Tuesday, July 31, 2007

Eh kenapa? Tak Percaya?


"Kenapa? tak percaya.. saya dah boleh jalan la.. saya dah boleh berpijak diatas kaki saya sendiri, heee jangan mare "

Posted by Picasa

Wednesday, July 11, 2007

Eh! (saja)

Eh.. aper ya aku nak ngobrol ari ni, for no reason mmg aku tak tau nak citer apa hari ni.. cuma sesekali tertengok kat blog ni, rasa macam nak taip apa2. Tapi bila jariku berada kat keyboard ni, ntah.. tak da apa2 yang nak aku taip pulak. So kiranya tak de apa nya yang aku nak cite.

Seperti yang dah dikathui ramai, aku bertukar tempat lagi, tempat yang dulu menjadi pujaan hati ku, tapi ntah pasai apa, kali ni bila di tempatkan kat sini terus aku jadi blurr.. se blurrr nya. aku pon tak tahu apa ke hapa tah reason nya aku di tukarkan kat sini. Dah hampir sebulan aku dok pikir why.. why.. and why. Adakah aku dah tak produktif kat bahagian lama aku.. atau mungkin kelayakan aku (yg mmg tak layak tu..) untuk berada di tempat elit (hah?!! ye ka?) tu. Tapi mungkin ye kot, pasai kalau nak ikut kelayakan (akademik.!!) sememangnya aku tak layak! Keduanya mungkin pasal aku terlebih kreatif di bahagian aktiviti kot (?- kreatif ka.. ?). Tapi sebenarnya aku tak rasa kreatif dah pon.. semenjak dah kawin ni aku maleh dan tak berkesempatan nak aktif macam dulu (-:pasal tu perut dah nak jadi macam belon), dan aku harap dah ada orang baru ni, depa yang leh urus semua2 tu.. aku ni rasa dah mcm tua dah, takyah lah buat sumer2 tu.. tapi sebaliknya nak kena buat gak...

Dan Projek terbaru ialah Program Akademi Bercerita. Ini memang idea aku sebenarnya.. dan dengaq kata sumer negeri nak kena buat berpandu pada kertas kerja yang kami buat (aku dan member baru aku... merangkap bos kecik aku.) Tapi sekarang ni program ni dah bertukar menjadi Akademi bercerita , cerita2 rakyat untuk belia (umur 13 - 17 tahun) , emm tu la. dari aktiviti mingguan yang aku nak buat dah jadi beasar. Pastu calon akhir terpilih dan menang peringakat negeri akan di bawa ke Peringkat Akhir Kebangsaan di Melaka September nanti (yuhuuu nak gi jalan lagi ke..?) Alhamdulillah masih tak ku sangka idea tek semena2 aku ni jadi smp macam ni. Tapi Idea je lah.. mgkn kerana ni lah maka aku di perlukan disini kot!

Sebenarnya kalau leh aku malas dah nak terlibat, pasal bila aku terlibat banyak masa akan habis kat sini, jadi kerjanya jadi tak menentu masa, waktu rilek tu kurang, masa nak bersama anak tu pon akan kurang, dan dah nampak dah kesannya.. mula apda bulan ni manyak aktiviti akan berlangsung, Kembara Ilmu la, Akademi bercerita la, berkawad 31 Ogos la.. Bazaar Merdeka la.. uhh kalau aku kena melibatkan diri utk semua tu, letih pok cik ooooooooooooooooooo... Harap, harap aku tak terlibat semua la..

Dan lepas semua tu, Ramadhan bakal muncul....
Posted by Picasa

Monday, July 9, 2007

Selamat Pengantin Baru!

Selamat Pengantin Baru, buat Wan dan Ina.. semoga kekal selamanya.. ke anak cucu! Emm pandai lak depa pilih tarikh. 07.07.07 nombor sederet macam tu.. apa pun perkenalan sebagai rakan sekerja akhirnya membawa ke jinjang pelamin..

Sebenarnya kat tempat aku ni, dah makin ramai yang mencari jodoh di tempat keja, dan ada lagi list yang sedang menunggu nak dilangsung kan.. samada yang baru bekerja kat sini, yang dah berhenti dan pasangan nya masih bekerja, atau pun yang dah berhenti kerja dari sini.

Em nampaknya musim bunga mekar datang dan pergi...
Posted by Picasa

Friday, July 6, 2007

Semakin hari...


Setiap hari aku tatap wajahmu
Lidah ku kelu dan membeku
Tetapi sinaran sepasang matamu
Buat aku semakin rindu
Semakin sayang...
Kepadamu
Posted by Picasa