Skip to main content

Keliruisme

Sori la.. dah lama aku tak memblog... entah la kenapa..? idea aku pada mula memang la banyak.. pastu makin kusut dan kusut.. makin mengecik dan terus mengecik..
Aku juga seperti dah ilang pedoman dengan hala tuju blog aku.. aku rasa aku nak masukkan kan sumner aper yang terjadi pada aku seharian kalau boleh.. kalau boleh aku nak citr sumer.. apa yang terjadi pada diri ku.. apa yang aku rasa malahan kalau boleh apa yang aku nak kutuk orang, nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati ku, suka, duka, sedih, marah, kecewa, seram, suspen.. sumer lah aku nak syer kan... tapi...

Aku juga pernah mengesyorkan pada kawan-kawan aku, tak kira lah di mana, tempat keja, teman se persekolahan, teman sekampung, teman berbicara, teman bergurau, teman mengutuk pon.. malahan teman se siber pon aku syorkan agar mereka mem blog.. kononnya dengan memblog boleh merelease kan tension, mengiatkan kan pengunaan internet.. (hmm.. makin ramai la pengguna internet kat bahagian aku ni..) mengutuk orang.. melepaskan sesedap rasa perasaan dalaman... tapi..

Aku ingin melakarkan kisah ku, kisah keluarga ku, kisah aku bersama isteri, kisah aku bersama anak, malahan kalau boleh aku nak melakarkan kisah aku dengan aweks ker(?) tak kira ker baru ker lama ka(???)... malahan aku nak juga garapkan pandangan aku terhadap sesiapa saja.. kepada pengarah aku, timbalan pengarah.. pegawai2 tempat aku keja.. malahan kuli pencacai pon.. tu tak termasuk orang perseorangan.. pemimpin kerajaan, tok penghulu ka, JKKK kampung ka.. malahan kat pengemis di tepi jalan, di pasar malam, di depan bank.. (.. ada setengah macam pengemis educated jer... mat bond ke apa ka..), tapi..
Tapi.. Tapi.. Tapi...
Hanya itu yang dapat aku kata.. kerana bila ada tapi, maka akan timbul bermacam-macam persoalan dan jawapan.. bila ada persoalan mesti ada jawapan kan.. kalau ada persoalan tak der jawapan tak rock la bebb... masalahnya nak cari jawapan tu la.. kalau kita amik jawapan sebagai alasan makan dengan mudah berbagai jawapan kita boleh bagi kan? sibuk adalah alasan terutama..
Mengapa sibuk?
Huh sekarang ni dah manyak aku terlibat dengan program dan aktiviti kat perpustakaan.. yer lah bila dah masuk bulan 5, bulan 6, peruntukan dah berduyun masuk, kena buat tu dan kena buat ni... tapi bila dah mesyuarat sana, mesyuarat sini.. atur program sana, atur program sini, dah buat jadual sana, dah buat jadual sini tiba-tiba... duit tak sampai la.. habis kat mana sibuknya nih.. apa ke*****nya yang di katakan sibuk tu..? Aku kering idea la...

Kering ide?
La kenapa la aku leh kering idea ni.. padahal setiap apa yang aku nampak aku amik gambar.. kononnya nanti aku nak masukkan kat dalam blog.. setiap apa yang terjadi pada aku aku ingat betul2.. aku hafal tarik satu per satu.. nanti senang aku nak masukkan kat dalam blog ni., aku attend tempat2 yang penting, aku ikut program2 jadi nanti aku takkan kekeringan idea boleh la aku abadikan dalam blog ni nanti.. tapi mana dia? satu aper pon tak der.. dah sebulan lebih kou tak masuk satu aper pon... mana perginya idea kou ni.. mana pergi nukilan kou atas event2, seminar2.. dan program2 yang kou pergi tu.. dah ilang ke keabadian nukilan kou tu...?.. iskk aku tak sempat la ...

Tak Sempat?
Ye la kou tak sempat.. mana tak kan.. tempat kou dah ada bebudak praktikal dari merata tempat UM, UPM, USM, UiTM dan berbagai M lagi kan? dah tu kou pon amik kesempatan la.. pergi sana sini.. termasuk la kou pergi ikut pengadil Pertandingan Perpustakaan Desa, belum sempat habis kou sibuk dengan bini kou kerap pi check kat klinik ibu mengandung kan... pastu tak dan berapa hari pastu bini kou masuk wad kan.. tapi dia tak jadi beranak kan.. tiga malam dua hari bini kou lepak kat wad..

lepas tu pulak kou sibuk ngan dengan renovation kat library pulak kan.. kou dapat bilik server yang sejuknya macam bilik mayat tu kan pasal ekon 24jam kat situ.. dah buat renovation tu depa kena buat wiring lain kan... jadi kou kena stanby jugak lah.. walau tak buat apa2.. cuma tukang pegang kunci bilik je kan...

Lepas tu kan dah mai musim cuti sekolah, kak kou dari shah alam pon balik jadi kou amik peluang bercuti sama kan.. kou pi jalan sampai ke Wang Klian dengan bini kou.. biaq dia termengah2 masa jalan tapi dia nak ikut juga kan.. tapi korang tak beli apa pun kan.. hanya beli sepasang sandal kat bini hang.. lepas tu kan abg hang lak masuk spital pasal mata dia kena batu masa potong rumput kat umah hang kan... lepas tu pulak ada jugak sepupu hang yang masuk spital pasal sakit dada .. doktor dah suspect sakit jantung tapi rupa2nya hanya kerana angin.. emm tu pun pasai di salah makan.. lagi... hah masa cuti ni hang sibuk pasal banyak ada kenduri kan.. sampai sari tiga empat tempat kena pi....
Lagi..?

... dah la .. aku dah tak larat nak bagi alasan dah.. dah hijau kepala otak kau dok pikiaq nak bagi alasan .... korang pilih la alasan2 kat atas tu.. man ayang korang leh terima.. korang terima la...

//Keliruisme//-
Tajuk ni aku pilih kerana terkenang lak kisah2 lama.. masa aku mahsyuk dengan dengan kumpulan teater.. Keliruisme ni di arahkan oelh NAMRON.. korang kenal lah kot.. nama penuh dia Shahili Abdan.. dulu memang kami aktif la.. aku kurang sangat berlakon cuma banyak terlibat dengan teknikal jer la..

//Namron

Namron was born in Perlis in 1969 and studied at Akademi Seni Kebangsaan. A proud proponent of what he calls "teater miskin" (pauper's theatre), his acclaimed directorial efforts include "Lina & Lijah", "Misi", "Gedebe" and "Bangau Oh Bangau." He turned "Gedebe" into a DV movie to be released in 2003. He also plays the lead role in the national film "Paloh" (2003). Namron is currently working on several theatre projects including a collaboration with several Asian directors under a programme sponsored by the Japan Foundation, slated to be presented in 2005.


Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....