June 2011

Wednesday, June 29, 2011

Sasterawan dan BERSIH



Sasterawan Negara Datuk A Samad Said merupakan antara yang dipanggil bagi memberi keterangan kepada polis hari ini, dipercayai berhubung puisi 'hasutan' di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan juga Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya dalam majlis berkenaan.NONEBeliau yang popular dengan panggilan Pak Samad itu disiasat lebih sejam di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kerana membacakan puisi berjudul Unggun Bersihdan menyampaikan ucapan ringkas di majlis tersebut.


Selain A Samad, turut disiasat mengikut undang-undang sama ialah naib presiden PKR N Surendran dan juga peguam Fadiah Nadwa Fikri tiba ke IPD Dang Wangi bagi mengiringi A Samad pada kira-kira jam 2.30 petang ini.
Difahamkan, notis serahan untuk mengadiri siasatan mengikut Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah itu diserahkan kepada kedua-dua peguam berkenaan ketika siasatan ke atas A Samad berlangsung.

Pada masa yang sama, pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreevenasan turut disiasat selama kira-kira dua jam, bermula jam 2 petang, berhubung perhimpunan yang akan dijalankan pada 9 Julai.
Siasatan ke atas Ambiga juga dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan juga Seksyen 27(5) Akta Polis.

Selain itu, turut disiasat hari ini ialah presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berhubung satu ucapan yang disampaikannya pada 19 Jun lalu "yang dikatakan menghasut."
Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, kata Ibrahim kepada pemberita selepas disiasat selama hampir dua jam terdahulu di balai berkenaan.
"Saya telah beri keterangan sepatutnya dan tidak ada apa-apa yang saya sentuh (melibatkan hasutan).

"Percakapan (saya) dirakam oleh banyak pihak termasuk media. Jadi saya tak perlu berselindung apa-apa, jadi terpulang kepada pihak keselamatan untuk membuat keputusan," tambahnya.
Sementara itu, pihak media diberitahu lewat petang ini bahawa duaorang lagi - naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kiri) dan anggotaLawyers for Liberty, Latheefa Koya, juga dipanggil untuk memberikenyataan esok.

Ahli parlimen PKR SubangR Sivarasa juga turut dipanggil.

Kesemua mereka hadir di pelancaran perhimpunan BERSIH 2.0 pada19 Jun lalu Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur/Selangor

Israk Mikraj..satu peristiwa sejarah



PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad. 
Rasulullah : Labbaika. 

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)..

Monday, June 27, 2011

Soalan lazim buat Anieq



Anieq nih satu yang best bila kita tanya dia, adik ok ke? cepat je dia jawab, ok... pastu tanya lak, adik sihat ke , sihat!! cepat je di jawab, biarlah dia demam ka, dia sakit mata ka.. tetap dia jawab macam tu, huh baguih nyer PR dalam sakit pon dia jawab macam tu, tak bagi mak pak dia susah hati... he he kekadang lepas terantuk ke, jatuh ke nangis gila-gila nyer, pastu tanya dia ok ker? sihat ker.. cepat je dia jawab ok, sihat..!! he he 

Sunday, June 26, 2011

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa


Selamat Hari Bapa! Biarlah tak de sapa nak wish kan aku, tapi biarlah aku saja yang wishkan diri sendiri, biarlah aku celebrate sendiri, biarlah tiada hadiah dari sesiapa, kerana aku paham, dua orang bebudak nih mana lah paham apa2 lagi kan, dah tu mama lah masih lagi miaw-miaw kucen, jadi emosi masih lom stabil... hadih yang tak ternilai bagi aku ialah dua-dua mereka ini cargas, sihat, dan riang ria selalu, malahan hadiah yang 'belum terucap' itu sebenarnya lebih memberi nilai tambah pada aku, hingga tiada hadiah secantiknya.. so no gundah2 lah..

Buat bapa-bapa lain, masing-masing dah dapat anugerah, jadi hadiah-hadiah lain sebenarnya tetap memberi nilai tambah pada anugerah yang sedia ada.. dan masing-masing dengan habuan dan rejeki masing-masing, jadi rileks aaa....
Posted by Picasa

GPS oh GPS!!!!....


du0412 Kenderaan tenggelam kerana pemandu percaya GPS

WASHINGTON – Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS). Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.

Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS. Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik. Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.

Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. – Agensi


Belasungkawa - Zami Ismail...


Pelakon veteran Zami Ismail (67) atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah kemba...li ke rahmatullah sebentar tadi. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 10.15 pagi tadi di IJN. Lakonan beliau sangat memberi satu impak yang besar pada dunia lakonan di Malaysia. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang soleh. Al-Fatihah..
pix_gal0
By: Asrul Aimran


KUALA LUMPUR: Pelakon komedi, Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN berikutan masalah jantung.

Bulan lalu, Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.
Ahmad Yamashita berkata, ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak, sekiranya beliau meninggal dunia."Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar," katanya di rumah mayat IJN.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hanizan Ibrahim, serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.

Opie, ketika ditemui, menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat. "Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami," katanya.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, yang turut berada di IJN, berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air.

"Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau," katanya. Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham, pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

Allahyarham turut berlakon hampir 20 filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang".

Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada 1991. - BERNAMA

Thursday, June 16, 2011

Wednesday, June 15, 2011

Monday, June 13, 2011

Jalan-jalan Cameron


Akhirnya berjaya juga pergi berjalan-jalan di masa cuti sekolah ni, oleh kerana Athirahmasih sekolah tadika, jadi boleh la skip kelas lagi ha ha, di kala kanak-kanak sekolah, tadika atau pasti lain mula masuk kelas hari ni, Athirah masih soronok tido kat Gunung Brinchang Cameron Highland..ya disini lah kami berehat bersama. Turut beserta macam biasalah, Tok Pah sebagai penguat semangat, juga Pak Teh depa.. 

Nampak Athirah yang dah terasa kesejukannya, jadi berjaket bagai lah dia.. tapi nasib baik dah tak buas macam dulu jadi senang sikit nak kontrol, tapi penyakit buas dia dah berjangkit kat Anieq, isk dia boleh tak mo berjalan-jalan semata-mata nak main nate nih.. adeh la mai jauh2 nak main nate ni sajo ke..?






Posted by Picasa

Sunday, June 12, 2011

Saturday, June 11, 2011

Anieq dan Hantu Kak Limah....



Isk awal betui si Anieq nih bangun, tengok abah dia dok ngadap pc mulah lah lentoq-lentoq kepala nak kacau, hmmm tau apa yang dia nak tengok, pertama nak tgk orang main games plants & zombie tuh, yang kedua dia nak tengok hantu kak limah, adeh la pepagi dah nak tengok hantu kak limah, tapi kan bila buka ceta hantu kak limah tengok aje lah aksi dia.. takuttt katanya.. ha ha...
eeee...takutnye.. 20x tgk pon dia masih macam nih
bila part lawak tu, mengekek je dia gelak.. ha ha


Friday, June 10, 2011

Athirah kepenatan lagi...


Adeh check2 HP mama terjumpa lak gambar nih,yang bertarikh pada 28.5.2011 mencatat sejarah buat kali ke dua Athirah kena amik neb.. mungkin pasal cuaca yang tak menentu panas je, pastu tiba-tiba ujan mungkin boleh jadi sebab.. tapi yabg pasti dek kerana panas sangat seminggu dua nih maka Athirah suka makan air ais dan juga ice cream maka ia batu dan berkahak, mungkin pasal tuh lah dia jadi penat macam tu... tapi tak lah serius sangat, tapi pasal mama nk gi kursus maka baik lah gi peksa aje la....
peace yo...



Posted by Picasa

Thursday, June 9, 2011

Wednesday, June 1, 2011

Aduhai depa ni... kembali!


Ya baru dua malam mama pergi berkursus, kusangka semuanya akan oke2 saja maklum lah depa dah biasa kena tinggal. Tapi rupa nya agakan aku salah juga, mungkin bagi Athirah dia susah boleh terima keadaan kena tinggal macam tuh, tapi bagi adik Anieq mungkin ini suatu benda baru bagi dia, masa kena tinggal di waktu dulu tu mungkin sebagai satu imbasan masa saja, tapi makin dah besaq nih mungkin akal dia makin bertanya namun tiada perkataan yang dia dapat tanya, atau mungkin tak tahun cara untuk bertanya, tapi dah sedar keadaan...

Semalam selepas puas main dengan sepupu2 nya tuh yang kembaq (nafis dan shafiq) ketika nak masuk tiddur macam biasa akan call mama depa dulu, boleh bertanya khabar ka, berpesan-pesan juga saling memberi ucapan selamat malam, tapi dengan tiba-tiba semalam Anieq tak mau bercakap dengan mama dia, dia seolah terasa jauh hati, mungkin pasal mama tinggalkan dia, jenuh lah juga aku nak pujuk2 dia. Lagi best Athirah pon buat perangai dok main2 tak abis atas tilam pon, so apa lagi kena herdik la, dah tu dia buat muka seposen dan nangis, siap bagi tau yang dia rindu kat mama bagai.

Jenuh lah aku layan kedua dua mereka, maka tido lah depa dengan kesedihan masing-masing sementara aku berada di tengah2 kesedihan mereka. 

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...