March 2015

Monday, March 30, 2015

Bismillah...



Bismillah... Bermulanya cerita, cerita yang bermula sejak malam pertama menjadi suami isteri.. memasang angan-angan, cita-cita dan sebagainya untuk membina Istana Idaman.. Istana bagi sebuah keluarga yang selayaknya seperti keluarga-keluarga lain yang mengimpikan untuk hidup sendiri. Namun atas segala kekangan, sebab dan musabab.. maka ianya terus menjad Impian dan idaman.

Namun bermulanya tahun 2015.. selepas perbincangan yang panjang, makan bertahun-tahun (10 tahun lebih dah..) maka kata putus diambik juga.. selepas perbincangan bersama saudara-saudara terdekat.. yang paling dekat sebenar dua orang kakak dan seorang abang.. mendapat pandangan serta keizinan serta restu mereka. Lain dari itu aku beserah lah seadanya.

Bermula dari 030415 ini bermula lah cerita pembinaan pondok idaman kami sekeluarga.. Namun setiap post pondok idaman ini aku simpan dalam draft sebagai menghormati permintaan isteriku agar projek pembinaan pondok idaman ini tidak di published kan dimana-mana laman sosial. Baik lah aku terima.. jadi buat sementara aku kekalkan disini dulu.





0304: Projek membuang pokok-pokok besar.. khasnya pokok kelapa.. berjalan dengan jayanya tanpa melibat dan memusnahkan pokok-pokok tanaman seperti rambutan dan juga mempelam harumanis.

Sunday, March 29, 2015

Cerahkan kawasan




Sebelum tapak di serahkan sepenuhnya kepada kontraktor.. kerja-kerja pencerahan kawsan tapak Pondok Idaman kami di jalankan.. sebelum tu sempat juga tandakan kawasan ni sendiri2 dengan ukuran secara ukuran tapak kaki dan kemudian baru la terniat cari measure tape tu.. hehe.. Alhamdulillah progres berjalan dengan baik walaupon sedikit makan kos kerana tunggul-tunggul pokok kelapa ni perlu di keluarkan.







Ini lah penyelia-penyelia projek yang sentiasa maemantau pejalanan projek..









Setelah sekian lama mengorek.. akhirnya keluar juga tunggul nyok ni bersama dengan akar-akar nya sekali.



Petangnya baru lah siap kerja-kerja pembersihan kawasan.. begini lah jadinya..


Tengok .. mereka lah yang teruja sebenarnya melihat perkembangan projek ini.. Mereke lah penyelia dan juga pengurus projek ni.


Friday, March 13, 2015

Thursday, March 12, 2015

#myblog



Semalam bawa depa gi jalan-jalan naik bot.. setelah Anief do request sekian lama..
pergi pon tak lama.. sekadar melepaskan hajat..

Bertolak dalam pukul 1.30tengahari selepas depa balik sekolah.. merayau-rayau sekitar pekan Kuah dalam sejam, dua.. pukul 6 petang bertolak balik.. 

Very the short trip kan



Sunday, March 1, 2015

Hari Keluarga PNMPs





Alhamdulillah.. buat kali keduanya berjaya juga di himpunkan keluarga perpustakaan yang besar (atau tak sebesar mana), semakin membesar bersama hati-hati ahlinya.. tiada apa yang aku harapkan melainkan ikatan silaturrahim sesama rakan sekerja.

Bila makin besar keluarga bermacam rencah ragam ada, kalau dulu ikatan agak rapat kerana berapa kerat staf yang ada.. bila dah makin bertambah masing-masing mempunyai kelompok masing.. sudah menjadi lumrah rasanya..

Walauapa pon bila berhimpun masing -masing sanggup memeberi sepenuh komitmen menjayakan program ini maka hasilnya cukup membanggakan. Tahniah buat semua AJK yng terlibat sehingga program berjalan dengan lancar, juga kepada semua kawan-kawan yang hadir memeriahkan majlis.. Awesome eh..!!














Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...