Tuesday, June 27, 2006

macam mana ni...

Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?

Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?

Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?

Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?

Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.
Perut aku sakit.

Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?

Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?

Macam-mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala.
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?

Macam-mana aku nak menyala,
kayu api basah.
Kayu api basah.

Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?

Kilat memancar.Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?
Macam-mana aku tak timpa,
katak panggil aku.
Katak panggil aku.

Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?

Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.

Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?

Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku.
Memang makanan aku......

Kelu oo kelu kenapa kou tak update..
macam mana aku nak update...
aku pon tak tahu...
aku lom ada idea...

Monday, June 19, 2006

Nur Saidatul Athirah...




Adus.. dah berperah otak.. nak cari nama.. abisnya .. ni lah nama terbaik yang dapat di putuskan... emm jadi campur nama mak dia suka sikit.. pastu nama tarwah tuk dia sikit.. maka jadi la nama nih.. moga2 nama ni akan menjadi baik untuk baby ..

err takder entry panjang ari ni.. masih bercuti.. esok pi KL amik peksa KPSL.. moga2 ada rezeki baby pas peksa leh naik pangkat ( isk tapi mana la sempat nak baca buku nih.. mana dengan piala dunia lagi... ).. kang ari jumaat depan baru masuk keja balik...

Semalam ada buat maujlis aqiqah untuk anak.. ingatkan nak buat sikit2 je.. alih2 jadi sederhana besarnya ... emm yer la .. tambah ayam dan ikan.. kang dah jadi banyak.. pastu panggilan pon lebihkan sikit .. haahh ramai jadinya lembik badan aku.. tak leh tgk bola semalam.. letihhh siotttt...

hehh tgk gambar baby tu.. mula2 masa nak bercukur tu dia main jeling mata jer kat tok bidan tu... masa dok bercukur tu selamber jer.. tak nangisk pon... lepas jer mandi fuhh meletup ler suara gurau dia tu (macam suara bapa dia) dah dapat susu terus jer dia tido balik... isk mudah sungguh...

Friday, June 16, 2006

Kelu Jr



Askum.. sori buat masa sekarang ni sibuk sanga, macam2 kena uruskan.. dalam sibuk tu jr la kena kuning.. alah kena masuk wad la pulak.. adus.. ni pon memacam nak buat.. so tak de entry best la.. cuam nak masukkan gambar jer...

isk macam saper yer?..

ada macam kelu tak?

tapi yang pasti tembam macam mak dia la..?

Tuesday, June 13, 2006

Here come the da Junior

Allhamdullillah, dah sekian lama menanti, akhirnya penantian ku berhasil jugak.. Bersyukur sangat aku.. setelah sekian macam dugaan yang di tempuh.. jadi juga aku menjadi sorang daddy..

Mem aku admitted to wad dalam kol 9.00 pagi selepas dia mula rasa sakit dalam kol 4 pagi.. tapi awal tu dia dah mula rasa sengal2.. tapi aku ingat pasal siang tu kami gi makan kenduri.. 2 tempat nak.. malam tu lak aku tgk bola 3 game sekali... heh mau tak ngantuknya.. heh dah masuk wad tak jadi lak sakit lak.. tapi tunggu kat sana la.. dalam kol 2.30 pagi dia call aku .. kata air ketuban dah pecah.. dan servik pon dah bukak 5cm.. so aku rush ler pi amik pak dan mak mentua aku.. dalam kol 3.30 sampai kat spital dia dah masuk dalam labour room... so kami lepak je kat luar tu...

Emm memang la orang kata penantian tu satu penyeksaan.. bayang la aku kena tunggu kat situ lebik kurang 4 jam... dengan suspen nya, dengan gemuruhnya... aduh jenuh aku berkawat di sepanjang koridor tu.. aku rasa mau ada 30 round aku aku tawaf kat koridor tu.. (sambil tu sempat juga dok hafal azan dan iqamah.. bukan tak tau aku takut nanti aku menggigil langsung terus lupa... :) ) isk lama nya aku menanti...

Akhirnya dalam kol 7.46pagi, wife aku ni selamat melahirkan sorang baby girl, beratnya 3.65kg.. lega aku alhamdulillah.. sumernya dah selamat.. mak baby sihat.. anak dia pon sihat.. aku dengan konfidentnya mengiqamahan baby tu dalam kol 9.00pagi dan kemudiannya wife aku di sorong ke wad dalam kol 10.30pg... keadah dia agak lemah la amsa tu... jenuh juga la dk uruskan.. dengan pak mentua kau ... emm akhirnya sumer nya selamat la.. lega aku..

Malamnya aku tak yah tunggu la, mak mentua aku kena.. (heh aku mana leh tunggu.. kat wad bersalin.. org pompuan jer la..) . Emm mas aku pegi malam tu dah ok dah sikit kang dia leh tido dabn makan makin ok la.. so aku balik la.. tgk bola jap.. tapi kejap tu bola lak tgk aku..

Paginya awal aku bangun, suruh kak aku goreng ikan haruan kering, pastu beli nasik kat kedai je la.. pastu belik nasik bungkus kat mak mentua kau.. (he hee upah berjaga semalam...) kol 7 pagi aku dah smapai kat wad.. hmm nurse tu bg aku 5 minit jer asuk hantar.. isk tak sempat nak main ngan baby... apa la.. heh tak per la.. tak kemana kan.. aku balik dulu la..

Emm lastly dengar kata dah nak leh bawak balik dalam kol satu nih... ok la aku nak pi tgk la apa yang leh di uruskan..

P/s...
Sori gambar lom leh bawak masuk.. kang aku kalau sempat next update aku masukan gambo yer...

Thursday, June 8, 2006

Wheel Chair



Emm ingat tak kesah sowang member aku tu yang accident dulu.. hah sekarang ni dah beransur sihat la dia ni.. ni tgk dengan senyuman dia tu.. dah macam pemenang lak.. apa yang dia menang tah.. dah 2 bulan lebih terlantar ni baru nak rasa keluar dunia balik.. lon leh jalan lagi.. pasal dua2 kaki dia tercedera.. kiranya sebulan lagi la baru leh masuk therapy.. baru nak ena belajar berjalan balik...

Kalau tengok kan dia .. rasa macam insaf la.. tak nak bawak keta laju2.. bawak ciput2 jer.. tapi kalau dah ciput kang kena hon dengan keta belakang lak kan? susah jugak tu.. apa2 pon kena pandai2 la.. kang sendiri yang susah .. sendiri juga yang tanggung...

Sekarang ni aku dalam pra kesibukkan la.. ada 2 , 3 program yang akan di kendalikan.. ada program kembara bahasa yang akan berlangsung nanti.. pastu kembaram bahasa peringkat kebangsaan... pastu ada pesta buku lagi.. pastu ada Majlis perasmian perpustakaan Cawangan Simpang Kuala Perlis.. dan pastu dah masuk ogos.. masuk september dah ada bazaar merdeka lagi.. waa sibuk nih..

Abis tu macam mana la si kecil nak bermesra dengan daddy dia?.. alah macam mana ni..? aper2 pon nak aku kasi info dari masa ke semasa la..! Adioss aku balik dulu yek...

Tuesday, June 6, 2006

Full House...


Waaa.. semalam ramai la yang mai guna internet kat sini.. penuh .. full house.. hehh jarang2 jadi macam ni mungkin berkat dapat tambahan komputer sebanyak 3 buah lagi, dan komputer yang lain pon berfungsi sepenuhnya.. so crowd la jadinya kat tempat ni...

Monday, June 5, 2006

Keliruisme

Sori la.. dah lama aku tak memblog... entah la kenapa..? idea aku pada mula memang la banyak.. pastu makin kusut dan kusut.. makin mengecik dan terus mengecik..
Aku juga seperti dah ilang pedoman dengan hala tuju blog aku.. aku rasa aku nak masukkan kan sumner aper yang terjadi pada aku seharian kalau boleh.. kalau boleh aku nak citr sumer.. apa yang terjadi pada diri ku.. apa yang aku rasa malahan kalau boleh apa yang aku nak kutuk orang, nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati ku, suka, duka, sedih, marah, kecewa, seram, suspen.. sumer lah aku nak syer kan... tapi...

Aku juga pernah mengesyorkan pada kawan-kawan aku, tak kira lah di mana, tempat keja, teman se persekolahan, teman sekampung, teman berbicara, teman bergurau, teman mengutuk pon.. malahan teman se siber pon aku syorkan agar mereka mem blog.. kononnya dengan memblog boleh merelease kan tension, mengiatkan kan pengunaan internet.. (hmm.. makin ramai la pengguna internet kat bahagian aku ni..) mengutuk orang.. melepaskan sesedap rasa perasaan dalaman... tapi..

Aku ingin melakarkan kisah ku, kisah keluarga ku, kisah aku bersama isteri, kisah aku bersama anak, malahan kalau boleh aku nak melakarkan kisah aku dengan aweks ker(?) tak kira ker baru ker lama ka(???)... malahan aku nak juga garapkan pandangan aku terhadap sesiapa saja.. kepada pengarah aku, timbalan pengarah.. pegawai2 tempat aku keja.. malahan kuli pencacai pon.. tu tak termasuk orang perseorangan.. pemimpin kerajaan, tok penghulu ka, JKKK kampung ka.. malahan kat pengemis di tepi jalan, di pasar malam, di depan bank.. (.. ada setengah macam pengemis educated jer... mat bond ke apa ka..), tapi..
Tapi.. Tapi.. Tapi...
Hanya itu yang dapat aku kata.. kerana bila ada tapi, maka akan timbul bermacam-macam persoalan dan jawapan.. bila ada persoalan mesti ada jawapan kan.. kalau ada persoalan tak der jawapan tak rock la bebb... masalahnya nak cari jawapan tu la.. kalau kita amik jawapan sebagai alasan makan dengan mudah berbagai jawapan kita boleh bagi kan? sibuk adalah alasan terutama..
Mengapa sibuk?
Huh sekarang ni dah manyak aku terlibat dengan program dan aktiviti kat perpustakaan.. yer lah bila dah masuk bulan 5, bulan 6, peruntukan dah berduyun masuk, kena buat tu dan kena buat ni... tapi bila dah mesyuarat sana, mesyuarat sini.. atur program sana, atur program sini, dah buat jadual sana, dah buat jadual sini tiba-tiba... duit tak sampai la.. habis kat mana sibuknya nih.. apa ke*****nya yang di katakan sibuk tu..? Aku kering idea la...

Kering ide?
La kenapa la aku leh kering idea ni.. padahal setiap apa yang aku nampak aku amik gambar.. kononnya nanti aku nak masukkan kat dalam blog.. setiap apa yang terjadi pada aku aku ingat betul2.. aku hafal tarik satu per satu.. nanti senang aku nak masukkan kat dalam blog ni., aku attend tempat2 yang penting, aku ikut program2 jadi nanti aku takkan kekeringan idea boleh la aku abadikan dalam blog ni nanti.. tapi mana dia? satu aper pon tak der.. dah sebulan lebih kou tak masuk satu aper pon... mana perginya idea kou ni.. mana pergi nukilan kou atas event2, seminar2.. dan program2 yang kou pergi tu.. dah ilang ke keabadian nukilan kou tu...?.. iskk aku tak sempat la ...

Tak Sempat?
Ye la kou tak sempat.. mana tak kan.. tempat kou dah ada bebudak praktikal dari merata tempat UM, UPM, USM, UiTM dan berbagai M lagi kan? dah tu kou pon amik kesempatan la.. pergi sana sini.. termasuk la kou pergi ikut pengadil Pertandingan Perpustakaan Desa, belum sempat habis kou sibuk dengan bini kou kerap pi check kat klinik ibu mengandung kan... pastu tak dan berapa hari pastu bini kou masuk wad kan.. tapi dia tak jadi beranak kan.. tiga malam dua hari bini kou lepak kat wad..

lepas tu pulak kou sibuk ngan dengan renovation kat library pulak kan.. kou dapat bilik server yang sejuknya macam bilik mayat tu kan pasal ekon 24jam kat situ.. dah buat renovation tu depa kena buat wiring lain kan... jadi kou kena stanby jugak lah.. walau tak buat apa2.. cuma tukang pegang kunci bilik je kan...

Lepas tu kan dah mai musim cuti sekolah, kak kou dari shah alam pon balik jadi kou amik peluang bercuti sama kan.. kou pi jalan sampai ke Wang Klian dengan bini kou.. biaq dia termengah2 masa jalan tapi dia nak ikut juga kan.. tapi korang tak beli apa pun kan.. hanya beli sepasang sandal kat bini hang.. lepas tu kan abg hang lak masuk spital pasal mata dia kena batu masa potong rumput kat umah hang kan... lepas tu pulak ada jugak sepupu hang yang masuk spital pasal sakit dada .. doktor dah suspect sakit jantung tapi rupa2nya hanya kerana angin.. emm tu pun pasai di salah makan.. lagi... hah masa cuti ni hang sibuk pasal banyak ada kenduri kan.. sampai sari tiga empat tempat kena pi....
Lagi..?

... dah la .. aku dah tak larat nak bagi alasan dah.. dah hijau kepala otak kau dok pikiaq nak bagi alasan .... korang pilih la alasan2 kat atas tu.. man ayang korang leh terima.. korang terima la...

//Keliruisme//-
Tajuk ni aku pilih kerana terkenang lak kisah2 lama.. masa aku mahsyuk dengan dengan kumpulan teater.. Keliruisme ni di arahkan oelh NAMRON.. korang kenal lah kot.. nama penuh dia Shahili Abdan.. dulu memang kami aktif la.. aku kurang sangat berlakon cuma banyak terlibat dengan teknikal jer la..

//Namron

Namron was born in Perlis in 1969 and studied at Akademi Seni Kebangsaan. A proud proponent of what he calls "teater miskin" (pauper's theatre), his acclaimed directorial efforts include "Lina & Lijah", "Misi", "Gedebe" and "Bangau Oh Bangau." He turned "Gedebe" into a DV movie to be released in 2003. He also plays the lead role in the national film "Paloh" (2003). Namron is currently working on several theatre projects including a collaboration with several Asian directors under a programme sponsored by the Japan Foundation, slated to be presented in 2005.


Sebulan dulu...

Sebulan dulu..
Penah aku berjanji..
Aku akan sentiasa disini..
kerna..
Disini la...
Tempat aku bermain..
Tempat aku nak bermesra..
Tempat untuk bermanja dengan korang sumer..
Tapi..
Aku hampa..
Aku menghampakan korang...
Sebagai alasan...
Sememang nya aku sibuk..
Sememangnya aku kekeringan idea..
Tapi itu sememang itu hanyalah satu alasan..
emm .. nanti aku sambung

Blogroll