Skip to main content

Bismillah...


Bismillah... Bermulanya cerita, cerita yang bermula sejak malam pertama menjadi suami isteri.. memasang angan-angan, cita-cita dan sebagainya untuk membina Istana Idaman.. Istana bagi sebuah keluarga yang selayaknya seperti keluarga-keluarga lain yang mengimpikan untuk hidup sendiri. Namun atas segala kekangan, sebab dan musabab.. maka ianya terus menjad Impian dan idaman.

Namun bermulanya tahun 2015.. selepas perbincangan yang panjang, makan bertahun-tahun (10 tahun lebih dah..) maka kata putus diambik juga.. selepas perbincangan bersama saudara-saudara terdekat.. yang paling dekat sebenar dua orang kakak dan seorang abang.. mendapat pandangan serta keizinan serta restu mereka. Lain dari itu aku beserah lah seadanya.

Bermula dari 030415 ini bermula lah cerita pembinaan pondok idaman kami sekeluarga.. Namun setiap post pondok idaman ini aku simpan dalam draft sebagai menghormati permintaan isteriku agar projek pembinaan pondok idaman ini tidak di published kan dimana-mana laman sosial. Baik lah aku terima.. jadi buat sementara aku kekalkan disini dulu.





0304: Projek membuang pokok-pokok besar.. khasnya pokok kelapa.. berjalan dengan jayanya tanpa melibat dan memusnahkan pokok-pokok tanaman seperti rambutan dan juga mempelam harumanis.

Comments

Popular posts from this blog

Entri kira muat...

Daulat Tuanku

KEMPEN BOIKOT YAHUDI / US