September 2014

Sunday, September 28, 2014

Kali pertama masuk bertanding




Teruja sebenarnya bila Athirah mula berlawan.. kali pertama dia masuk bertanding.. Tae Kwon Do terbuka Perlis yang mana pertandingan ini di jalankan secara terbuka bagi kelab-kelab Tae Kwon Do.. Negeri - negeri yang menyertai terdiri dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.. 

Sebagai pendedahan adalah Ok .. tetapi dari segi perjalanan sebenar untuk peringkat yang lebih jauh jelas ketara banyak yang perlu dia lakukan.. kalau di lihat dari negeri lain jauh depa bersedia berbanding Athirah yang sekali berlatih berlawan terus masuk bertanding.. 

Mulanya dia tak perlu bertanding pasal semua yang bebdaftar bagi kategori lightweight seumur dengan dia ramai yang tak hadir.. tapi akhirnya dapat juga partner yang boleh bertanding itu pon pasal Athirah hendak juga berlawan.. yer lah dah bayar duit tak pulak ada lawan kan.. 

Wakil IPGM Perlis

standby

berimpun beramai-ramai tunggu majlis penutup

letih bin sakit kaki.. bengkak kaki dia , esoknya MC tak pi sekolah

terima medal.. dapat no 2, ok lah

bersama Master

Selfie dengan mama memang wajib lah kan..?

Wednesday, September 24, 2014

Syilling anda...


Dulu suit syilling yang berkoyan-koyan terpaksa kita bawa pi bank untuk Di tukar atau Di bank kan. Agak renyah sikit kerjanya... Kadang2 terpaksa ditinggalkan dulu kat bank untuk dikirakan kemudiannya. Adakala dikenakan cas untuk mengiranya... Jadinya lebih senang kalau Di hantar ke kedai2..
Masalahnya kalau kedai kecil, gerai2 makanan tak mampu pula nak ambik banyak2, yer lah Dah jadi satu modal pulak. Habis tu terlonggok la dalam almari, atas para atau bawah katil.
Kini gaya nya ada pulak mesin teller baru. Boleh pula simpan duit syilling masuk terus akaun. Ha kan jimat masa....

Wednesday, September 17, 2014

Aktiviti di Ulangtahun Hari Malaysia


Sempena hari Malaysia ni saja nak buat kejutan kat budak2.. Kononnya sempena Hari Malaysia ni but la aktiviti berfaedah sikit, iye la Dari dok berlengkor je dalam Rumah main games kat PC kat phone tu...

Tapi yang dapat sambutan nyer pon Dari Athirah ngan Anieq je la... Mama buat keja dia je la... Adik lom bangun juga.. Lepas siapkan lobang Dan bahagi kan pokok sprang satu baru lah tanam...

The rest tgk sajalah gambornya...

Friday, September 12, 2014

Pesona Perlis : Mempelam Harumanis


PESONA PERLIS
- MEMPELAM HARUMANIS

Mangga atau mempelam  (Mangifera Indica spp.)  merupakan sejenis buah-buahan bermusim yang banyak ditanam khasnya di negara-negara tropika. Bagi negeri Perlis, mempelam harumanis (MA128) merupakan klon mempelam paling popular Ia bukan sahaja ditanam  di sekitar kawasan rumah, malahan di tanam dalam skala besar di peringkat perladangan.


Pokok Harumanis mampu membesar sehingga 3-4 Meter. Buah mempelam Harumanis merupakan satu-satunya buah mempelam yang paling enak dimakan segar dan mendapat permintaan yang tinggi. Selain boleh dimakan begitu saja , ia sesuai dimakan bersama pulut. Harumanis yang dihidang bersama pulut merupakan salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dinikmati dalam bentuk jem atau jus.

Harumanis ialah sejenis buah yang bermusim, bermula pada sekitar bulan Mac hingga Jun. Individu, penjual dan pengusaha restoran mengambil kesempatan untuk mempromosi harumanis bagi mendapat hasil jualan.

Info Kesihatan 
Mangga mengandungi vitamin A, Pektin dan Fruktosa serta kandungan gizi dalam mangga bermanfaat untuk menguatkan  jaringan tubuh, daya dehidrasi , melancarkan saluran pencernaan serta mencegah sembelit. Zat gizi dalam mangga juga digunakan  untuk terapi kecantikan dan berfungsi sebagai anti kanser.

Sumber : Media Korporat - Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. - Mac/April 2014
               Jabatan Pertanian Negeri Perlis.


Wednesday, September 10, 2014

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...