November 2014

Sunday, November 30, 2014

Jom main belon sabun..


Isk ingatkan dah tak sempat berkunjung melihat kucing-kucing comel.. sekali sempat juga.. Program Pertandingan kucing tercanti diadakan di Taman Ular Sg Batu Pahat Perlis... Jadi sebagai melunaskan janji dengan Athirah dan Anieq.. bawak juga depa pi tengok..

Dah abis tengok kucing, arnab bagai.. sambil berekat ada juga depa juai sabun buat buih.. entah juai ka sewa tak paham juga tapi layan aje lagi selagi budak-budak suka kan..



ini anatara kucing-kucing nya..


eh burung pon ada..






dah puas meronda .. main belon pulak



Thursday, November 27, 2014

Saya Pinjam ...



Semalam, keputusan UPSR telah diumumkan, ramai ibubapa yang pergi bersama anaknya untuk mengambil resultnya.. harap-harap bagi yang berjaya bersyukurlah.. dan kalau boleh tidak terlalu ditunjukkan kegembiraan yang keterlaluan dihadapan mereka yang kurang berjaya mau pon yang tidak berjaya. Sesungguhnya anak-anak ini masih terlalu mentah.. Bagi yang berjaya Alhamdulillah perkembangan anak mereka mungkin terkedepan dari yang belum berjaya, bukan bermakna anak-anak ni tidak boleh berjaya, bukan juga bermakna mereka tidak pandai.. tapi mereka belum sampai tahap untuk berjaya begitu.. percayalah.. bagi yang belum berjaya harapnya jangan di marahai malahan pujuk sebaiknya.. jalan di hadapan masih cerah..masih luas dan masih banyak kesempatan. 


Kata-kata ini saya simpan disini.. yang akan jadikan sepabagi pedoman kerana nanti saya juga akan sampai ketahap ibubapa pada anak2 yang begini.. Ya saya tahu ada ibu-bapa tercedera emosi melihat ibu-bapa lain meraikan kecemerlangan anak melalui status-status FB.
Mereka berdiam diri tidak mengklik apa-apa pun status kejayaan. Kita sebut Alhamdulillah atas kejayaan mereka. Kepada ibu-bapa yang anak-anak tidak mendapat kecemerlangan UPSR. Jangan gusar, bintang mereka akan bersinar selepas ini. Insya-Allah doa Puan dan Tuan ketika sujud akhir itu tidak sia-sia kerana Allah berikan ganjaran berdasarkan usaha bukan pada hasil.
Allah dengar dan Allah makbulkan.
Orang yang tewas dalam peperangan pun Allah kurniakan syahid kerana usaha bersungguh-sungguh mereka. Terus mendorong anak menggunakan cara Nabi. Berikan skrip harapan kepada mereka. Puji kejayaan kecil mereka. Letakkan A+ atas usaha sedaya mampu mereka. Mereka yang gagal ada cerita menarik untuk dikongsikan apabila mereka berjaya,
Bukankah itu yang kita mahu tonton di TV bagaimana hero tewas awal dan menang di akhirnya? Jika terlalu menang, hidup anak jauh lebih bosan juga. Benar? Jika ada bakat yang hidup dalam diri anak, temukan beliau dengan mentor dan kursus yang sesuai agar bakat biasa-biasa jadi mahal dalam pasaran. Antaranya yang saya tahu Foresight : Young Innovators' Studios
Kongsikan kepada beliau kisah kegagalan dakwah Nabi dan kegagalan tokoh-tokoh besar yang kemudian menemui kejayaan luar biasa. Kerap halakan mata mereka ke arah buku-buku kisah para tokoh ini di rumah. Jadikan ia kod fikiran yang baru, dimasukkan sedikit demi sedikit. Jadikan mereka berjiwa besar secara senyap-senyap. Laburkan wang untuk buku-buku sebegini. Jadikan mereka berjiwa besar secara senyap-senyap. Ini merupakan tulisan pelajar corot yang pernah gagal di sekolah, bahasa Inggerisnya cukup-cukup makan, tetapi Allah bukakan rezeki dari enam buah negara.
Berkat doa almarhum ibu yang tidak pernah putus ketika anakandanya gagal dan payah. Doa ibu yang sama seperti puan-puan diperlukan mereka ketika ini untuk kekal tabah membina masa hadapan. Dipetik dari :Zamri Mohamad

Wednesday, November 26, 2014

Bahaya juga menggunakan gajet untuk kanak-kanak..



IBU BAPA yang membiarkan anak-anak kecil mereka bermain dengan gajet-gajet terkini seperti iPad sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada tangan dan jari kanak-kanak tersebut.
Penyelidik dari Pusat Pembelajaran dan Terapi Maryland di Amerika Syarikat, Lindsay Marzoli memberitahu, menggunakan skrin sesentuh secara berlebihan boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kesan kesihatan untuk jangka masa panjang.
Ini kerana apabila mereka menggunakan skrin sesentuh, mereka tidak membina otot yang diperlukan untuk menulis.
"Jika mereka sentiasa bermain dengan iPad dan tidak melakukan aktiviti menulis di atas kertas dan menggunakan pensel, ia boleh menyebabkan otot-otot tangan mereka menjadi lemah.
"Apa yang kita lihat ketika ini, ramai kanak-kanak yang mengalami masalah di beberapa bahagian badan membabitkan pertumbuhan otot-otot mereka," ujarnya kepada stesen televisyen CBS
.
Mudarat
Seorang Pakar Kanak-Kanak Pusat Perubatan Greater Baltimore, Dr. Timothy Doran pula berpendapat, masalah teknologi itu sendiri menyebabkan penyelidik tidak dapat menjangkakan kesan kepada kesihatan kanak-kanak untuk jangka panjang.
"Penggunaan komputer tablet tanpa had, tiga hingga empat jam sehari secara berlebihan tanpa pengawasan ibu bapa boleh memberikan kesan kepada pembangunan modal insan kanak-kanak tersebut," jelasnya.
Akademi Pediatrik Amerika Syarikat mengeluarkan garis panduan baharu dengan menyatakan kanak-kanak tidak dibenarkan menggunakan skrin sesentuh lebih daripada dua jam sehari.
Kanak-kanak di bawah umur dua tahun pula tidak dibenarkan sama sekali menggunakan skrin sesentuh.

KAJIAN terbaharu mendapati skrin sesentuh menjejaskan kesihatan kanak-kanak. - 
Garis panduan itu juga mencadangkan televisyen, komputer tablet dan komputer tidak seharusnya diletakkan di bilik kanak-kanak.
Penyelidikan ini bukan yang pertama kali mencadangkan penggunaan skrin sesentuh secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak.
Penyelidik dari Lembaga Kesihatan Universiti Morgannwg, Abertawe Bro, pula menyatakan, generasi muda berdepan masalah kesihatan pada bahagian tengkuk dan belakang badan apabila mereka menggunakan komputer, permainan video dan telefon pintar.
Kajian menunjukkan hampir tiga perempat daripada kanak-kanak sekolah rendah dan dua pertiga daripada pelajar sekolah menengah dilaporkan mengalami masalah pada bahagian tengkuk dan belakang badan dalam tempoh setahun yang lalu.
Pakar fisioterapi, Lorna Taylor berkata, gaya hidup moden dan peningkatan teknologi mempunyai kesan serta menjejaskan kesihatan otot kanak-kanak.
"Jika tidak ditangani sekarang, ia akan memberikan kesan jangka panjang kepada kanak-kanak apabila mereka dewasa.
"Amat penting untuk kita memupuk tabiat yang baik supaya kanak-kanak boleh menjalani kehidupan dengan selesa, dapat menumpukan perhatian, mencapai potensi penuh dan bekerja serta bersukan tanpa perlu melakukan perkara yang boleh membahayakan kesihatan mereka," beritahu beliau.

Aktiviti keluarga
Sementara itu, Pakar Bedah Tulang Belakang Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mohammad Nawar Ariffin memberitahu dari segi teori, masih terlalu awal untuk membuktikan kesan skrin sesentuh kepada kanak-kanak.
"Sebahagian otak diperuntukkan kepada fungsi tangan dan menggunakan skrin sesentuh menyebabkan tidak banyak pergerakan yang berlaku kerana mereka menggunakan satu jari sahaja. Disebabkan itu, penyelidik berpendapat otak kanak-kanak tidak dirangsang.
"Perlu diingat, zaman sudah berubah dan mereka bukannya tidak melakukan aktiviti lain yang boleh merangsang pergerakan tangan mereka," jelasnya sambil memberitahu, tumbesaran kanak-kanak bukan terletak pada keadaan fizikal sahaja tetapi juga membabitkan faktor mental, emosi dan persekitaran.
Tambahnya, ibu bapa juga sebenarnya lebih gemar memberikan iPad kepada anak mereka untuk mendiamkan mereka.
"Ibu bapa seharusnya memperuntukkan masa kepada anak-anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain bersama dan bukannya menyogok mereka dengan gajet terkini," ujarnya.  
Dipetik dari Akhbar Kosmo 26 Nov 2014


Tuesday, November 25, 2014

Drama lagi ..2


Lepas terjadinya drama Athirah menulis surat.. atau kelihatan seperti menulis diari, ada harapan suatu hari nanti dia akan tulis blog.. Itu antara harapan di antara harapan-harapan disebalik hati kecil ayahnya.. Berbalik peristiwa yang terjadi sebenarnya abah dia kena pi Mesyuarat sambil berkrusus di Chenering Spa & Resort di Janda Baik, Pahang, Malaysia.

Overall Mesyuarat ini dapat memberikan input-input berkaitan dengan Perpustakaan Gunasama yang selama ni aku hanya tahu akan keujudannya di Jabatan-jabatan.. Berkaitan masalah dan kerenahnya memang aku tak amik port sangat selama ni.. Jadi pelan-pelan juga aku belajar, betapa perpustakaan gunsama ni gaji dibayar oleh jabatan yang dia bertugas, begitu juga dengan anugerah pekerja cemerlang akan berada di hiararki bawah dalam senarai jabatan.. begitu juga dengan perbelanjaan mengurus dan pembelian buku.. tak banyak jabatan yang mengambil berat akan perpustakaan ini.

Apa-apa pon aku enjoy juga berada bersama mereka..







Friday, November 21, 2014

Drama lagi..


Aduhai Athirah.... Tiap Kali kena tinggal ada saja lah dramanya... Dengan status anak manja Abah ( walau kerapkali kena marah dengan Abah) namun tetap ada2 saja keletahnya...

Mungkin Kali ni Dah makin pandai meluah kan perasaan nya.. Tapi caranya tu tetap mencuit hati....

Monday, November 17, 2014

Selamat Tinggal Pangkor..


Selepas puas bercanda di pesisiran Pantai teluk Nipah.. Lepas makan tengahari maka bertolak balik ke Perlis yang tersayang.. segala kenangan semasa berada disana tetap terpahat dalam ingat, malahan menjadi kenangan yang tak kan luput ditelan zaman. kira-kira jam 1.00 tgh hari berangkat ke Jeti Pulau Pangkor dan sekitar Jam 2.30 petang baru sampai ke Jeti Lumut selepas singgah sana sini ikut laluan feri.. 

Dalam pukul 3.00 juga bertolak balik ke rumah.. Mulanya lepas naik kereta pakat dok bising lagi la.. makan jajan yang di beli di sekitar Jeti Lumut, tapi belum pon sampai Kawasan Seri Iskandar pakat lena abis dah.. tinggal abah dengan mama saja yang masih segar bersembang-sembang.. Punya lah depa pakat letih, sampai berhenti untuk solat di Hentian Taiping sapa pon tak terjaga.. menyenangkan lah mama dan abah untuk bergilir pergi solat.. 

opss selfie lagi atas feri masa nak balik






kenangan yang ditinggalkan











Sunday, November 16, 2014

Hari terakhir di Pulau Pangkor


Hari terakhir di Pangkor..

Dah program habis dari semalam lagi, jadi pagi ni yang tinggal hanyalah aktiviti bebas. Ramai yang memilih untuk pergi snorkling di Pulau-pulau yang berhampiran dengan bayaran sendiri. Pada mulanya aku dengan Athiran, Anieq dan Anief hanyalah bermalasan bermain-main ombak di tepi pantai sajalah.. Ingat tak nak lah bawak depa naik bot meronda-ronda kawasan pulau.. sekali dah mama nak pergi.. budak-budak pon nak ikut.. akhirnya pergi semua lah.. 




















Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...