April 2012

Monday, April 30, 2012

Kenuri aje....



Hari Ahad hari tu, sempat aje gih makan kenduri lagi, dek kerana kenuri tu kawan yang kawin, maka ramai lah jua kawan kawan yang hadir. asalnya hanya 'kawan', lepas tu dah kena matchmaker dengan 'kawan-kawan', Alhamdulillah akhirnya depa ' kawin jua, selamat jua depa menjejak kaki di singgahsana sang pengantin.

Pi makan kenuri bila bawak dua orang nih memang heaven la... Athirah dan Anieq la, sapa lagi.. makan nya ntah apa-apa tapi keperihalan nya usah lah di garap disinilah, sapa yang ada anak seusia nih mesti paham punya.

Apa2 pun buat Ucop dan Mila, tahniah dari kami sekeluarga, semoga berbahagia selalu dan moga pakat leklok lah dalam perihal rumah tangga nih...   
Posted by Picasa

Friday, April 20, 2012

Pendidikan Percuma



Pendidikan Percuma, sapa yang tak nak kan..? Baik untuk kita mahu ponn generasi kita di masa depan, tapi mungkin sejenak kita baca pandangan yang aku kutip dari Tok Wali oleh THE OTHER KHAIRUL.


 Hellow manusia yang mahukan semua free. What's up?
Aku perasan, ramai betul ya yang bercakap pasal Free Education ni. Kat Facebook, kat Twitter, kat kedai makan; mesti ada yang sembang-sembang pasal ni.
Anak-anak, tahu tak apa difinisi 'Free Education'?"Free education refers to education that is funded through taxation rather than tuition fees."
Pernah tak korang fikir kenapa ada negara yang bagi Free Education? Ada negara yang macam Greece (Hampir bankrupt), Argentina, Sri Lanka pun kasi free education. And for Brazil. Sampai nak ke doctorate pun Brazil kasi Free Education.
Negara yang free education akan leads kepada ramai student. More student, more orang yang akan graduate. More orang yang graduate, makin more lah orang yang akan dapat pekerjaan yang kasi gaji berpuluh ribu. And then, siapa yang untung? Government. Why? Sebab diorang terpaksa membayar tax yang amat-amat tinggi.
"Dah tu apa masalahnya kalau tax tinggi asalkan boleh dapat Free Education? Buat je la Free Education"
Are you sure? Hari tu topup nak buat tax 6% pun satu Malaysia bising. Tu baru tax topup tau, belum tax segala benda. And aku perasan yang ramai reffer kepada Finland bila cakap pasal Free Education sebab katanya, Finland adalah antara negara yang mempunyai institute pembelajaran terbaik di dunia yang menyediakan Free Education.
Tapi mari aku tanya korang. Di antara korang, siapa yang dah ada Insuran nyawa? Tahu tak ada certain negara yang menyediakan free education akan memaksa rakyatnya untuk membayar bermacam-macam benda (tax) termasuk insurance? And kalau nak senang kira, boleh cakap yang dieorang punya tax hampir 50% pun ada. So yes, korang boleh dapatkan Free Education kalau tax setinggi ni. Tapi menangis la mak ayah korang kerja siang malam untuk bayar tax. Dengan kata lain, sama je kalau tak buat Free Education pun.
"Free Education" di Malaysia
Kalau korang nak tahu, banyak je Free Education di Malaysia. Tapi untuk dapatkan Free Education tu, korang kena achieve something. Why? Sebab Free Education tak boleh di beri ke semua orang. At least, seseorang tu ada Diploma untuk dapat Free Education. Contohnya,INSTEP and BeST. Korang tahu tak yang dua benda ni adalah macam small course yang bukan je free, tapi korang siap dapat bayaran (Around RM1000 per month) sehinggalah course tu berakir. And then, at the end, korang akan diserapkan untuk kerja.
Dan kalau korang tengok-tengok balik, Free Education memang wujud untuk peminjan loan pelajaran. Contohnya, student yang ambil MARA dan PTPTN. As long dia dapat pointer tertentu, diorang tak perlu bayar balik pinjaman. Dengan kata lain, yes, ianya adalah Free-Education-Dengan-Syarat-Kau-Belajar-Betul-Betul. Come on la. Siapa yang kasi beratus-ratus ribu untuk orang yang akan fail Degree or Diploma? Tax rendah pula tu.
"Apa masalahnya kalau Malaysia kasi tax rendah. Bukannya Malaysia tak mampu bayar pun. Malaysia kan pengeluar petroleum."
Aku perasan, dari dulu sampai sekarang ramai pertikaikan pasal isu minyak di Malaysia. Terus terang, aku cakap, aku tak tahu mana pergi semua duit-duit Petronas. Kalau Petronas bayar beratus ribu untuk staffnya, then aku tak kisah sebab aku admit memang susah nak kerja bidang Oil & Gas and they deserve thousands of money per month. Lagi pun, profit yang Petronas kasi kat goverment tak banyak sangat pun. Stakat nak beli cincin berlian Bik Mama dua tiga puluh keping dah kering poket. Petronas adalah sebuah syarikat. Petronas untung banyak mana sekali pun, tak adanya dia nak kasi semua ke kerajaan. Sedangkan lab kat U aku yang guna mesin skala kecil pun dah mencecah jutaan ringgit harganya. Apatah lagi kat kilang and plant Petronas tu. Ingat murah ke bila nak maintenance sesebuah mesin?
And, macam yang kita semua tahu, minyak / petroleum di Malaysia dah nak habis. Ya, petroleum ni berasal fossil yang berjuta tahun lalu. So, kalau nak kata petroleum ni adalah satu sumber yang boleh di renew, then aku kata yang ianya adalah amat mustahil. So lambat laun, petroleum akan habis.
Now, aku akan tanya korang satu soalan. Malaysia adalah negara yang ber-tax rendah yang menggunakan hasil petroleum sebagai sumber pendapatan utama. Kalau Malaysia guna hasil petroleum untuk tampung semua benda supaya korang dapat All-Free, agak-agak, bila petroleum di Malaysia dah habis, sumber apa kita akan guna untuk tampung those All-Free yang dah dilaksanakan?
So yes, untuk jangka masa pendek, kita boleh hidup happy go lucky, kaya raya dan free macam kat Brunei yang guna duit dari petroleum. But untuk jangka masa panjang, Malaysia mungkin akan masuk krisis bankrupt seperti Ireland, Iceland and Greece kalau tak naikkan tax.
Free Education vs Paid Education.
Masa aku muda-muda dan bersekolah rendah dulu, aku pernah pergi tuition yang di anjurkan oleh sekolah aku tau. And ianya adalah freeeeeeee. And korang tahu tak apa yang terjadi bila ianya free? Ya, ramai macam nak tak nak je pergi tuition. Macam sekolah agama la juga. Mentang-mentang yuran sekolah agama di sebelah petang tu murah, ramai je yang ponteng and nak tak nak je pergi ke kelas kan?
Ini dah terbukti yang free and cheap education di Malaysia memang tak sesuai selagi mentaliti orang di Malaysia. Jangan comparekan student Malaysia dengan student negara luar. Tengok sendiri kawan-kawan
"Eh, aku dah bayar la untuk ceramah / kelas / lecture tu. Rugi la kalau tak pergi."
"Rugi" hanya wujud bila kita dah bayar. Tapi bila free, agak-agak ada tak yang cakap "Weh, ceramah / kelas / lecture tu free je. Rugi la kalau tak pergi." Mesti tak ada kan?
Im sorry, tapi tak ada benda free dalam dunia ni. Oksigen free? Yeah right. Tunggu la bila korang dah tua dan perlukan oksigen untuk bernafas kat hospital.
Just my two cent. Let me know kalau ada info yang salah di atas.

Pesan Memesan 2



Hakikat Ilmu Mencambahkan Iman
Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Suatu hari ketika seorang hamba membuka sebuah buku yang membincangkan tentang Iman, tanpa disengaja tajuk tentang taubat menjadi pilihannya. Hatinya bekerja keras untuk menghayati setiap perkataan yang dibaca dan akal berfikir tentang kebenarannya. Akhirnya dia berkata: “Alangkah, jauhnya penyelewengan yang telah aku lakukan setelah Allah Taala memberi petunjuk kepadaku suatu masa dahulu.” Tetapi dalam penyesalan itu muncul satu kesyukuran yang terbit daripada hidayah Allah SWT, bahawa betapa beruntungnya dia mendapat kembali hakikat ilmu yang telah lama hilang daripada jiwanya. Ada sedikit kebenaran pada perkataan sebahagian ahli makrifah yang bermaksud; Ketika seseorang itu jatuh melakukan dosa, janganlah dia berputus asa dari rahmat Allah SWT, tetapi bersyukurlah kerana daripada perlakuan dosa yang disedari itu, lahirlah penyesalan dan taubat. Kerana dosa yang disedari ini manusia boleh mendekatkan diri dengan Allah Taala. Dosa itu membuatnya menjadi hamba yang cepat bertaubat dan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah. Lalu dia sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatannya. Berbanding dengan seseorang yang merasa tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa merasa dirinya betul, sungguh orang seperti ini bertambah jauh dirinya daripada Allah akibat kesombongan yang melampau atas nama ilmu dan amal.
Setelah menyedari keadaan seperti ini, barulah kita sedar betapa kita perlukan ilmu yang boleh membawa kita kepada kefahaman dan penghayatan yang sebenar tentang diri kita, tentang Allah dan tabiat dunia yang fana ini. Hakikat ilmu itu, ia datang dan pergi, sehingga Rasulullah SAW pernah mengingatkan para sahabat baginda dengan satu perumpamaan yang bermaksud; Ikatlah ilmu itu kerana ia terlalu cepat hilang berbanding unta yang terikat. Maknanya setiap insan mesti menyediakan masa untuk hati dan akalnya berinteraksi dengan ilmu. Sesiapapun yang meninggalkan ilmu dalam masa satu hari saja boleh jadi dia akan mengalami gejala kelalaian hingga mungkin jatuh ke lembah kesesatan apabila hal ini berlanjutan sekian lama. Matlamat manusia mencari ilmu ialah untuk mencapai satu keyakinan tentang kebenaran, setelah yakin barulah timbul penghayatan yang membawa kepada ketundukan jiwa.
Ada orang berkata; “Tak payah bacalah, sebab kami sudah membaca dan mengetahui ilmu ini.” Memang benar kita sudah faham dan tahu tentang hal itu tetapi apakah kita telah mencapai penghayatan yang sempurna? Apakah boleh dipastikan ilmu itu sentiasa melekat di hati dan memacu diri kita untuk sentiasa merapatkan diri dengan Allah Taala?
Seseorang pasti memahami perbezaan dirinya ketika dia sedang minat membaca atau ketika suka membuang masa. Tentulah berbeza keadaan jiwa dan perasaan orang yang suka menelaah, mengkaji dan membahas tentang ilmu berbanding orang yang suka termenung dan mendengar hiburan.
Mungkin kita perlukan pendedahan tajuk ilmu yang sama pada masa-masa tertentu, seperti saat kita sedih ditimpa musibah, pilihan tajuk tentang sabar dan syukur adalah sesuai di kala itu. Kalau rezeki bertambah atau naik pangkat tentu pendedahan tentang alam akhirat mesti lebih difokuskan supaya diri tidak tenggelam dalam nikmat dan tipu daya dunia. Apabila kurang nikmat ibadah, tidak khusyuk dan rasa keras hati eloklah kita ingat tentang ilmu zuhud dan mengingati mati. Namun demikian segala ilmu berpusat pada induknya iaitu Al-Quran dan Hadis. Barangsiapa yang menginginkan kesempurnaan ilmu mestilah mendekatkan diri kepada keduanya.
Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud: “Wahai Ahli kitab, Sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap-gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Surah al-Maidah ayat: 15-16)
Bagaimana pula halnya dengan orang-orang yang telah mencapai darjat alim yang tinggi? Adakah perlu baginya membaca dan menuntut ilmu lagi selepas kedudukannya itu? Alangkah baiknya jawapan al-Imam Sufyan bin ‘Uyainah, ulama Tabi’in tersohor pada zamannya apabila ditanya tentang hal ini: “Siapakah manusia yang paling berhajat kepada ilmu? Beliau berkata: Orang yang paling alim di kalangan mereka. Beliau ditanya lagi: Mengapa begitu? Dijawabnya: Kerana kesalahan orang yang alim dalam ilmunya lebih jahat dan teruk berbanding orang jahil.”
Orang yang pandai membeza antara yang haq dan batil tetapi dia memilih yang batil kerana hawa nafsunya tentu amat besarlah dosa yang diperolehnya kerana dia telah melanggar larangan Allah SWT, bukan kerana jahil tetapi “terlalu cerdik” sehinggakan akalnya mahu berdolak-dalih untuk menghalalkan apa yang nyata haram di sisi agama, semata-mata menurut hawa nafsu manusia. Bukan setakat itu saja dia pula mengajak orang lain melakukan jenayah yang sama atas nama kecerdikan dan kewarasan yang palsu. Jelaslah betapa bahayanya orang alim yang melakukan kejahatan dengan jenayah ilmunya yang tidak dipraktikkan semata-mata kerana mahu mengikut hawa nafsu manusia.
Sungguh pelik, orang yang telah jauh dan mendalam ilmunya tentang Allah SWT tetapi sekelip mata boleh berpaling daripada-Nya. Mereka adalah orang yang mengenal kejahatan syaitan tetapi sebaliknya boleh terpedaya menjadi pengikut syaitan. Mereka adalah orang yang mengenal tipu daya dunia tetapi rela menjadi hamba dunia yang hina. Di situlah letaknya kelemahan manusia, setinggi mana ilmu didapat namun jika hidayah Allah SWT tidak bersamanya maka segala kefahaman agama dan penghayatan hakiki, segalanya menjadi sia-sia. Di dalam keghairahan menuntut ilmu, janganlah dilupa memohon petunjuk dan hidayah Allah Taala adar ilmu itu bermanfaat untuk dunia dan akhirat.
Kerana ilmu yang telah terpahat dalam ingatan dan hati sanubari tidak dijamin dapat kekal selamanya melainkan atas kuasa Allah Taala yang Maha memberi petunjuk. Adakalanya seseorang itu tidak mendapat hidayah daripada ilmu yang dituntutnya, belajar mengaji bertahun-tahun tetapi perangai tak berubah-ubah, akhlak dan ibadatnya masih seperti ketika dia tidak berilmu. Jadi untuk apa letih-letih mencari ilmu jika tiada penghayatan? Ada pula orang yang belajar hanya setakat ilmu Taharah sahaja, selama bertahun-tahun diulang-ulang lagi tanpa ada peningkatan. Takkan nak main air saja, bila lagi masa untuk belajar sembahyang yang khusyuk, memahami doa yang dibaca, belajar Tafsir Al-Quran dan mengikuti al-Hadis? Akhirnya orang ini tak sampai pada tujuan yang sebenar kerana hampir tiada peningkatan iman yang ketara.
Pelbagai kaedah dan cara manusia menuntut ilmu. Pada hakikatnya yang terpenting ialah wajib mengikut cara dan kaedah yang dicontohkan oleh baginda SAW. Pendedahan tentang dalil-dalil yang kuat dan wajib diterima hanya bersandar dari Al-Quran dan al-Hadis serta ijmak dan qiyas yang disepakati. Ini hendaklah menjadi syarat kebenaran sesuatu ilmu untuk diterima dan diamalkan. Adakah jalan yang lebih baik daripada jalan yang pernah Rasulullah SAW tempuhi? Apakah ada sumber wahyu lain selain jalan baginda SAW? Ilmu tanpa dalil yang sahih dan hanya menyandarkan kepada sangkaan-sangkaan dan pendapat yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Hadis adalah ilmu yang wajib ditolak.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama kami yang bukan daripadanya maka ia tertolak.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Terlepas daripada kontradiksi atas setiap isu yang diketengahkan di medan ilmu dan ulama, selayaknya setiap penuntut ilmu memiliki budi pekerti umpama serumpun padi yang sifatnya semakin berisi semakin tunduk ke bumi. Ilmu yang benar pasti melahirkan jiwa hamba. Tiada kata tamat dalam proses mencari ilmu. Al-Imam Ibnu Abdul Barri meriwayatkan daripada Abu Ghassan, katanya: “Kamu sentiasa menjadi alim selagimana kamu tetap menuntut ilmu, apabila kamu merasa cukup maka sesungguhnya kamu telah menjadi jahil.”
Kerana perjalanan mencapai reda Allah Taala tiada penghujungnya, jalan ke sana amatlah jauh. Bagaimana mungkin seseorang boleh berkata: “Telah cukup ilmuku dan telah baik amalanku.” Padahal perkataan itu umpama rantai yang mengikat kakinya ke bumi sehingga dia tidak akan sampai ke destinasi yang dijanjikan Tuhannya.
Sumber : Drjuanda.com

Pesan memesan....


Pesan Roh Kepada Manusia


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu r...oh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


--->sumber : facebook<----

Sunday, April 15, 2012

Nikon Club Malaysia, Perlis


Hari ni pertama kalinya aku join group Nikon nih, tapi hari tertunai juga hajatnak join, walaupon sebenarnya bengkel untu HDDSLR... atau video untuk kamera DSLR Digital. Wah hari ni baru aku sedar sebenarnya penggunaan video nih dah berkembang rupanya, jadinya tak rugi aku pergi hari nih.. hehe teruja dah nih heh....

 
 
Posted by Picasa

Saturday, April 14, 2012

Thursday, April 12, 2012

Cemas di Tesco Mergong



Semalam, berlaku gempa bumi di Sumatera, Indonesia sekuat 8.6 magnitude kot lebih kurang (pasal ada yg laporkan 8.9, ada yang laporkan 8.6..) pada jam 3.48 ptg lebih kurang waktu Malaysia, dan ketika berlakunya gegaran tu, mungkin kami sekelurga sedang bayar kat kaunter, pasal tak nampak tanda-tanda apa yang bergoyang, juga tak terasa sebarang goncangan.. cuma bila dah lepas bayar baru perasan orang berburu-buru keluar dari kedai, dan masa turun eskalator tuh ada juga dua tiga pekerja yang terburu-buru naik semula ke atas. 

Bila dah sampai ground floor tu makin curiga bila tengok orang ramai kat bawah, pastu masing-masing macam kelam kabut macam tu, isk keluar terus lah ke parking tu, maleh nak tunggu ramai-ramai macam tu.. sampai kat tempat parking tengok kereta berderet-deret na keluar, dah tu ada juga yang berlari-lari kae kawasan lapang di luar bangunan, pandang belakang nampak mem yang sedang tolak troli berlari-lari, siap dok tempik lari..!! lari!! bangunan bergoncang, apa lagi terus lari ke kereta, masuk kan barang barang ke bonet, dan undur cepat2.. masa nak keluar tu rasa macam lama jer, sambil dok tengok siling kot-kot ada batu jatuh ka ada retak, tapi tak nampak.

Bila dah boleh keluar dari tempat parking tu baru lah rasa lega, sempat juga berenti tengok kat tepi jalan kalau ada apa2 yang berlaku, hmm tak ada apa pulak, jadi terus balik umah. Sampai kat umah baru kah tau ada gempa bumi berlaku lepas buka FB dan Tv.. he he he kecemas juga la... 

Tesco yg lengang selepas pakat lari keluaq...
Posted by Picasa


Di Queensbay .. Penang

KMC Alor Setar..

gambar : google & fb

Thursday, April 5, 2012

Aqiqah Anief


Sebenarnya dah lama nak buat majlis Aqiqah untuk Anief nih, tapi dek keadaan mama yang tak mengizinkan, keadaan poket jua tak mengizin kan maka terpaksa lah di tunda, dari satu tarikh ke satu tarikh, maklumlah kecik-kecik kenuri pon makan modal juga.

Dah ada modal sikit-sikit tu terus aje lah buat, kang terbabas pulak kan, nhih pon budget kecik jer lah, panggilan sekadar kawan tempat keja, orang kampung dan adik beradik dekat je adalah dalam 180 - 200 orang macam tuh, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, lauk pauk pon ngam ajer.. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Posted by Picasa

Sunday, April 1, 2012

Melawat Wang Kelian


Lama dah oo tak melawat Wang Kelian, rasanya last masa mama tengah dok sarat mengandung Anieq, nih pi masa Anief dah 3 bulan lebih, memang dah lama oooo... tujuannya bukannya apa sangat nak bawak Tok Pah yang tak penah pi juga dak cari beras pulut, selebihnya saja jalan jalan je weh... 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Posted by Picasa

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...