari pengajaran.. sumber surat di bawah ni terjumpa kat FB petang nih, jadi boring2 sementara nak balik tuh.. sangkut aje lah kat sini...

Surat Buat Yang Disayangi,
Awak,

saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...

betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...

awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..

awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??

saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..

awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.

saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..

awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..

awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..

Dari saya,
yang menyayangi awak..

Thursday, November 25, 2010

Sejarah Solat..



Dalam al-Quran ada lebih 25 tempat ayat yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat manakala perkataan solat itu sendiri lebih 70 kali disebut, menunjukkan betapa pentingnya ibadat berkenaan.

“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu berasa tenteram maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (An-Nisa’: 103)

Kesedaran umat Islam semakin meningkat kerana boleh dikatakan semua tahu bersolat, sama ada secara berjemaah atau bersendirian.

Tinggal lagi, kadang-kadang solat yang dilakukan tidak khusyuk, malah terlewat waktu dan tertinggal disebabkan alpa dengan urusan masing-masing dan kurang prihatin terhadap tuntutan agama.

Mungkin disebabkan jahil mengenai hikmah dan keistimewaan solat membuatkan sesetengah pihak memandang ringan tuntutan pelaksanaan ibadat itu, kurang tertarik terhadapnya.

Imam Besar Masjid Negara, Datuk Syaikh Ismail Muhammad, berkata solat sangat dituntut dalam Islam, kerana menjadi tiang agama dan ia membezakan di antara Muslim dan kafir.

Malah, ibadat itu amalan pertama disoal di alam kubur dan sekiranya individu itu dapat menjawab dengan baik persoalan solat, dipermudahkan lagi persoalan lain.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)

Syeikh Ismail menegaskan, banyak keistimewaan mereka yang memelihara solat, umpamanya terasa seperti berada dekat dengan Allah dan disayangi-Nya, malah dipermudahkan segala dihajati walaupun tidak dikabulkan segera.

“Orang yang mengerjakan solat bukan saja diberikan ganjaran baik, malah mendapat keberkatan dalam kehidupan, berasa lapang dan jika ada isteri, tidak memberikan masalah, malah anak-anak berkelakuan baik.

“Tetapi bagi yang tidak solat hati tidak tenteram, diri berasa seperti berhutang, kerana tidak melaksanakan tuntutan Allah,” katanya.

Aspek keberkatan ini sesuai dengan penegasan Allah di dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2, bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”

Katanya, Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ia sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati.

Solat sebenarnya ibadat paling agung yang dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah, sebagaimana dijelaskan dalam Surah Thaaha, ayat 14, bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”

Ibadat itu juga dapat menghapuskan dosa, sebagaimana difahami dalam satu hadis bermaksud: “Dari Abi Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)

Syaikh Ismail berkata, solat dilakukan dengan khusyuk juga mencegah orang yang melakukannya daripada kemungkaran.

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45)

Katanya, untuk mendapatkan solat yang khusyuk seseorang itu perlu mengelak daripada hasutan syaitan dan memberikan tumpuan penuh ketika melaksanakan ibadat berkenaan.

“Memanglah, apabila solat pasti syaitan datang menggoda kita, tetapi kita jangan layan. Sebab itu, antara kebaikan bagi mendatangkan khusyuk ialah kita mengetahui maksud bacaan kita dalam solat,” katanya.

Beliau menjelaskan, sekiranya perkara buruk masih juga berlaku, menunjukkan solat yang dilakukan individu terbabit tidak dapat mendidik dirinya kerana lazimnya mereka mengerjakan solat dengan baik malu melakukan perkara buruk.

“Jika masih berlaku benda buruk yang tidak sepatutnya, individu terbabit kenalah bermuhasabah semula, cuba perbaiki lagi solat, biar ia sebati dengan diri, barulah iman meresap balik dan paling penting kena ada istiqamah,” katanya.

Katanya, solat fardu tidak boleh ditinggalkan, sebaliknya wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun, sama ada berdiri dan jika tidak berkuasa dengan cara duduk, berbaring serta isyarat dan hati.

“Mereka yang tidak solat, tetapi masih mempunyai kemewahan, harta berlimpah ruah, malah cakap juga besar itu dipanggil istidraj, iaitu dihulurkan juga rezeki oleh Allah tetapi sampai satu masa jika dikehendaki Allah ditarik rezekinya,” katanya.

Ayat 132, surah Thaaha, bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

Sumber: Harian Metro

dan aku petik juga di sini tentang sejarah solat ni,

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Banjir @ Perlis.. The Videos..


Video ini telah di ambik oleh sorang kawan yang memang sibuk pada hari tu, manakan umah mak beliau telah di masuki air, lepas tu pulak mem dia bersalin di hospital, dan hospital pulak di naiki air, menyebabkan beliau terpaksa berulang alik melawat mem dia dengan meranduk air bah.. adeh.. 

Tapi Alhamdulillah semuanya selamat... meh kita tengok baby dia pulak


ini la Mohd Danish Dahlan.. menetap di Hospital bebarapa lepas tuh terpaksa meranduk air balik ke rumah, sampai di rumah air lak naik... adeh la...

Kisah mayat membaca Yaasin.....


Pagi-pagi buka face jumpa lak artikel ni, jadi aku jadikan lah entri copy/paste, ya lah bila sesuatu yang menarik dan dapat memberi pengajaran pada semua apa salahnya kalau aku paste kat sini kan, moga boleh menjadi panduan dan pengajaran pada semua.. 

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin.

Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram). Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah....Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ....... "

Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya. ...

Subhanallah....

sumber :Internet

Wednesday, November 24, 2010

Tuesday, November 23, 2010

Saturday, November 20, 2010

Lelaki dan Perempuan... ohh macam tu ye..


Copy Paste Entry...


Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

Sumber: Ridzuan Azmi

Friday, November 19, 2010

Anieq & Athirah


Macam ni lah keadaannya dua beradik nih, bila mood masing-masing okeh, boleh pulak depa dok bermain bersama, bahkan mama dan abah tak boleh nak dekat, konon nya mengganggu depa, terpaksa lah tengok-tengok saja dari jauh, tapi bila mood kurang okeh dah stat nak gaduh-gaduh, kadang-kadang tuh dah jadi macam kucing dan anjing berbiunyi saja depa dua nih, pendek kata adanya depa dua kat rumah memang kecoh jadinya, sama-sama jenis mulut bising, baik si kakak mau pon si adik, kadang-kadan tu bertanya saja satu hari, kadang tuh membilang saja, abis tak pon panggil mama dan abah sampai kena sahut baru nak berhenti, adeh kadang-kadang tu menyanyi, bukan setakat si kakak, adik pon yang telo percakapannya tuh pon nyanyi juga sampai abah dan mama pon tak paham apa yang dia nyanyi.. cuba bayangkan kalau-kalau cuti macam ni macam mana nak ada mas sunyi? tapi bilak tak ada depa mesti cari punya.. he he he, tengok-tengo tergolek tertido depan tv, katun lak tengok depa...


Posted by Picasa

Thursday, November 18, 2010

Pemancing Tegar...


Selepas sepagian aku ada di tempat buat korban, tengahharinya pulak bertolak pulak ke rumah mertua ku, pasal Tok Wan dan Tok Nyang pun ada buat korban malahan buat kenuri korban juga, lepas dah abis semua kisah kisah korban pas tu balik pulak ke rumah, nak angkat peti ais yang di laarikan masa banjir hari tu. Sampai ja kat umah, kat depan parit tu tengok dah ada orang mancing ikan puyu, tengok je dekat-dekat ingat kan sapa, rupa nya mak-mak menakan aku, dan sepupu-sepupu aku juga.. isk  pemancing tegar sungguh hari raya pon nak mancing jugak... hujan rintik2 lak tuh.. hu hu tabik spring sungguh aku...



Posted by Picasa

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...