Skip to main content

Pesona Perlis : Mempelam Harumanis

PESONA PERLIS
- MEMPELAM HARUMANIS

Mangga atau mempelam  (Mangifera Indica spp.)  merupakan sejenis buah-buahan bermusim yang banyak ditanam khasnya di negara-negara tropika. Bagi negeri Perlis, mempelam harumanis (MA128) merupakan klon mempelam paling popular Ia bukan sahaja ditanam  di sekitar kawasan rumah, malahan di tanam dalam skala besar di peringkat perladangan.


Pokok Harumanis mampu membesar sehingga 3-4 Meter. Buah mempelam Harumanis merupakan satu-satunya buah mempelam yang paling enak dimakan segar dan mendapat permintaan yang tinggi. Selain boleh dimakan begitu saja , ia sesuai dimakan bersama pulut. Harumanis yang dihidang bersama pulut merupakan salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dinikmati dalam bentuk jem atau jus.

Harumanis ialah sejenis buah yang bermusim, bermula pada sekitar bulan Mac hingga Jun. Individu, penjual dan pengusaha restoran mengambil kesempatan untuk mempromosi harumanis bagi mendapat hasil jualan.

Info Kesihatan 
Mangga mengandungi vitamin A, Pektin dan Fruktosa serta kandungan gizi dalam mangga bermanfaat untuk menguatkan  jaringan tubuh, daya dehidrasi , melancarkan saluran pencernaan serta mencegah sembelit. Zat gizi dalam mangga juga digunakan  untuk terapi kecantikan dan berfungsi sebagai anti kanser.

Sumber : Media Korporat - Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. - Mac/April 2014
               Jabatan Pertanian Negeri Perlis.


Comments

Popular posts from this blog

Entri kira muat...

Oh bulan mana bintang? Atas puncak kayu ara Oh cik puan mana hilang? Dalam dapur atas para