July 2012

Friday, July 27, 2012

Seminggu Ramadhan



Seminggu yang telah lalu ini pasti ada antara kita yang ter'kandas'. Ter'kandas' itu bukanlah tidak berpuasa, tetapi terkandas dari meneruskan azam yang kita selalunya telah tetapkan dalam bulan Sya'ban yang lalu. Maklumlah, mungkin kata sesetengah orang," mahu dibiasakan", entah pemikiran mana yang mereka dan kadang-kadang kita 'ter'pakai, sedangkan Allah telah memberi kita bulan Rejab dan Syaa'ban sebagai bulan persediaan.


Bagi membangkit kan ruh Ramadhan dalam diri kita, mahu ataupun tidak, fadhilat Ramadhan perlulah kita renung satu-persatu. Zaman kini sudah tidak ada alasan untuk dikatakan bahawa, "Aku tidak tahu tentang fadhilat Ramadhan." memandangkan terlalu banyak buku yang menjawab persoalan tersebut. Apa yang harus dirisaukan adalah : "Hadith ini maudhu' ke sohih?". Maklumlah, bila sudah terlalu banyak orang nak membangkitkan semangat Ramadhan, isu pendustaan ke atas kata-kata Nabi SAW pula timbul.

Di antara fadhilat berpuasa dalam bulan Ramadhan (Insya Allah, sohih..) adalah :

1. Pengampunan Dosa

Dari Abi Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shalallahu 'alaihi wasalam bersabda (yang erti nya): “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/99), Muslim (759))

Maksud “Penuh iman dan Ihtisab” di sini adalah membenarkan wajibnya puasa, mengharapkan pahalanya, hatinya senang dalam mengamalkan, tidak membencinya, dan tidak merasa berat dalam mengamalkannya.

Dari Abi Hurairah radhiallahu 'anhu juga Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam pernah bersabda (yang ertinya):

“Solat yang lima waktu, Juma'at ke Juma'at, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara senggang waktu tersebut jika menjauhi dosa besar”. (Hadis Riwayat Muslim (233))

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu juga, bahawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa salam pernah naik mimbar kemudian berkata: “Amin, Amin, Amin”, ditanyakan kepadanya:”Ya Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam: Engkau naik mimbar kemudian mengucapkan: Amin, Amin, Amin? Beliau bersabda:

“Sesungguhnya Jibril ‘alaihissalam datang kepadaku, dia berkata: “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan: “Amin”, maka akupun mengucapkan : Amin……”.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah (3/192), Ahmad (2/246 dan 254) dan al-Baihaqi (4/204) dari jalan Abu Hurairah. Hadis ini sahih, asalnya terdapat dalam “Sahih Muslim” (4/1978))

2. Dikabulkannya do'a dan pembebasan dari api neraka

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo'a akan dikabulkan do'anya.” (Hadis Riwayat al-Bazzar (3142), Ahmad (2/254) dari jalan A'mas, dari Abu Shalih dari Jabir, diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1643) darinya dengan ringkas dari jalan lain, hadits sahih. Do'a yang dikabulkan itu adalah ketika berbuka - lihat “Misbahuh Azzujajah” (no. 604) karya al-Bushiri)

3. Orang yang berpuasa termasuk shidiqin dan syuhada

Dari Amr bin Murrah al-Juhani Radhiallahu 'anhu berkata: Datang seorang lelaki kepada Nabi Shalallahu 'alaihi wasalam kemudian berkata: “Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang hak untuk diibadahi kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah Shalallahualaihi wasalam, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku melaksanakan puasa Ramadhan dan solat tarawih di malam harinya, termasuk orang yang manakah aku? Beliau menjawab: “Termasuk dari shidiqin dan syuhada”. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban (no. 11 di dalam Zawaidnya) sanadnya sahih)

Moga amalan kita diperbaiki dari semasa ke semasa, Insya Allah... Takbir, Allahu Akbar!
Dari...Muslim24jam

Wednesday, July 25, 2012

Hari ke 5 Ramadhan



Hmmm.. dah lima hari berpuasa, juga dah lima hari juga Athirah berpuasa, tapi puasa nya masih tak penuh, masik sekerat hari, tak perlah  baru 6 tahun, masih bertatih-tatih nak berpuasa, dan map pak pon masih tak mau straight sangat lagi.. cuma berharap dapat lah dia dapat berposa penuh sekurang-kurang  2 - 3 hari Ramadhan kali ni... Tapi entah lah tu pon, peel dia memang kuat owh, bila dah dia kata lapar tuh, sampai mengamuk mengamuk nak makan juga, tak leh sapa nak kata apa.. isk macam sapa ye..?
posted from Bloggeroid

Tuesday, July 24, 2012

Kelebihan Terawikh ....??



Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio,risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalambulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:·

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).·

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.·

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.·

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.·

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.·

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..·

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapatmemberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.

Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yangdipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`.

Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain.

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata:Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadisancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.

Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yangbermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalammenghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasikelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebutdalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalamhadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung denganRasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Dipetik dari :

Saturday, July 21, 2012

Ramadan Seorang Pejuang ...


Ramadan Seorang Pejuang Ramadan menjelang lagi. Bagi seorang Muslim, kedatangan Ramadan seharusnya disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan. Walau pun secara lumrahnya ia membawa bersamanya keletihan fizikal dan kesibukan masa kerana tugas dan tanggungjawab tidak berkurangan dengan kedatangan Ramadan dan kesibukan pula bertambah kerana untuk mengimbang antara tugas harian dan amal peribadi bagi meraih fadilat bulan yang mulia ini, namun ia tetap harus disyukuri kerana ketidaksyukuran adalah petanda kurang redha akan taklif yang Allah telah tetapkan. Kita merasakan penting bulan Ramadan ini kerana ia adalah masa terbaik untuk kita membangun kekuatan yang berkurangan, merawat luka-luka dan menyucikan kekotoran jiwa yang bertompok sepanjang setahun yang lalu. Walau pun sebenarnya kita tidak perlu menanti Ramadan untuk melakukannya tetapi Ramadan tetap merupakan bulan yang terbaik untuk kita mempertingkat usaha tadi. Sejajar dengan konsep ‘hari ini lebih baih dari semalam’, maka Ramadan yang datang ini semestinya lebih baik dari Ramadan yang lalu. Kita hanya boleh mastikan bahawa Ramadan yang akan datang ini menjadi lebih baik dari yang lalu jika kita tahu dan jelas akan apa yang telah kita lakukan dan capai di Ramadan yang lalu. Dari situ kita bina pula, objektif dan tindakan bagi satu Ramadan yang lebih baik dari yang lalu. Jika kita tidak jelas akan masa lalu dan tidak membina sesuatu objektif untuk masa depan, bagaimana kita boleh memastikan bahawa kehidupan hari ini atau akan datang kita akan menjadi lebih baik dari yang lalu?? Untuk melakukan ini, ia menuntut pula untuk berfikir, menghisab diri, mengenalpasti apa ibadah dan amal yang hendak dilakukan, merancang dan mengurus ibadah dan kehidupan kita. Kita boleh mempertimbangkan apa yang dibawah ini sebagai sebahagian dari program peningkatan amal peribadi kita di bulan Ramadan; 1. Berusaha mendapat ‘mad`uu’ (individu yang didakwahi) baru dan membuka rangkaian usrah baru selepas Ramadan. 2. Menulis artikel atau kertas kerja yang bermanfaat untuk diterbitkan. 3. Membaca dan mengkaji buku yang berkaitan dengan kerja dakwah ini. 4. Mengkaji secara khusus tafsir satu surah dalam Al-Quran bagi meluaskan ilmu Islam kita. 5. Menjayakan satu projek dakwah yang khusus untuk bulan Ramadan. 6. Mempertingkatkan infaq untuk dakwah di bulan Ramadan dan mengurangkan perbelanjaan peribadi dan pembaziran. 7. Mempertingkatkan tilawah Al-Quran untuk membaiki mutu bacaan dan untuk mengkhatamkannya. 8. Mempertingkat solat sunat yang telah sedia kita melaziminya atau mengamalkan solat sunat tertentu yang belum kita melaziminya agar dapat dilazimi selepas Ramadan seperti solat Dhuha, Witr, Tahajjud dan lain-lain. 9. Mempertingkatkan wirid dengan menambah jumlah bacaan zikir Al-Ma’tsurat atau mengamalkan wirid-wirid lain yang datang dari Sunnah Rasulullah s.a.w. 10. Mempertingkat solat secara berjamaah. 11. Memastikan Terawih 100%. 12. Mengambil peluang dari suasana Ramadan untuk mempertingkat hubungan dengan pasangan masing-masing dan anak-anak. 13. Mempertingkat khidmat kepada ibu bapa. 14. Memastikan lebih banyak masa untuk beriktikaf pada 10 terakhir Ramadan. 15. Mengurangkan bercakap yang tidak bermanfaat. 16. Mengurangkan makanan yang tidak berkhasiat. 17. Mengurangkan berat badan. 18. Mengurangkan penggunaan masa bagi hiburan yang mubah untuk diisikan dengan sesuatu yang lebih afdal. 19. Menangisi dosa dan nasib kita kelak di hari Akhirat dan juga dosa dan nasib umat Islam hari ini. Di bulan Ramadan ini tidak ada satu ibadat yang kecil yang patut diabaikan dan tidak satu kecuaian dan dosa yang patut diringankan. Selamat berpuasa………Selamat berjuang… dipetik dari :Hanifiyah

Friday, July 20, 2012

Menjelang Ramadhan




Diriwayatkan Oleh Ibnu Huzaimah, Rasulullah memberikan nasihat menjelang
Ramadhan :
"Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan
membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi
Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya
adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam
yang paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan
oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah,
amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah
Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu
untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung
ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu,
sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu,
tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan
pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah
anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu
untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling
utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba- Nya dengan penuh
kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka
ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka
berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu,
maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena
beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa
Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak
akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan
Rabb al-alamin.
Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang
mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama
dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa
yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: "Ya Rasulullah! Tidaklah
kami semua mampu berbuat demikian."
Rasulullah meneruskan: "Jagalah dirimu dari api neraka walaupun
hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya
dengan seteguk air."
Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan
berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kai-kaki
tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki
tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan
meringankan pemeriksaan- Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan
kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia
berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini,
Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa
menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan
menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan
rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan
shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari
api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti
melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak
shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada
hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu
ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada
bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka
mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu.
Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak
akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah
agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata:
"Aku berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah! Apa amal yang paling
utama di bulan ini?" Jawab Nabi: "Ya Abal Hasan! Amal yang
paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan
Allah".
Wahai manusia! sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang
senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada
suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah
menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu
tathawwu'."
"Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan
kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu
fardhu di dalam bulan yang lain."
"Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah
pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan ( syahrul
muwasah ) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di
dalamnya."
"Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa,
adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan
kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu
memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun
berkurang."
Para sahabat berkata, "Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki
makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah
Rasulullah saw, "Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi
sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu."
"Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan
akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari
budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah
mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka."
"Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan;
dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi
kamu sangat menghajatinya. "
"Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa
tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara
yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari
neraka."
"Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya
Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman
yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke
dalam surga."


Wednesday, July 18, 2012

Menjelang Ramadhan...



-gambar hiasan-

Sudahkah kita bersedia dengan Ramadhan 1433H yang bakal tiba dengan hanya sebulan sahaja lagi?

Sekadar perkongsian umum melalui pengalaman sendiri dan ilmu yang diketahui setakat ini, di bawah ini merupakan antara cara kita dalam melakukan persediaan menjelang Ramadhan.

Lazimi dengan amalan-amalan sunnah seperti:

1) Membaca, menghayati ayat-ayat suci al-Quran.

2) Sentiasa lidah basah dengan zikrullah.

Paling kurang pun beristighfar pun memadai kerana amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus.

Seperti mana hadith nabi SAW:

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3) Melakukan puasa-puasa sunat sebagai latihan di bulan Ramadhan kelak.

4) Latih diri daripada melakukan perkara yang melalaikan dan merosakkan peribadi seperti melakukan dosa sesama manusia, sering membasahi lidah dengan perkara yang keji.

Perkara seperti ini harus kita cuba jauhi agar di Ramadhan nanti kita mudah untuk elakkan.

5) Bersabar di atas setiap ujian ini memerlukan motivasi yang tinggi. Maka, kita cuba latih pada bulan Sya'ban ini. Jika berjaya sedikit, sekurang-kurangnya boleh bawa "pencapaian" tersebut di bulan Ramadhan kelak.

Wallahu'alam.

Tuesday, July 17, 2012

Hilal Ramadhan 1433H





KUALA LUMPUR, 16 Julai – Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis ini (19 Julai).

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.

Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) Setiu, Terengganu.
Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling  Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang akan disiarkan melalui radio dan televisyen. – Bernama

----->Hmmm selalunya tiap-tiap tahun dok usaha nak ikut Majlis Hilal Ramadhan ni kat Kuala Sungai Baru Perlis ni.. tapi tahun ni entah la.. ada budak kecik nak bawak pi kat tempat macam ni senja-senja rasa macam berat sikit, bukan satu kepercayaan sebenarnya, tapi lebih kepada hati-hati.. maklum lah senja-senja macam nih macam-macam boleh terjadi...  


tahun lepas punya....

Monday, July 16, 2012

Eksiden berkembaq


Tadi dalam pukul 3 lebih, dua eksiden terjadi dekat ngan umah, ikut dari cerita kawan2 FB yang lalu (pasai aku kat tempat keja, jadi tak tau lah peristiwa nih, tapi thanks to FB ada juga orang yang laporkan bersama gambar..). Menurut kawan aku tuh, eksiden pertama melibat kan sdebuah kereta kancil dan Skuter Yamaha Ego..dia sendiri tak pasti nasib pemandu skuter tu sebab masa dia sampai pemandu tu dah di bawa ke hospital.
eksiden pertama

Eksiden kedua pulak rentetan dari eksiden pertama, dek kerana selisih  kereta yang bawak perlahan tu (mungkin nak tgk kemalangan tadi) menyebabkan kedua bergesel dan motor tidak dapat dikawal dan jadi diatas jalan, dan kemudian di gilis oleh sebuah lori simen.



Pemandu motor ni budak sekolah masih berunifom masa nih,, nasib baik tak ada apa2... 


Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...